Saya hendak ke masjid sekejap nak cari rezeki, kalau kalau ada. Awak tunggulah saya di tepi benteng sana, tepi gua pertapaan saya. Profesor Doktor Mentadak Mentadu sudah memberitahu saya darihal kedatangan dan tugas-tugas awak, kata Lipas Putih itu.
Tidak lama LLB F menunggu. Perjalanan pergi dan balik dari Masjid Jamek, meskipun bukan dekat sangat dengan sarang lipas ajaib itu, telah dilakukannya sangat cepat, seolah-olah sekelip mata sahaja. LLB F sangat hairan. Hantu atau puakakah yang menjelma sebagai seekor lipas berwarna putih yang besarnya sekali ganda dari lipas-lipas biasa itu
Mengapa tuan hamba tinggal seorang diri, atau sebatang kara saja dalam lubang tepi Sungai Bonos yang berlumpur ini tanya LLB F
Anak-anak dan cucu-cicit beta sudah pindah ke Medan Bonos, dekat Jalan Dang Wangi sana, tidak jauh dari Kompleks Campbell. Di sanalah sekarang ada banyak rezeki untuk kaum lipas, lalat, langau, cicak dan tikus, semut dan lain-lain jenis serangga yang semakin ramai pindah ke ibu kota ini untuk mencari rezeki, seperti manusia juga. Dua tiga tahun dahulu, di seberang sungai inilah yang mudah mencari rezeki, sebab banyak warung-warung yang berjual macam-macam jenis makanan. Di situlah dulu ada Benteng, satu nama yang terkenal ke seluruh Malaysia, malah seluruh dunia. Sekarang, semenjak ada bangunan tinggi sana tu, warungwarung, kedai-kedai kopi dan restoran-restoran, Lipas Putih berceloteh.
Tuan hamba sudah tinggal di sini berapa lama tanya Iagi LLB F.
Aaah, umur beta ini awak fikir sudah berapa tahun Beta ini sebaya dengan Almarhum Sutan Puaso, orang kaya yang bersahabat dengan mendiang Kapten Yap Ah Loy pada zaman dahulu kala. Pada zaman itu bandar Kuala Lumpur ini hanya sebuah pekan kecil sahaja, terdiri dari rumah-rumah kayu beratap nipah sahaja, tidak jauh dari bangunan Chartered Bank, Bangunan Bank Bumiputera, Bangunan Datuk Zainal, hingga ke Bangunan AIA sana. Sebagai seorang tua saya boleh ceritakan pada awak macam-macam peristiwa, berbagai-bagai kisah sejarah, kejadian-kejadian gemilang dan juga yang buruk-buruk, kisah-kisah perang saudara di negeri Selangor pada zaman dulu kala, campur tangan orang-orang Inggeris. Tetapi apalah gunanya saya ceritakan. Bangunan tinggi di hadapan kita ini - ada sangkut paut dengan kes ulur-uluran.
Kes ulur-uluran Yang hamba tuan tahu uluruluran ialah sejenis penyakit kelamin, sakit nak buang air kecil, tumbuh bisul di celah paha, bengkak, menanah dan berdarah, akibat jangkitan kumankuman penyakit seks, kata LLB F, yang semakin hairan mendengarkan celoteh Lipas Putih itu.
Uluran-uluran ialah bahasa halus yang sama makna dan maksudnya dengan ... Lipas Putih tidak menghabiskannya. Sekarang ini bukankah sedang menjadi perkara biasa saja Kita boleh baca kisah-kisah penyakit ulur-uluran hampir setiap hari dalam surat-surat khabar. Demikian juga keskes rogol dan berkhalwat. Rompak samun dan tipumenipu pun semakin menjadi-jadi. Tetapi apalah faedahnya saya ceritakan semuanya itu kepada awak, keluh Lipas Putih.
Tetapi, wahai tuan hamba yang bijak bestari, ada satu hal penting yang ingin saya tanyakan pada tuan hamba, iaitu rancangan dari Profesor Doktor Mentadak Mentadu hendak menubuhkan Pertubuhan Serangga-serangga atau ringkasnya, PSS. Apakah pendapat tuan hamba
Ohh, itu satu rancangan, satu usaha yang sangat baik, sebab, jikalau kita kaum serangga tidak bersatu padu untuk menjaga hak-hak mutlak kaum bangsa kita maka pada suatu hari kelak kita akan binasa dan pupus akibat-akibat kecemaran udara dan cuaca, akibat racun-racun serangga yang semakin banyak digunakan oleh manusia. Ada orang menulis - dalam akhbar Watan kalau beta tidak silap - darihal makhluk perosak yang dinamakan benah merah dan benah putih belakang yang telah merosakkan banyak padi di Tanjung Karang, Selangor dan di kawasan MADA, Kedah sana. Untuk membasmi bahaya itu maka Kementerian Pertanian mula mengadakan sistem 2L - Lawatan dan latihan - dan mungkin lain-lain ikhtiar juga. Kalau beta tidak silap, yang menulis rencana itu bernama Ibrahim Wahab, pegawai penerangan atau seranta di kementerian itu. Tetapi yang sebenarnya bala dan wabak itu telah diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa atas manusia kerana ada di antara kaum manusia semakin ramai yang melakukan maksiatmaksiat, tidak amanah, suka rasuah, suka sangat hidup mewah-mewah dengan kebendaan. Oleh kerana sebab-sebab itulah maka adalah wajib dan sangat wajar bagi kaum serangga, yang bersayap, yang merayap di bumi Allah ini yang besar dan kecil, yang bersengat dan beracun, segera bersatu padu, berdiri teguh di belakang pimpinan Profesor Doktor Mentadak Mentadu, alim ulama kaum serangga yang bijaksana, yang jujur dan memang boleh dipercayai. Tetapi, awas! Dalam kaum serangga juga ada yang jahat, yang tidak jujur, yang suka berebut-rebut kuasa, yang pandai menabur fitnah, kecurangan dan rasuah. Beta ini sudah sangat lama hidup di atas dunia ini. Nak dikatakan keramat pun boleh. Awaslah dan senantiasalah berwaspada, wahai LLB. Beta mengetahui bahawa kaum kamu dikurniakan Allah kepandaian membuat talian seni yang sakti, untuk merakamkan apa-apa jua yang beta cakapkan ini, dan kemudian dibunyikan suara beta untuk didengar oleh sekalian para wakil yang akan menghadiri persidangan agung kaum serangga yang sedang diusahakan oleh Profesor Doktor Mentadak Mentadu yang bijak bestari, yang mulia, jujur dan taat serta takwa kepada perintah Allah Subhanahu wataala. Mudah-mudahan kamu sekalian akan berjaya dengan restu yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui, Pemurah dan Penyayang....
Beberapa ketika LLB F terdiam dan termenung. Inikah satu dari beberapa sebab Profesor Doktor Mentadak Mentadu telah mengutus lapan ekor labahlabah daripada kaum beta, rakan-rakannya yang sebaya, untuk mengintip, merakamkan berbagaibagai suara dalam ibu kota negara Malaysia, supaya boleh diketahui dengan pasti bahawa PSS yang akan ditubuhkan itu mesti berpusat, atau punya markas besarnya (headquarters) dalam bandar raya Kuala Lumpur, seperti halnya PBB berpusat di New York, A.S. dan tidak di London atau di Moskow.
Dalam masa Perang Dunia Kedua dulu, sebuah ladang telah dibuka di sebuah kawasan rahsia dalam negara Inggeris yang pada masa itu menjadi penjajah yang terbesar di dunia ini, yang menguasai dan memerintah di seluruh benua kecil India (sebelum berpecah menjadi Pakistan dan Bangladesh), Pulau Ceylon (kini Sri Lanka), Burma atau Birma, di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Pulau Borneo (Sabah, Sarawak dan Brunei), di PulauPulau India Barat dan lain-lain, termasuk beberapa buah negeri di Benua Afrika dan Asia Barat, untuk menternak labah-labah berbagai-bagai jenis. Tujuannya (atau bak kata orang-orang Melayu sekarang: objektifnya, ialah mengumpulkan taliantalian halus daripada perut labah-labah. Benda itu telah digunakan untuk menahan kaca-kaca jendela kapal-kapal terbang daripada menjadi kabur dalam musim sejuk, musim kabus tebal dan hujan lebat. Sekarang Profesor Doktor Mentadak Mentadu menggunakan pula talian-talian halus yang sakti itu untuk merakamkan suara serangga- serangga, mengintip pakatan-pakatan rahsia oleh macammacam serangga yang oportunis, yang rasuah, yang akan menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dan juga untuk merakamkan suara pakar-pakar sejarah, alim ulama, cerdik pandai dari kaum serangga. Lalat dan langau, misalnya, tidak boleh dipercayai. Nyamuk, kutu, hama, pijat-pijat dan sebagainya, juga tidak seyogia dipercayainya. Pembelot-pembelot memang ada dalam manamana kaum pun, termasuk kaum manusia yang dikurniakan oleh Tuhan Maha Kuasa dengan berbagai-bagai keistimewaan; ada akal, ada jiwa, dan semangat, ada agama, bahasa dan budaya.
Apakah pendapat tuan hamba mengenai kaum lebah (the bees) tanya lagi LLB F kepada Lipas Putih yang pada pengagakannya sudah berusia hampirhampir 200 tahun itu. Mereka boleh dipercayai kerana terlalu banyak budinya kepada manusia dan juga kaum serangga, iaitu kerana madunya. Saya sendiri boleh hidup sihat hingga sekarang ialah kerana saya makan madu lebah pada tiap-tiap hari. Sebentar tadi saya telah berlari ke Masjid Jamek itu, yang di belakangnya ada Bangunan Mahkamah Tinggi dan Dewan Bandaraya, ialah hendak mencari kalau-kalau ada madu lebah yang tumpah di masjid itu. Awak harus tahu bahawa tuan-tuan haji, guruguru dan lebai-lebai lazimnya mengamalkan makan air madu lebah untuk menyihatkan badan dan menguatkan syahwat mereka itu. Demikian Lipas Putih menerangkan.
Tetapi, awas, jangan mudah-mudah percaya kepada tabuan dan kerawai. Untuk dijadikan askar atau anggota-anggota keselamatan, barangkali boleh, tambah Lipas Putih.
Kaum kerengga bagaimana pula, ya tuan hamba tanya lagi LLB F.
Kaum kerengga, mengikut pengalaman dan pengetahuan beta, tidak merbahaya. Begitu juga kaum angkut-angkut. Tetapi kaum rama-rama atau kupu-kupu, janganlah dipercayai. Mereka itu bak talam dua muka. Tetapi yang amat mustahak kita kaum serangga sekaliannya ketahui ialah apakah lagi usaha-usaha yang akan dijalankan oleh manusia untuk menghapuskan semua dan sekalian kaum serangga Kita wajib mengetahui apa pula kelemahan-kelemahan manusia. Sepintas lalu beta nampak manusia akan berperang sekali lagi, dan kali ini mungkin kaum manusia akan lebih porakperanda hidupnya, walaupun mereka itu, pada lahirnya, semakin pandai. Lipas Putih memberikan lagi pendapat dan pandangannya.
Kumpulan kami ini, perisik dan perakam suara, ada lapan semuanya, LBB G (7) dan LLB H (8) masih belum diberikan tugas oleh Profesor Doktor Mentadak Mentadu. Bolehkah tuan hamba berikan apa-apa syor atau cadangan tanya lagi LLB F (6).
Hantarlah segera kedua-duanya ke Genting
Highlands. . . tegas Lipas Putih