TAKAFULMAN - 7
Takaful menjadi renggang dengan masyarakat bukanlah kerana sifatnya. Namun lebih menjurus pada sebab interpretasinya.

Contoh yang selalu kita diasak, Jual Takaful dan Beli Takaful.

Menyuruh orang beli Takaful. <-- persepsi masyarakat.

Mengajak orang menyertai Takaful. <-- ini yang sepatutnya.

Takaful bukan komoditi jualan untuk dibeli. Takaful adalah mekanisme saling-bantu yang diselaraskan melalui konsep sumbangan para peserta Takaful itu sendiri.

Contoh lain:

Dia ini kerja jual Takaful. <-- persepsi masyarakat.

Dia ini bertugas sebagai pendakwah Takaful. <--- ini yang sepatutnya.

Perkataan Dakwah diasosiasikan dengan Takaful atas satu faktor mudah. Nature Takaful ni adalah mengajak. Mengajak kepada hal baik yang kurang dirapati. Itulah Dakwah. Macam mengajak orang sembahyang berjemaah di masjid, itu hal yang susah untuk dituruti, jadi ia dipanggil dakwah. Mengajak orang bertenang, bersabar, berbuat perkara baik yang lain, juga digelar Dakwah.

Cuma bezanya, Takaful lebih menjurus kepada aspek perancangan ekonomi keluarga dan jika ia berkembang biak dengan baik, cakupan aspeknya akan melangkau kepada ekonomi ummah secara menyeluruh, justeru akan mencipta kekuatan ekonomi Islam yang tersendiri.

Idealisme sebegini sukar nak dicapai kalau masyarakat masih melihat Takaful dari sudut pandang yang salah. Lagi sukar bila ada segelintir pendakwah Takaful hanya mahu menjual sehingga meninggalkan elemen paling utama dalam berTakaful, yakni mendidik.

Maka didiklah. InsyaAllah tugas para pendakwah Takaful akan jadi lebih mudah.

Semoga kita sama sama diRahmati Allah.