MY PRETTY BOY - 70
ADA sesuatu yang Papa nak umumkan malam ni, Tun Tunku Harith mulakan bicara usai menjamu makan malam sejam tadi. Mereka semua berkumpul di ruang tamu utama. Mbak Dewi tiba dengan menatang dulang yang berisi cangkir kopi yang masih berwap dihulurkan pada tangan mereka seorang demi seorang.

Apa dia, pa Soal Tunku Hussein sambil mengambil secangkir kopi dari tangan Mbak Dewi.

Sudah tiba masanya untuk Papa lepaskan THSC pada kamu, Sein, kata Tun Tunku Harith tenang.

Tunku Hussein yang baru hendak menghirup kopi terhenti di tepi bibir. Terkedu terus selepas mendengar titah Tun Tunku Harith diluar jangkaan itu.

What Why me Kan ada Raff. At least he knows everything. He VP Pa kenapa tak lantik Raff aje Tunku Hussein meletak semula cangkir kopi di atas pinggan. Redup pandangan dihalakan ke wajah Tun Tunku Harith.

Raff perlukan kamu untuk terajui THSC. Kamu tahu, kan yang Raff pegang dua jawatan serentak. Berat bebanan yang perlu ditanggung oleh Raff nanti. Papa dapat tau yang dia tersalah diagnosis klien VIP kita.

Hanya kamu yang berhak gantikan Papa.

But, Pa

Papa terasa berdosa sebab musnahkan cita-cita kamu selama ni. Papa dah tua, Sein. Papa mahu kamu ambil alih tugas Papa di THSC sebagai MD gantikan Papa mulai esok. Papa berharap sangat kamu kembali menjadi seorang doktor seperti mana kamu pernah bertugas di CA.

Pasangan kembar berpandangan sesama sendiri. Tunku Hussein telan liur. Jika dia menerajui THSC satu masalah besar bakal timbul iaitu Qamra Ain! Segala rahsia tentang dirinya sudah pasti terbongkar! Bagaimana dia harus hadapi jika ini semua berlaku

Perang besar bakal terjadi antara dia dan Qamra Ain!

How about Mels E

Tentang Mels E, biar Papa yang handle dari jauh. Rein pun ada boleh tengok-tengokkan nanti. Apa yang penting, kamu dan Raff sama-sama terajui THSC. Papa harap kamu bersedia gantikan kerusi Papa di THSC. Make me proud with both of you.

Tunku Raffzul menghirup perlahan-lahan sambil menikmati kopi O kaw yang tiada mana pun setanding nikmat kopi yang dibancuh oleh Mbak Dewi. Dia menerima titah bapa sedaranya dengan hati yang terbuka. Sudahlah masa makan tengahari tadi di Villa, ditaichi teruk atas kesilapan diagnosis pada anak klien VIP itu. Mungkin ekoran dari kesilapannya, Tun Tunku Harith bertindak melantik Tunku Hussein.

So, Raff can you percakapan Tun Tunku Harith terus terhenti apabila kelibat Tunku Raffzul tiada di ruang tamu. Entah bila masa anak sedaranya itu angkat kaki beredar dari ruang tamu.

Tengok Pa dah buat Raff kecil hati.

As MDPapa berhak tegur meskipun punca kesilapan dari anak Papa sendiri. Nyawa bukan barang permainan, Sein. Nasib baik ada doktor intern yang kesan awal kesilapan diagnosis Raff. Jika tak, hospital kita dah sah kena saman. Ada Raff pernah fikir tu semua

Sein tak kata teguran Pa pada Raff tu salah. Cara teguran Pa yang salah. Why not two of you discuss in private. Pa tegur silap Raff depan Sein tu bukan caranya. Sometimes you also have to learn how to respect people, Pa.

Kamu nak kata Papa yang salah didik Raff Tun Tunku Harith meninggi suara.

Tunku Hussein menghela nafas panjang. Sejak perginya bonda tersayang, payah sungguh untuk dibawa berbincang dengan Tun Tunku Harith. Mudah sangat tersentap hati. Tegur salah, tak tegur pun salah.

Sein nak usaikan apa yang pending sebelum Sein pindah ke THSC. Apa kata, Pa lantik Rein jadi CEO di Mels E Cadang Tunku Hussein menoleh terus ke arah kakaknya sambil mengenyit mata. Adalah lebih baik ditukar cerita lain dari bertegang leher dengan Tun Tunku Harith.

Habis, kaf Rein Takkan Rein nak shut down kaf macam tu aje. Rein tak setuju! Sangkal Tunku Hazreen seraya menyilang kedua-dua tangan rapat ke dada dengan riak wajah cemberut.

Alah Rein. Bukannya kamu harus ada seharian di Mels E. Cukuplah sekadar kamu jenguk sesekali. Selebihnya, biar Papa yang uruskan. Mels E tak seremeh Papa uruskan THSC, pujuk Tun Tunku Harith.

Tunku Hazreen berpandangan dengan Tunku Hussein. Di saat adiknya mengangguk kepala, terpaksa dia setuju dengan cadangan itu.

Sementara Papa masih lagi MD, I need your endorsement to swap Elmina with Qamra Ain. She potential to become my DMD team members, pinta Tunku Raffzul yang baru muncul entah dari mana.

Di waktu nama Elmina disebut sengaja ditebalkan sedikit sebutan sambil mengerling ke arah Tunku Hussein. Peluang yang ada diminta sebaik mungkin.

Tunku Hussein pula, tersentap hati bila nama Elmina disebut oleh Tunku Raffzul. Dia tahu sepupunya sengaja menyingkap kisah cintanya bersama doktor perasan diva itu.

Oh, doktor intern yang Papa rekrut minggu lepas, si

Papa, Rein nak balik dulu. Dah larut malam ni. Sein hantarkan, ye. Rein takut nak drive sorang kalau malam-malam begini, baru saja Tun Tunku Harith hendak menyebut nama Qamra Ain, pantas dia mencantas.

Dia bangun dari sofa sambil memberi isyarat gerakan bibir yang entah apa butir kata-kata yang hendak disampaikan pada Tunku Hussein. Risau kalau Tunku Hardie tiba-tiba meroyan terdengar nama itu disebut waktu situasi tegang begini.

Apa kata kamu berdua pindah balik Sunyi sungguh Papa rasa semenjak kamu berdua tinggalkan Villa tinggalkan Papa.

Sein lebih selesa tinggal bersendirian, Pa. Ada masa Sein datang jenguk.

Rein

Housemate Rein dah pindah keluar.

You meant

Tunku Hazreen mengangkat kening.

Kalau gitu, pindah sini. Duduk semula dengan Papa.

Tak apalah, Pa. Villa ni jauh ke dalam. Susah Rein nak ulang alik nanti.

Tun Tunku Harith melepaskan keluhan perlahan. Payah benar hendak memujuk anak kembarnya pindah masuk semula ke Villa yang sebesar istana singgah ini. Salahnya juga, tak menghalang mereka pindah keluar dari Villa dulu. Salahnya juga, membiarkan mereka membina haluan hidup sendiri.

Akibatnya, ini habuan yang diterima. Dia pula terasa tersisih dengan anak sendiri. Hendak diharapkan Tunku Raffzul, jarang benar balik di Villa seperti dulu. Dia lebih suka duduk melepak di banglo Tunku Hussein.

Tunku Hussein dan Tunku Hazreen melahirkan rasa pelik di atas perubahan Papa mereka. Mungkin disebabkan musibah yang menimpa di atas Tunku Hardie membuka seluasnya mata hati Tun Tunku Harith. Kalau tak, sampai ke sudah mereka masih dianggap seperti orang asing.

Qamra Ain pernah menasihati ketika gadis itu masih duduk bersamanya di kondo. Selalu dia berpesan bahawa berbuatlah bakti kepada ibubapa sementara mereka masih lagi hidup. Takut menyesal di kemudian hari bila jasad mereka sudah masuk ke liang lahad. Ketika itu, tiada gunanya lagi untuk meratap tangis.

Tunku Hazreen tersentuh hati dengan kata-kata gadis itu. Jika dibandingkan dengan Qamra Ain, dia jauh lebih beruntung kerana masih ada keluarga. Tak pada Qamra Ain yang hidup terumbang ambing dan berusaha membina kehidupan sendiri. Berkat kesabaran dan semangat arwah Babahnya, dia berjaya bergelar doktor pelatih di hospital milik Papanya.

Kerana potensi yang ada pada Qamra Ain, dialah orang yang bertanggungjawab untuk memastikan yang gadis itu diterima masuk bekerja di THSC dengan bantuan Tun Tunku Harith. Kalau diharapkan Tunku Raffzul, awal-awal lagi ditendang Qamra Ain keluar dari bilik temuduga.

Nanti Rein fikirkan tentang pindah balik ke Villa ni, Pa. Bagi Rein masa, okey

Tun Tunku Harith mengulum senyum. Tiada yang indah untuk digambarkan bila anak-anak balik ke pangkuannya semula.