MY PRETTY BOY - 71
REIN nak pindah balik ke sini soal Tunku Hussein ketika mereka berdua selesai berdiskusi di ruang tamu. Selepas perbincangan panjang, dia dan Tunku Hazreen beredar keluar menuju ke taman. Lama sudah tak jejak kaki di sini. Vila tersergam indah menjadi saksi bisu di setiap peristiwa yang bertahun lalu.

Rein teringatkan kata Qamra. Bila Rein fikir, ada betul juga katanya. Sampai bila kita nak bermusuhan dengan Papa sendiri, Sein tanya Tunku Hazreen sambil mengusap bulu lebat Turbo di dalam kandang terbuka itu.

Semakin berisi Turbo sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerinduan terubat setelah berjumpa dengan Tuannya, Tunku Hardie yang sekian lama asyik terkurung di dalam bilik sama seperti arnab di kandang ini.

Opsss, Sein nak betulkan ayat Rein, bukan kita okey Papa yang sisihkan kita disebabkan Hardie dan Raff. Rein dah lupa ke Tunku Hussein mengingatkan Tunku Hazreen.

Walaupun hatinya mula terbuka namun bukan semudah itu untuk dia lupakan semua peristiwa hitam itu. Mungkin Tunku Hazreen sedia memaafkan tapi tak pada dia. Mengapa mereka yang perlu beralah sedangkan penyebab utama bukanlah punca dari mereka Adilkah itu

Kalau arwah bonda masih ada, kita takkan jadi beginikan

Ingat lagi tak masa Sein kecil dulu umur kita, 3 tahun. Sein tiba-tiba hilang di Strawberry Park sebab Papa leka tengok barang. Bonda pula suruh Papa jaga. Cari punya cari akhirnya Papa jumpa Sein dikerumuni oleh peniaga cina. Rein masih ingat lagi time itu memang Papa betul-betul sayangkan kau, Sein.

Rein pun sama, kan Merengek sebab Barbie hilang. Jenuh keliling Papa cari sampai dapat. Time flies so fast mereka tersengih sesama sendiri bila mengenang semula kisah hidup mereka.

Semuanya tinggal kenangan. Selepas itu, mereka dihantar pula merantau ke negeri orang.

Bagus juga cadangan Rein untuk pindah balik ke Villa. At least, Papa taklah terasa sunyi bila Rein ada. Hardie dengan dunia sendiri. Raff kadangkala aje balik ke sini, tapi Sein perhati dia lebih suka duduk lepak kat banglo Sein. Alahai bila dah jadi MD bertambah sibuklah Sein, kak. Silap-silap tidur di THSC.

Boleh jumpa Qamra selalu, usik Tunku Hazreen.

Tunku Hussein garu kepala. Hal itu yang menyesakkan otaknya sekarang ini.

Apa Sein nak buat kalau Qamra tau siapa Sein nanti

Itu yang merunsingkan Sein sekarang ni, kak. Berat hati Sein sebenarnya untuk Sein terima titah Papa tadi bila terkenangkan Qamra. Papa boleh aje bagi kuasa veto pada Raff uruskan THSC tapi bila Sein fikir balik, mungkin Papa nak hilangkan rasa bersalah sebab pernah musnahkan karier Sein.

Apa yang harus dibuat bila Qamra Ain tahu siapa dirinya yang sebenar. Adakah Qamra Ain akan melarikan diri lagi seperti yang pernah dia buat pada Tunku Hardie Atau pun, gadis itu akan berterusan membencinya Atau pun, menganggap seperti tak mengenalinya lagi Buntu otaknya memikirkan jalan penyelesaian.

Cuma satu aje yang kakak harapkan, ikat Qamra ketat-ketat jangan bagi terlepas ke tangan orang lain. Tunku Hazreen mengenggam erat kedua-dua belah tangan Tunku Hussein serta wajah kacak berkening lebat itu direnung sedalam-dalamnya. Sesungguhnya, di sebalik raut wajah itu tersimpan satu perasaan yang mendalam. Perasaan sayang pada gadis bernama Qamra Ain!

Kakak masih menunggu Aizal

Jantung Tunku Hazreen serta-merta berdegup kencang bila nama yang sekian lama menambat di hati disebut oleh Tunku Hussein. Desiran angin malam yang menyentuh lembut pipinya yang gebu dirasakan kiriman rindu dari Aizal Fahmi. Hanya itu yang mampu diterjemahkan perasaannya yang bertahun lama terpendam. Namun, dia tak pasti adakah lelaki itu masih mengingatinya seperti dulu.

Tiada lelaki yang sehebat dia untuk Rein, dik.

Rein patut berasa bertuah kalau wanita yang dicintai Aizal ialah Rein. Tapi Sein dapat rasakan yang ada seorang yang dicintai Aizal tapi yang pasti bukan Rein.

Kakak tak kisah, Sein. Kalau Aizal jumpa seseorang yang boleh membahagiakan dia dan jika gadis itu persis Qamra Rein rela lepaskan dia pergi. Sekurang-kurangnya, cintanya dijaga rapi dalam hati wanita yang telus menyintainya seperti Qamra.

Tunku Hussein memaut lembut bahu Tunku Hazreen. Di malam ini, masing-masing meluahkan apa yang selama ini tersemat kemas di dalam lubuk hati. Kini, mereka berasa lega selepas rahsia sesama sendiri dikongsi bersama.