Setiap pagi, pihak kantin akan menyediakan set makanan dan minuman kepada pelajar-pelajar yang mendapat RMT. Menu makanan adalah berbeza setiap hari. Sesetengah sekolah akan membuat jadual menu makanan untuk sepanjang hari persekolahan. Pelajar yang mendapat RMT dikehendaki datang awal ke sekolah supaya mempunyai masa untuk bersarapan di kantin.
Antara ragam yang berlaku adalah para pelajar gemar memilih-milih menu yang diberi. Pada hari yang menu kegemaran,
kantin akan dipenuhi oleh pelajar dan sebaliknya pula berlaku pada hari yang menyediakan menu tidak digemari. Ini mengakibatkan makanan yang tidak habis, terbiar dan terpaksa dibuang begitu sahaja.
Antara menu yang digemari adalah nasi ayam dan nasi gulai daging sementara menu yang tidak digemari pula adalah bihun goreng kosong dan roti canai.
Antara masalah lain yang sering berlaku adalah ada di antara pelajar yang tidak mendapat RMT turut mengambil makanan RMT sehingga bekalan makanan yang disediakan cukupcukup untuk semua pelajar menjadi tidak mencukupi. Pelajar yang tidak mendapat RMT boleh mengambil makanan hanya jika mereka menggantikan mana-mana pelajar yang mendapat RMT tidak hadir ke sekolah atau tidak mahukan makanan.
Selain Rancangan Makanan Tambahan, akronim RMT pernah diguna pakai sebagai kod rahsia kepada Rokok Mahu Tak