Tapi Encik Filman jangan risau, Danira dengan Zulbhan tu tak ada apa-apa sebenarnya. Kalau tak salah saya, Danira minta tolong Zulbhan carikan adiknya yang hilang. Sahut Umaira menjelaskan persoalan yang mula menerpa di kepala Filman.
Adik Kenapa dengan adik Danira Dahi Filman berkerut mendengarnya.
Saya pun tak tahu sangat cerita sebenar. Kak Siti sebenarnya yang bercerita pada saya. Kononnya, Danira dan adik lelakinya dah lama terpisah. Sebab tu Danira minta bantuan dari Zulbhan untuk mencari adiknya tu. Ujar Umaira.
Macamana mereka boleh terpisah Soal Filman ingin tahu.
Umaira menggelengkan kepala. Yang tu saya tak pasti pulak Encik Filman. Yang saya tahu Danira tu anak yatim piatu. Dia tinggal seorang diri lepas kedua ibu bapa dia meninggal. Sebab tu dia nak cari adik lelakinya. Jelas Umaira lagi panjang lebar.
Filman terdiam. Kata-kata Umaira membuatkan dia termenung panjang. Betulkah Danira sebatang kara Apakah itu sebabnya Danira tinggal seorang diri di tingkat atas rumah taska ini Persoalan yang sudah lama bermukim di kepalanya kini sudah terjawab.
******
Wajahnya berubah sebaik terpandang kelibat Filman di seberang jalan ketika dia mahu keluar dari kedai runcit itu. Lelaki itu memakai cermin mata hitam dan sekadar berkemeja warna putih dan berseluar slack hitam. Nampak kemas dan segak!
Belum sempat dia mahu meleraikan tanda tanya yang bersarang di kepalanya, Filman tiba-tiba menoleh lalu melambaikan tangannya. Ternyata kehadirannya sudah disedari sebelum sempat dia cabut lari dari kedai runcit itu. Mahu tak mahu dia terpaksa menuju ke arah lelaki itu.
Filman tersenyum seraya memandangnya. Kaca hitam yang dipakai lelaki itu ditanggalkan lalu disangkut di poket kemeja.
Encik Filman buat apa kat sini Kata semalam nak berangkat hari ni. Tanya Danira sebelum sempat Filman membuka mulut.
Semalam janji apa dengan saya Cepatnya lupa. Filman ketawa kecil.
Danira terkedu. Bukan dia yang berjanji tapi Filman yang memutuskan begitu. Padahal mulutnya terasa seperti disagat setiap kali dia mahu menyebut nama lelaki itu tanpa gelaran encik di pangkal nama.
Susah saya nak panggil macam tu. Danira melepaskan keluhan. Berterus-terang di hadapan Filman.
Sebab tu kena cuba. Filman menjawab mudah.
Kenapa saya kena panggil Encik Filman begitu
Sebab saya yang mahukan begitu. Saya lebih suka dipanggil Filman.
Kalau saya tak mahu
Saya akan terus mendesak.
Danira terdiam. Kata-kata akhir Filman mematikan akalnya.
Filman tiba-tiba meledakkan tawanya. Entah kenapa wajah Danira yang serba tidak kena mengumpan rasa lucu. Dia tahu gadis itu serba salah mahu memanggilnya hanya dengan panggilan nama.
Saya datang nak jumpa Danira sebelum saya berangkat. Umaira yang beritahu Danira ada kat sini. Sebab tu saya singgah sekejap. Jelas Filman.
Saya beli telur untuk buat kek. Kelmarin dah beli, tapi entah macam mana Kak Siti terguna untuk buat kuih. Jelas Danira berterus terang.
Filman tersenyum. Saya rasa kek yang Danira buat mesti sedap rasanya. Lepas saya balik dari Kuching nanti, tolong buatkan untuk saya ya Pinta Filman tiba-tiba.
Danira tidak menjawab. Kata-kata lelaki itu membuatkan lidahnya kelu seribu bahasa. Mustahil lelaki yang selalu merasa makan kek mahal mahu mencuba kek murahnya yang biasa-biasa sahaja. Persepsi itu yang bertamu di fikirannya saat ini.
Encik Filman, saya.
Filman. Pantas Filman membetulkan panggilan.
Danira mengangguk. Filman pun Filmanlah, asal jangan lelaki itu menyuruh dia memanggil abang atau sayang, cukuplah.
Kenapa Danira tak sudi buatkan saya kek Suara Filman hambar kali ini.
Bukan macam tu. Jawab Danira pantas. Dia benar-benar tidak mahu menyinggung perasaan lelaki itu lagi.
Habis Terpisat-pisat mata Filman menatap gadis di hadapannya.
Yalah, lain kali saya buatkan. Akhirnya Danira terpaksa mengalah. Lebih senang begitu dari jiwa terdera dengan layanan lelaki itu terhadapnya. Filman dilihatnya tersenyum girang. Sedang dia pula tak sudah-sudah menghamburkan keluh-kesah.
Janji ya. Saya akan tagih janji tu selepas saya balik dari Kuching nanti. Ujar Filman seraya membuka pintu keretanya.
Jom, saya hantar Danira balik ke taska. PelawaFilman.
Eh tak payahlah Filman, saya boleh balik sendiri. Danira menggelengkan kepala. Cuba menolak dengan baik!
Dah, mari saya hantar balik. Kalau asyik tak nak aje, saya rasa saya boleh lambat sampai ke airport tu. Sambung Filman seraya melirik jam di pergelangan tangannya. Mendengar kata-kata Filman, Danira tercengang. Hendak tak hendak, dia segera memaksa diri melangkah masuk ke dalam perut kereta lelaki itu.
bersambung
Bab akan datang:
Adakah itu taktik Filman supaya Danira tidak berdolak-dalih lagi