MY PRETTY BOY - 72
TUNKU RAFFZUL berhenti berlabuh duduk di bangku kayu taman yang berhampiran banglo Tunku Hussein. Malas sungguh untuk menunggu lebih lama lagi mendengar berdas-das leteran dari Tun Tunku Harith. Tak habis-habis dia dipersalahkan. Memang patut pun diterima hukuman setimpal itu. Dia akui salahnya. Dan dia juga yang penyebab anak VIP itu hampir menemui ajal!

Sebagai seorang manusia, dia juga merasa kecewa dan sedih. Sudah bertahun berkhidmat di hospital itu, inilah kali pertama dia ditegur seteruk itu apatah lagi di depan Tunku Hussein. Apa yang merunsingkan, dia tak mahu Qamra Ain dipindahkan bawah pengawasan Tunku Hussein selepas ini.

Dia mengeluarkan SG N5 dari dalam poket jaket hitam dan mencari senarai nama dalam buku telefon dan ditekan sebaris nama yang terpampang di skrin. Ditaip sesuatu di atas skrin. Usai menaip di aplikasi Whatsaapps terus ditekan butang send.

T_Raff

TH Aku ada kat depan banglo kau!

Lepas menghantar sebaris ayat, Tunku Raffzul menyimpan semula telefon ke dalam poket. Nafas ditarik panjang dan perlahan-lahan dilepaskan. Keduadua kelopak mata dipejam rapat. Bila dibuka semula, terkejut sungguh terpandang ke arah kelibat seseorang yang merenung tepat ke arah wajahnya.

Qamra Terkejut saya!

Kenapa Tuan tak balik lagi Dah pukul 12, lebih baik Tuan balik.

Apa kamu buat tengah malam buta ni Soal Tunku Raffzul cuak seraya melilau perhatikan sekelilingi. Satu umat pun tiada. Tampak kosong dan sunyi.

Saya baru balik dari kedai 7 Eleven depan sana. Beli barang sikit. Saya balik dulu, kata Qamra Ain dan bersedia untuk pergi, tapi lengan sweater sempat dipaut oleh Tunku Raffzul.

Temankan saya kejap. Saya perlukan seseorang di malam ni tu pun kalau kamu tak kisah, rayu Tunku Raffzul perlahan. Kedengaran suaranya tenggelam timbul. Baru tadi suaranya kedengaran biasa berbicara dan sekejap sahaja bertukar intonasi.

Qamra Ain tak membantah. Tanpa disuruh dia duduk berlabuh bersebelahan dengan Tunku Raffzul yang tunduk menghala pandangan ke bawah. Secara tak sengaja dia terpandang ada titisan air mata jernih yang jatuh setitik di atas permukaan jalan tar itu.

Saya buat Tuan nangis ke Teragak-agak untuk dia bertanya.

Cepat Tunku Raffzul menggeleng. Qamra Ain mengalihkan wajah lelaki kacak itu menghala tepat ke wajahnya. Setitis demi setitis air mata hangat itu mengalir perlahan membasahi pipi. Pantas Qamra Ain mengesat dengan hujung ibu jari.

Kenapa kamu baik terhadap saya, Qamra Saya tak pernah layan kamu dengan baik sejak kamu jadi doktor intern saya. Saya pandang rendah dengan kebolehan yang kamu ada. Kenapa, Qamra

Sebab saya seorang doktor.

Hanya tu alasan kamu

Saya teringat kata-kata Babah saya dulu, Tuan. Jika orang bagi kita racun, jangan kita balas dengan racun. Biarlah kita balasnya dengan madu. Kelak nanti, dia tahu racun itu perosak dan madu itu penawar, bicara Qamra Ain sambil mengesat air mata Tunku Raffzul yang masih lagi mengalir dengan sapu tangan yang berada dalam kocek blazer lelaki itu. Kemudian dia mengukir senyuman.

Begitu juga dengan Tunku Raffzul, senyuman lelaki itu tak ubah seperti senyuman Tunku Hussein. Wajahnya pun hampir seiras. Hanya gaya rambut yang membezakan. Esok pagi, temujanjinya dengan lelaki itu di Mels E untuk sarapan bersama.

Saya kena taichi teruk dengan Tuan Harith waktu lunch tadi. Tiada siapa yang faham saya, Qamra. Bertahun saya pegang jawatan CEO di Mels E yang sepatutnya karier saya sebagai seorang doktor dalam tempoh itu terpaksa saya lepaskan. Tuan Harith, tiada siapa berani menentang termasuk anak-anaknya sendiri. Rela atau tak, terima ajelah. So, jangan salahkan saya sebab dalam tempoh itu, saya hilang fokus, adu Tunku Raffzul yang selama ini ditelan saja kepahitan setiap kali mendengar cerita kurang enak tentangnya di THSC.

Sebagai seorang MD, beliau ada hak ke atas Tuan atau sesiapa saja yang bekerja di bawah naungan THSC. Demi kebaikan Tuan dan semua, Tuan Harith mahu Tuan belajar sesuatu dari kesilapan yang Tuan lakukan supaya tak diulangi kesilapan yang sama.

Thanks for your advice, Qamra. Now, I feel much better when youre here with me.

Thank you, Yang Mulia. So saya dah boleh balik sekarang

Matanya sudah dirasa seperti digam-gam. Berkali-kali dia menguap kerana terlalu mengantuk. Tersenguk-senguk ditahan mata dari terlelap di depan Tunku Raffzul.

Tak payahlah nak tahan-tahan mata tu, jom saya teman balik. Mana tempat tinggal kamu Tunku Raffzul menarik tangan Qamra Ain menyaingi langkahnya. Terkial-kial dia bangun mengikuti langkah lelaki itu.

Depan sana aje. Lepas dari banglo yang ada lampu kelip-kelip itu, beritahu Qamra Ain, teragak-agak.

Setakat ini hanya Tunku Hussein dan Tunku Hazreen saja yang tahu di mana dia duduk menyewa dan terpaksa dia beritahu Tunku Raffzul pula. Mereka jalan beriringan melalui lorong yang menuju terus ke kawasan rumah sewa yang didiami oleh gadis itu.

Saya tak tau pula selama ni kamu duduk di kawasan kejiranan sepupu saya, kata Tunku Raffzul yang baru perasan kawasan yang dilalui kawasan banglo Tunku Hussein.

Sepupu, Tuan Kat kawasan mana soal Qamra Ain yang baru tahu rupanya selama ini dia duduk berjiran dengan sepupu Tunku Raffzul.

Banglo 2 tingkat sebelah lampu kelip-kelip yang kamu kata tadi.

Oooo.. ye ke Siapa dia Mana tau saya kenal. Rata-rata penghuni di sini ada yang pernah saya jumpa.

Nanti kamu tau juga siapa dia, sengaja dirahsiakan dari pengetahuan Qamra Ain.

Tuan Raff, boleh saya cakap sesuatu

Apa dia

Jangan cembeng macam tadi. Tenggelam terus handsome, Tuan ketawa kecil Qamra Ain kedengaran memecah kesunyian malam ini.

Tunku Raffzul mencebik bibir. Sudah berani gadis itu mengusik.

Kalau dulu, jangan dikatakan menegur, lalu di depan pun tak pernah. Tanya sepatah, jawab sepatah. Kalau di dalam dewan persidangan, dia mengambil tempat duduk yang paling belakang bersama Rudy Armani. Lepas persidangan selesai, dia dan Rudy Armani yang akan hilang dulu. Disebabkan kes semalam, serta-merta lelaki ini berubah tune. Lebih mesra alam atau terlebih mesra alam, itu lebih tepat!

Sebenarnya, inilah kali kedua saya cembeng depan perempuan.

Kali pertama

Di depan orang yang paling saya cintai dulu. Sekarang tak lagi.

Oh ya kita lupakan hal itu. Saya nak tanya Tuan Raff major dalam apa sebenarnya Qamra Ain menukar tajuk perbualan. Sejak dikhianati cinta, dia malas untuk berbicara soal cinta dengan sesiapa pun. Kisah cinta yang panjang meleret akhirnya dia yang terpaksa menanggung sisa cinta terkonteng-konteng.

Neurologist Specialist. Disebabkan anak sulung Tuan Harith lumpuh, saya diarahkan untuk gantikan tempatnya sebagai VP sampai sekarang. Saya jealous sangat dengan kamu. Kamu lebih tau tentang kardiak lebih dari saya tau tentang neuron.

Cardiologist Specialist adalah cita-cita saya, Tuan. Demi Babah saya.

Tunku Raffzul mengangguk faham. Leka berbual akhirnya mereka sampai juga di hadapan rumah sewa Qamra Ain.

Terima kasih, sebab hantar saya sampai ke sini.

Oh ya... esok kamu kena datang awal. Kita ada majlis pelantikan MD baru gantikan Tuan Harith esok.

Siapa

Surprise. Jangan lewat! Be on time! Pesan Tunku Raffzul sebelum beredar pergi selepas menghantar setakat di anak tangga.