kesungguhan yang tinggi jika ingin dijadikan sebagai hobi. Album untuk menyimpan setem boleh didapati dan dibeli dikebanyakan kedai-kedai menjual alat tulis. Setem akan dikumpulkan dari sampul-sampul surat yang diterima sama ada dari dalam atau luar negara. Setem yang melekat kuat pada sampul akan ditanggalkan dengan menggunakan air ataupun digunting terus dari sampul surat.
Nilai sesuatu setem akan meningkat mengikut negara, tahun dikeluarkan, gambar hiasan ataupun kesukaran ditemui. Selain itu, setem yang mempunyai kesilapan ketika dicetak tersangatlah mendapat permintaan selain tinggi harganya.
Pengumpul setem akan menukarkan antara satu sama lain bagi mempelbagaikan lagi koleksi setem masing-masing. Oleh itu, menjadi keperluan untuk pengumpul setem mencari sahabat-sahabat di dalam atau luar negara bagi mempelbagaikan lagi koleksi-koleksi setemnya. Walaupun begitu, terdapat juga kedai yang menjual koleksi setemsetem terpakai dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja.
Mempunyai album setem yang mengumpulkan pelbagai setem dari luar dan dalam merupakan satu kepuasan kepada pengumpul setem walaupun jika dilihat ianya adalah hobi yang tidak mendatangkan apa-apa kelebihan selain dari menghabiskan masa dan wang.
wujud, surat menjadi medium penting kepada semua orang untuk menghantar berita, berkawan, urusan rasmi, pengeposan barang dan bermacam-macam lagi. Setem dijual pada nilai 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan juga RM1. Bagi menjimatkan duit, setem akan dikitar semula dan digunapakai oleh kedua pihak sehinggalah lunyai.
Proses mengitar semula setem adalah:
Satu pesanan akan ditulis di dalam surat bagi menyampaikan tentang setem kitar semula tersebut.
Permukaan setem akan disapu gam sebelum dilekatkan ke atas sampul surat.
Apabila surat diproses di pejabat pos, setem tadi akan dicop oleh pegawai pos. Oleh kerana permukaan setem telah disapu gam, cop tadi hanya berada di atas permukaan gam.
Apabila surat diterima, setem tadi akan ditanggalkan dari sampul surat secara berhati-hati.
Setem akan dimasukkan ke dalam air panas untuk menanggalkan gam yang disapu pada permukaan setem. Apabila kesemua gam telah tiada, setem tanpa cop akan dapat digunakan semula oleh penerima tadi.
Cara ini sememangnya telah terbukti berkesan diguna pakai oleh ramai orang. Selain dapat menjimatkan duit membeli setem, ianya juga merupakan suatu bentuk rebel kecil di dalam scene mengepos surat. Dah tahu ni diam-diam sudah la.