Mencari Kiblat Cinta - 73
Filman tersenyum sendiri. Sengaja dia berkata begitu untuk mengumpan Danira mengikutinya. Sepanjang perjalanan yang tak sampai suku batu itu, Filman asyik berceloteh manakala Danira hanya menjadi pendengar. Sesekali Danira mengerling ke arah lelaki itu yang kelihatan ceria hari ini. Dia sendiri tidak faham kenapa Filman tiba-tiba banyak bercakap hari itu. Buang tebiat agaknya dia ni!

Ketika kereta Filman berhenti di hadapan taska Sissy Kindergarden, Danira cepat-cepat melangkah turun. Tak sanggup dia mahu berdua-duaan di dalam perut kereta itu bersama Filman lebih lama.

Danira. Panggilan Filman perlahan.

Danira sempat bepaling ke arah lelaki itu. Dahinya berkerut. Tatapan mata lelaki itu kini serius melata ke wajahnya.

Lepas saya balik dari Kuching nanti, saya akan tolong. Jadi jangan bimbang dan jangan susah hati. Tutur Filman.

Danira tercengang. Kerut di dahinya semakin melebar. Dia langsung tidak dapat mencerna kata-kata lelaki itu kali ini. Apa sebenarnya maksud Filman

Saya akan tolong carikan adik Danira, kalau itu mampu menyenangkan hati gadis yang saya suka. Sambung Filman tersenyum.

Kali ini Danira tersentak. Kata-kata Filman membuatkan dia terkedu.

Ma..macamana awak tahu tentang adik saya Suara Danira tersekat-sekat. Ternyata dia bingung dengan kata-kata yang baru meniti keluar dari bibir lelaki itu.

Tak penting bagaimana saya boleh tahu. Lepas saya balik nanti, kita bincang lagi fasal hal ni. Bisik Filman seraya melemparkan senyuman.

Danira terdiam. Hampir menitik airmatanya mendengar kata-kata Filman. Benarkah lelaki itu serius dengan kata-katanya mahu membantu dirinya mencari Naufal Tahukah lelaki itu betapa dia amat berharap untuk menemui Naufal

******

Dia hanya menjadi pemerhati di tepi sudut sewaktu Melia kelihatan riang meniup lilin kek harijadinya sambil dikelilingi teman-teman seusia. Malah ketika Melia mahu membuka hadiah-hadiah yang diterimanya, dia juga hanya memandang dari jauh. Dibiarkan sahaja Kamila, Lynn dan Umaira yang melayan kerenah anak-anak itu yang nampak teruja mahu melihat hadiah-hadiah yang diperolehi Melia. Kak Siti sejak awal-awal lagi sudah beredar ke dapur untuk menyudahkan kerjakerja terbengkalai.

Fikirannya entah kenapa asyik teringatkan kata-kata Filman kelmarin. Meskipun lelaki itu serius mahu membantunya mencari Naufal, namun entah kenapa dia berasa tidak yakin. Jika Filman mampu mencari Naufal, tak mustahil lelaki itu juga akan tahu latar belakangnya. Malah dia yakin Filman akan membencinya. Kak Siti, Umaira dan Lynn juga akan memandang hina padanya.

Kamila yang asyik melayan anak-anak di situ sesekali mengerling ke arah Danira yang kelihatan senyap. Dia perasan wajah Danira tidak ceria sejak pagi tadi. Malah ketika dia membantu gadis itu menyiapkan kek harijadi untuk Melia, Danira juga tidak banyak bercakap. Gadis itu lebih banyak termenung.

Wah, hadiah terakhir dari Kak Nira. Suara Kamila mematikan lamunan singkat Danira. Dia menoleh. Wajah Melia tersenyum menatap ke arahnya sambil memegang bungkusan hadiah yang berbalut dengan kertas pembalut warna kuning air. Melihat anak kecil itu tersenyum, Danira turut mengukir senyuman. Kakinya segera dihela ke arah Melia.

Bukalah. Suruh Danira.

Melia segera membuka hadiahnya. Kertas pembalut itu dirungkai agak terburu-buru sehingga semuanya terkoyak sekaligus. Kamila ketawa kecil seraya turut menjengah ke arah Melia. Anak itu sedang menarik keluar sebingkai lukisan lorek. Lukisan itu memaparkan wajah seorang anak kecil seiras Melia sedang dipimpin pergi oleh seorang lelaki menuju ke arah sebuah kereta.

Ini papa sebut Melia seraya menunjukkan ke arah imej lelaki di dalam gambar tersebut. Kamila terpegun sejenak.

Ahahlah, ini memang papa Melly. Yang comel ni mesti Melly, sebab auntie tengok reben rambut ni sama aje macam yang selalu Melly pakai tu. Kamila mengiyakan sebelum melirik ke arah Danira.

Cantik. Nira yang lukis ya Tanya Kamila ingin tahu. Terpamer rasa kagum melihat lukisan yang dilorek menggunakan pensel sahaja, tapi cukup cantik dan mirip seperti Melia dan Filman.

Danira sekadar mengangguk. Segan juga dia pada Kamila kerana dia hanya mampu menghadiahkan Melia dengan lukisan yang dilukisnya, sedangkan Kamila menghadiahkan gadis kecil itu dengan seutas rantai yang cukup cantik.

Umaira turut menjengah ke arah lukisan di tangan Melia. Bibir Umaira turut memuji kecantikan hasil kerja tangan Danira. Hanya Lynn sahaja yang tidak berganjak dari tempat duduknya.

Mana Nira belajar melukis macam ni Tanya Umaira ingin tahu.

Tak belajar mana-mana pun. Saya melukis gitu-gitu aja Mira. lukisan ni pun biasa-biasa aje, bukan cantik mana pun. Balas Danira merendah diri. Sememangnya dia tidak berbohong bila dia mengatakan dia tidak pernah mempelajari seni lukis. Apa yang digarap di kertas lukisan itu sekadar contengan biasa-biasanya sahaja.

Kalau macam ni dah dikira cantik dan berbakat. Bukan macam kami ni, nak melukis orang lidi pun tak pandai. Sampuk Kamila disusuli gelak ketawa Umaira.

bersambung

Bab akan datang :

Bagaimanakah cara Filman untuk membantu Danira