MY PRETTY BOY - 73
QAMRA AIN berdiri tercegat di depan Mels E. Sengaja dia datang lebih awal dari biasa sebelum masuk waktu kerja. Dari rumah sewa terus menuju ke sini memberi kejutan pada Tunku Hussein. Hasratnya ingin bersarapan berdua di Mels E Caf yang pernah menjadi port lepak bersama dulu.

Dia mengatur langkah masuk ke perkarangan lobi. Terus dia mendekati ke arah penyambut tetamu yang bertugas pagi ini. Seminggu sudah berlalu. Dia masih ingat lagi pada gadis yang berambut mayang mengurai itu.

Hi Kuza! Ingat lagi tak tegur Qamra Ain di kala gadis itu sedang sibuk menyemak sesuatu di skrin monitor. Sekilas dia mendongak ke atas bila terdengar namanya disebut. Terus dia mengulum senyum pada Qamra Ain.

Siapa yang tak ingat kat kau, Qamra Baru seminggu kau resign, takkan nak kerja sini balik, wahai Dr. Qamra Ain usik Kuza serta menghulurkan tangan menyalami Qamra Ain yang ayu berbaju kurung di pagi ini.

Taklah, aku cari Sein. Boleh tak kau interkom dia kejap kat area pengasingan mel. Aku tunggu tempat

biasa tapi tak ada pula dia lalu di situ.

Sein yang mana

Ya ALLAH, Hussein yang selalu dengan aku tu. Takkan kau tak ingat Hussein yang suka kutuk kau minah blues.

Oh, Hussein tu ke Ni nak habaq kau. Staff kat sini rata-rata jealous dengan kau sebab kau beruntung dapat keluar dengan CEO.

CEO Bila masanya CEO pun aku tak kenal. Mengarutlah kau, Kuza. Interkom Sein cepat aku dah lambat ni, rayu Qamra Ain sekali lagi sambil melirik ke arah jam yang menunjuk tepat pukul 7 pagi. Tinggal sejam lagi masa yang ada untuk bersarapan dengan Tunku Hussein sebelum masuk waktu kerja.

Lor, kau tak tau lagi ke Kuza mengerut dahi kehairanan.

Keliru antara Qamra Ain buat-buat tak tahu atau memang tak pernah tahu siapa sebenarnya lelaki yang dipanggil Sein itu.

Apa sebenarnya yang kau nak bagitau aku ni Cuba kau cerita terang-terang bagi aku faham. Qamra Ain mula terasa tak sedap hati.

Budak yang kau panggil Sein tu sebenarnya YM Tunku Hussein, CEO Mels E.

Kau jangan buat cerita dongeng purba pagi-pagi ni, Kuza.

Kau tak percaya Jap Kuza menaip sesuatu dari papan kekunci. Tetikus ditekan berkali-kali sehingga mendapat sesuatu info yang membuktikan pada

Qamra Ain bahawa dia berkata benar tentang lelaki itu. Kau tengok sini

Kuza memusingkan sedikit skrin monitor ke arah Qamra Ain. Buntang anak matanya. Beg galas yang dipegang terlepas dari pegangan. Terpegun dia sebentar selepas membaca butiran mengenai lelaki yang selama ini berada di samping rupanya lelaki terpenting di Mels E.

Tunku Hussein bin Tun Tunku Harith, CEO Mels E. Jadi, Sein adalah anak pada Tuan Harith Sepupu pada Tuan Raff

Dirasakan lemah lutut di kala ini. Tak terdaya lagi untuk berdiri. Kenapa kau tipu aku, Sein

D

IA melangkah longlai masuk ke dalam lobi THSC. Kelihatan ramai pekerja bergegas pergi menuju ke dewan utama sedangkan dia berhenti di depan papan tanda direktori. Tiada keterujaan langsung untuk sama-sama menyambut kedatangan MD baru itu. Mereka yang berkejarkejaran pergi baru mendapat tahu berita pelantikan MD menggantikan Tun Tunku Harith pagi tadi yang diketahui lebih awal di Mels E.

Qamra, you termenung apa lagi Jom, MD baru dah ada dalam dewan. Semua doktor dikerahkan ke sana. Hanya jururawat aje tak payah. Laung Azmeer sambil berlari ketika melewati gadis itu.

Dia tak perasan yang Rudy Armani mengejari dari belakang. Menyedari Qamra Ain melangkah lemah, tak jadi dia mengekori Azmeer dan berpatah balik mendapatkan gadis itu.

Whats wrong with you, Qamra Anything happen Rudy Armani menyaingi berjalan bersebelahan dengan Qamra Ain. Dari reaksi riak wajah gadis itu, dia dapat baca ada sesuatu yang menganggu fikiran doktor pelatih itu.

Mereka sampai di muka pintu dewan utama.

Pertanyaan Rudy Armani dibiarkan tanpa jawapan. Hatinya teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam. Selepas dipaksa oleh Rudy Armani, digagahi juga kaki melangkah masuk. Di dalam dewan penuh dengan kehadiran kakitangan THSC termasuk barisan MC dan HOD. Ada juga yang tak diwajibkan hadir atas sebab tak boleh meninggalkan pesakit kes kritikal sendirian di dalam wad. Di kejauhan, dia ternampak betapa segaknya lelaki kacak yang dicari pagi tadi berada di atas pentas utama bersama Tunku Raffzul di sisi.

Aku nak jumpa Sein, bilik CEO aras mana

Semalam adalah hari terakhir Tunku Hussein mengalas jawatan CEO di sini, dia diarahkan oleh Tuan Harith menyandang jawatan MD di THSC.

Terngiang-ngiang di telinga kata-kata Kuza pagi tadi. Dia yang masih lagi terkejut selepas mengetahui status lelaki itu sebenarnya dan lebih mengejutkan adalah lelaki itu juga yang menjadi MD di tempat hospital dia bekerja. Patutlah lelaki itu mengetahui setiap perincian tentangnya di THSC dan sudah tentu ada spy yang dilantik untuk memantau pergerakan dirinya selama ini.

Qamra, you okay ke tak ni Dari tadi asyik termenung aje Tegur Rudy Armani sekaligus menyentaknya dari lamunan.

Tak... tak ada apa-apa, jawab Qamra Ain dalam keadaan bingung. Mahu saja dia duduk diam sehari dua tanpa sebarang bicara. Ataupun, mahu sembunyikan diri dari dijejaki oleh sesiapa pun termasuk Tunku Raffzul.

Assalamualaikum dan selamat pagi buat warga THSC di atas kehadiran anda semua di pagi ini. Saya, Tunku Hussein selaku MD baru menggantikan Papa saya, Tun Tunku Harith di atas sebab kesihatan beliau yang tak mengizinkan sejak kebelakangan ini. Harapan saya, agar kita semua kekalkan momentum yang pernah Papa saya amalkan di THSC. Tunku Hussein memulakan ucapan ringkas dan padat sehinggakan bergema suaranya di segenap corong pembesar suara. Dia tahu, ucapannya itu mampu didengari oleh mereka di luar sana yang tak dapat menghadirkan diri di dewan pagi ini.

Qamra Ain mendengar setiap butir kata ucapan lelaki itu di tengah pentas. Dan, buat pertama kali dia mendengar lelaki yang menjadi pemangkin semangatnya memperkenalkan diri sebagai Tunku Hussein.

Panahan matanya masih tak berganjak dari memerhatikan penyampaian bersaja Tunku Hussein di antara celah-celahan doktor yang berdiri. Memang tampak gaya seorang presiden termuda yang bakal memecahkan tradisi THSC.

Qamra Ain, kalau saya ada berbuat sesuatu yang menyebabkan hati awak luka parah, adakah awak terus benci pada saya

Walaupun awak jauh di mata namun awak tetap di hati saya, di sini. Saya sayangkan awak, Sein dan jangan buat sesuatu yang boleh mengubah sayang saya bertukar benci.

Dia teringat perbualan semalam. Patutlah Tunku Hussein beria-ia menantikan jawapan jujur mulutnya. Jangan buat sesuatu yang boleh mengubah sayang saya jadi benci pada awak, Sein.

Dia malas menunggu lebih lama di dalam dewan. Semakin lama berada di sini, semakin bertambah sakit di hati. Qamra Ain berpaling ke belakang lalu beredar keluar dari dewan meninggalkan Rudy Armani yang ralit mendengar.

Tiba giliran Tunku Raffzul pula berucap sepatah

dua kata. Penat berdiri, Tunku Hussein berlabuh duduk di sofa. Lensa hazelnya ternampak gadis yang ditunggu sejak awal di perhentian bas pagi tadi muncul di dalam dewan. Baru saja sekilas berpaling muka ke arah lain, Qamra Ain hilang terus dari pandangan. Hanya tinggal Rudy Armani keseorangan di situ. Dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.

Setiap soalan perlukan jawapan. Dia sudah membuat persediaan awal di atas berdas-das soalan yang bakal ditanya oleh Qamra Ain bila mereka bersemuka nanti. Dia harus selesaikan secepat mungkin sebelum gadis itu terluka disebabkan rahsia statusnya selama ini.

Sein, kau termenung apa Jom, aku kenalkan dengan team DMD. Tunku Raffzul menyentuh perlahan bahu sekaligus menyingkap lamunannya tentang Qamra Ain. Baru dia sedar yang hanya mereka berdua saja yang berada di dalam dewan. Dia bangkit dari sofa dan mengatur langkah mengekori Tunku Raffzul dari belakang.

S

EIN, kenalkan Dr. Azmeer, dari ND. Dr. Rudy Armani, takkan kau tak kenalkan Dan mana Dr. Qamra soal Tunku Raffzul selepas

baru sedar Qamra Ain tiada di dalam bilik.

Rudy Armani mensyaki sesuatu. Qamra Ain yang dikenali seminggu ini tak pernah berkelakuan ganjil seperti hari ini.

Mungkin Dr. Qamra di ER, Rudy Armani memberi andaian.

Aku dah cakap berapa kali dengan TED jangan sentuh Qamra! Marah Tunku Raffzul.

Tak apalah. Kemudian pun aku boleh kenal dengan dia. Aku dengar, Dr. Qamra antara genius intern doctor di THSC Soal Tunku Hussein yang lengkap berpakaian suit hitam berserta tali leher berlabuh duduk bersebelahan dengan Tunku Raffzul.

Bukan setakat terhebat aje malah Most Wanted Doctor di TED, Tuan Hussein. Azmeer mencelah.

Sebagai doktor pelatih tak seharusnya Qamra Ain diberi tugas sama seperti doktor senior yang ada. Pendapatnya, dia juga manusia biasa yang perlukan kekangan masa untuk diri sendiri. Perlukan waktu rehat secukupnya. Bukan berkejar-kejaran seperti mereka. Mujurlah waktu kerja Qamra Ain seperti waktu kerja doktor di klinik. Tak seperti mereka, shif yang tak menentu. Itu belum lagi termasuk nama mereka dalam senarai on call.

Tak payahlah bertuan-tuan, Azmeer. Panggil aje TH.

Rudy, paging Qamra suruh datang ke bilik aku sekarang! Arah Tunku Raffzul dan kemudian dia menyerahkan fail kes Salina ke tangan Tunku Hussein.

Rudy Armani memandang ke arah Tunku Hussein dan lelaki itu mengangguk perlahan. Baru saja dia mengeluarkan alat kelui dari poket, terjengul Qamra Ain di sebalik pintu yang separa terbuka tadi.

Maaf saya terlewat. Ada pesakit nak jumpa saya di ER, beritahunya sebelum ditanya lebih lanjut lagi oleh Tunku Raffzul. Dia berjalan terus ke belakang dan menarik kerusi duduk bersebelahan dengan Rudy Armani.

Qamra Ain terus membuka fail kes tanpa mempedulikan sesiapa yang memandang ke arahnya di kala ini. Tunku Hussein pula sejak melaporkan diri di atas kelewatan tadi sehingga Qamra Ain duduk bersebelahan dengan Rudy Armani, tak putus langsung renungannya pada gadis itu. Sungguh cantik bila melihat Qamra Ain memakai kot putih yang bersulam nama di kiri poket baju. Ditambah pula dengan gaya tudung Hana Tajima, menyerlahkan lagi keayuan Qamra Ain di pagi ini.

Dr. Qamra, kenalkan MD baru kita, Tunku Hussein. Dia pernah bertugas sebagai doktor volunteer di CHLA sekali dengan Dr. Rudy. Dialah CEO MelE yang saya ceritakan semalam, perkenalkan Tunku Raffzul.

Qamra Ain hanya mendengar acuh tak acuh. Rudy Armani pula melindungkan wajah dari renungan tajam gadis itu di sebalik tangan. Oh, jadi kau informer si penipu tu rupanya selama ni

Tiada reaksi. Tunku Raffzul mengetuk meja beberapa kali dan terus memandang tepat ke arah Qamra Ain dengan kerutan di wajah.

Qamra kamu nampak pucat aje Something happened to you Ada nada kerisauan dalam pertanyaan Tunku Raffzul.

Qamra Ain hanya tunduk membisu. Tak mahu memandang pada sesiapa pun di bilik ini lebih-lebih lagi pada MD baru dilantik itu.

Tak... tak ada apa-apa, Tuan Raff. Maafkan saya, Tuan Hussein. Saya Dr. Qamra Ain Qaseem, doktor intern yang baru hari ke 5 bertugas di THSC. MD nampak familiar pada saya. Wajah seiras dengan teman baik saya. Saya harap Tuan bukanlah seorang PENIPU macam dia, spontan sungguh dia melontarkan katakata tanpa rasa bersalah. Perkataan penipu itu sengaja ditebalkan untuk menarik perhatian lelaki itu.

Tunku Hussein terkedu mendengar. Rudy Armani sejak tadi tak berani mengangkat muka. Azmeer dan Tunku Raffzul berpandangan sesama sendiri. Menyedari Qamra Ain di pagi ini berlainan benar tingkah laku.

Dr. Qamra, selaku seorang presiden ingin saya mengingatkan staff saya bahawa urusan peribadi jangan dicampuri dengan urusan kerja kamu di THSC. Kamu seorang doktor intern yang masih dalam tempoh percubaan. Seharusnya, kamu menunjukkan behavior yang tinggi. Saya tak mahu sikap dan emosi kamu mengganggu tumpuan kamu, faham Dia harus bersikap Professional dalam menandangi masalah. Di THSC, dia harus bertindak sebagai MD walaupun Qamra Ain adalah pekerja bawahannya.

Jika Qamra Ain membuat kesilapan sekali pun, dia harus bersikap adil. Tapi, bolehkah dia lakukan itu Sedangkan berdepan dengan Qamra Ain, lidahnya terasa kelu. Sampai bila dia harus bertahan dari diketahui oleh Tunku Raffzul yang Qamra Ain ini adalah teman pengganti Elmina

Let starts our discussion. Azmeer, apa cerita Soalan pertama terpacul dari mulut Tunku Raffzul ketika meneliti laporan yang dikemaskini oleh Azmeer dan Rudy Armani sejurus selepas prosedur selesai semalam.

MRI mengesan satu bayang-bayang hitam terpampang di skrin monitor. Dalam jantung, kira-kira 2 cm, jelas Azmeer sambil menayangkan imej x-ray berkenaan.

Kau lebih pentingkan imej itu dari nyawa pesakit. Nasib baik kita dapat hidupkan semula denyutan jantung semalam. Kalau tak, kau nak buat apa dengan imej tu kalau jantung dia kita gagal hidupkan! Bentak Rudy Armani kerana Azmeer lebih obsesikan tentang imej itu dari nyawa pesakit. Nasib menyebelahi mereka kerana berjaya mengembalikan semula denyutan jantung Salina di saat terakhir.

At least kita dapat kesan sesuatu di aorta. Kalau tak, sia-sia aje kita buat prosedur bahaya tu! Kau ingat, aku tak rasa risau macam kau ke, Rudy! Kau nak kita seksa lagi pesakit dengan pelbagai diagnosis, biopsi dan prosedur

Enough, both of you! Back to the discussion! Any brain damage Suara petir Tunku Raffzul mula kedengaran.

Tunku Hussein mendengar saja pertelingkahan di bilik ini. Wajahnya seolah-olah mengadap ke arah fail kes walhal lirikan mata diarahkan pada Qamra Ain yang leka bermain dengan pen.

Qamra Ain leka berkhayal terkinjat terus. Entah apa yang didiskusi oleh mereka sejak tadi, dia tak pasti. Lagipun prosedur semalam itu, dia tak terlibat.

Jadi, tiada sebab untuk menyampuk perbincangan itu.

Tak! Jawab mereka serentak.

Qamra Ain menghela nafas panjang. Dia membaca terperinci laporan yang ditulis oleh Rudy Armani sambil meneliti gambaran imej yang diambil oleh Azmeer. Keningnya berkerut. Ada sesuatu yang terdapat dalam imej itu. Jari jemari mengetuk perlahan hujung bibir sambil berfikir. Akhirnya, dia dapat satu jawapan.

Dalam laporan, ada bayang imej 2 cm berhampiran dengan aorta. Mungkin kecacatan parut luka (scar tissue). Qamra Ain mencelah perbincangan yang semakin tegang. Kini, semua pasang anak mata beralih tumpuan ke arahnya pula.

Kecacatan scar tissue ni tak sekukuh tisu asal jika ianya scar tissue bahagian dalam organ. Ia sangat rapuh oleh sebab tak punyai saluran darah. Fungsinya amat terbatas berbanding tisu asal. Kesan sampingan yang lebih teruk adalah scar tissue yang bakal menjejaskan peparu, jantung atau luka tertutup. Sebab tu kita tak dapat kesan di dalam darah sebelum ini.

Terkesima mereka mendengar penerangan terperinci dari satu-satunya bunga anggerik di antara kumbang-kumbang solo di dalam bilik Tunku Raffzul. Tunku Hussein tersenyum bangga. Akhirnya Qamra Ain menyuarakan juga pendapatnya.

Dia tahu, gadis itu berpengetahuan luas dalam bidang perubatan kerana dia satu-satunya saksi utama di waktu Qamra Ain bersandar di tepi dinding, mengunyah keropok Twisties sambil menghafal info-info tentang perubatan di waktu rehat sewaktu bertugas di Mels E. 3 tahun lamanya, dia tak berenggang langsung dengan buku-buku perubatan dari pelbagai penerbitan. Tak hairanlah jika dia berani berhujah berpandukan fakta yang tersimpan rapi dalam serebrumnya.

Ada betulnya pendapat Dr. Qamra, Azmeer menyokong pendapat Qamra Ain. Rudy Armani juga turut setuju. Mungkin juga disebabkan gejala itu boleh menjejaskan jantung Salina.

Kita ke wad ICU sekarang.

M

EREKA berlima berdiri sebaris di luar jendela mengadap ke arah Salina yang ditemani oleh seseorang di dalam bilik. Sesekali kedengaran Tunku Raffzul mengeluh perlahan. Buntu sudah memikir apa sebenar yang berlaku pada pesakitnya ini. Lima hari sudah mereka menjalankan pelbagai prosedur, biopsi dan sampai ke tahap menghentikan jantung masih gagal juga menemui jalan penyelesaian.

Tunku Hussein yang berdiri bersebelahan dengan Rudy Armani berbincang sesama sendiri. Entah apa butir kata, Qamra Ain tak pasti. Mungkin Rudy Armani sedang menerangkan kronologi dari awal diagnosis kes Salina. Azmeer juga begitu. Diam tanpa kata.

Masing-masing tak tahu apa lagi yang harus dilakukan.

Mahu migrain aku dibuatnya dengan kes Salina ni adu Azmeer sambil memicit-micit kepala yang mula terasa pening. Pagi ini sempat dia menelan sebiji Panadol Activefast sebelum datang ke THSC. Sejak hari pertama kes ini mendarat di DMD dia tak dapat tidur dengan lena dek memikirkan kes Salina yang masih belum selesai.

Kau ingat, kau seorang aje yang tak cukup tidur! Aku ini dah serupa mata Panda tau tak! Masa nak mengayat awek pun tak ada! Sindir Rudy Armani bila terdengar rintihan Azmeer yang berdiri bersebelahan dengannya.

Tunku Hussein mengamati Qamra Ain dari jauh merenung ke dalam wad ICU. Seperti ada sesuatu di dalam sana yang boleh menjadi jawapan pada kes Salina.

Jauh menung nampak Tunku Raffzul beralih berdiri bersebelahan dengan Qamra Ain. Rasa tenang bila dapat bersama dengan gadis itu walaupun serabut mana pun kes Salina di waktu begini.

Tunku Hussein mencuri pandang ke arah mereka berdua. Sesekali kedengaran gelak ketawa perlahan di antara Qamra Ain dan Tunku Raffzul.

Iyalah semakin lama semakin berat nak ditanggung oleh Salina. Saya doakan agar dia tabah tempuhi penyakitnya. Akhirnya, kita temui jalan penyelesaian. Syukur alhamdulilah.

Jalani pembedahan untuk buang scar tissue yang dijangkiti, Tunku Hussein mencelah perbincangan mereka berempat. Dia yang entah bila masa tercegat bersebelahan dengan Qamra Ain. Gadis itu pula berganjak jauh sedikit dari berdiri sebelah Tunku Hussein.

Rudy Armani yang menyedarinya memandang mereka silih berganti.

A

KHIRNYA, kes Salina sudah sampai ke penghujung. Usai selesai dibedah nanti, disusuli dengan beberapa rawatan, gadis itu

boleh sembuh seperti sediakala.

Baru aku perasan, mana Dr. Qamra Tunku Hussein bersuara yang hanya berdiam diri sejak tadi. Selepas menyedari yang kelibat Qamra Ain hilang di wad ICU sampai sekarang masih belum muncul di bilik Tunku Raffzul.

Sebentar kemudian, pintu bilik ditolak dan terjongol kepala Qamra Ain ke dalam. Dia melangkah perlahan-lahan sehingga ke kerusi yang bersebelahan dengan Azmeer yang mengadap tepat ke arah Tunku Hussein.

Dr. Qamra, kamu tau kita ada perbincangan penting! Kenapa kamu datang sambil lewa! Suara petir Tunku Hussein bergema di segenap penjuru bilik.

Tunku Raffzul terkedu. Selalunya dia yang jadi begitu. Ini pula sebaliknya. Qamra Ain hanya mendengar sepi. Senyum pun tak. Menjawab pun tak.

Dr. Qamra, kamu ada masalah ke Giliran Tunku Raffzul pula bertanya. Risau juga di hati bila melihat perubahan drastik Qamra Ain secara tiba-tiba.

Dia menggeleng kepala. Ke semua pasang anak mata berpaling wajah ke arahnya. Azmeer menyiku perlahan lengan Qamra Ain dan serta-merta dia mengangkat wajah.

Dr. Qamra Ain! Sebagai doktor intern, kamu perlu tumpu perhatian dalam perbincangan dengan doktor senior! Dan kamu, Dr. Raff! Kau tak brief doktor intern kau tentang RESPECT

Tunku Raffzul terkedu bila namanya tiba-tiba dipetik oleh Tunku Hussein. Dia juga tiada jawapan. Masih tertanya-tanya mengapa Qamra Ain tiba-tiba berubah perangai. Dia berkalih muka ke arah Qamra Ain dengan lirikan mata yang tajam.

Saya MD kamu sekarang dan bila-bila saja saya boleh pecat kamu dari THSC, faham! Suara Tunku Hussein yang semakin nyaring sampai dirasakan terkeluar dari rongga tekak.

Dia tahu Qamra Ain sengaja mencabar kesabarannya. Rudy Armani faham sangat bila Tunku Hussein berubah jadi begitu. Itu bermakna perasaan marah tak dapat dikawal lagi apatah lagi dilayan seperti seorang yang tak wujud di mata Qamra Ain dalam bilik ini.

Aku cadangkan kita guna heart lung machine untuk rawat Salina, sekian lama Rudy Armani berdiam diri, mendengar saja pertelingkahan buat julung kali antara MD dan doktor pelatih. Kalau perkara ini tersebar di luar sah-sah jadi bahan viral terkini, #ArrogantMDversuskekwatDI.

Aku rasa heart lung machine tak sesuai dengan kondisinya sekarang. Kulit Salina pun belum pulih sepenuhnya. High risk for non stop bleeding, sangkal Tunku Raffzul. Qamra Ain diam membisu tanpa bantahan.

Kalau guna heart lung machine, kita cuba gunakan highdose dopamine untuk rapatkan saluran untuk sekat aliran darah. Aku rasa rawatan itu lebih sesuai untuk Salina. Rudy Armani tak mahu kalah dengan pendapatnya yang dibidas oleh presiden muda itu walaupun sahabat baik sendiri.

Kalau kau berkeras untuk gunakan kaedah tu, harus berhati-hati. Terlebih dose, jantung bakal kebabom. Aku baca laporan di sini, jantung Salina tak berupaya mengambil dose yang tinggi. Bacaan tekanan darah pun masih di bawah paras normal, Tunku Hussein mengingatkan. Tak mahu sesiapa pun yang mencadangkan kaedah itu terlepas pandang satu perincian pun apa yang tertulis dalam laporan.

Saya setuju dengan cadangan Dr. Rudy, Qamra Ain bersuara sinis.

Rudy Armani memilih untuk berdiam diri, mendengar saja pertelingkahan kali kedua mereka sebentar lagi. Dia tahu Qamra Ain memihak kepadanya berbanding dengan kaedah yang dicadangkan oleh Tunku Raffzul.

Kamu masih intern, Dr. Qamra! Kalau pembedahan ni gagal, kamu harus tanggung risiko, sangkal Tunku Hussein yang berasa tercabar dan tak setuju dengan cadangan yang mengundang risiko tinggi terhadap pesakit.

Jangan risau. Apa yang terjadi saya tanggung, jawab Qamra Ain setenang yang boleh.

Rudy Armani sekilas menoleh ke arah Qamra Ain yang beriak wajah selamba. Dia yang mencadangkan sedangkan Qamra Ain yang menanggung risiko yang bakal berlaku.

Qamra! Apa you buat ni Ini bukan perkara mainmain! Please TH, abaikan apa yang Qamra kata tadi. Biar aku yang tanggung risiko bukan dia, rayu Rudy Armani. Dia tak mahu dipersalahkan di kemudian hari. Apa keputusan kau, Sein Soal Tunku Raffzul. Dia berfikir sejenak. Azmeer dan Rudy Armani sabar menanti manakala Qamra Ain turut sama menunggu.

Because of her willingness to take the risk, I agreed. Tunku Hussein mencatat sesuatu di atas kertas dalam fail kes Salina. Rudy Armani mula rasa cuak. Kalau berlaku apa-apa pada Salina, Qamra Ain yang dipersalahkan nanti.

TH, aku nak kau tarik balik cadangan aku tadi. Jangan libatkan, Qamra pujuk Rudy Armani.

Menyesal sungguh memberi cadangan itu.

Dr. Qamra mencabar kewibawaan aku sebagai MD di THSC! Aku nak tengok sejauh mana dia boleh pergi dengan cadangan kau tu! Sindir Tunku Hussein, nyaring kedengaran di segenap bilik Tunku Raffzul.

Wajah selamba Qamra Ain menambahkan lagi bara di dalam hati Tunku Hussein. Rudy Armani melepaskan keluhan. Arahan sudah dikeluarkan. Maka tiada siapa yang berani menghalang termasuk Tunku Raffzul sendiri.

Bawa Salina ke bilik OT sekarang, arah Tunku Raffzul sambil memandang pada pasukan DMD seorang demi seorang dan berakhir pada Qamra Ain.

Dia juga turut risau. Berani sungguh doktor pelatih itu mencabar kepimpinan Tunku Hussein. Yang menjadi persoalan, kenapa Tunku Hussein berkeras sangat dengan Qamra Ain sedangkan itu bukan karektor sebenar sepupunya

Mereka yang berada dalam bilik, segera bangkit dari kerusi. Seorang demi seorang beredar keluar dari bilik. Qamra Ain menjadi orang yang terakhir keluar.

Qamra jangan terlalu yakin, aku risau sempat dia mencapai lengan Qamra Ain sewaktu hanya tinggal mereka berdua di dalam bilik.

Kata-kata Tunku Hussein dibiarkan tanpa jawapan. Lengannya direntap kuat sehingga terlerai dari pegangan lelaki itu dan terus keluar meninggalkan Tunku Hussein keseorangan.

Qamra Ain, kenapa kau buat aku begini Besar sangatkah kesalahan aku di mata kau