Mencari Kiblat Cinta - 74
Melly suka tak gambar yang Kak Nira lukis ni Umaira tiba-tiba bertanya anak kecil itu. Melia tidak terus menjawab. Mata kecil itu menyorot manja ke arah Danira. Senyuman kecil terukir di bibir halus mungil itu.

Suka. Jawab Melia mengangguk.

Kalau suka cakap apa Kamila bertanya.

Terima kasih Kak Nira. Jawab Melia.

Takkan terima kasih aje. Tak nak suapkan Kak Nira kek tu Ajar Umaira.

Mendengar kata-kata Umaira, Melia tiba-tiba mencapai sepiring kek coklat lalu dibawanya ke hadapan Danira. Kek di piring itu dicubit sedikit lalu disua ke mulut Danira menyebabkan gadis itu terpempan.

Melihat kesungguhan Melia, mahu tak mahu Danira terpaksa membuka mulutnya luas-luas dan membiarkan kek coklat itu menutupi ruang di mulutnya. Tak cukup dengan itu Melia tiba-tiba mencium pipinya. Danira tercengang.

Tengok tu, sayang betul dia dengan Kak Niranya. Moleklah tu, mula-mula panggil kakak, esok lusa panggil mama pulak. Bisik Umaira ke telinga Kamila. Wanita itu tersenyum kecil mendengar kata-kata Umaira. Dia sendiri sedar kata-kata Umaira berasas. Sejak Filman menelefonnya mahu meminta izin membawa Danira berkelah tempohari, dia sudah dapat menghidu niat Filman.

Dari gerak-geri Filman, dia tahu lelaki itu menyukai Danira. Malah hampir tiap-tiap pagi lelaki itu akan muncul di Sissy Kindergarden menghantar Melia. Sedangkan dahulu tugas menghantar Melia sering dikongsi lelaki itu dengan ahli keluarganya yang lain.

Kamila ralit memerhatikan gelagat Melia yang kelihatan manja dengan Danira tak ubah seperti ibu dengan anak. Memandang gadis itu, entah kenapa hatinya berlagu bimbang. Kerisauan tiba-tiba menjengah dirinya.

Bagaimana kalau benar Filman berminat dengan Danira Bagaimana kalau suatu hari nanti Filman tahu tentang sejarah lama Danira Mahukah lelaki itu terus berada di sisi gadis itu Kamila mengeluh tanpa disedari. Entah kenapa dia rasa kasihan terhadap Danira.

******

Kamila menjengah ke arah dapur sewaktu Danira sedang ralit mengambil giliran membasuh pinggan mangkuk, sisa dari jamuan tadi. Gerak geri gadis itu diperhatikan dari muka pintu. Dia tidak berniat mahu menganggu Danira menghabiskan kerja-kerjanya. Namun secara tiba-tiba sahaja gadis itu menoleh.

Danira tergaman apabila menyedari Kamila diam-diam memerhatikannya dari penjuru pintu. Wanita itu tersenyum memandangnya.

Dah habis Tegur Kamila.

Sikit lagi kak. Jawab Danira ringkas.

Sedap kek yang Nira buat tadi. Setanding dengan kek-kek di bakery. Puji Kamila. Danira sekadar tersenyum. Lucu pula mendengar Kamila memujinya begitu.

Takkanlah kek yang simple macam tu lagi sedap dari kek-kek lain yang dijual di kedai. Kakak sengaja nak sedapkan hati Nira kan tutur Danira.

Betul, kek tu memang sedap. Kak Siti yang pandai buat kek tu pun sampai tiga empat potong bedal kek Nira. Ujar Kamila separuh berlucu. Danira ketawa besar. Kali ini kata-kata Kamila semakin lucu kedengaran.

Diam-diam ketawa gadis itu diraut sepasang mata milik Kamila. Agak lama dia mengintai wajah itu. Hatinya berasa lapang kerana Danira masih mampu untuk ketawa. Sehari suntuk dia menyimpan sekelumit rasa bimbang melihat keadaan Danira yang muram. Mujurlah gadis itu masih mahu ketawa mendengar kata-katanya. Ini bermakna Danira tidak apa-apa.

Kak Mila, adik Encik Filman datang. Katanya dia nak jemput Melly balik awal sikit hari ni. Tiba-tiba Lynn menjengah di muka pintu.

Dah nak balik Kamila mengerutkan dahinya.

Diaorang ada kat luar. Ujar Lynn.

Tak apalah, nanti kakak keluar. Sahut Kamila. Dia menjeling ke arah Danira yang masih meneruskan tugasnya.

Nira, baki kek tadi banyak lagi kan Potong sikit bagi Melly buat balik. Biar dia makan puas-puas kat rumah. Kakak tengok banyak juga dia makan kek coklat Nira tadi. Suruh Kamila.

Danira mengangguk. Memang dia berhajat mahu membekalkan gadis kecil itu dengan kek coklat buatan tangannya. Selepas Kamila keluar dari situ, dia cepat-cepat membasuh tangannya lalu menuju ke arah peti ais. Potongan kek itu dipotong cantik-cantik lalu disusun ke dalam tupperware besar berwarna biru. Dari situ telinganya sempat mendengar suara ramai sedang berbual-bual.

Danira cepat-cepat menyiapkan bekal Melia lalu keluar ke ruang tamu. Namun belum sempat dia melangkah lebih jauh, suara yang didengarinya membuatkan langkahnya jadi kaku.

Dia memang nakal kak, sama nakal dengan Melly kat rumah.

Hati Danira berdegup kencang. Ketawa lelaki itu jelas kedengaran sekaligus mengundang getar di hatinya.

Mana ada... Suara seorang perempuan pula singgah menggantikan suara lelaki itu.

Ala malulah tu orang cakap dia macam tu. Suara itu muncul lagi.

Danira memegang tupperware berisi kek itu rapat ke dadanya. Ada gelodak resah yang sedang melambung di dalam. Entah kenapa hatinya teringin mahu melihat tetamu-tetamu yang sedang bergelak ketawa itu.

bersambung

Bab akan datang:

Siapakah tetamu yang bertandang ke rumah itu