MY PRETTY BOY - 74
PROSEDUR yang dicadangkan oleh Rudy Armani berjaya dilakukan oleh pasukan DMD.

Sementara menunggu pesakitnya sedar dari suntikan anestetik, Azmeer memantau skrin monitor kadar denyutan jantung manakala Qamra Ain dan Rudy Armani bersandar di tepi dinding memerhatikan Salina di atas katil.

I minta maaf sangat-sangat, Qamra.

Patutlah dia tau segala-galanya tentang I. Rupanya you radio karat upahan dia! Jelingan tajam dari Qamra Ain singgah ke raut wajah Rudy Armani. Tak menyangka selama ini Rudy Armani rupanya penyampai info tentang setiap kegiatannya di THSC pada Tunku Hussein.

You tak tau perkara sebenarnya, Qamra. Jangan cepat melatah.

Whatever! I tak nak dengar apa-apa lagi. I dah penat! Qamra Ain mengangkat tangan kanan mengisyaratkan supaya Rudy Armani berhenti dari asyik membebel tentang Tunku Hussein.

Qamra! Rudy! Datang sini cepat! Panggil Azmeer sambil menggamit mereka berdua datang ke arahnya yang sedang berdiri berdekatan dengan Salina. Muka cuak Azmeer merisaukan mereka berdua.

Ada apa, Meer!

Korang tengok ni! Azmeer menunjukkan ke semua jari Salina bertukar menjadi kebiruan.

Qamra Ain berpandangan dengan Azmeer dan Rudy Armani.

You have a big problem now, Dr. Qamra!

S

ALINA mengangkat kelopak mata perlahan-lahan. Dia tak pasti berapa lama sudah terbaring di atas katil. Lampu bilik yang terang menusuk masuk ke dalam anak mata membuatkan pandangannya terganggu seketika.

Sa saya okay ke Dia masih dalam keadaan mamai kerana baru terjaga dari kesan suntikan anestatik.

Pembedahan berjaya. Disebabkan dose dopamine yang tinggi, pembuluh darah kaki dan tangan kamu menjadi terlampau rapat. Jadi kata-kata Qamra Ain terhenti seketika. Tak sampai hati hendak berterusterang.

Pasukan DMD termasuk Tunku Hussein berada di dalam wad ICU menanti Qamra Ain maklumkan perkara yang sebenar. Rudy Armani menawarkan diri untuk menggantikan tempat Qamra Ain memandangkan cadangan prosedur itu adalah datang darinya namun dihalang keras oleh Tunku Hussein. Katanya, biar Qamra Ain sendiri yang selesaikan.

Cik Salina, kami terpaksa membuang jari kaki dan tangan kamu untuk mengelak dari merebak ke anggota lain. Jika tak, nyawa kamu terancam. Saya minta maaf sebab semuanya salah saya, Qamra Ain cuba sedaya upaya yang boleh untuk menerangkan pada pesakit meskipun hakikat amat perit untuk diterima.

Tunku Hussein merenung tepat ke arah Qamra Ain dengan renungan yang berbisa. Kemarahan yang semakin membuak tak dapat dibendung lagi akibat kedegilan Qamra Ain. Sebagai MD, dia harus berbuat sesuatu sebelum MC tahu tentang hal ini. Jika tak, sudah tentu karier Qamra Ain berakhir serta-merta.

Please, Dr. Qamra! Saya tak nak kehilangan jari saya! Saya nak menari semula! Saya tak nak! Tolonglah, Dr. Qamra!! rayu Salina dalam esak tangis. Berjuraijurai air matanya jatuh.

Qamra Ain turut terasa hiba. Air matanya juga berjujuran jatuh ke pipi. Sambil memeluk Salina, dia mengesat air mata yang mengalir dengan hujung lengan baju. Semua berlaku kerananya. Disebabkan amarah pada Tunku Hussein menjadikan Salina sebagai mangsa keadaan. Dia seharusnya bersikap professional. Bukan merumitkan lagi keadaan yang sedia ada.

Q

AMRA AIN duduk bersendirian di dalam pantri. Sambil memikirkan jalan penyelesaian, sesekali diteguk air mineral. Resah, gelisah, keluh kesah, semuanya bercampur baur. Dia perlu memikirkan jalan alternatif dalam masa 12 jam sebelum merebak ke anggota lain.

Kenapa dia harus rasa bersalah sedangkan hanya sekadar menyokong cadangan Rudy Armani Ah! Dia yang beria-ia nak tanggung risiko. Jadi memang wajarlah dia dipersalahkan. Lebih tragik lagi, MD yang luluskan prosedur itu. Jadi, siapa yang harus bertanggungjawab Dia atau Tunku Hussein

Jangan rasa bersalah berterusan, Qamra. You tak keseorangan. Kita semua yang bertanggungjawab. Bukan you seorang aje.

Tersentak Qamra Ain seketika. Kepalanya didongak sedikit mencari empunya suara yang menyapa. Kelihatan tercegat berdiri Rudy Armani yang berdiri di muka pintu. Qamra Ain mengulum senyuman kelat. Amarah masih belum reda. Biarlah di waktu kritikal begini dilupakan dulu masalah peribadi. Yang penting, Salina harus dielakkan dari dibedah sekali lagi.

I am here as your senior doctor. You pun tahu, kan kenapa TH luluskan Sebab TH tau you boleh kendalikan kes tu. But, kita merancang ALLAH SWT yang tentukan betul tak So, Raff mohon kita tutup kes selepas pembedahan dilakukan ke atas Salina sekali lagi.

Tak! I tak setuju! I perlu cari jalan penyelesaian untuk kembalikan kehidupan Salina semula. I tak nak disebabkan kesilapan I, Salina tak mampu capai cita-cita. I tau kita ada cara lain! Sangkal Qamra Ain keras. Dia takkan berputus asa. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian. Itulah kata-kata pemangkin semangatnya setiap hari.

You jangan buat kerja gila lagi, Qamra. Mana ada cara lain lagi

Puas juga difikirkan cara bagaimana untuk selamatkan jari-jari Salina dari dibuang. Bukan hanya satu atau dua jari, tapi ke semua jari bertukar menjadi kebiru-biruan. Dia memberanikan diri melirik ke arah Qamra Ain yang tersenyum sendiri menimbulkan rasa pelik di mata Rudy Armani.

Waktu puncak kritikal macam ni, sempat lagi dia nak senyum simpul Kecelaruan identiti ke apa

Rudy! I ada idea! kata Qamra Ain sambil mengangkat-gangkat kening sedangkan Rudy Armani pula mengerut kening. Dia berbisik perlahan ke telinga. Anak mata Rudy Armani buntang selepas mendengar cadangan gadis itu.

You gila, Qamra! Kalau tau MD dan VP, mampuih kita!

Percayalah! Hanya cara ni aje yang kita ada!

R

UDY ARMANI berpandangan dengan Qamra Ain di dalam bilik OT. Hanya mereka berdua saja yang berada di dalam bilik yang berhawa dingin itu. Hatinya berbelah bagi. Antara yakin atau tak. Sepanjang berkhidmat di THSC dan julung kalinya dia bertindak tanpa mohon persetujuan Tunku Raffzul terlebih dahulu. Ini semua gara-gara termakan pujuk rayu Qamra Ain. Dia pula ringan benar kepala mengangguk setuju.

You pasti ke I tak sure berjaya atau tak, rasa cuak berterusan menghantui diri Rudy Armani.

Youkan anaesthetist. Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan. I know you can do it.

Bukan I tak yakin, Qamra. I risau sebab belum pernah I buat kerja begini punya gila! Kalau Raff tau, hangus lesen I! Habis karier I!

I yakin 110% dengan you. I pernah terbaca tentang vasodilatasi boleh membuka semula pembuluh darah yang sempit. I yakin cara begini kita boleh selamatkan Salina dari jarinya kena potong, tak jemujemu dia menyuntik semangat pada Rudy Armani yang teragak-agak untuk laksanakan ideanya.

Susah sungguh untuk dia membuka mulut menyangkal kata-kata Qamra Ain. Tak sampai seminggu berkhidmat di THSC, gadis itu cepat memikirkan solusi berbandingnya. Iyalah, setiap detik pembedahan tak semuanya sama. Adakala, situasi sangat kritikal dan adakala sebaliknya. Rudy Armani mengumpul kekuatan untuk lakukan kaedah yang dicadangkan oleh Qamra Ain. Dengan berhati-hati dia memasukkan arterial kateter ke dalam salur darah tangan yang dipanggil arteri radial.

I dah sampai ke ulnar artery tapi tak nampak lagi permukaan. I rasa kita takkan berjaya, Qamra.

I yakin keajaiban bakal berlaku. Kita tawakkal pada ALLAH SWT.

Di saat Rudy Armani sedang sibuk meneliti di skrin monitor, dia pula tak putus-putus berdoa agar dapat menyelamatkan Salina melalui cara ini. Hanya cara ini saja solusi terakhir yang mereka ada.

Radial artery sempit sungguh, Qamra.

Kita buat perlahan-lahan. Takut kalau you tergesa-gesa, nanti hemoglobin cepat membeku. Nyawa Salina dalam bahaya nanti.

Dalam hati berterusan berdoa agar apa yang mereka lakukan tanpa persetujuan dari MD dan VP berhasil. Qamra Ain memerhatikan Rudy Armani yang tekun melakukan vasodilatasi. Lagipun, Rudy Armani pernah membuat pembedahan pintasan jantung di meja bedah sudah tentu lebih arif berbandingnya.

Qamra, ALLAH SWT dengar doa you. Kita berjaya lakukannya! Jerit Rudy Armani kegembiraan membuatkan Qamra Ain yang kusyuk berdoa tersentak dek suara menjerit doktor itu

Alhamdulillah, syukur! Tahniah, Dr. Rudy!! Puji Qamra Ain mewangi.

Airmata kesyukuran menitis tanpa disedari bila melihat pada skrin monitor aliran darah yang mengalir dari ulnar dan arteri radial seterusnya pembuluh darah yang terlibat. Rudy Armani juga turut terasa hiba. Akhirnya mereka berdua berjaya menyelesaikan kes Salina tanpa perlu melakukan pembedahan sekali lagi.

Kita inform Tunku Raff. Minta batalkan pembedahan malam ni ke atas Salina... jom! Ajak Rudy Armani. Oleh kerana terlalu gembira tanpa disedari dengan selamba dia menarik lengan Qamra Ain mengikut sekali berjumpa dengan Tunku Raffzul.

Oppss maaf, Qamra. I tak sengaja Menyedari kesilapan, Rudy Armani pantas melepaskan lengan Qamra Ain.

You ajelah pergi. I nak hantar Salina balik ke wad ICU. Takkan kita nak biarkan aje kat sini. Beku kejung nanti.

Betul juga. Tak apalah, nanti kita jumpa di sana! Rudy Armani bergegas keluar dari bilik OT yang pintu terbuka secara automatik dari dalam lalu meninggalkan Qamra Ain bersama Salina yang masih tak sedarkan diri.

Terima kasih pada-Mu Ya ALLAH kerana mendengar doa hamba-MU ini.

T

UNKU HUSSEIN merenung jauh ke luar jendela. Dia juga turut terasa bersalah. Kerana marahkan Qamra Ain, diikutkan saja kehendak gadis itu. Sekarang, bukan setakat pasukan DMD saja malah dia juga terbabit sama. Apa-apa yang berlaku pada Salina, dia turut sama bertanggungjawab.

Baru kini dia rasakan betapa susah payah hari-hari yang dilalui oleh gadis itu sejak menjadi doktor pelatih di THSC. Dia yang berpengalaman luas dalam bidang kedoktoran juga buntu mencari jalan penyelesaian, inikan pula doktor pelatih yang masih hijau dalam kes-kes Profil tinggi seperti kes Salina. Namun, dia yakin Qamra Ain boleh menyelesaikan kes ini secepat mungkin.

Apa kita nak buat, TH Apa pendapat kau Kita ada 12 jam aje lagi sebelum Salina ke meja bedah. Team aku hanya tunggu green light dari kau aje. Aku tau ini semua salah aku. Aku tak sepatutnya heret Qamra dalam kes ni sejak awal lagi. Biar aku yang tanggung. Tolong jangan libatkan dia, TH ujar Tunku Raffzul separuh rayu. Tunku Hussein berpaling muka ke arah Tunku Raffzul.

Kau ingat aku tak tau yang kau pun ada buat kesilapan diagnosis! Kau pun pernah sangkal pendapat Qamra, kan Disebabkan sikap arrogant kau, pesakit kau derita kulit melepuh. Dia hanya doktor intern baru 5 hari jejak kaki ke sini kau dah heret dia kendali kes yang bukan level dia! Sekarang Siapa yang harus bertanggungjawab Kalau apa-apa terjadi pada pesakit kau yang terlantar di ICU sekarang kau nak salahkan siapa Doktor intern kau!

Tunku Raffzul menghela nafas panjang. Buntu dia memikirkan. Nampaknya dia tewas dengan seorang doktor pelatih. Dia yang gatal mencabar kewibawaan Qamra Ain seperti mana pernah dia cabar pada doktor pelatih terdahulu. Ke semua mereka gagal laksanakan kes yang diberikan tapi tak pada Qamra Ain. Gadis itu tak kenal erti putus asa. Seperti ada suatu aura yang menguatkan semangatnya. Tapi, siapa Siapa pemangkin semangat dia selama ini

Aku nak kau selesaikan kes ini secepat mungkin sebelum Tuan Harith dan MC tau. Kalau tak masak kau nanti! Jerkah Tunku Hussein mencerlung tajam ke arah sepupunya. Baru saja Tunku Raffzul hendak buka mulut, perbualan mereka tergendala bila terdengar pintu bilik diketuk seperti ketukan tergesa-gesa. Masuk! Laung Tunku Hussein keras dari dalam bilik.

Pintu ditolak hanya muat-muat untuk Rudy Armani masuk ke dalam. Pintu bilik ditutup perlahanlahan. Tunku Hussein yang duduk di kerusi kerja mengerut dahi. Begitu juga dengan Tunku Raffzul yang duduk di sofa.

Kau ni dari mana, Rudy Awat kau buat muka cuak Apa status pesakit kita Bertalu-talu soalan dilontarkan oleh Tunku Raffzul pada Rudy Armani yang berpakaian serba hijau.

Topeng muka pembedahan diturunkan sampai ke bawah mulut. Entah mana satu soalan yang harus dijawab terlebih dahulu.

Kita batalkan pembedahan buang jari kaki dan tangan Salina. Aku dah selamatkan Salina atas bantuan idea Qamra. Case close! Beritahu Rudy Armani tercungap-cungap.

Tunku Raffzul bangkit dari sofa. Begitu juga dengan Tunku Hussein. Masing-masing berpandangan.

Idea Qamra! soal mereka serentak.

Rudy Armani hanya mengangguk seraya mengukir senyuman lebar pada mereka berdua yang masih dalam riak wajah kehairanan.

Apa yang Qamra buat kali ni