Nira, mari sini kakak kenalkan Nira dengan adik-adik Filman. Panggil Kamila. Kata-kata wanita itu sayup-sayup di pendengarannya. Kelopak matanya tidak berkelip memerhatikan lelaki di hadapannya.
Nira, ini Aliff dan Najla, adik-adik Filman. Kamila memperkenalkan.
Hati Danira berdetik. Aliff Adik Filman
Aliff cuba melemparkan senyuman, namun gadis di hadapannya itu langsung tidak membalas senyumannya. Sebaliknya dirinya direnung tajam bagai ada yang tidak kena. Ini membuatkan hatinya dipenuhi rasa sangsi dengan sikap aneh perempuan yang diperkenalkan kepadanya. Dia sempat mengerling ke arah Najla yang kelihatan turut tertanya-tanya dengan situasi yang nampak kekok kali ini.
Nira.. panggil Kamila perlahan.
Bagaikan tersedar dari mimpi, Danira segera menoleh ke arah Kamila.
Bagi tupperware tu pada Najla. Suruh Kamila.
Danira akur. Tupperware di tangannya segera dihulurkan ke arah gadis manis berkulit kuning langsat di hadapannya. Tapi seperti tadi, fokus matanya hanya pada anak muda bernama Aliff itu. Fikirannya saling berbaur tidak menentu. Resah kini menghujani hatinya.
******
Aliff memandu perlahan di sepanjang jalan raya menuju ke pusat bandar. Najla di sampingnya hanya berdiam diri. Sesekali Aliff melirik gadis itu dengan ekor matanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dengan tiba-tiba sahaja Najla boleh bertukar sikap. Tadi sewaktu dia mengajak gadis itu berjalan-jalan di pusat beli belah, Najla bukan main gembira lagi. Tapi alih-alih sahaja hujan tiada, ribut pun tak sampai seru, tiba-tiba wajah Najla muncung empat belas. Apa yang tak kena
Aliff mengerling ke arah tempat duduk belakang. Memerhatikan Melia yang tidak ambil pusing dengan keadaan sekeliling. Anak kecil itu lebih suka bermain-main dengan patung Barbie yang memang bersepah di dalam keretanya.
Melly suka tak sambut hari jadi kat taska tadi Aliff bertanya, sengaja mahu mengajak anak kecil itu berbual-bual. Lagipun dia sudah bosan mahu menanti Najla membuka mulut terlebih dahulu.
Suka. Jawab Melia sepatah.
Apa yang best kat sana Sengaja Aliff mahu menguji kepintaran Melia. Gadis kecil itu terdiam seketika bagaikan sedang memikirkan sesuatu.
Banyak Pak Su. Hadiah, belon, coklat..semua best. Kek yang Kak Nira buat pun best. Canang Melia satu persatu.
Kak Nira Aliff mengerutkan dahinya. Hairan mendengar nama itu meluncur dari bibir anak saudaranya.
Kak Nira pandai buat kek coklat. Sedap! Lukis pun Kak Nira pandai. Sahut Melia tanpa mengerti apa sebenarnya yang dimaksudkan Aliff.
Najla tiba-tiba menoleh ke arah tempat duduk belakang. Amboi dari tadi Melly asyik-asyik puji Kak Nira. Habis Mak Su ni nak letak kat mana Suara Najla bagaikan berjauh hati.
Melia terkelip-kelip memerhatikan ke arah Najla. Otak kecilnya tidak tahu bagaimana mahu memberi respon pada kata-kata Najla itu.
Mentang-mentanglah Mak Su ni tak cantik, tak pandai masak kek, tak pandai lukis, sebab tu Melly tak sayang Mak Su lagi ya! Hujah Najla separuh geram.
Aliff tergelak kecil. Lucu mendengar bebelan Najla yang tidak masuk akal. Suara ketawanya singgah di telinga Najla. Gadis itu menoleh dengan wajah mencuka.
Aliff pun sama! Suka buat Naj marah! Tuduh Najla tiba-tiba.
Aliff tercengang. Apa yang Naj merepek ni Dengan budak kecil pun nak ambil hati ke Sergah Aliff.
Najla mencebik. Naj bukan ambil hati dengan Melly. Naj cuma geram dengan Aliff je. Balas Najla.
Kenapa pulak Kata-kata gadis itu ditelan dengan wajah berkerut seribu. Dia langsung tidak memahami bahasa pertuturan Najla kali ini.
Aliff tu pantang nampak perempuan cantik sikit, mulalah mengenyam sana sini. Sakit hati Naj ni tahu. Tanpa disedari Najla berterus terang. Aliff terpempan sejenak.
Wait! Takkanlah Naj cemburukan cikgu Melly yang kat taska tu tadi. Apa sebenarnya yang Aliff dah buat Naj Aliff tak buat apa-apa pun. Kenyit mata tidak, senyum lebih-lebih pun tidak. Dia yang asyik pandang Aliff. Hujah Aliff cuba membela diri.
Ala macamlah Naj tak tahu yang Aliff syok sendiri bila perempuan tu asyik pandang Aliff je tadi. Menyampah Naj! Rungut Najla geram. Sakit benar hatinya sebaik menyedari mata gadis di taska tadi asyik tertumpu ke arah Aliff sahaja.
Aliff terdiam. Dia tidak memberi sebarang reaksi pada kata-kata Najla kali ini. Fikirannya melayang jauh pada wajah perempuan di taska Kamila sebentar tadi.
bersambung
Bab akan datang:
Adakah Aliff terpaut melihat Danira