Selepas kes Salina berakhir, tiada lagi kes kritikal yang diterima oleh DMD. Hanya kes-kes biasa yang tak perlukan khidmat mereka untuk selesai seperti sebelum ini. Jadi, taklah sekerap dulu dia perlu berada di DMD dan hanya sekali sekala jika diperlukan untuk menghantar laporan perubatan ke tangan Yoonaniza.
Qamra Ain termenung sambil merenung ke dalam almari loker. Kot putih ditanggalkan lalu disangkut pada penyangkut baju. Stetoskopnya diletakkan di atas para. Kemudian dia duduk berlabuh di kerusi kayu panjang dan membiarkan almari loker terbuka.
Jiwanya tak tenang mengenangkan lelaki yang dipercayai rupanya menipu statusnya selama mereka berkerja di Mels E. Tiga tahun, satu jangkamasa yang panjang. Dan, sepanjang masa itu tak pernah terlintas langsung Hussein berstatus keturunan Tunku. Pandai sungguh lelaki itu menyimpan rapi rahsia peribadi.
Dia yang baru membina kepercayaan kepada golongan status seperti itu selepas dikhianati oleh Tunku Hardie terasa dikhianati semula. Apatah lagi, lelaki yang dianggap sebagai teman tapi mesra itu rupanya wujud dari golongan yang sama. Kenapa Kenapa dia yang sering menjadi insan terpilih untuk terima pembohongan demi pembohongan tanpa kesudahan
Qamra, you okey tak ni Tegur Yoonaniza serta menyentuh bahu Qamra Ain lembut untuk mengelak dari gadis itu terkejut. Dia duduk berlabuh di sebelah sambil meletakkan beg galas di tepi bangku.
Oh, Yoona. Tak perasan I. Dah lama ke you sampai Balas Qamra Ain sekilas menoleh ke arah Yoonaniza yang duduk di sebelah.
Baru aje, Qamra. You ada masalah ke I tengok sejak dua menjak ni, you suka sangat termenung. Kalau rasa tak sedap badan, mintalah cuti. Nasihat Yoonaniza seraya mengenggam erat tangan Qamra Ain.
Dia hanya membiarkan diperlakukan begitu. Nasib baik Yoonaniza ada bersama di waktu dia perlukan seorang teman. Kalau bukan Yoonaniza tadi, Tunku Raffzul atau Tunku Hussein yang muncul dia harus melarikan diri sejauh yang boleh.
Setahun sudah kes Salina dah selesai, I fikir nak apply cuti tahunan beberapa hari. You lambat pula balik, Yoona
I ada kerja tadi, kemaskini laporan kes dari ER. For your info, team DMD dapat pujian dari MD baru terutama sekali pada you tau, Qamra. I ingat lagi MD puji macam ni Tahniah buat team DMD kerana berjaya selesai kes VIP yang paling kritikal pernah dikendalikan di THSC. Tahniah juga kepada doktor pelatih, Dr. Qamra Ain yang banyak bantu selesaikan kes Salina setahun yang lepas. Sebagai penghargaan, team DMD akan diraikan kejayaan mereka dalam masa terdekat, cerita Yoonaniza sambil menunjukkan gaya Tunku Hussein menyampaikan pujian pada pasukan DMD.
Di waktu itu, dia tak dapat hadirkan diri dek sibuk bertugas di ER sejak kes Salina selesai. Tak teruja langsung mendengar pujian itu apatah lagi dari Tunku Hussein. Hari ini saja berapa kali dia mendengar nama itu meniti di setiap warga kerja di hospital ini. Di TED dan di setiap jabatan yang dilawatinya rata-rata ayat yang dikatakan tiada yang beza. Copy pasta!
Handsomenya Presiden baru kita!
Machonya!
Segaknya!
Agak-agak MD kita ada Facebook atau Twitter tak
Tak kurang juga ayat yang mengenyam yang didengari daripada jururawat pelatih.
Aku rasa macam nak peluk aje Tuan Hussein ketatketat! Serius kacak! Mata hazel, buat aku terbuai rindu!
Tunku Hussein! Tunku Raffzul! We love you! Prince Charming! Boleh tuju lagu tak
Qamra Ain melirik jam di pergelangan tangan. Jarum jam menunjuk tepat pukul 9. Baru disedari hari beransur gelap. Dia menoleh ke arah Yoonaniza yang sibuk membetulkan kedudukan tudung yang senget sedikit.
You nak balik sekali tak
Tak apalah, Yoona. You balik dulu. I belum solat Isyak lagi.
Yoonaniza mengangguk faham. Selepas bersalaman dan berlaga pipi dengan Qamra Ain, dia melangkah keluar dari bilik loker. Dia menanggalkan kasut Converse All Star diganti dengan menyarung sandal Tropicana Life. Disinsing lengan baju kurung hingga ke paras siku dan mengatur langkah menuju ke bilik mengambil wudu.
Usai mengambil wudu, dia berjalan semula menghampiri almari loker semula. Dikeluarkan telekung putih yang terlipat kemas lalu disarungkan ke badan. Sejadah dibentang mengikut arah kiblat. Di kala malam yang sunyi ini, perlahan suaranya melafazkan niat solat Isyak. Di sebalik pintu masuk pula, kelihatan Tunku Hussein memerhatikan dari jauh.
Qamra, maafkan aku. Maafkan aku sekali lagi.
Q
AMRA AIN menanti di perhentian bas. Malam dia terasa kosong. Tak seperti malam terindah selalu. Ada seorang yang setia menanti di bangku ini. Kini, ke mana pergi jejaka itu bukan lagi urusannya untuk ambil tahu. Lelaki penipu dan hipokrit! Itu perkataan yang tepat diungkap di waktu hati terhiris luka.
Hati diperdaya sekali lagi!
Di mana ceruk silapnya sampai tergamak Tunku Hussein menipu selama ini Kenapa Bila terkenangkan lelaki itu mengingatkan dia pada Tunku Hardie. Jejaka keparat itu! Tiada beza mereka berdua. Sama-sama penipu dan hipokrit!
Malas menanti bas, dia mengambil keputusan berjalan kaki pulang ke rumah sewa. Qamra Ain berjalan menyusuri lorong yang disimbahi oleh cahaya neon kuning di sepanjang lorong pejalan kaki. Masih ada lagi orang yang baru balik dari kerja. Jadi taklah terasa gerun bila berjalan bersendirian.
Penat berjalan akhirnya Qamra Ain sampai di kawasan kejiranan elit. Di kala dia berjalan menunduk kepala ke bawah, dia terpandang sesusuk bayangbayang yang terbentuk di jalan. Perlahan-lahan Qamra Ain mendongak kepala. Kelihatan seseorang yang segak memakai jaket hitam berserta topi hitam yang bersulam Adidas sedang bersandar di bonet depan kereta Nissan GT-R yang tunduk menghala kepala ke bawah. Kelihatan juga lelaki itu leka menguis-guis pasir dengan hujung kasut.
Dia kenal benar dengan gaya penampilan yang pastinya Tunku Hussein. Kalau berpatah balik, hanya satu jalan saja yang ada menuju terus ke rumah sewa iaitu terpaksa melewati jejaka itu. Qamra Ain mempercepatkan langkah.
Tunku Hussein mendongak. Pantas tangannya mencapai lengan Qamra Ain sekaligus membuatkan gadis itu terhenti betul-betul di sebelah.
Kenapa tergesa-gesa ni Awak nak lari dari saya Tanya Tunku Hussein. Intonasi suara juga kedengaran serius.
Apa lagi penipuan yang awak nak katakan lagi, YM Tunku Hussein!
Saya saya mencari masa yang sesuai untuk saya jelaskan apa yang berlaku antara kita, Qamra. Bagi saya peluang untuk perbetulkan keadaan, rayu Tunku Hussein. Tiada sebarang reaksi dari Qamra Ain.
Jangan ganggu saya lagi! Jawab Qamra Ain tak berpaling muka sedikit ke arah Tunku Hussein.
Tak semena-mena hujan turun dengan lebat membasahi mereka berdua. Kilat sabung menyabung sesekali memancar di kawasan tempat mereka berdiri. Qamra Ain membiarkan saja dibasahi hujan malam ini. Biarlah, lelaki itu tak tahu tatkala hati sedang menangis kedukaan semahunya. Kecewa dengan lelaki yang bergelaran Tunku!
Qamra jom teduh di bawah pondok sana, hujan lebat ni. Demam pula awak nanti. Tunku Hussein menarik tangan Qamra Ain dan sekali lagi gadis itu merentap dengan kuat.. Qamra Ain berlari pergi, Tunku Hussein mengejar lalu menghalang langkah gadis itu dari arah depan.
Tunggu dulu, Qamra. Jangan seksa aku begini, pinta Tunku Hussein serta meraut wajah yang basah disirami air hujan.
Say something, Qamra! Please
Pergilah Tunku Hussein! Saya orang miskin, yang tak layak berdiri sebaris dengan orang yang berdarjat seperti awak!
Saya masih lagi Hussein yang pernah awak kenal dulu. Tiada apa yang berubah.
Saya pernah tanya awak, kan Kenapa awak rahsiakan dari saya Kenapa
Saya mencari masa yang sesuai
Ooooo, di waktu macam ni Kilat sambar menyambar Awak tau apa yang lebih buat saya kecewa Saya dengar cerita tentang awak dari mulut orang lain! Bukan dari mulut awak sendiri! Kenapa awak buat saya begini Kenapa Apa salah saya pada keturunan seperti awak!
Qamra dengar penjelasan saya dulu
Saya saya nak awak ikhlas berkawan dengan saya! Permintaan senang begitupun awak tak mampu nak lakukan Kenapa awak perlu menipu saya bertalu-talu soalan dilemparkan Qamra Ain.
Qamra, biarlah saya terus-terang dengan awak malam ini. Saya tak mampu menipu diri saya sendiri, tentang perasaan saya. Percayalah, saya telah jatuh cinta pada awak sejak kali pertama saya ternampak awak melayan Pakcik Tan! Tunku Hussein tak terdaya mengempang lagi rahsia hati terhadap Qamra Ain.
Setiap kali dia cuba menahan, setiap kali itulah jiwanya diikat rasa terseksa. Mustahil dia dapat meraih cinta Qamra Ain disebabkan Tunku Hardie!
Sejak dari hari tu, hati saya meronta-ronta untuk kenali diri awak lebih dekat lagi. Iyalah, bila niat kita suci tentu ALLAH SWT membuka peluang untuk saya dekati awak. Dan, saya dapat tau yang awak bekerja di syarikat saya. Peluang saya terbuka cerah bila saya tau Reza pula kenalan rapat awak.
Oh jadi awak tau segala-gala tentang saya Berhenti Akademi Kisah cinta saya yang dikhianati oleh spesis keturunan awak Sebab itu awak ambil kesempatan
Tak, Qamra! Saya tak sehina tu. Saya betul-betul ikhlas cintakan awak, Qamra! Cinta sangat-sangat!
Bagaimana saya nak percayakan awak Awak permainkan perasaan saya yang telus sayangkan awak
Qamra, look at me perlahan-lahan Tunku Hussein mengangkat muka Qamra Ain supaya bertentangan mata dengannya. Dia tahu gadis itu sedang menangis di malam hujan begini.
Sungguh saya cintakan awak, Dr. Qamra Ain. Katakan pada saya yang awak juga ada perasaan yang sama Qamra Ain terdiam tanpa kata dan hanya mampu melihat redup anak mata Tunku Hussein memandang tepat ke arah wajahnya yang basah.
Tunku Hussein menanti sebuah jawapan dari Qamra Ain. Empat tahun lamanya, dia setia menunggu ungkapan keramat yang mewarnai semula hatinya yang selama ini terkunci rapat. Lega rasa hati bila Qamra Ain sudah ketahui perkara yang dirahsiakan selama ini. Satu perkara sudah selesai, hanya tinggal satu lagi. Dia perlu bersedia jika Qamra Ain mengetahui pula tentang hubungannya dengan Tunku Hardie.
Maafkan saya, Tunku Hussein. Saya harus pergi ujar Qamra Ain perlahan dan melangkah pergi dengan air jernih yang masih berlinangan di tubir mata. Semakin lama duduk berdiri di situ, semakin mengigil dirasakan seluruh anggota badan.
Tunku Hussein pula hanya terdaya menatap Qamra Ain yang dicintai berlalu pergi begitu saja tanpa seungkap jawapan yang dinantikan selama bertahun itu.