MY PRETTY BOY - 77
AKHIRNYA dapat juga I jumpa you, cayunk! I miss you so much! You nak lari dari I, kan Sapa Elmina seraya merapati Tunku Hussein yang leka memandang ke arah luar jendela. Perlahan-lahan Elmina memeluk badan maskulin itu dari arah belakang sekaligus membuatkan dia tersentak.

Tunku Hussein menolehkan kepalanya sedikit memandang tingkah Elmina yang tidak tahu malu. Pantas tangannya menolak kuat rangkulan Elmina. Dia menghayun langkah menuju ke meja kerja. Malas hendak melayan perempuan yang tak tahu adab seperti Elmina.

Bukan you sepatut bertugas di ER Kenapa menyibuk di sini Tanyanya serius berbaur sinis.

Tunku Hussein buat-buat sibuk menulis. Meluat dengan perangai kepura-puraan Elmina sejak di CA lagi. Kerana kemaruk mengejar lelaki lain, dibiarkan dia terkontang-kanting menanggung derita seorang diri.

Hei! I rimas okey di ER. Sepatutnya you hantar

si Qamra tak sedar diri tu yang layak duduk di sana! I hate her!

Tunku Hussein berhenti menulis. Renungan setajam menikam dihalakan ke wajah Elmina. Lebih menyakiti lagi bila Elmina mengutuk terang-terangan Qamra Ain depannya.

Sejak peristiwa malam itu semakin sukar untuk dia bertemu dengan Qamra Ain. Gadis itu sengaja mengelak dari bertembung muka dengannya. Hanya dengan kamera litar tertutup (CCTV) saja yang dapat dia pantau pergerakan gadis itu setiap hari di THSC dan melepaskan kerinduan pada Qamra Ain dari jarak jauh.

Dr. Elmina! I nak you turun ke TED sekarang! Arah Tunku Hussein serius serentak jari telunjuk menuding tepat ke arah pintu menyuruh Elmina keluar dari bilik.

Cayunk! Kenapa you ni Mana TH yang manja dan adorable yang I kenal dulu di CA Okay okay, kita Lupakan kisah tadi. I datang sini sebenarnya nak ajak you dinner malam ni. Macam dulu... lembut suara Elmina memujuk.

Jari-jemarinya yang runcing pula bermainmain dengan tali leher Tunku Hussein. Kanta lekap berwarna biru itu merenung tepat ke arah wajahnya namun dilarikan pandangan ke arah lain. Itulah taktik yang membuatkan dia tergoda dengan Elmina. Pujuk rayu!

Bercinta seperti dulu Siapa yang mulakan dulu Kau atau aku Tergamak kau curang dengan aku di CA depan mata aku sendiri! Kau yang tergila-gilakan jantan lain dan tinggalkan aku. Sekarang kau nak mula balik hubungan kita! Mustahil! Hati aku kini milik Qamra Ain, sampai bila-bila!

TH, are you okay Elmina memetik-metik

jari beberapa kali sekaligus mematikan lamunan sejenaknya.

Perlahan-lahan Elmina meraih tangan Tunku Hussein yang pernah singgah di hatinya. Dia merentap kuat tangan. Tangan ini hanya untuk Qamra Ain. Bukan untuk dipegang oleh wanita lain!

Memang salahnya kerana mengkhianati cinta yang didambakan oleh Tunku Hussein. Dia yang bodoh dan buta dalam menilai cinta seorang lelaki yang sesetia jejaka itu. Dia termakan pujuk rayu seorang doktor yang lebih romantik jika dibandingkan Tunku Hussein yang sibuk bertugas di CHLA dari melayan cinta. Dia mengambil kesempatan itu menjalin hubungan rahsia tanpa pengetahuan Tunku Hussein.

Akhirnya, dia ditinggalkan selepas pulang ke Malaysia. Lelaki yang dipuja itu rupanya sudah beristeri dua. Menyesal kerana terlalu percayakan taburan palsu janji seorang lelaki yang dianggap istimewa di hatinya waktu itu.

Tunku Hussein sudah kembali ke Malaysia. Masih keseorangan tanpa kekasih. Ini bermakna masih ada peluang terbuka untuk mengisi semula kekosongan di hati lelaki ini.

Please, temankan I dinner malam ni. Lagipun dah lama kita tak dinner macam dulu, kan

Okey jawab Tunku Hussein singkat. Hanya sekadar menamatkan perbualannya dengan Elmina.

You fetch me Tanpa segan silu dia memaut semula lengan Tunku Hussein supaya jalan beriringan dengannya.

Sewaktu mereka sampai di muka pintu, Qamra Ain datang dari arah bertentangan. Kedua-duanya terkejut. Cepat-cepat Tunku Hussein meleraikan pegangan Elmina. Qamra Ain turut sama terkejut.

Kau lagi! Buat semak mata aku ajelah! ejek Elmina.

Kedengaran keras nada suaranya berserta renungan yang tajam. Elmina terasa menyampah setiap bertemu muka dengan doktor yang semakin menjadi sebutan di THSC. Ceruk mana dia menyinggah ada saja cerita tentang Qamra Ain. Pendek kata, Qamra Ain adalah satu-satunya doktor pelatih yang berjaya memecah tradisi doktor genius yang termuda di hospital ini.

Saya datang hanya nak serahkan rekod perubatan pada Tuan Raffzul. Dia tak ada di pejabat. Jadi, saya ke sini nak serahkan pada Tuan Hussein.

Tak boleh tunggu esok! Semakin tinggi suara Elmina.

Lagi berlagak jika dibandingkan dengan Tunku Raffzul masa dulu. Lebih sudu dari kuah!

Aku lempang karang berpusing 180 darjah kepala kau nanti. Hello, perempuan! Aku tak ada masa nak bertekak dengan kau! Buang karan aku aje!

Saya datang nak jumpa MD bukan awak Dr. Elmina. Tolong ke tepi sikit!

Melawan pula budak ni! Baru setahun kerja nak tunjuk lagak kat sini!

Stop it, both of you! Dr. Elle, please leave now. I will fetch you at 8 tonight! Arah Tunku Hussein menghentikan pertengkaran mereka berdua. Muak sudah dengan sikap cemburu tak bertempat Elmina. Masih sama seperti dulu. Tiada apa yang berubah. Sengaja hendak cari pasal dengan Qamra Ain.

Elmina merungut. Sebelum melangkah pergi sempat lagi berbalas renungan pada Qamra Ain yang tersenyum sinis. Tak cukup dengan itu dilaga kuat bahunya mengena tepi bahu Qamra Ain membuatkan gadis itu terdorong sedikit ke belakang. Tunku Hussein mengiringi langkah Elmina dengan ekoran mata sehingga hilang ditelan lif. Kemudian dia beralih menoleh ke arah Qamra Ain.

Ada apa, Dr. Qamra Jom, kita bincang dalam bilik saya, Tunku Hussein menarik pintu bilik menyuruh Qamra Ain masuk terlebih dahulu.

Tak apalah, Tuan Hussein. Saya datang ke sini hanya nak serahkan rekod ni pada Tuan Raffzul. Maaf sebab ganggu Tuan dengan Dr. Elmina tadi, ujar Qamra Ain serta menghulurkan beberapa fail ke tangan Tunku Hussein. Serius benar kedengaran intonasi suara Qamra Ain. Tak semesra dulu.

Qamra panggilnya lirih.

Perlahan-lahan tangan Tunku Hussein meraih lengan Qamra Ain namun belum sempat pun mendarat gadis itu beredar pergi tanpa menunggu lebih lama lagi. How could you forget the time we share together,

Qamra Jangan seksa aku begini