TORA DATANG LAGI - 77
Kebanyakan urusan penulisan ketika di sekolah rendah adalah menggunakan pensel. Ketika di sekolah menengah, penggunaan pen mula digunakan bagi menggantikan pensel. Antara pensel dan pen yang menjadi pilihan pelajarpelajar adalah:

Pensel dengan pemadam di belakang

Sejenis pensel dengan kehitaman mata HB dan mempunyai getah pemadam berwarna merah jambu pada hujung pemegangnya.

Mempunyai hiasan yang minimal dengan latar belakang warna putih pada batangnya.

Oleh kerana pemadam yang disediakan adalah keras dan sukar untuk memadamkan tulisan, pengguna perlu menggosok permukaan kertas dengan kuat. Gosokan yang kuat boleh

mengakibatkan kertas terkoyak.

Getah pemadam yang disediakan adalah tidak relevan dan jarang digunakan. Sesetengah orang suka menggigit-gigit getah pemadam di belakang pensel ketika sedang mengelamun atau belajar di dalam kelas. Rasa strawberi kata mereka.

Mata pensel dari jenis ini adalah tidak berkualiti dan mudah patah.

Pensel tukar mata

Sejenis pensel yang mengandungi mata pensel yang dipecahkan kepada 12 bahagian kecil.

Apabil mata pensel tumpul atau patah, pengguna hanya perlu menarik keluar mata pensel dari muncung depan pensel dan memasukkannya di bahagian belakang pensel. Mata pensel itu tadi akan menolak mata-mata pensel yang lain di dalamnya dan mata pensel baru yang tajam akan keluar dari muncung pensel.

Antara kelemahannya adalah jika mata pensel di dalam pensel ini tidak mencukupi, mata pensel yang paling depan tidak akan dapat keluar dari muncung pensel kerana tidak sampai untuk ditolak oleh mata pensel lain-lain di atasnya.

Antara kaedah penyelesaian yang digunakan adalah dengan memasukkan gulungan kertas kecil ke dalam lubang di belakang pensel dan menolak mata-mata pensel lain di dalam pensel.

Selain itu, mata penselnya juga tidak boleh ditajam menggunakan pengasah. Ianya hanya boleh ditajamkan dengan menggunakan pisau.

Pensel tekan/titik

Sejenis pensel mekanikal yang menggunakan mata pensel berbentuk rod kecil yang dimasukkan dari belakang pensel tekan. Sesetengah orang memasukkannya dari muncung pensel.

Antara pensel yang sangat relevan, mudah dan cepat.

Apabila hujung mata pensel patah, ianya hanya perlu ditekan dari belakang dan mata pensel akan keluar sehinggalah habis satu rod. Terdapat juga pensel tekan yang perlu ditekan dari tepi atau sekadar menggoncangkannya.

Mata pensel atau ubat boleh dibeli asing pada harga dan gred yang berbeza.

Pen Kilometrico

Sejenis pen mata bola yang paling sedap dan paling murah untuk digunakan di dalam penulisan seharian.

Mempunyai 3 pilihan dakwat iaitu biru, merah dan hitam.

Oleh kerana mudah hilang atau disebat kawan, sesiapa yang dapat menggunakan pen ini sehingga ke titisan dakwat akan memperolehi satu kepuasan yang amat. Perasaan yang sama untuk nyalaan lighter yang terakhir.

Pen banyak kaler

Sejenis pen yang mempunyai variasi warna-warna dakwat yang berbeza antara satunya.

Pilihan warna yang popular adalah merah, hitam, biru, Pen ini sedikit besar dan agak sukar digenggam ketika menulis.

Dakwat setiap warna dihubungkan dengan spring masingmasing dan saling menghala ke muncung pen. Spring ini dihubungkan dengan punat-punat pada luar batang pensel mengikut warna-warnanya.

Apabila punat tersebut ditekan, dakwat pen akan keluar melalui lubang pen mengikut warna yang ditekan.

Pen dakwat wangi

Sejenis pen tulis yang biasa-biasa sahaja. Yang membezakannya adalah dakwatnya yang berbau wangi. Pen ini akan meninggalkan bau yang wangi dan selesa pada buku apabila ditulis menggunakannya.

Tulisan yang berbau wangi secara tidak langsung akan memberikan keselesaan kepada guru yang memeriksa buku. Guru yang selesa akan menjadi suka untuk memeriksa buku. Buku yang disukai guru akan mendapat penilaian yang bagus dan jarang mendapat masalah. Begitulah rantaiannya.