Caf, KL.
Tunku Hussein meluaskan pandangan ke arah mereka yang sedang menari di lantai dansa. Dari tempat duduk di meja bar sambil meneguk Coke dari dalam gelas berkaki. Dia tak terlepas dari mengamati betapa lincah gerak tari Rudy Armani yang sama seperti dulu. Siapa yang tak kenal pada Rudy Armani yang diberi jolokan dance machine semasa di universiti dulu. Kalau ada Aizal Fahmi, mahu havoc lantai dansa malam ini dengan tarian hip-hop mereka berdua.
Pertama kali dia berada di sini sejak balik dari CA. Dia bukanlah seorang yang gemar bersosial. Mereka ke sini semata-mata meraikan kejayaan di atas kes Salina. Satu-satunya kes VIP kritikal yang berjaya mereka langsaikan hutangnya. Wajarlah mereka diraikan atas penat jerih mereka berkorban masa siang dan malam.
Dia ke sini disebabkan pujuk rayu Tunku Raffzul ketika terserempak di lobi ketika berjalan bersama Elmina. Kerana pujuk rayu Elmina juga terpaksa dia mengikut.
Apa yang you menungkan tu, cayunk Tegur Elmina yang sedang membawa segelas minuman yang berisi Coke.
Sesekali dia mengangguk-gangguk kepala mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh band undangan. Renungan masih dihalakan ke arah lantai dansa. Mengelak dari bertentangan mata dengan Elmina di samping pemakaian yang menjolok mata itu.
Dia dan Qamra Ain punyai persamaan. Dikhianati cinta dari orang yang dicintai sepenuh hati. Apa yang dirasai oleh Qamra Ain dia juga pernah sama merasai. Derita merindu, kecewa dan hilang destinasi hidup.
I rindu nak tengok gerak tari you. You tak nak dansa macam dulu
Tunku Hussein menghela nafas panjang. Air berkarbonat yang masih berbuih-buih di dalam gelas diteguk hanya sekali nafas dan diletak semula di atas meja bar. Kemudian, dia mengelap tepi mulut yang meleleh sedikit dengan belakang tangan.
Jom kita dansa. I dah lama tak menari dengan you bisik Elmina perlahan ke telinga Tunku Hussein. Tangan Elmina perlahan-lahan meraih tangan lelaki itu namun direntap kuat.
I bukan TH yang pernah you kenal dulu, Elmina Dato Ezri!
Apa kena dengan you ni, TH! I nak perbaiki hubungan kita semula dan you jangan buat begini pada I! Apa yang you nak I buat You cakap aje. I akan buat segala-galanya untuk raih semula hati you, TH!
Stop it, Elle! I dah muak dengar ayat meluat you! Please leave me alone! Tunku Hussein bangkit dari kerusi dan terus meluru ke tengah lantai dansa melewati Rudy Armani dan Azmeer.
TH, jom dansa! Lagu best ni! Here Come The Horns. Lagu ringtones kau! Ajak Rudy Armani sambil terkinja-kinja menari.
Dia hanya menjawab dengan gelengan kepala dan hilang di celahan mereka yang asyik leka dengan gerak tari. Elmina mengikut langkah Tunku Hussein dengan ekoran mata yang tajam menikam. Jiwanya tersentap terus malam ini. Ingatkan dapatlah dia menari berpelukan dengan Tunku Hussein di lantai dansa seperti dulu.
Its okay, TH. Satu hari nanti you pasti jadi milik I. Sama seperti dulu!
T
UNKU RAFFZUL menanggalkan jaket kulit yang tersarung di badan dan duduk berlabuh di bangku kayu. Rimas berbaur serabut di dalam fikiran disebabkan gegaran muzik tanpa henti di dalam Hard Rock Caf. Walaupun duduk jauh dari kaf masih lagi dapat dia mendengar sayup-sayup lagu yang dimainkan. Kepalanya mula terasa berdenyut-denyut lantas dipicit dahinya perlahan-lahan sampaikan lampu jalan dipandang berganda-ganda cahaya.
Semasa sedang menari di lantai dansa bersama Rudy Armani dan Azmeer, lensa matanya menangkap kelibat seseorang yang berjalan keluar melalui pintu utama. Tak menyangka kelibat itu turut berada di Hard Rock Caf walhal berkali-kali dicuba memujuk untuk turut serta meraikan kejayaan pasukan DMD. Selayang pandang, kelibat tadi terus menghilang entah ke mana . Dia tak pasti, bayangan atau memang benar-benar kelibat itu wujud di dalam kaf tadi.
Dia mencari diluar namun gagal dikesan. Akhirnya dia duduk di sini. Lebih mendamaikan jiwa dari duduk di dalam kaf yang membingitkan telinga. Tunku Raffzul tunduk memandang ke bawah dan melelap mata sebentar. Pedih sungguh dirasakan retina mata. Kalau berlarutan, sukar untuk dia memandu balik ke Villa Tun Tunku Harith nanti.
Tu Tuan Raff tak apa-apa soal Qamra Ain yang sedang tunduk merukuk di depan Tunku Raffzul.
Tunku Raffzul tersentak. Serta-merta diangkat kelopak mata. Dia kenal benar suara itu. Ya! Suara kelibat yang dicari tadi. Perlahan-lahan Tunku Raffzul menengadah muka ke arah suara yang menyapa tadi.
Memang betul kamu yang saya nampak tadi Hanya itu soalan yang terlintas di fikiran buat masa ini.
Saya ingat tak ada siapa yang perasan tadi. Rimas kat dalam, saya keluar. Lagipun saya tak biasa tempat begini, Tuan, jawab Qamra Ain seraya mengulum senyum. Dia bangkit berdiri semula. Sengal dirasakan pinggang bila menunduk terlalu lama.
Saya ingat kamu tak datang.
Arwah Babah pesan kat saya, jangan hampakan harapan orang yang beria-ia mengajak kita, jawab Qamra Ain serta tersenyum lebar.
Kamu tunggu saya di sini ke
Tunggu Yang saya tau, tuan yang tunggu di sini bukan saya. Kebetulan saya nak ke stesen monorail nampak tuan bersendirian di sini sebab tu datang singgah kejap, jelas Qamra Ain tanpa selindung.
Tunku Raffzul terasa debaran di dada. Redup renungan Qamra Ain membuai mimpi-mimpi indah malam ini. Bicara gadis ini juga tersusun. Tak sekali pun pernah tersasar dalam setiap perincian butir bicara.
Sudah lama tak dirasai perasaan sebegini indah. Sejak berpisah dengan Yuhaniz, hati berubah menjadi kering. Tak lagi percaya kepada spesis yang dipanggil gadis, wanita mahupun bidadari. Sungguh dia menyesali mempersia-siakan bakat yang ada pada Qamra Ain. Jika tak kerananya, sudah pasti dia dituduh penyebab utama kemusnahan karier Penari Gamelan itu.
Tahniah atas kejayaan kamu, Qamra.
Saya tak layak terima ucapan tu, Tuan. Berilah pada yang layak bukan saya. Saya masih baru dan hijau. Banyak lagi ilmu yang perlu saya kutip dari doktor senior di THSC.
Kamu juga berhak, Qamra. Kamu yang selamatkan Salina dan juga karier saya.
Ajal maut semua di tangan ALLAH SWT, Tuan. Kalau ditakdirkan umur panjang, memang panjang umur seseorang tu. Jika sebaliknya, sebagai seorang doktor kita perlu reda kerana nyawa seseorang bukan dalam pegangan manusia. Tuan perlu berterima kasih kepada Yang Maha Esa kerana mengurniakan tuan dengan barisan doktor yang hebat dalam team, Tuan.
Saya tetap rasa kecewa sebab kamu tolak tawaran sertai team saya. Peluang masih terbuka untuk kamu. Kembalilah pada team DMD... demi saya, Qamra.
Please pujuk Tunku Raffzul separuh merayu.
Tak apalah, Tuan. Saya rasa selesa di TED. Ratarata pesakit yang datang kebanyakan mereka dalam pemerhatian rawatan saya. Biarlah saya kekal di situ untuk sedikit masa lagi. Qamra Ain berkeras menolak tawaran itu disebabkan Tunku Hussein. Sekadar untuk mengelak dari berjumpa dengan lelaki itu setiap hari. Biarlah mereka dipisahkan jarak setinggi 2 tingkat. Lebih mudah untuknya melawat Zara Hani di wad psikiatri yang sama aras dengan TED.
Qamra, saya sebenarnya
Raff, kat sini rupanya you! Puas I dan TH cari, tegur Elmina yang tiba-tiba muncul. Di sebelahnya pula, kelihatan Tunku Hussein yang menghala pandangan ke arah Qamra Ain.
Menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan, dia bangkit dari bangku lalu berdiri jauh dari mereka bertiga. Sudah lama Tunku Hussein perhatikan kemesraan mereka berdua semasa berselindung di sebalik pokok. Cemburu, itu perkataan yang tepat digambarkan dalam situasinya kini. Begitu mesra Tunku Raffzul berbicara mesra dengan Qamra Ain. Gelak tawa gadis itu, menyentap sungguh tangkai hatinya.
Apatah lagi, Tunku Raffzul juga tampak bahagia di samping Qamra Ain di malam ini. Dari berterusan mengintip, dia ambil keputusan untuk masuk semula ke dalam Hard Rock Caf ternampak pula Elmina terlenggang-lengkok datang menganggu mereka di situ.
Qamra Ain memerhati penampilan Elmina dari atas sampai ke bawah. Anggun bak persis model. Prom Cocktail Dress yang pendek paras bawah peha menyerlahkan lagi betis Elmina yang terdedah putih gebu. Kalau hendak dibandingkan dengannya yang berbaju kurung digayakan dengan tudung bawal, jauh panggang dari api. Pelik, cewek sebegini rupa yang Tunku Hussein tergila-gilakan.
Kata cinta pada aku tapi memilih perempuan tiga suku ni menjadi teman pengganti! Butakah kau, Sein Pilihlah spesis yang boleh membahagiakan kau. Bukan menyeksa kau di lubang kubur!
Aik! Budak hingusan pun ada Kau ingat pakaian begini, layak ke kau masuk ke Hard Rock Caf Pergi baliklah! Buat pedih mata aku aje! Sindir Elmina berlagak.
Renungan tajam Qamra Ain menusuk terus ke arah anak mata Elmina. Ditambah pula tangan Elmina memeluk lengan Tunku Hussein dengan erat. Jejaka itu pula seperti merelakan perbuatan Elmina ke atasnya.
Kenapa you suka cari pasal dengan Qamra Ringan saja tangan Tunku Hussein hendak menampar mulut celupar Elmina.
Tunku Hussein terpaksa berlagak selamba untuk mengelak dari dikesan perubahan riak wajah oleh mereka. Biarlah ia kekal menjadi rahsia antara tubuh dan jiwanya. Dia tiada niat untuk menyakiti hati Qamra Ain. Apa yang pasti, gadis itu berterusan menyalahkannya dek merahsiakan hubungan cinta dengan Elmina sedangkan Elmina hanya kekasih yang sudah lama dilempar jauh dari lubuk hati.
Mengapa Qamra Ain muncul di tempat dan masa yang tak sepatutnya Muncul ketika dia sedang bersama Elmina Bukankah menambahkan lagi spekulasi yang mengarut tentangnya lagi Dituduh playboy setelah apa yang tak patut dilihat oleh Qamra Ain
Owh.. I peninglah, TH. Send me back, please pujuk Elmina merengek manja. Tanpa segan silu lengan Tunku Hussein dipaut lebih kuat serta melentok manja kepala atas bahu jejaka itu.
Qamra Ain hanya sekilas mengerling walhal hatinya tersentak melihat perilaku Tunku Hussein yang merelakan apa saja yang Elmina lakukan. Kenapa Kenapa harus dibiarkan saja Elmina buat begitu Kenapa kau lemah untuk menepis kehendak Elmina malam ini Adakah ni yang berlaku ketika kau bersama Elmina di CA, Sein Kau sudah biasa bersosial bagai
Aku ikut kau, TH. Saiful bawa balik kereta aku ke Villa. Aku nak lepak kat banglo kau malam ni.
Saya hantar kamu balik sekali, Qamra, ajak Tunku Hussein. Baru hendak membalas jawapan ajakan Tunku Hussein cepat Elmina mencelah.
Tak payahlah ajak dia. Kau boleh balik sendirikan Teksi melambak kat depan sana. Jomlah, TH. Banyak nyamuk kat sini! Tengok dah naik bintat tangan I! Berulang kali Elmina menarik lengan Tunku Hussein. Dia tak mahu Qamra Ain mengganggu kemesraannya bersama Tunku Hussein. Baginya, Qamra Ain tak layak mendampingi Tunku Hussein atau Tunku Raffzul dek perbezaan darjat keturunan. Orang kampungrian seperti Qamra Ain mana layak duduk dengan orang kayangan seperti dia.
Tak apalah, Tuan Hussein. Saya boleh balik sendiri naik Monorail. Bukan jauh pun, Qamra Ain menolak pelawaan serta mengoyak senyum semanis mungkin pada Tunku Hussein meskipun kelihatan hambar.
Biar saya temankan kamu balik. Sein, kau hantar Elle balik. Tunku Raffzul menawarkan diri.
Tersentak Tunku Hussein sejenak. Begitu juga dengan Qamra Ain. Raut wajah Tunku Hussein sertamerta berubah.
Tak! Aku takkan benarkan kau dekati Qamra aku, Raff!
Aduh! Kepala aku tiba-tiba berdenyut! Nampaknya aku tak boleh drive, Raff,dia memicit-micit kepala seolah-olah terasa sakit. Terpaksa berlakon untuk mengelak sepupunya bersama Qamra Ain.
You tak sihat ke, cayunk Pantas tangan Elmina meraba dahi Tunku Hussein. Cepat-cepat dia menepis bila Qamra Ain beredar pergi meninggalkan mereka bertiga tanpa berpaling lagi. Di jauh, Tunku Hussein hanya mampu memerhati gadis itu menaiki escalator bersendirian menuju ke stesen Monorail.
Ambil kunci ni! Kau drive! Tunku Hussein membaling kunci kereta. Terkial-kial Tunku Raffzul menyambut.
Bukakanlah pintu untuk I rengek Elmina. Tunku Raffzul rasa terloya di tekak mendengar betapa gediknya Elmina di malam ini.
You ada tangan, kan Buka sendiri! Kalau tak depan sana ada teksi, pergi balik sendiri! Arah Tunku Hussein seraya menarik pintu kereta depan lalu memboloskan diri ke dalam kereta.