MY PRETTY BOY - 79
QAMRA AIN menghala langkah lemah menuju ke stesen Monorail Bukit Nenas. Sedang menaiki escalator, BB Z10 berbunyi menandakan mesej masuk. Qamra Ain menyeluk dan mengeluarkan dari poket baju kurung. Ditekan aplikasi WhatsApps dan terpampang mesej memenuhi skrin telefon. Sesudah kaki menjejak lantai, sambil berjalan dibaca apa yang tertulis di skrin itu.

Sein_Sengal:

Jumpa saya tempat biasa, saya tunggu awak sampai datang! Saya rindukan awak! Rindu sangat-sangat!

Dia juga rindukan lelaki itu. Hakikatnya, dia tak terdaya lagi untuk menjauhkan diri dari Tunku Hussein. Hatinya masih terasa sakit walhal dalam kesakitan itu ada terselit rasa sayang dan rindu. Semakin hari semakin kuat. Ditambah lagi tugas yang semakin banyak di TED selepas kes Salina selesai, tiada ruang untuknya bertemu dengan Tunku Hussein. Dia seharusnya menghulur kemaafan pada Tunku Hussein. Ada sebab lelaki itu bertindak demikian. Mungkin menguji sejauh mana kejujuran persahabatan antara mereka berdua. Pagi tadi, peluang terbuka bila diarahkan oleh ketua TED menghantar fail kes ke tangan Tunku Raffzul pagi tadi.

Sepanjang perjalanan ke pejabat, hatinya berbunga. Tak sabar rasa ingin bertemu namun lain pula yang jadi. Hatinya terasa direnyuk-renyuk bila terserempak Tunku Hussein sedang berjalan beriringan bersama Elmina yang lagak mereka tak ubah seperti sepasang kekasih. Jika benar, mengapa lelaki itu merahsiakan

Jari Qamra Ain ligat menaip sesuatu untuk membalas mesej Tunku Hussein. Bila tiba untuk menekan butang send, jarinya terhenti di atas butang tersebut bila teringatkan tentang kemesraannya dengan Elmina. Cepat-cepat dipadam mesej tadi. Bila difikirkan semula, untuk apa dia membalas mesej itu sedangkan Tunku Hussein sedang berbahagia sakan bersama Elmina di malam ini

Ketika Nissan GT-R melewati bawah stesen Monorail, Tunku Raffzul terpandang ke arah Qamra Ain yang sedang sibuk melayan telefon di tepi tembok aras atas. Entah kenapa timbul rasa cemburu di dalam hati malam ini.

Adakah dia mulai jatuh cinta pada Qamra Ain Tak! Tak mungkin dia jatuh cinta sekali lagi pada doktor pelatih Takkan sekian lama, dipertahankan egois untuk terpaut cinta lagi yang akhirnya luntur dek Qamra Ain Adakah dia benar-benar jatuh cinta

Tunku Raffzul mengalih pandang ke arah Tunku Hssein yang sedang melelapkan mata bersama SG N5 yang tak lekang dari pegangan. Seperti menanti seseorang membalas mesej yang dihantar sejenak tadi. Beralih dia pula memandang cermin pandang belakang. Kelihatan Elmina juga sudah pun lena diulit mimpi.

Aku nak singgah 7-Eleven. Kau hantar Elle balik. Aku nak jalan kaki,pesan Tunku Hussein sebelum melelapkan matanya semula.

Q

AMRA AIN melangkah longlai menyusuri lorong pejalan kaki seperti biasa. Kalau dulu, ditemani oleh Tunku Hussein. Berjalan beriringan dan kadangkala mengusik sesama sendiri. Ada saja cerita yang mencuit hati setiap kali jejaka itu bercerita.

Terasa sakit kedua-dua belah betis selepas berjalan lebih dari sejam dari stesen Monorail untuk sampai ke rumah sewa. Jarak yang lebih jauh dari Mels E ke THSC. Apa boleh buat, kewangannya yang masih tak kukuh belum cukup untuk dia memiliki kenderaan sendiri. Hanya mampu menaiki kenderaan awam.

Pernah Tunku Hazreen menawarkan kereta milik gadis itu untuk kesenangan pergi dan balik namun ditolak dengan cara baik. Dia tak mahu bergantung harap selamanya pada Tunku Hazreen. Biarlah ditentukan hidupnya sendiri dari berterusan menumpang kemewahan gadis itu.

Sayup Qamra Ain melihat rumah sewa dari jarak jauh. Setiap hari, dia harus melintasi kawasan kejiranan elit untuk sampai ke rumah sewa. Tiada jalan lain lagi. Setiap kali lalu, dia harus berdepan dengan salakan anjing yang membingitkan telinga. Terlintas juga di fikiran, bagaimana orang-orang di sini sanggup bertahan dengan salakan anjing setiap hari Dia yang sesekali kena jerit dek anjing pun dah terasa bingit inikan pula duduk bersebelahan.

Dia berhenti sejenak, melempar pandangan ke arah kondo mewah yang pernah dihuni dulu. Qamra Ain mendongak ke arah tingkat 9 yang masih diterangi lampu bilik. Sudah jauh malam, Tunku Hazreen masih lagi berjaga. Mungkin gadis itu baru pulang ke kondo selepas seharian berada di kaf.

Lama benar tak bersua dengan Tunku Hazreen di kaf lantaran kesibukan tugas di THSC. Rindu sungguh pada kek cawan hasil dari air tangan seorang gadis yang punyai ciri kelembutan. Ada kelapangan, dia ingin berjumpa untuk ceritakan segala-galanya. Hanya gadis itu yang tahu susah peritnya. Juga seorang sahabat yang merangkap seperti seorang kakak untuknya.

Bila melewati sebuah banglo yang ada membela Chihuahua. Qamra Ain percepatkan langkah. Selepas melepasi, dia terasa pelik. Tiada pula kedengaran anjing itu menyalak seperti biasa. Mungkin pemilik mengurung anjing-anjing di dalam kandang. Langkah Qamra Ain terus terhenti bila terpandang ke arah sesusuk tubuh yang sedang duduk di tembok depan pagar bersebelahan dengan Tuan punya banglo yang membela anjing itu.

Kenapa tak balas WhatsApps saya Awak buat saya risau! soal Tunku Hussein serius dengan renungan yang tajam yang bertentangan dengan cahaya neon. Nampak lebih bersinar retina mata lelaki itu merenung ke arahnya. Kali pertama dia mendengar suara Tunku Hussein lain dari biasa didengari.

Buat apa awak pedulikan lagi tentang saya Saya tau jaga diri! Pergi balik, jaga si perempuan senget tu! Jawab Qamra Ain spontan tanpa memandang ke arah Tunku Hussein. Dia lebih rela berpaling ke arah lain dari berterusan menatap wajah jejaka itu di malam ini.

Qamra, kenapa Tunku Hussein kematian katakata. Sakit hati bila Elmina pula yang menjadi tajuk perbualan mereka berdua.

Kalau tak ada apa-apa lagi, saya nak balik! Qamra

Ain menyambung semula langkah namun Tunku Hussein terlebih dahulu mendepa tangan menghalang dari arah depan.

Qamra, saya rindukan awak yang dulu yang ceria, positif dan optimis, satu rintihan perlahan dilepaskan. Tunku Hussein cuba menahan sebak di dada lantaran sikap dingin Qamra Ain setiap hari. Dia harus menahan air mata jantan menitis jatuh.

Mana Nissan GT-R awak

Raff pakai.

Oh! Memang kereta awak sebenarnya, Tunku

Hussein

Qamra please jangan mulakan

Bukan awak sepatutnya hantar perempuan

senget tu balik

Tunku Hussein tersenyum kelat sambil menggeleng kepala yang masih menunduk ke bawah. Buat apa perlu bersusah payah untuk Elmina sedangkan membiarkan gadis yang dicintai pulang berjalan kaki seorang diri.

Saya suruh Raff hantar balik.

Jangan nak tunjuk baik depan saya!

Qamra, pandang saya! Sampai bila awak nak seksa saya begini Tak boleh ke awak maafkan saya! Tegas Tunku Hussein.

Untuk apa lagi kalau menambah lagi sakit hati saya! Awak kata cintakan saya, tapi awak bercumbu rayu dengan Elle depan mata saya Itu awak kata cinta Tergamak awak lukakan hati saya sekali lagi di waktu kemaafan dah terbuka buat awak Saya perlukan kejujuran, Sein. Jujur atas persahabatan kita!

Sahabat! Kau menganggap aku sekadar sahabat, Qamra!

Ada sesuatu yang perlu awak tau tentang diri saya dengan Elmina. Dia hanya cinta kenangan silam yang pernah singgah dalam hati saya. Kami pernah belajar di universiti yang sama, sekali dengan Rudy. Saya juga seperti awak, punyai sejarah dikhianati cinta yang menyakitkan! Kini, sakit di sini tiada lagi setelah awak mengisi kekosongan hati saya, cerita Tunku Hussein sambil meletakkan tangan gadis itu rapat ke dada.

Qamra Ain hanya mendengar sepi. Tunku Hussein pula, hancur luluh hati dengan tuduhan melulu Qamra Ain.

Tanpa pengetahuan Qamra Ain, dia mengekori gadis itu sampai ke sini. Demi cinta dan rindu, dia mahu pastikan gadis ini selamat sampai ke rumah sewa. Sengaja dia menyuruh Tunku Raffzul memandu balik Nissan GT-R dengan alasan dia terpaksa pergi ke 7-Eleven. Sebenarnya, langkah kakinya ke sini. Menemui wajah kesayangan yang amat dirindui.

Dia tahu di waktu begini belum tentu lagi sepupunya sampai di banglo. Maklumlah, lelaki terhangat rebutan ramai. Ke mana saja Tunku Raffzul menyinggah, pasti menjadi tumpuan. Peluang yang ada diguna sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalahnya dengan Qamra Ain. Itu pun, kalau gadis ini masih sudi berbicara dengannya. Manalah tahu, bercakap dengan orang yang hati tengah dingin bukan ke serupa bercakap dengan dinding

Tunku Hussein berasa pening. Mungkin akibat penangan lagu-lagu bingit di Hard Rock Caf tadi. Terus dia duduk mencangkung di hadapan Qamra Ain sambil memicit-micit kepala yang semakin kuat berdenyut. Qamra Ain yang menyedari perubahan air muka lelaki itu mengerut dahi kehairanan. Dia juga turut duduk bertinggung mengadap jejaka itu.

Sein Sein, kau tak apa-apa soal Qamra Ain takut-takut namun memberanikan diri menggoncang perlahan bahu Tunku Hussein. Kalau tiba-tiba pengsan di tengah jalan nanti macam mana Tambahan pula kawasan elit, rata-rata mereka suka buat hal sendiri dari hidup bermasyarakat!

Awak jangan nak buat gimik depan saya, tak lawak! Raphael tak ada nak selamatkan awak! Qamra Ain bangun berdiri namun lengannya pula sempat dicapai oleh Tunku Hussein sekaligus membuatnya terduduk semula.

Please dont leave me rayu Tunku Hussein yang kedengaran suara tersekat-sekat di kerongkong. Matanya masih lagi terpejam, semakin lama semakin kuat denyutan yang mencengkam kepala. Sampai tak terdaya untuk bangkit sendiri.

Bak sini handphone awak. Biar saya call Raphael Lauren. Ambil awak di sini, minta Qamra Ain. Perkataan Raphael Lauren sengaja ditebalkan sebutannya.

Tak tak payah call dia. Bang banglo saya depan awak ni.

Qamra Ain mencari banglo yang ditunjuk oleh jari telunjuk Tunku Hussein lurus ke depan. Buntang matanya melihat ke arah banglo mewah setinggi 2 tingkat selama ini milik Tunku Hussein bersebelahan pula dengan jiran yang membela anjing itu.

Jadi, kisah jiran bela anjing rupanya jiran sebelah banglo awak Baru saya tau kenapa setiap kali lalu kat sini, awak suruh saya lari. Rupa-rupanya

Tunku Hussein dapat merasai Qamra Ain sudah mula berlembut hati. Dia hanya mampu tersengih menahan sakit. Dia menyeluk poket jaket hitam lalu dikeluarkan segumpal kunci. Dihulurkan ke tangan Qamra Ain.

Qamra Ain membantu Tunku Hussein bangun dan memapah hingga ke depan pintu pagar. Usai membuka pintu pagar, mereka berjalan seiring hingga di depan pintu berkayu. Kad akses dimasukkan ke dalam slot lalu ditekan kata laluan. Pintu terbuka secara automatik dan Qamra Ain memapah Tunku Hussein masuk ke ruang tamu.

Awak tinggal dengan siapa tanya Qamra Ain sambil retina matanya melilau ke seluruh reka bentuk banglo milik Tunku Hussein. Dekorasi ringkas. Memang sesuai dengan citarasa seorang bujang maskulin.

Maid

Maid Tak ada pun.

Daily maid. Kerja di Villa Papa saya.

Qamra Ain mengangguk faham. Tunku Hussein dibaringkan di atas katil sofa.

Kat mana saya nak cari panadol

Awak pergi kat dapur. Cari kat kabinet atas. Dalam tupperware hijau tak silap saya, balas Tunku Hussein.

Tanpa berlengah, Qamra Ain bergegas pergi ke dapur mencari Panadol. Sela beberapa minit, dia kembali ke ruang tamu.

Nah panadol dan air mineral. Qamra Ain meletakkan sebiji Panadol Active Fast ke atas tapak tangan Tunku Hussein.

Disuap ke dalam mulut. Botol air mineral yang siap dibuka yang diambil dari tangan Qamra Ain lalu diteguk hingga tinggal separuh.

Terima kasih, Qamra. Sayang juga awak pada saya.

Sayakan doktor, Sein. Naluri seorang doktor tak boleh lepas dari berusaha menyelamatkan nyawa pesakit. Awak juga Doktorkan Awak lebih tau dari saya.

Awak maafkan saya tak, Qamra Tanya Tunku Hussein dalam sebak. Tak mampu menahan lagi air mata jantan dari gugur di malam ini. Biarlah ianya mengalir di hadapan gadis ini.

Tangan Qamra Ain digengam erat. Seolah-olah tak mahu melepaskan pergi. Biarlah tiada ungkapan cinta dari Qamra Ain asalkan gadis itu berada di sisi setiap hari. Qamra Ain mengesat air mata yang mengalir di pipi jejaka itu dengan sapu tangan. Sudah tiba masanya untuk diberi kemaafan pada Tunku Hussein.

Saya maafkan awak. Tapi, awak kena janji dengan saya. Jangan menipu saya lagi. Ingat, kemaafan hanya datang sekali aje. Tiada rahsia lagi antara kita.

Terima kasih Qamra, ujar Tunku Hussein seraya mengukir senyum dalam menahan tangisan.

Cantik banglo awak. Sejak bila awak pindah ke sini Tanya Qamra Ain sambil meluaskan pandangan di sekelilingi struktur susunan hiasan dalaman. Sejuk mata memandang walaupun ringkas susun atur.

Banglo ini hasil rekaan sahabat saya semasa menuntut di CA. Saya pindah masuk ke sini sejak tau yang awak tinggal di rumah sewa kejiranan hujung sana. Kembar saya duduk kat kondo depan sana. Raff pula terkadang datang menyinggah sejak kena taichi dengan Tuan Harith.

Awak tak pernah cerita pun ada kembar.

Ada, perempuan. Kakak saya. Please jangan tanya siapa kembar aku, Qamra.

Oooo okay.

Dia menarik nafas lega. Qamra Ain melirik ke arah jam dinding yang menunjukkan sudah pukul 11. Tak manis jika jiran-jiran ternampak hanya mereka berdua saja di dalam banglo ini.

Saya balik dulu, takut terserempak dengan Tuan Raffzul. Jadi, satu hal pula nanti.

Biar saya hantar awak balik, Tunku Hussein cuba bangkit dari katil sofa namun kepalanya dirasa berat.

Setahun tanpa awak, saya boleh survive apa Saya balik dulu. Jangan lupa makan ubat esok pagi! Qamra Ain bergegas pergi ke muka pintu.

Qamra, hati-hati ya

Qamra Ain mengangguk perlahan. Pantas dia menyarung kasut Converse All-Star dan tergesa-gesa keluar dari perkarangan banglo Tunku Hussein. Dia mempercepatkan langkah dan berharap agar tiada apa-apa yang berlaku di malam ini.

T

UNKU RAFFZUL membelok masuk ke simpang kiri. Dia memperlahankan kereta bila sampai di hadapan pagar banglo Tunku Hussein. Dahinya berkerut. Setahunya, Tunku Hussein tak pernah sekali membiarkan pagar tak berkunci apatah lagi di waktu malam begini. Dia terus memandu masuk ke dalam dan memarkir kereta Nissan GT-R ke tempat parkir.

Setelah memastikan kereta berkunci, dia menghala langkah masuk ke dalam banglo yang pintu sudah sedia terbuka. Sebelum pergi ke ruang tamu, Tunku Raffzul menyangkut kunci dan mencari alat akses jauh di atas rak kasut. Butang merah ditekan dan serentak itu pintu pagar di depan tertutup secara automatik.

Dia mengeliat beberapa kali sambil berjalan ke arah ruang tamu. Ketika sedang menanggalkan jaket hitam, anak matanya tertancap ke arah Tunku Hussein yang sedang baring sambil memicit-micit dahi di katil sofa.

Kau boleh rilek aje. Tak perasan ke pagar depan tak tutup Pintu pun kau biar aje renggang, bebel Tunku Raffzul seraya menghenyak punggung di atas sofa.

Alat kawalan jauh Astro dicapai dan terus menekan butang on. Dia memilih siaran Mustika HD C134 yang sedang menayangkan rancangan Maharaja Lawak Mega 2014. Dibesarkan sedikit suara TV Plasma 43 jenama Samsung dan kemudian diletak semula alat kawalan jauh di atas dekoder Astro Beyond. Dilunjurkan kaki ke depan dan kedua-dua tangan pula dijadikan alas bantal di belakang kepala.

Aku headache tadi terus aje masuk. Terlupa nak kunci pagar, dalihnya. Tunku Hussein sengaja membiarkan pintu pagar terbuka untuk memberi laluan Qamra Ain keluar. Remote pintu pagar bukan jauh mana pun, tersorok di bawah katil sofa.

Kau dari mana Dinihari baru balik Patutlah kau suka lepak sini. Takut Papa azan kat telinga kau ke

Tunku Hussein berganjak sedikit badan untuk bersandar. Sementara menunggu sepupunya yang leka melayan Maharaja Lawak Mega 2014 menjawab pertanyaan, dia mencapai baki air mineral dalam botol tadi di atas meja lalu diteguk hingga habis.

Zero memang gila Gaban. Siap bawa kompang, berdekah-dekah Tunku Raffzul ketawa menonton lawak kumpulan Zero malam ini.

Kau ada masa lagi ke tengok Astro

Aku baru aje tengok hari ni... kau tanya apa tadi Aku dari mana Aku terpaksa campak Elle kat stesen teksi. Tak kuasa aku nak hantar sampai depan rumah. Aku nak kau sound sikit ex-girl kau tu jangan nak celupar sangat menghina Qamra. Aku tak suka! Pesan Tunku Raffzul serius.

Kalau diikutkan hati yang panas tadi mahu saja tapak kaki singgah ke muka Elmina. Sesedap mulut menghina. Baru teringat yang dia terlupa memesan pada Qamra Ain menghantar mesej bila selamat sampai di rumah sewa.

Jangan kau ungkit lagi pasal aku dan Elle! Kau yang patut tegur dia bukan aku!

Kalau gitu kata kau aku nak kau swap Elle dengan Qamra. Aku nak Qamra sertai team aku balik. Shes my blue eyes.

Raff, esok kau sertai Mesyuarat Jawatankuasa Pekerja (PDC) ganti aku jadi chairman. Nanti aku WhatsApps Yoona minta muat naik dokumen dalam SharePoints. Nanti kau minta Yoona inform MC members dan download dokumen dalam tablet kau. Aku nak tau apa final outcome nanti.

Tunku Raffzul mengeluh perlahan. Sertai mesyuarat antara perkara yang paling malas untuk dikendalikan. Sepanjang bekerja dan separuhnya dari jumlah tahun dihabiskan masa di kerusi pengerusi dalam bilik mesyuarat. Mujurlah, sekarang tak perlu lagi sejak Tunku Hussein terajui THSC.

Kau baru setengah tahun duduk kerusi MD, terus headache. Aku yang bertahun pegang jawatan VP rilek aje. Nanti Papa kata bebelan Tunku Raffzul terhenti bila melihat tiada reaksi dari Tunku Hussein. Ruparupanya sepupunya sudah terlena tidur. Mahu atau tak terpaksa juga dia pergi hadirkan mesyuarat esok pagi.

Tunku Raffzul mencapai alat kawalan Astro lalu dimatikan siaran. Dia bangun dari sofa dan berjalan mendaki anak tangga sambil menyidai jaket hitam di lengan. Dia berharap malam ini tidurnya dibuai mimpimimpi indah bersama Qamra Ain! I love you, Qamra!