PELACUR KELAS PERTAMA - 8
Shuhada melipat telekung di ampaian bilik solat kemudian dia berlalu keluar untuk menyiapkan sarapan. Sudah menjadi rutin hariannya menyediakan sarapan selepas solat subuh. Kemudian rumah akan dikemas serapi mungkin. Setelah semuanya selesai, barulah Shuhada akan kembali ke kamar menemani suaminya tidur.

Shuhada masak apa untuk sarapan tanya Alias yang sedang berdiri di belakangnya.

Masak lempeng, okay tak

Okay saja, apa isteri abang masak semua okay. Abang suka.

Abang ni comel lah. Haha.

Abang ingat nak ajak Shu pergi honeymoon nak

Mestilah nak. Tapi bila dua minggu lagi Abang akan ke Thailand, kan

Lepas sarapan, kita ke Port Dickson. Cuti dua minggu. Lepas balik sini Abang akan terus ke Thailand.

Saya ikut je , asal tak susahkan Abang

Okay, pergilah kemas, biar abang siapkan masak

Kata Alias sambil mengambil sudip di tangan Shuhada. Shuhada menurut kata suaminya, dia ke bilik dan mengemas barangan untuk dibawa.

---

Sudah seminggu Shuhada berada di Port Dickson. Hari ini Alias punya jemputan di masjid. Sementara menanti Alias pulang, Shuhada mengambil keputusan untuk pergi bersiar-siar di pantai sambil melihat pemandngan indah. Hatinya tenang. Pada pandangannya, percutian mereka memberi kebahagiaan kepada Shuhada, hatinya tidak putus-putus mengucap kesyukuran ke atas nikmat yang Tuhan berikan. Walaupun parut di hatinya masih belum sembuh setidaktidaknya Alias mula menjadi penawar dan bukan lagi pisau yang terus menghancurkan hati dan cinta sucinya sebagai seorang isteri.

Terima kasih ya Allah.

Sedang Shuhada berjalan bersiar-siar di pantai tiba-tiba matanya tertumpu kepada pasangan kekasih yang sedang duduk di batang pokok yang tumbang, mereka sedang mesra bergurau senda. Hati Shuhada sayu, entah kenapa wajah Azam muncul di ingatan. Sangat jelas rasa rindu yang dia rasai. Sangat dalam dan sangat perit. Lepaskan aku Azam, lepaskan aku bisik Shuhada sambil menangis. Dirinya tersadung dan rebah di atas pasir pantai. Air matanya mengalir.

Mengapa cinta aku padamu tak pernah berkurang Azam Sedangkan aku punya Alias yang mula memberiku bahagia. Aku tahu kau tahu semua ini Azam. Lepaskan aku,

Tiba-tiba bahu Shuhada disentuh seseorang, Shuhada berpaling melihat siapa yang menyentuhnya dan kelihatan seorang perempuan bermata sepet dan bertudung.

Apa yang mengganggumu wahai sahabat Sudah lama aku memerhati kamu dan setiap tawamu dan juga senyumanmu sebenarnya menyimpan sejuta tangisan dan kesakitan. Apakah aku layak dijadikan teman untuk kau melepaskan segala yang berbuku di hatimu

Shuhada hanya senyum dan terus memandang ke pantai. Persoalan yang diajukan oleh perempuan tersebut tidak langsung dijawab. Perempuan bermata sepet, berkulit putih mulus itu kemudiannya mengambil tempat di sebelah Shuhada. Dia duduk di pasir pantai sambil membiarkan bajunya dibasahi air pantai yang datang.

Namaku Zahara, aku dari Khrgyrstan, kata perempuan itu sambil memandang Shuhada. Tangannya dihulur.

Aku Shuhada, panggil sahaja Shu. Kamu dari Khyrgystan Ceritakan padaku tentang negaramu, apa yang memaksamu datang ke mari, Zahara

Aku seperti kau Shuhada. Setiap senyuman aku itu adalah penipuan. Setiap tawaku itu penuh dengan air mata. Sepertimana kau menyembunyikan penderitaan dan parut di hatimu, begitu juga aku membiarkan hatiku terus terluka.

Kata-kata Zahara membuatkan Shuhada terdiam dan termenung.

Kata-kata kau seperti kau sudah lama mengenaliku Zahara. Aneh balas Shuhada sambil tertawa sinis.

Aku merantau ke seluruh pelusuk dunia dan Malaysia adalah negara terakhirku. Dan kini sudah lima tahun aku menetap di sini. Manusia punya banyak kerenah dan sifat. Aku belajar mengenali dunia dari sifat manusia. Mereka semua mematangkanku, kata Zahara sambil tersenyum.

Shuhada menjadi semakin bingung.

Jika hatiku sakit, apa kena mengena dengan dirimu Aku tidak suka hal aku diambil tahu oleh manusia lain, kata Shuhada dengan nada keras dan tegas. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Zahara yang masih duduk di situ.

Shuhada sapa Zahara.

Gerak langkah Shuhada terhenti namun dia tidak mahu memalingkan wajahnya ke belakang untuk melihat Zahara.

Anggap sahaja aku malaikat yang diturunkan ke bumi untuk membantumu Shuhada, kata Zahara sambil senyum. Shuhada terus berlalu pergi dan bayangnya semakin hilang dari pandangan.

Setibanya Shuhada di bilik kediamannya, kelihatan Alias sedang menunaikan solat Zohor. Perlahan-lahan tudung di kepala ditanggalkan dan diletakkan di dalam almari. Shuhada terus mengambil air sembahyang dan solat di belakang Alias sebagai makmum.

Selesai sahaja solat, Alias terus memandang isterinya lantas bertanya

Kamu ke mana tadi

Jalan-jalan Abang, minta maaf tak beritahu. Tadi tunggu abang tapi abang lama sangat keluar. Shu bosan jadi Shu pergi jalan-jalan di pantai, kata Shuhada sambil mencium tangan suaminya. Alias diam.

Siapa perempuan yang Shu berbual di

pantai tadi

Abang nampak

Abang masih ada mata Shuhada

Shuhada terdiam mendengar jawapan Alias. Dia mula serba salah. Nafasnya ditarik dalam-dalam.

Namanya Zahara, dia dari Kyrgystan.

Dia sudah berkahwin

Saya tak tahu abang, tapi sekarang dia kata dia menetap di Malaysia

Oh, baiklah, kata Alias dan terus berlalu pergi ke tilam, Bajunya dibuka dibiarkan dirinya hanya berkain pelikat tanpa baju. Alias memandang gerak-geri Shuhada yang sedang melipat telekung.

Mari sini sayang. Baring di sisi abang, kata Alias dengan nada romantis.

Shuhada menurut permintaan suaminya. Selesai melipat telekung, dia terus melabuhkan dirinya di sebelah Alias dan akhirnya mereka hanyut di syurga masingmasing.

---

Alias masih belum pulang. Shuhada masih duduk di balkoni menanti namun perutnya terasa sangat lapar. Tanpa berlengah dia mencapai wang kertas RM50 berserta tudung. Terus dia turun ke bawah mencari restoran yang masih buka untuk mengisi perutnya.

Assalamualaikum Shuhada

Shuhada sudah kenal dengan pemilik suara. Lantas dia senyum dan menjawab,

Waalaikumsalam, Zahara kamu sudah makan Aku lapar mari teman aku makan

Aku juga mencari kedai makan. Ayuh. biar aku pandu! kata Zahara dengan mesra.

Mereka beriringan menuju kereta milik Zahara. Ternyata Zahara bukanlah orang kebiasaan. Melihat kereta yang dipandunya sahaja sudah menggambarkan kekayaan Zahara. Di dalam kereta keadaan senyap. yang kedengaran hanya lagu dari radio kereta Zahara. Shuhada tidak langsung memahami lagu-lagu yang dimainkan oleh Zahara. Pendapatnya mungkin itu lagu-lagu dari Kyrghystan. Sampai sahaja di sebuah restoran, Zahara terus memberhentikan kereta di tempat letak kereta. Mereka beriringan menolak pintu kedai tersebut.

Ini kedai kegemaranku, kata Zaharah sambil menarik kerusi untuk dilabuhkan punggungnya.

Shuhada hanya senyum dan menurut tingkah Zahara,

Jadi, pesankan aku makanan yang paling istimewa. Pastinya kamu lebih arif, kata Shuhada. Mereka berdua senyum sambil memandang ke arah satu sama lain.

Let me see

Selepas beberapa ketika, Zahara mula memesan.

Okay, I would like to have two plates of Fried rice with butter shrimps and two orange juice with one tap water. Thats all. Thank you,

Shuhada hanya memerhati. Selesai memesan makanan, Shuhada memulakan perbualan.

Mengapa kamu merantau Dan mengapa kamu benar-benar mahu menjadi rakanku

Kerana aku tahu apa yang tersirat, Shuhada. Kamu boleh menipu keluargamu, suamimu, tapi bukan aku. Sebenarnya aku telah berkahwin semasa aku berumur 15 tahun.

Kata Zahara, matanya merah suaranya mula tersekat-sekat. Dialihkan wajahnya ke luar.

Apa yang terjadi

Menjadi adat resam di Negaraku.

Perkahwinan itu berupa pemaksaan. Lelaki harusnya menculik wanita yang dia sukai dan menjadi resam juga jika wanita itu menolak perkahwinan tersebut maka ada dua pilihan akan menanti sama ada dirogol seluruh lelaki pihak lelaki atau dipulau sehingga mati oleh seluruh kampung. Ayahku seorang pegawai tinggi, beliau sangat garang dan tegas dengan anak-anak perempuannya. Aku adalah anak yang tidak pernah langsung diberi kebebasan untuk keluar rumah. Bayangkan sahaja pergi dan pulang dari sekolah bapa ku sudah menanti di luar kelas. Aku rimas dengan keadaan begitu, aku mahukan kebebasan, sehingga satu hari

Kata-kata Zahara terhenti seraya air matanya mengalir.

Aku berdoa semoga tuhan akan berikan aku peluang kedua di dalam hidup, kesilapanku menjadi punca keretakan keluarga. sambung Zahara. Air matanya mengalir lagi.

Apa yang terjadi Zahara

Tanpa aku tahu rencana rakan-rakanku sebenarnya telah bersubahat dengan seorang lelaki yang ingin mengahwiniku. Semua rakan-rakanku mengajakku menonton wayang. Disebabkan ini kali pertama dalam hidupku bersiar-siar bersama teman-teman, aku bersetuju. Tanpa memberitahu keluarga, aku pergi bersiar-siar dan menonton wayang bersama mereka dan dalam perjalanan pulang aku diculik suamiku. Seperti yang telah aku katakana, mahu atau tidak aku tidak punya pilihan. Perkahwinan aku seawal umur 15 tahun dan di situlah permulaan mimpi ngeri di dalam hidupku.

Shuhada terdiam. Dia teringat akan apa yang terjadi pada dirinya. Terpaksa berkahwin dengan lelaki yang langsung tidak dicintai. Ibu bapamu bagaimana tanya Shuhada

Selepas hari perkahwinanku, pihak lelaki datang berjumpa keluargaku dengan membawa seekor lembu sebagai mahar. Bapaku sangat kecewa. Dia mahukan aku mencapai impianku. Perkahwinan ini pastinya akan menghalang aku mendapatkan apa yang aku mahu. Suamiku berjanji akan membahagiakanku juga memberikan apa sahaja yang aku mahu walau jika kemahuanku itu adalah pelajaran. Dia akan benarkan aku ke sekolah asalkan itu bisa buatku bahagia. Kata-kata suamiku adalah dusta semata-mata. Genap sebulan usia perkahwinan kami, aku dijadikan seperti hamba seks. Badanku dipukul jika dia tidak puas dengan layananku. Setiap kali bersama dia akan mengeluarkan kata-kata kesat, aku tidak langsung dibenarkan keluar walaupun berjumpa orang tuaku sendiri. Ibu bapa mertuaku pula sering mengatakan aku ini betina mandul segala kesalahan diletakkan pada bahuku. Sudahlah dipukul suami sendiri, keluarga mertua juga turut menghina dan mengkasari aku. Tiada syurga dalam perkahwinan ini.

Zahara berkata sambil teresak-esak, mata Shuhada mulai merah. Dia dapat rasakan penderitaan Zahara kerana dia sendiri mengalami situasi yang hampir sama.

Kemudian Habiskan ceritamu Zaharah. Aku mahu dengar semuanya kata Shuhada sambil menggenggam tangan Zahara.

Sehingga suatu hari, ketika seluruh rumah mertuaku kosong kerana pergi berpesta, aku mengambil peluang tersebut untuk lari dari rumah. Yang dituju pastinya rumah ibu bapaku. Sesampai di sana, aku disambut dengan air mata. Anak yang mereka sentiasa hiaskan intan permata juga kasih sayang dilayan seperti perempuan murahan, hati siapa tidak sebak, kan Tidak lama aku di rumah keluargaku. Tiba-tiba suamiku datang dan ingin membawa aku pulang, wajahnya merah dan bengis. Aku sangat takut ketika itu, ayahku cuba menghalang namun tenaga suamiku sangat kuat. Halangan bapaku tidak dilayan. Tanganku ditarik kuat. Semasa ingin membawaku ke kereta, tiba-tiba bapaku melepaskan beberapa das tembakan. Disebabkan ayahku merupakan orang besar, maka menyimpan senjata api bukanlah sesuatu kesalahan. Bapaku mengugut suamiku untuk menembak dirinya jika dia tidak melepaskanku. Tanganku dilepaskan oleh suami dan dia pulang.

Jadi bila kamu ke mari

Malam kejadian, bapaku sudah dapat mengagak apa akan berlaku. Dia berikan aku wang dan meminta adik perempuanku membawaku pergi dari Khrgystan. Tiba di lapangan terbang, destinasi pertama yang aku pergi adalah India. Aku tinggal di sana untuk beberapa bulan sehingga aku mendapat khabar berita bahawa keluargaku telah mati dibunuh suamiku dan dia sedang menuju ke India untuk mencariku. Selepas mendengar khabar berita tersebut, maka aku terus merantau dari satu negara ke satu negara dan ini adalah negara terakhirku. Aku sudah penat berlari. kata Zahara sambil memejamkan matanya. Air matanya berlinangan jatuh membasahi bumi tuhan.

Suasana mendung seperti turut bersedih dengan keadaan dua perempuan yang sedang bertemu ini.

Jika aku mampu jadi sekuatmu Zahara kata Shuhada perlahan, dia hanya mampu mengeluh.

Mari pulang Suamiku pasti risau jika mengetahui aku masih tiada di rumah.

Baik

Sampai sahaja di bilik kediaman, Alias sedang menanti di kerusi. Shuhada pergi ke arah Alias tangan Alias dicium lembut.

Pergi mana

Saya pergi makan dengan Zahara, Abang dah makan

Siapa benarkan kau makan

Shuhada terdiam.dia tidak menyangka soalan seperti itu akan keluar dari mulut suaminya. Shuhada tertunduk, kaki Alias dipegang.

Aku nak kau pinang Zahara untuk aku,

Mata Shuhada langsung berkaca. dia langsung tidak menyangka Alias sanggup berkata begitu. Setelah pelbagai pengorbanan dia lakukan adakah ini balasan Alias kepada dirinya. Shuhada tunduk. Katakata Alias tidak dijawab.

Kau dengar tak ni Aku nak kau pinangkan aku dengan Zahara, Dengar Abang,

Bagus. Pergi jumpa dia, kata Alias sambil menarik tangan Shuhada keluar rumah.

Kemudian Alias mengunci pintu. Dibiarkan Shuhada di luar rumah keseorangan. Hati Shuhada sebak. Tidakkah Alias punya perasaan kasih pada dirinya sebagai isteri

Shuhada terus berlalu dan berjalan tanpa tujuan. Hatinya sayu dengan satu demi satu kisah yang melanda dirinya. Tiba-tiba bahunya disentuh seseorang, Shuhada tersentak dari lamunan, apabila dipandang kebelakang rupanya Zahara sedang beriri betul di belakangnya.

Siapa kau sebenarnya Mengapa kau selalu datang ketika aku memerlukan teman bisik Shuhada dalam hati.

Kenapa Shuhada Kau kelihatan sedih.

Mari duduk di situ kata Shuhada sambil menunjuk ke arah pondok di bawah pokok kelapa. Tempatnya cantik dan redup. Angin sepoi-sepoi memberikan ketenangan. Suamiku mahu kamu menjadi suri hatinya, maka aku kemari untuk meminangmu

Kata Shuhada dengan nada tersekat-sekat. Hatinya sebak, matanya berkaca. Namun dia masih senyum dan ketawa seperti sangat bahagia dengan khabar tersebut.

Aku sudah bersuami, Shuhada.

Tapi suamimu tidak membahagiakan kamu

Apa kau lupa yang suamimu juga tidak membahagiakanmu kata Zahara seperti mengejek.

Siapa bilang!

Shuhada meninggikan suaranya, lantas dia berdiri. Wajahnya merah.

Kau ego Shuhada! Kau penipu! Kau berlagak kuat di mata semua orang sedangkan kau lemah. Bahagia apa jika saban hari kau terseksa zahir dan batin Aku tahu, tanpa perlu kau beritahu. Nasib kita sama, Shuhada. Terpulang pada kau mahu kata apa.

Aku akan pulang ke rumahku sebentar lagi. Aku harap kau akan jaga dirimu.

Ini buatmu, kata Zahara dia tinggalkan sekeping kertas di atas meja pondok sebelum berlalu pergi. Shuhada terdiam.

Aku tidak sekuat kau Zahara. Aku tak mampu. teriakkan Shuhada di dalam hati.

Kertas pemberian Zaharah dibuka,

PENIPUAN.

Dari gambar Aku bisa percaya kebahagiaan mu. Dari mata,

Aku bisa lihat penderitaan mu.

Dari air mata,

Aku bisa lihat kepedihan mu.

Dari gelak tawa, Aku bisa lihat sandiwaramu

Jangan biar kau terus rawan kawan,

Sayap-sayap bahagia Pasti datang menyembuhka,

Sayap-sayap patahmu,

Jangan kau menangis kawan,

Sayap-sayap kematian

Masih belum mahu

Menjemputmu,

Dunia ini

Untuk kau nikmati,

Bukan untuk kau ratapi.

Yang benar, Zahara