PAHIT - 8
Kita sepatutnya gembira. Kenapa kamu pilih kesedihan

Dia bisik kata-kata itu ke telinga aku sebelum dia menghilangkan diri. Aku mimpi akan dia lagi. Dia akan menjejaki aku.

****

Dia mahu perempuan itu menjejaki dia. Dia mahu mimpi akan perempuan itu. Dia tidak akan membenarkan dirinya untuk melupakan perempuan itu. Dia amat teruja dengan perempuan itu. Dia sayangkan perempuan itu seperti seorang paderi. Perbezaannya cuma paderi memuja Tuhan dan dia memuja tanah yang perempuan itu pijak.

****

Perempuan itu mahu aku tinggalkan semuanya. Kita boleh ke Paris, kata perempuan itu. Awak boeh melukis dan saya boleh menari.

Tetapi kami tidak mempunyai semangat yang cukup untuk penuhi impian kami.

Kalau kita ke Paris, kita akan hancurkan hati semua orang yang sayang kita, kata aku.

Perempuan itu pegang muka aku dengan kedua belah tangannya dan kucup bibirku.

Saya cuma nak habiskan sisa hidup saya dengan awak kata perempuan itu.

Hanya awak sahaja mampu berikan kebahagiaan yang saya mahukan. Kadang-kadang untuk menjadi bahagia sebahagianya, kita perlu menjadi sedikit tamak.

Tetapi aku tidak berikan pengakhiran yang bahagia seperti yang perempuan itu mahukan. Aku telah lukakan hatinya. Dengan marah, dia pergi ke Paris tanpa aku.

****

Sampai ke nafas saya yang terakhir, saya akan membenci awak, tulis perempuan itu dalam suratnya.

Semasa perempuan itu berada di Paris, dia tidak pernah berhenti menulis surat kepadanya. Dia menerima surat daripada perempuan itu hampir setiap minggu. Setiap surat yang ditulis mengandungi unsur-unsur kebencian. Tetapi dia tidak perlu surat-surat kebencian itu daripada perempuan itu sebagai hukuman. Dia cuba untuk sorokkan sakit hati yang dialaminya. Dia cuba untuk membohongi seluruh dunia bahawa dia bahagia. Tetapi aku dapat baca isi hatinya seperti membaca isi buku. Jiwanya terseksa.

****

Aku telah menulis berpucuk-pucuk surat kepada perempuan itu di Paris, cuba untuk menjelaskan mengapa perhubungan mereka tidak dapat berakhir dengan kebahagiaan seperti yang perempuan itu mahukan. Aku merayu untuk dimaafkan, Perempuan itu enggan untuk menerima sebarang alasan. Dia enggan untuk memaafkan aku. Dia bertekad untuk jadikan aku watak yang jahat dalam kisah cinta kami.

****

Dia tidak mahu menceritakan kepada aku tentang perempuan itu dia tidak menceritakan apa-apa tentang surat-surat itu dia tidak menceritakan kepada aku tentang kisah cinta mereka dia tidak menceritakan tentang kebencian perempuan itu, Tetapi dia sepatutnya sudah mengetahui bahawa suami-suami mereka tidak dilahirkan untuk menyimpan rahsia.

****

Perempuan itu tidak terus tinggal di Paris selama-lamanya.

Cerita lama usah dikenang, kata perempuan itu kepada aku.

Mari kita mulakan hidup yang baru, tambah perempuan itu lagi.

Tetapi, bila perempuan itu memperkenalkan suaminya kepada aku, aku tahu yang dia tidak mahu lupakan kisah lamanya begitu sahaja perempuan itu tidak memaafkan aku perempuan itu mahu menghukum aku kerana berikan pengakhiran yang sedih kepada kisah cinta kami.

****

Dia menjadi cuai. Pada suatu hari, dia terlupa untuk mengunci lacinya. Aku terjumpa surat-surat perempuan itu. Aku terjumpa diari yang tertulis tentang perempuan itu dan kisah cinta mereka. Perempuan itu cinta pertamanya. Perempuan itu mungkin menjadi wanita terakhir yang dia cintai. Dia berkahwin dengan aku untuk melupakan perempuan itu. Tetapi dia tidak berjaya.

Dalam diarinya tertulis: dia ajar aku erti cinta. Selepas dia, aku tidak dapat mencintai yang lain. Cinta bermula dan berakhir dengan dia.

Aku mendapatkan tukang kunci untuk membuat kunci pendua kepada lacinya. Setiap kali suami aku pergi bekerja, aku akan buka lacinya dan membaca surat-surat baru yang perempuan itu hantar dari Paris dan membaca diarinya. Au nak tahu segalanya tentang kisah cinta mereka.

****

Suaminya Rizwan Hakeem. Seumur hidup aku memang terpesona dengan dia, dia teman sekolah aku. Ada sedikit persaingan di antara kami berdua. Kami akan bersaing dalam apa jua bidang, sama ada dalam mata pelajaran mahu pun dalam acara sukan. Salah satu daripada kami selalu akan mendapat tempat pertama dalam pelajaran. Kami berdua mengambil jurusan perubatan, tetapi dia tidak lepas. Ramai yang berpendapat bahawa dia tidak dapat menerima tekanan belajar. Tetapi aku lebih mengenali beliau. Rizwan Hakeem bukannnya seorang yang mudah mengalah.

****

Aku tidak akan dapat memhami bagaimana seorang lelaki seperti suami aku akan terpesona dengan lelaki seperti Rizwan Hakeem. Tidak ada apa-apa yang menarik tentang Rizwan Hakeem. Secara jujurnya Rizwan Hakeem lebih teruk moralnya daripada bapa ayam.

****

Beberapa tahun kemudian, aku terbaca berita mengenai Rizwan Hakeem di dalam suratkhabar. Dia seorang artis juga aktivis. Kerja-kerja seninya di luar pemikiran manusia, provokatif dan mendapat pengiktirafan dunia.

Ujarnya dalam sebuah wawancara: Saya tidak pernah bermimpi untuk menjadi seorang doktor. Tetapi bapa saya mahukan saya menjadi doktor. Saya memang sayangkan bapa saya. Jadi saya cuba untuk menjadi seorang doktor kerana saya mahu bapa saya bangga.

Selepas bapa saya meninggal dunia, tiba-tiba saya sedar bahawa saya tidak hidup dalam cara yang saya mahukan. Saya sedar betapa sedih perasaan saya pada ketika itu. Saya sedar bagaimana teruknya keadaan saya pada ketika itu.

Saya terlalu sibuk membuatkan bapa saya gembira sehingga saya terlupa tentang kebahagiaan. Pada waktu itulah saya membuat keputusan untuk berhenti daripada belajar perubatan dan ikut kehendak hati saya. Saya ingin menjadi seorang pelukis saya mahu menjadi seorang artis saya mahu bahagia.

Dia menjalani kehidupan yang aku mahukan. Dia sibuk menggembirakan dirinya bahagia dan aku terlalu sibuk membahagiakan semua orang kecuali diri aku sendiri.

****

Rizwan Hakeem bukannya artis. Dia menggunakan seni untuk mewujudkan havoc. Aku ingat beberapa tahun yang lepas, dia adakan sebuah pameran dan membuat satu siri lukisan yang memaparkan seorang wanita yang lebih tua bertelanjang bulat. Bukannya gambar bogel itu yang membawa kegusaran. Tetapi wanita berumur dalam lukisannya itu adalah ibunya sendiri. Kebanyakan daripada kami rasa gugup dan jijik bila mengetahui seorang anak lelaki telah melukis potrait ibunya dalam keadaan telanjang bulat dan membenarkan seluruh dunia menyaksikan kerja-kerja itu. Pada waktu itu, terdapat desakan yang hebat daripada orang awam untuk mengharamkan kerja-kerja seninya. Tetapi pemilk galeri enggan menyerahkannya kepada mereka-mereka yang buat bising itu.

Saya percaya kepada kebebasan berekspressi dan saya tidak akan membenarkan sesiapa memberi saya tekanan untuk mengubah pemikiran saya, kata pemilk galeri yang aku sendiri sudah lupa akan nama beliau.

Maka berlakulah satu demonstrasi besar-besaran di hadapan galeri itu. Pihak polis terpaksa dipanggil bagi mengawal situasi.

Apa yang kau lakukan ini bukannya seni tapi pengkuburan moraliti dalam masyarakat kita, jelas salah seorang demonstran dalam sebuah wawancara.

Jika kita benarkan seorang anak lukiskan ibunya bertelanjang bulat dan benarkan ianya untuk dipamerkan secara terbuka, maka kita ini tidak ada beza dengan binatang, tambah demonstran itu lagi.

Pada satu malam, seseorang telah membakar galeri dan semua lukisannya terbakar hangus. Sudah tentu kebanyakan daripada kita telah memberi spekulasi bahwa Rizwan dan ibunya mempunyai perhubungan yang lebih daripada seorang ibu dan anak.

Hanya kerana saya lukiskan ibu saya bertelanjang bulat, ia tidak bermakna yang saya tiduri ibu saya, kata Rizwan.

Saya dan ibu saya tidak ada perhubungan di luar tabii. Tidak ada apa salahnya seorang anak melukis ibunya bertelanjang bulat. Saya dan ibu saya tidak membuat apa-apa kesalahan. Bukannya lukisan saya ini yang kotor tetapi pemikiran kamu semua yang kotor.

Tetapi memang benarkan .seorang lelaki tidak akan melukiskan ibunya dalam keadaan telanjang bulat kan

****

Pada hari ibunya meningga dunia, putuslah pertalian ibu anak di antara Rizwan Hakeem dan ibunya.

Meninggalnya Mak, saya tak ada alasan lagi untuk tinggal di negara yang celaka ni, katanya.

Lagi pun negara ini bukan sukakan saya dan lukisanlukisan saya pun.

Dia berhijrah ke Eropah. Dia tidak pernah tinggal di satu tempat sahaja untuk jangkamasa panjang. Setiap tiga tahun, dia akan berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain. Perempuan itu mengambil kepayahan untuk menjejaki Rizwan. Tatkala berjumpa, prempuan itu cuba memikat hati Rizwan. Dipujuknya untuk menyarung cincin. .dipujuknya supaya mereka pulang ke kampung halaman prempuan itu dengan sengaja tinggal di rumah bersebelahan Rizwan.

Kau main api dengan api ni, kata aku.

Kau bukannya sayang kan Rizwan Hakeem.

Perempuan itu ketawa berekah-dekah. Kata perempuan itu: Betul. Aku bukannya sayang Rizwan Hakeem pun. Hanya ada satu lelaki yang aku sayang dalam hidup aku dan tiada siapa boleh menggantinya. Tapi sayang, lelaki tu pengecut. Dia tak ada telur nak buat aku hepi. Dia terlalu sibuk buat orang lain hepi kecuali perempuan yang sayang kan dia sepenuh hati.

Dia bawakan kesakitan dalam hidup aku. Aku nak dia merana macam aku. Sekarang ni, setiap kali dia renung ke luar tingkap, dia akan nampak kehidupan yang dia mahukan hanya beberapa langkah sahaja lagi.

****

Aku berpura-pura untuk menjadi gembira apabila perempuan itu beritahu aku yang dia akan jadi jiran aku.

Kita boleh lepak sama-sam macam dulu, kata aku tipu.

Tetapi secara realitinya, aku berdoa perempuan tu tak duduk di taman perumahan kami. Hidup aku waktu itu dalam ketakutan, takut perempua itu akan merampas suami aku. Aku memang gilakan suami aku sama seperti suami aku gilakan dia.

Suami aku adalah cinta pertama aku. Aku percaya yang aku dilahirkan untuk mencintai hanya suami aku. Aku tak boleh tinggalkan suami aku. Aku tidak ditakdirkan untuk hidup sendiri.

****

Semasa kecil, aku ejek perempuan itu aku cemuh dia aku selalu persendakan dia. Tetapi, dengan meningkat umur, aku berhenti permain-mainkan dia. Aku berhenti persendakan dia. dan aku jatuh cinta kepada dia. Aku tak pernah ada keberanian untuk menyuarakan rasa isi hati aku ini. Tetapi dia ini berbeza. Dia ini mengancam. Dia tidak pernah tunjukkan apa perasaan dia terhadap aku. Dengan sabar, pada suatu hari dia mengucup bibir aku dan tiada apa lagi selepas itu.

****

Aku sudah tidak dapat membendung kewarasan aku aku sudah tidak dapat membendung perasaan untuk berkahwin aku sudah tidak dapat membendung untuk berpaut pada lelaki yang aku cinta. Dan perasaan yang tidak dapat bending sebegini akan bertindak dengan tindakan yang tidak dapat dibendung juga. Aku jemput perempuan itu dan suaminya, Rizwan Hakeem untuk makan malam di rumah kami. Selepas makan, aku berkata: saya ada berita baik untuk dikongsi. Saya mengandung. Saya akan menjadi seorang ibu.

Suami aku terkejut dengan pengakuan aku.

Kenapa awak tak bagitahu aya awal-awal Tanya suai aku.

Saya nak buat kejutan ke awak, jawab aku.

Suami aku bangun dari kerusinya dan terus memeluk aku.

Ini memang kejutan tetapi saya amat gembira, kata suami aku.

Aku sengaja mengandung. Aku tahu dengan mengandung ini akan dapat ikat suami aku selamanya. Suami aku lelaki yang baik. Maka, suami yang baik itu tidak akan mempersiakan isterinya yang sedang mengandung.

Awak suka tak aku bertanya prempuan itu.

Kata perempuan itu: Sudah tentu saya gembira untuk awak. Saya nak jadi mak angkat kepada anak awak nanti dan saya akan jadi mak angkat yang terbaik dalam semesta alam.

Dia memang penipu.

****

Kau buntingkan dia untuk sakitkan hati aku sebab saya kahwin dengan Rizwan Hakeem jerit perempuan itu.

Aku tak tahu pun yang dia mengandung, kata aku.

Perempuan itu tidak percayakan aku. Dia lempangnya aku.

Hanya aku seorang yang ada hak untuk jadi ibu kepada anak-anak kau, katanya.

****

Aku bertembung dengan dia sebelum aku ketemu bakal suamiku. Aku jadi kawan perempuan itu sebelum menjadi isteri kepada lelaki yang aku cintai. Keluarga aku menjadi jiran-jirannya yang baru. Kedua ibubapaku mengamal kembali agama Kristian. Begitu juga kedua ibubapa perempuan itu. Dan itulah yang mengikat persaudaraan kami. Perempuan itulah yang memperkenalkan aku dengan lelaki yang aku cintai itu. Katanya: mari saya kenalkan dengan spesimen yang teruk dalam keluarga saya. Abang saya.

****

Bagaimana kita mahu ceritakan kepada isteri kita yang perempuan itu bukanlah cinta hati kita Bagaimana kita mahu ceritakan kepada isteri kita yang kita sedang dilamu cinta dengan adik perempuan dia Bagaimana kita tahu ceritakan kepada isteri kita yang kita ada perhubungan sulit dengan adik perempuan dia Kamu tak perlu ceritakan apa-apa pun. Kita perlu simpan semua rahsia ini selamanya.

****

Abang perempuan ini memang gentleman. Lebih lama aku luangkan masa dengan lelaki ini, lebih lagi aku mahukan dia. Aku melonjak gembira bila dia nak kahwin dengan aku. Cuma kemudian baru aku tahu yang dia kahwini aku bukan kerana cinta. Dia kahwini aku sebab hendak lupakan perempuan itu. Dan aku telah gagalkan rancangan itu. Dia tak boleh lupakan perempuan itu dan aku pula tak boleh lupakan dia. Dia tidak boleh lepaskan perempuan itu dan aku pula tidak boleh lepaskan dia. Kita semua ini dalam huru-hara

****

Kenapa aku tak boleh lupakan perempuan itu Kenapa aku tak boleh lupakan perempuan itu

Kenapa aku tak boleh lupakan perempuan itu Kenapa aku tak boleh lupakan perempuan itu

Kenapa aku tak boleh lupakan perempuan itu Kenapa aku tak boleh lupakan perempuan itu Kenapa aku tak boleh lupakan perempuan itu

****

Dengan kandungan ini, aku kira dia boleh jadi milikku selamanya. Tetapi keputusan terakhir letak di tangan Tuhan . Tekanan perasaan yang aku tanggung atas kekhuatiran akan kehilangan suami aku adalah terlalu berat sehingga aku mengalami keguguran. Aku tidak berasa sedih atas kehilangan bayi aku. Aku lebih takut akan kehilangan suami aku. Aku tidak punya apa untuk memautkannya.

****

Perempuan itu datang ke hospital untuk menenangkan aku. Tetapi aku amat berasa tawar hati terhadapnya.

Kau mesti rasa gembira sebab bayi perempuan itu mati dalam kandungan kan, kata aku.

Aku bukannya gembira sebab kehilangan bayi itu telah membawa banyak kesedihan kepada kau dan aku tidak dapat melihat lelaki yang saya kasihi itu berada dalam kesakitan, kata perempuan itu.

Seperti bayi, aku meratap di bahunya dan perempuan it uterus memelukku.

****

Aku tunggu sehinga suami perempuan itu, Rizwan Hakeem bersendirian di rumah. Aku mahu tunjukkan kepadanya surat-surat yang dikirim perempuan itu dari Paris dan diari yang suami aku simpan. Rizwan Hakeem kini lebih peka atas apa yang berlaku di antara isterinya dan suamiku.

Aku beritahu ke Rizwan: Aku cintakan suami aku dan aku tidak mahu kehilangannya. Kalau awak sayangkan isteri awak dan tidak mahu kehilangan dia, awak kena bawa dia keluar dari pekan ini Awak mesti bawa dia keluar dari negara ini Awak mesti nawak dia keluar dari hidup saya.

Rizwan tidak berkata banyak. Aku pulang ke rumah. Aku letakkan surat-surat itu dan diari suami aku ke tempat asal dan kuncikan laci.

****

Aku terima panggilan daripada polis. Rizwan Hakeem didapati menembak perempuan yang aku sayang.

Kemudian, dia tembak dirinya sendiri di kepala. Rizwan mati tetali perempuan itu masih hidup. Dia didapati nyawa-nyawa ikan. Dia dibawa ke hospital berdekatan.

****

Aku tidak mengharapkan sesiapa pun akan mati Aku tidak harap sesiapa akan mendapat kecederaan Aku tidak harap sesiapa pun akan berakhir dengan terlantar di hospital. Aku cuma mahi perempuan itu hilang dari hidup kami.

****

Apa yang telah memprovok Rizwan Hakeem untuk membunuh perempuan itu Apakah yang telah memprovok Rizwan Hakeem untuk membunuh dirinya sendiri Apakah yang sebenarnya berlaku di rumah pada waktu itu Banyak persoalan yang tidak berjawab bermain di dalam fikiran aku.

****

Perempuan itu berada di dalam keadaan koma. Selepas dua hari, perempuan itu sedar diri. Dia lihat ke arah suami aku dan berkata: Kita sepatutnya berbahagia. Kenapakah kita memilih kesedihan

Selepas itu, dia berhenti daripada berkata-kata. Dia berhenti bernafas. Dia berhenti dalam kwujudan. Akhirnya Tuhan mendegar doa-doa au. Perempuan itu hilang sepenuhnya daripada hidup kami. Aku tidak perlu lagi hidup dalam kekhuatiran akan kehilangan suamiku lagi.

****

Aku mimpi perempuan itu lagi. Kami tak bercakap sepatah apa. Perempuan itu hanya berpaut di bahu aku. Dia senyum. Kami hanya memerhatikan keindahan matahari terbenam. Tetapi hanya berlaku dalam mimpi, aku mampu untuk memberikannya pengakhiran indah yang perempuan itu inginkan.

****

Aku berharap aku mempunyai kuasa untuk padamkan memori perempuan itu daripada ingatan dia. Aku berharap agar suami aku akan mimpikan aku, bukannya perempuan itu. Aku berharap suami aku akan sayangi aku daripada perempuan itu. Aku berharap aku dapat tanyakan kepada suami aku: Kita sepatutnya bahgia.

Tetapi mengapa kamu pilih kesedihan