Dia tengah solat. Jawab Kamila lalu duduk di hadapan adiknya.
Zulbhan tercengang. Solat
Zul, kakak tengok Danira tu budak baik. Kamu yakin ke dia bersalah Tanya Kamila. Entah mengapa dia benar-benar ingin mengetahui kisah sebenar gadis itu.
Memang itulah tuduhan ke atas dia kak. Dia dipenjarakan 15 tahun atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki. Tapi ceritanya agak pelik. Ujar Zulbhan.
Apa yang peliknya Kamila berminat ingin tahu.
Walaupun polis temui cap jari dia pada pisau yang menikam mangsa, tapi dia tak memiliki alibi yang menyakinkan. Malah dia sendiri tidak kenal siapa si mati tu. Ujar Zulbhan yang pernah meneliti fail tentang Danira.
Kalau dia tak kenal, bagaimana mahkamah boleh menjatuhkan hukuman Dahi Kamila berkerut. Terasa keliru dengan apa yang baharu diperkatakan oleh adiknya.
Kerana dia mengaku dia yang bunuh lelaki itu. Undang-undang tetap melihat dia sebagai pembunuh. Pertama kerana kesan cap jari serta akuan bersumpahnya yang mengaku dia menikam mati lelaki itu. Kedua kerana kenyataan polis yang membuat tangkapan, melihat Danira di sisi mayat ketika kejadian dalam keadaan mencurigakan. Jelas Zulbhan yang arif tentang undang-undang.
Jadi sekarang ni Danira betul-betul dah bebas
Undang-undang kak. Jika peguam yang dilantik tu bijak, sesiapa pun boleh dibebaskan. Apatah lagi jika pihak peguam bela boleh membuktikan kecelaruan fakta dalam kes tersebut. Ulas Zulbhan.
Tapi kakak tengok dia tak macam tu. Wajahnya bukan wajah pembunuh. Mungkin ada sebab-sebab lain yang kita tak tahu. Entah kenapa, Kamila seolah yakin dengan kata-katanya.
Zaman sekarang ni kak, macam-macam orang kita boleh jumpa. Kadang-kadang yang nampak baik itulah, yang paling banyak buat jahat. Tingkah Zulbhan.
Habis kalau kamu tak percaya dia, yang kamu tolong dia tu kenapa Kamila mencerlung anak muda itu. Zulbhan hanya tersengih.
Bukan tak percaya kak, tapi hati-hati. Tak salah kan Tukas Zulbhan.
Kamila terdiam. Dia termenung panjang memikirkan kata-kata adiknya. Kasihan Danira! Kesimpulannya, gadis itu menerima hukuman di atas kesilapan yang cukup tinggi untuk ditanggung. Adilkah itu Tapi kalau benarlah gadis itu melakukannya, siapa yang dibunuhnya dan kenapa Pelbagai andaian berputik di fikiran Kamila ketika ini.
Malam itu buat kali pertama Danira tidur di atas tilam empuk yang lebih selesa dari tilam buruk di dalam penjara. Bantal yang menjadi tempat pelapik kepalanya ditepuk perlahan. Terasa lembut dan sejuk.
Kalau Danira tak selesa, boleh pindah kat rumah kakak. Kat rumah kakak pun bukannya ada ramai orang. Anak-anak kakak aje, tiga orang semuanya, Pelawaan Kamila siang tadi menjengah di kotak fikiran.
Tak payahlah Kak Mila, biar Nira kat sini sajalah. Lagipun Nira boleh tolong jagakan taska Kak Mila ni. Balas Danira. Dia berasa segan mahu terus menyusahkan Kamila. Wanita itu sudah banyak membantunya.
Sekeping potret yang hampir lunyai dikeluarkan dari dalam beg sandangnya, lalu ditatap dengan mata berkaca. Selama dia bersendirian, potret itulah yang menjadi peneman dan memberi kekuatan kepadanya. Sepasang suami isteri yang bergambar bersama menjadi tatapan sepasang matanya. Wanita itu memangku seorang bayi lelaki, manakala yang lelaki pula memimpin tangan kecil seorang anak perempuan. Dan anak perempuan itu adalah dirinya sendiri.
Sewaktu rumah lamanya dirampas ibu dan ayah saudaranya yang tamakkan harta, dia hanya sempat membawa gambar itu keluar. Yang lain-lainnya sudah habis dibakar ibu saudaranya, Musliha. Wanita itu memang kejam orangnya. Sanggup menghalau dirinya dan Naufal yang masih kecil dari rumah mereka sendiri.
Pakciknya Kamal juga tidak terkecuali. Padahal Kamal adalah abang sulung ayahnya Adnan. Sejak lelaki itu diberhentikan kerja dari syarikat kerana pecah amanah, pasangan suami isteri itu sering cemburu dan irihati pada kebahagiaan keluarga mereka. Selama ini, sia-sia sahaja kepercayaan yang diberikan oleh arwah ayah dan ibunya pada Kamal dan Musliha. Tak cukup dengan itu, ayahnya sanggup memberi wang kepada lelaki itu untuk membuka perniagaan baru. Tapi kebaikan hati ayah dan ibunya langsung tidak dihargai mereka. Danira benar-benar kesal. Dan dalam keadaan sepi begini, dirinya mula terusik dengan kenangan lama yang melukakan hatinya.
Kenangan lama yang memulakan setiap langkah penderitaan yang terpaksa diharunginya.
TERDAPAT lebih kurang 92 unsur semulajadi di Bumi ini. Sejak bertahun-tahun lamanya, manusia cuba mengubah satu unsur kepada unsur yang lain. Tapi persoalannya, bolehkah kita mengubah unsur-unsur ini Lelaki itu memandang tepat ke arah pelajar-pelajarnya. Kebanyakannya kusyuk mendengar syarahannya.
Ada sesiapa yang tahu Dia memandang pelajar-pelajarnya. Tapi kesemuanya saling berbisik sesama sendiri. Barangkali gusar jawapan yang berada di dalam kepala, mungkin tidak bertepatan dengan apa yang ditanya.
bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang telah berlaku sehingga melukakan hati Danira