Aku, Dia Dan Somtam - 8
BAB 8

PAGI tu, Anis mengenakan baju kurung warna biru berbunga daisi halus dan dipadankan dengan tudung shawl warna krim bermanik.

Hmm..kenapa dengan aku ni Berhias terlebih ni. Anis tenung dirinya di dalam cermin besar.

Ah! Lantaklah! Janji aku tak kenakan solekan! Aku dah lambat ni! Anis mengomel sendiri.

Laju kakinya melangkah ke ruang dapur. Peti sejuk dibuka. Segelas jus oren diteguk perlahan sebagai mengalas perut kosong. Dua bekas plastik somtam segera dicapai dan dimasukkan ke dalam beg plastik. Buku rujukan semuanya dimasukkan ke dalam beg sandang.

Anis! Awalnya kau nak ke kampus! Zarina tiba-tiba muncul di muka pintu.

Aku kena hantar somtam ni. Aku pergi dulu ya! Anis meneguk jus oren sampai habis.

Sempat dia menjeling ke arah Zarina yang masih dalam baju tidur. Seksi! Dia menguap berkali-kali. Agaknya malam tadi dia balik lambat.

Anis melangkah laju ke arah perhentian bas di jalan besar. Sebaik sampai di tempat menunggu bas, matanya tertancap pada sebuah kereta Honda Civic membelok ke arah kiri masuk ke simpang taman perumahannya. Lama dia merenung kereta berwarna kelabu itu.

Itu macam kereta Razif. Dia tinggal kawasan sini juga ke Anis masih memandang kereta milik Razif yang semakin lenyap di sebalik rumah-rumah di kawasan taman di situ.

Dia pandang pula jam tangan di tangan kiri. Tepat tujuh pagi. Bibirnya mula mengukir senyum melihat bas sudah sampai.

Berhati-hati kakinya melangkah menaiki bas. Dua bekas plastik somtam yang dibawa dipegang dengan kuat. Alhamdulillah, kali ini dia mendapat tempat duduk. Lega.

TIBA di kampus, Anis segera menuju ke medan selera. Jam dijeling sekilas. Sudah hampir lapan pagi. Kaki dihayun laju ke arah gerai makcik Senah. Dari jauh, makcik Senah sudah tersenyum lebar kepadanya.

Maaf makcik! Saya lambat sikit. Nah, ni somtam yang saya janji tu! Anis segera meletak bekas somtam di atas meja gerai.

Hmm..sedap baunya. Nanti duitnya petang nanti makcik bagi ya! Makcik Senah mula menukar bekas tadi kepada bekas lain. Bekas itu dihulur semula kepada Anis.

Baiklah makcik. Jangan lupa tolak terus komisen makcik! Anis melemparkan senyuman manis kepada makcik Senah yang cantik berbaju kurung Kedah hari ini.

Err..Anis, ni makcik ada kuih sikit ni. Ambillah buat sarapan! Makcik Senah menghulur tiga biji kuih ketayap kepada Anis yang mula hendak beredar dari situ.

Terima kasih makcik. Anis membalas dengan senyuman semakin lebar.

Anis mula mencari tempat duduk di meja kosong di hujung gerai. Dia sudah berjanji dengan Izara. Beg sandang diletak di kerusi sebelah. Bekas somtam pula diletak atas meja. Anis pandang sekitar medan selera. Perasaannya mula lega bila tiada kelibat Imran di situ.

Sepuluh minit menunggu, kelibat Izara masih belum nampak. Mana Zara nikata nak jumpa aku pukul lapan. Ni dah lapan suku!

Buku nota dibuka sementara menunggu kedatangan Izara. Sesekali dia melihat sekeliling, mana tahu terlepas pandang pula.

Matanya kembali menatap nota yang dibuat malam tadi. Jam sembilan setengah nanti, kelas Profesor Madya Rashid, pensyarah yang paling tua di fakulti Ekonomi.

Anis lihat jam sekali lagi bila merasa Izara belum muncul. Sudah hampir lapan setengah.

Kalau sepuluh minit lagi kau tak muncul, aku blah! Anis mula mengomel sendiri.

Dia kembali membaca nota. Sebatang pen dikeluarkan dari kotak pensel dan mula menulis sesuatu di helaian nota itu. Seketika dia mendongak ke jalan yang menuju ke arah medan selera. Matanya tertancap pada pasangan yang cukup dikenali. Patutlah lambat! Ada buah hati hantar rupanya..hmmm. Anis merenung tepat Imran dan Izara yang sedang berbual di tepi kereta hitam BMW.

Lama dia menatap pasangan yang asyik bergelak ketawa. Si lelaki memeluk erat si gadis sambil mencium lembut dahi si gadis.

Ah..nyata sungguh romantik. Nampaknya Izara tak tahu siapa lelaki tu. Aku tak boleh biarkan.

Pandangannya cepat-cepat dialihkan ke arah lain bila melihat Izara sudah menapak ke arah medan selera. Nota di depan mata cuba dibaca tetapi tidak ada satu ayat pun yang masuk ke dalam otaknya. Fikirannya masih melekat pada kejadian tadi. Terpampang wajah Imran dan Izara di ruang mata.

Hai Anis! Dah lama tunggu

Anis mendongak ke arah Izara yang berjalan menuju ke mejanya sambil tersenyum.

Err..daheh..baru je Anis meluku kepalanya sendiri. Tergagap-gagap.

Kenapa dengan kau ni Mengelamun eh! Izara sengih. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Anis.

Tak adalah. Ni..nota ni..pening aku baca. Ada yang aku tak faham.. Anis mula mengalih topik. Mencari alasan yang sesuai supaya tingkahnya tadi tidak begitu ketara di mata Izara.

Somtam ada tak Izara mula tidak sabar merasa keenakan somtam Anis.

Ada! Untuk kau, aku bawa satu bekas besar ni ha! Anis mula menyua bekas plastik yang diletakkan atas meja tadi ke arah Izara.

Hmm..sedap baunya! Tak sabar aku nak rasa! Izara sengih menampakkan lesung pipit di sebelah pipi kiri.

Anis hanya senyum namun dalam hatinya begitu membuak untuk bertanya tentang Imran. Wajah Izara ditatap seketika. Memang manis. Dan sepatutnyalah gadis manis itu menjadi insan istimewa Imran. Sebuah keluhan lemah dilepaskan tanpa sedar.

Mengeluh nampak Apa yang kau keluhkan tu Macam orang kecewa je.. Izara pandang Anis yang merenungnya sejak tadi.

Mana ada! Aku mengeluh pasal nota ni ha.. Anis cepat-cepat menatap nota semula bila menyedari Izara perasan tingkahnya tadi.

Aku tahu kau berbohong. Kau renung aku tadi.. Izara mula mengusik Anis. Dari riak wajah gadis somtam itu, dia sudah dapat meneka ada sesuatu yang terpendam di hati kecilnya.

Hish! Kau ni! Dahlah! Kita nak sarapan apa pagi ni Anis mula mengubah topik perbualan. Bimbang nanti Izara akan mengungkit kisah hatinya yang baru bermula.

Hmm..ni kuih siapa Izara pandang kuih ketayap dalam beg plastik.

Makcik Senah tu yang bagi. Anis senyum sambil menuding jari ke arah gerai menjual nasi campur dan bermacam-macam jenis kerabu.

Oh..sejak bila makcik tu bagi kuih percuma kat kau

Anis senyum melirik. Baru hari ni. Aku sebenarnya dah mula jual somtam kat gerai makcik tu. Baru hari ni aku letak somtam aku tu kat situ. Tengoklah kalau ada sambutan, mungkin aku akan letak lagi! Anis sengih menampakkan sebaris gigi putih bersih.

Oh macam tu ceritanya..okey! Aku sokong! Cayok! Huaiti!! Izara meniru gaya Anis yang selalu menyebut perkataan Korea itu yang bermaksud berusaha!

Anis ketawa melihat gelagat Izara yang cuba meniru gayanya. Pagi itu mereka berdua mula menikmati sarapan pagi bersama.

Atikah dan Linda tidak dapat bersama kerana ada hal sendiri. Selesai sarapan, mereka mula berjalan ke arah dewan kuliah yang tidak jauh dari medan selera.

DARI jauh, Imran memerhati gelagat dua anak gadis yang sedang bergelak ketawa sambil berjalan menuju ke arah dewan kuliah.

Lama dia merenung kedua gadis itu yang bergurau senda.. Mereka sekelas ke Jadi selama ini minah somtam tu memang kenal Izara! Minah somtam itu diperhati lagi sehingga mereka berdua lenyap dari pandangannya.

Im! Kau tengok apa sampai melopong mulut tu!

Imran cepat-cepat menoleh. Zafran sudah tercegat di sebelahnya sambil tersenyum.

Tak ada apa lah! Kau dari mana ni Datang macam ribut! Imran mula melemparkan senyuman.

Dari rumah la! Eh, kau tak nak ke kelas ke Zafran pandang Imran yang dari tadi asyik memerhati ke arah dewan kuliah satu.

Nak! Jomlah!

Mereka berdua mula melangkah menuju ke fakulti kejuruteraan yang terletak di sebelah fakulti Ekonomi. Zafran menjeling ke arah Imran yang hanya diam membisu.

Err..Im, aku tanya sikit boleh

Apa dia

Siapa perempuan yang kau selalu kacau tu

Langkah Imran terhenti tiba-tiba. Zafran dipandang tajam.

Maksud kau minah somtam tu ke Imran mula mengagak.

Zafran lihat Imran dengan riak keliru. Minah somtam

Aku panggil dia minah somtam sebab minah tu jual somtam! Imran sengih menyindir dengan nada sinis bila berbicara soal Anis.

Oooerr..tapi mengapa kau asyik buli dia je Kau nak dia jadi koleksi kau juga ke Zafran sekali lagi bingung dengan tindakan Imran.

Imran mula ketawa dengan kata-kata kawan sekelasnya itu. Dia kemudian pandang ke arah padang bola yang kelihatan beberapa orang pelajar lelaki sedang berlatih bola sepak. Seketika kemudian dia pandang pula ke arah Zafran.

Kalau ya kenapa Ada masalah Imran masih ketawa. Geli hati mendengar Zafran yang tiba-tiba berminat dengan gadis somtam itu.

Sejak pertama kali aku tengok dia, hati aku rasa lain. Boleh kau kenalkan dia kat aku Zafran mula berterus terang.

Imran berhenti ketawa. Dia pandang Zafran. Diamati wajah hitam manis lelaki berusia dua puluh empat tahun itu yang berkaca mata. Nyata ada riak serius di wajah lelaki itu.

Kau serius

Zafran angguk. Kenapa Kau ingat aku macam kau ke Suka main-main dengan hati perempuan

Imran terkedu. Nyata Zafran memang serius! Dia tidak salahkan Zafran melihat dirinya bersikap begitu. Sejak dulu dia terkenal dengan sikap kaki perempuan. Semua hanya untuk berseronok, tidak pernah serius! Dan semua itu ada sebabnya!

Kenapa diam Zafran menepuk bahu Imran yang diam dari tadi.

Hah Err..aku..aku tak sangka kau ada hati dengan minah somtam tu. Tergagap-gagap Imran melontar kata-kata. Minah tu macam ada satu kuasa magnet yang menarik perhatiannya selama ini.

Kenapa Tak boleh ke aku ada hati dengan minah somtam tu Pantas Zafran menoleh Imran di sebelah.

Imran hanya senyum hambar. Kini dirasakan dia sudah ada saingan. Selama ini dia tidak kisah menyerahkan gadis koleksinya kepada rakan-rakannya yang lain. Tetapi kali ini dia seolah terjerat dalam perangkap sendiri. Dia jeling Zafran yang masih memandangnya mengharapkan penjelasan.

Jadi kau kenallah minah tu Siapa nama sebenar dia Zafran semakin galak ingin tahu tentang gadis somtam yang disebut Imran tadi.

Imran pandang Zafran yang berjalan seiring dengannya menuju ke dewan kuliah.Pertanyaan Zafran tidak diendahkan. Dalam hatinya mula merasa serba tak kena. Minah somtam itu dirasakan lain dari gadis koleksinya sebelum ini.Ah! Tamak ke aku ni

Im, kenapa dengan kau ni Kalau kau serius dengan minah tu, kau cakap jelah! Tak adalah aku nak kacau! Tapi kau kena serius la..aku tengok dia budak baik. Zafran mula terasa yang Imran memang serius kali ini.

Sudahlah! Kita dah lambat dah ni! Imran tidak menghiraukan kata-kata Zafran sebaliknya dia semakin laju melangkah menaiki anak tangga menuju ke dewan kuliah.

Zafran hanya mengikut rentak Imran yang mula berjalan laju. Terkocoh-kocoh dia mengejar langkah Imran yang semakin laju. Dijeling jam tangan, sudah hampir sembilan pagi.

HABIS kelas, Imran mula mengemas nota. Petang kelmarin dia meminjam dua buah buku rujukan dari bahagian red spot. Semua buku rujukan dari bahagian itu hanya dibenarkan tiga hari sahaja untuk pinjaman. Tergesa-gesa Imran berlari ke arah perpustakaan.

Im! Tunggu aku! Zafran cepat-cepat mengejar Imran yang terkocoh-kocoh meninggalkan dewan kuliah.

Zafran mengekori Imran yang sudah tercongok di kaunter penyerahan buku pinjaman. Dia mula mendekati Imran yang sudah selesai menyerahkan semua buku yang dipinjam.

Im, kau nak study kat sini ke Zafran meninjau ke dalam perpustakaan yang sentiasa dipenuhi dengan pelajar menelaah pelajaran.

Aku mana ada pernah belajar kat sini. Aku datang sini..kalau tak pinjam buku, aku usik pelajar perempuan! Imran ketawa terkekek-kekek. Bangga dengan sikap kasanovanya.

Sebut pasal perempuan ni, bila kau nak kenalkan aku dengan minah somtam tu

Imran pandang Zafran. Zafran sudah tersengih macam kerang busuk. Dia segera keluar dari perpustakaan. Kakinya laju melangkah ke arah medan selera. Perutnya sudah mula minta diisi.

Im, kau dengar tak Aku serius ni! Zafran menarik tangan Imran yang laju melangkah.

Zaf, boleh tak kau sabar! Aku lapar ni! Karang tak pasal-pasal aku mengamuk! Imran mula naik angin. Sebenarnya dia cukup terganggu dengan sikap Zafran. Entah kenapa hatinya membuak marah bila menyentuh soal minah somtam itu.

Maaf..kalau aku terlalu mendesak.. Zafran mula kecut perut melihat Imran menyinga begitu. Salah masa agaknya. Bisik hatinya sendiri.

Di medan selera, Imran masih tidak menghiraukan Zafran. Mi goreng dan segelas teh O ais limau yang dibeli tadi dinikmati dengan gelojoh. Sesekali dia jeling Zafran yang turut membeli mi goreng dan kopi ais.

Zaf..aku minta maaf sebab berkasar dengan kau tadi. Kau tahulah..aku kalau tengah lapar tak boleh diganggu. Nasib baik tak ada penampar singgah kat muka kau tadi. Imran mula senyum. Dia amati wajah Zafran yang sedikit berubah.

Aku faham. Aku yang sepatutnya minta maaf dengan kau sebab terlalu mendesak pasal minah somtam tu Zafran turut mengukir senyuman.

Imran mula ketawa. Dia pandang Zafran di sebelah yang sedang mengunyah mi goreng.

Apasal kau tiba-tiba ketawa Ada benda lucu ke yang aku cakap tadi Zafran terpinga-pinga dengan tingkah Imran.

Hmm..lucu jugak kan.Kau pun dah pandai sebut minah somtam! Hahaha! Imran semakin galak ketawa.

Zafran yang pada mulanya tidak mengerti maksud kata-kata Imran tadi pun mula ketawa. Rupanya dia terikut-ikut memanggil gadis itu dengan panggilan minah somtam. Gadis yang mempunyai raut wajah lembut dan sopan pada pandangan matanya.

Imran pandang jam di tangan. Pukul dua petang. Mi goreng di dalam pinggan dihabiskan dan meneguk jus oren sehingga habis.

Matanya melirik ke arah perpustakaan. Senyuman di bibir diukir hingga ke telinga.

Im, kau tiba-tiba senyum sendiri ni kenapa

Tak ada apa. Lepas ni kau nak ke mana Kelas kita dah habis. Aku ingat aku nak ke perpustakaan. Kau Imran pandang Zafran yang mengesat mulut dengan sehelai tisu. Sisa mi goreng masih melekat di bibirnya.

Eh, kau kan bukan suka sangat belajar di perpustakaan! Kau nak pinjam buku lagi ke

Imran pandang Zafran dengan riak tidak senang. Zafran tersengih sambil mengenyit mata.

Ha Errya..ya! Aku nak pinjam buku. Imran teragak-agak. Kalau boleh dia tidak mahu Zafran mengikutnya ke sana.

Wah! Semangat kau sekarang ni! Kalau macam tu, aku ikutlah! Zafran sengih lagi. Kaca mata yang melurut diangkat sedikit.

IMRAN dan Zafran mula mencari tempat duduk di bahagian bawah. Sengaja dia memilih bahagian bawah supaya senang baginya mencari kelibat minah somtam tu.

Imran masih memerhati ke arah pintu utama perpustakaan. Sesekali dia menjeling jam tangan. Sudah satu jam lebih dia menunggu di situ. Kelibat gadis itu masih belum kelihatan. Zafran di sebelah leka membelek buku rujukan yang diambil dari rak tepi. Pintu utama perpustakaan dijenguk sekali lagi. .

Im, aku tengok kau dari tadi asyik lihat pintu je! Kau tunggu siapa

Imran pandang Zafran yang turut melihat ke arah pintu utama perpustakaan.

Err..aku tunggu adik aku. Dia kata nak jumpa aku kat sini. Imran mula berbohong. Apa kena dengan aku ni Aku tak pernah jadi macam ni sebelum ni!

Zafran hanya mengangguk. Dia sudah tahu Imran memang ada adik yang sama-sama belajar di kampus itu. Buku rujukan ditatap semula sambil menulis sesuatu di atas buku nota kecil.

Zaf! Aku nak ke tandas jap! Tak tahan dah ni! Imran bingkas bangun dan meluru ke arah tandas.

Zafran hanya senyum kelat. Dia perasan sejak dari tadi Imran seolah menyembunyikan sesuatu darinya. Dia lihat semula ke arah pintu utama perpustakaan. Ramai pelajar yang keluar masuk. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang ingin dikenalinya. Minah somtam! Zara ada sekali.

Hmm..rupanya minah somtam tu kawan Zara. Lagi senang kerja aku. Daripada aku tanya Imran baik aku tanya Zara! Zafran mula mengatur rancangan. Dia bingkas bangun dan berjalan perlahan ke arah Anis dan Izara.

Hai! Assalamualaikum! Zafran menegur Izara. Matanya melirik ke arah Anis.

Waalaikumussalam! Zaf! Kau sorang je ke Izara mula sengih. Kawan Imran adalah kawannya juga.

Err..aku dengan Imran tadi. Zafran senyum lagi. Sekali lagi dia melirik ke arah Anis di sebelah Izara.

Oh ya ke Dia kat mana Izara mula menjenguk ke arah tempat duduk berdepan dengan pintu utama perpustakaan.

Dia ke tandas tadi. Zafran masih memandang Anis.

Anis tunduk. Dia jeling Izara yang beria menjenguk mencari Imran, kekasih hatinya yang dipeluk mesra pagi tadi. Dah tak sabar lah tu!

Err..siapa ni Zafran masih merenung wajah ayu milik minah somtam itu.

Oh! Lupa pulak! Ni kawan sekelas aku, Anis! Izara sengih. Sempat jeling Anis yang diam dari tadi.

Hai, saya Zafran. Apa khabar Zafran menghulurkan tangan.

Anis hanya memandang tangan Zafran yang masih menghulur kepadanya. Dia pandang pula Izara di sebelah yang tersengih-sengih menyaksikan gelagat Zafran.

Zaf, gadis di depan kau ni tak akan bersalam dengan lelaki yang bukan mahram. Jadi tak payahlah kau membazir tenaga hulur tangan kau tu! Izara mula ketawa. Anis di sebelah dijeling sekilas.

Hah Errmaaf. Zafran malu sendiri. Dia pandang minah somtam yang kini sudah diketahui namanya. Sopan dengan baju kurung dan bertudung hingga menutupi paras dada. Memang menepati syariat.

Eh! Aku ke sana jap eh! Korang berborak la dulu! Izara segera ke kaunter buku pinjaman.

Anis yang masih berdiri tercegat di situ tidak sempat menarik tangan Izara yang laju melangkah meninggalkan dia berdua dengan Zafran. Dia lihat sekitar. Pelajar semakin ramai memasuki perpustakaan. Dia lihat pula ke arah kaunter pinjaman buku. Izara sudah tiada di situ. Mana pulak Zara ni pergi Kelibat Izara sudah hilang.

Err..awak sama kelas ke dengan Izara Zafran cuba memecah keheningan bila melihat Anis hanya diam dari tadi.

Anis jeling Zafran. Sudah tahu, tanya lagi! Getus hatinya. Baru tadi Izara perkenalkan dirinya pada Zafran. Soalan Zafran tidak berjawab. Bukan sikapnya untuk beramah mesra dengan pelajar lelaki yang dia tidak kenali. Dibiarkan saja Zafran bertanya itu ini.

Hmm..awakkan yang jual somtam tu

Anis mula mendongak ke arah Zafran. Matanya tepat memandang mata Zafran. Bagaimana dia ni tahu aku jual somtam

Err..macam mana awak tahu

Imran yang bagi tahu. Boleh saya rasa somtam awak Zafran beranikan diri bermesra dengan gadis manis di depannya.

Err..somtam saya tak sedap sangat. Saya rasa elok awak beli je kat luar sana tu. Anis cuba bermanis muka. Apa kena pula mamat ni Tiba-tiba nak merasa somtam aku!

Bentak hatinya yang mula pelik dengan sikap Zafran.Pandai-pandai je Imran tu canang kisah aku! Fikirannya menerjah pula pada Imran.

Oh macam tu ke Tapi saya nak merasa somtam cik Anis je. Boleh Saya bukannya nak percuma, saya beli! Saya sanggup bayar berapa saja yang cik Anis jual! Zafran masih tidak berputus asa.

DI SUDUT lain, Imran memerhati dari jauh Anis dan Zafran yang sedang berbual mesra di depan pintu utama perpustakaan. Lama dia memandang ke arah mereka.

Beria kau nak kenal gadis tu. Hmm..macam tak padan je aku tengok..sinis Imran mula memandang gelagat Zafran yang cuba mengurat Anis. Dilihatnya Zafran tersenyum-senyum depan minah somtam tu.

Imran mula mengatur langkah namun langkahnya terhenti bila tangannya ditarik seseorang dari belakang. Dia segera menoleh.Adik! Buat apa kat sini

Laa..pinjam buku la! Takkan tengok wayang pulak! Izara sengih. Apa la punya soalan.

Imran mula menggelabah. Sesekali dia jeling ke arah Zafran dan minah somtam. Mereka berdua masih berbual mesra.

Err..adik datang sorang je ke Imran cuba bertindak selamba.

Tak..dengan kawan. Kenapa Izara renung abang kembarnya yang menggelabah dari tadi.

Err..tak ada apa. Mana kawan adik tu Imran sudah mula berpeluh walaupun dalam suasana sejuk penyaman udara di situ.

Izara menuding ke arah pintu utama perpustakaan. Abang datang dengan Zafkan

Imran pula angguk. Matanya masih melekat pada gadis dan jejaka yang rancak berbual.

Eh! Jomlah adik kenalkan dengan kawan adik! Izara mula menarik tangan Imran.

Err..tak apasebenarnya abang kena jumpa seseorang ni. Rasanya dia dah sampai tu. Imran mula berdalih.

Hai abang Im!

Serentak Izara dan Imran berpaling. Selina dah tersengih sambil melambai tangan.

Oojadi abang tunggu minah red spot tu la ya Izara usik Imran. Sally, pelajar tahun satu yang cun melecun.

Hish! Mana ada! Abang chow dulu!

Berkerut dahinya memerhati Imran yang tergesa-gesa begitu. Dia pandang pula ke arah Zafran dan Anis yang berbual di muka pintu masuk perpustakaan.

Amboi! Berborak sampai tak ingat kat aku! Izara mula mendekati Zafran dan Anis sambil tersenyum.

Kau pergi mana tadi Anis mencuit tangan Izara.

Aku pergi pinjam buku la. Lepas tu aku jumpa kawan jap kat tingkat satu! Hmm..mesra nampakIzara mula mengusik Anis sambil menjeling Zafran yang tersenyum merenung ke arah Anis.

Jomlah! Anis segera menarik tangan Izara masuk ke dalam perpustakaan.

Zaf! Kami pergi dulu! Izara mengikut rentak Anis yang nyata tidak betah berlama dengan Zafran di situ.

Zafran menarik nafas dalam. Anis dipandang hingga lenyap dari pandangan. Dalam hatinya berbunga harapan. Nyata gadis somtam yang bernama Anis itu sungguh sopan dalam berbicara. Penuh dengan kata-kata nasihat dan yang penting dia tidak sombong walaupun kelihatan kaku ketika berbual dengannya pada permulaan bicara. Dia mula mengukir senyum. Senyum yang penuh makna! Dia melangkah semula ke tempat duduknya.

ZAF! Kau pergi mana Puas aku cari kau! Imran pura-pura bertanya bila melihat Zafran mula melabuhkan punggung di kerusi sebelah.

Zafran hanya senyum. Dia mula membelek nota yang dicatat sesuatu tadi. Buku rujukan di atas meja turut dibuka di halaman yang dibaca tadi.

Oi! Aku tanya! Kau ke mana Imran semakin meninggikan suara. Sengaja dia bertanya begitu. Ingin tahu apa jawapan yang keluar dari mulut Zafran.

Aku dah jumpa minah somtam tu! Fuh! Cun giler!! Zafran mula berkhayal mengenang pertemuan singkat dengan Anis sebentar tadi.

Imran melihat dengan riak cuak. Tidak sangka sesingkat itu Zafran jatuh hati dengan gadis itu.

Imran jeling Zafran yang tersengih dari tadi. Dia akui Zafran seorang yang agak kacak, rajin dan bijak malah alimlah jugak kalau dibandingkan dengan dirinya sendiri. Ramai juga di kalangan pelajar perempuan, junior mahupun senior yang cuba mendekati jejaka berkulit sawa matang itu tetapi semuanya tidak pernah diendahkan oleh Zafran.

Kau nak ke mana Zafran dongak ke arah Imran. Imran sudah berdiri dari duduknya tadi.

Aku nak cari buku rujukan kat atas jap. Imran memberi alasan. Dia segera menapak ke tingkat atas tanpa menghiraukan Zafran di situ.

Sebaik tiba di rak yang biasa dikunjungi, dia mula mencari kelibat gadis somtam. Perlahan dia menelusuri setiap rak buku di situ.

Eh, adik aku je yang ada. Mana pulak minah tu Imran mula memerhati sekeliling. Dia segera menuju ke arah rak buku masakan.

Selalunya gadis somtam itu akan berada di situ. Memang tepat sangkaannya, gadis somtam itu sedang leka membelek buku masakan di antara rak-rak di situ.

Ehem!

Anis pantas menoleh.

Dah cuci baju saya Imran mula bersuara.

Anis diam. Soalan Imran tidak dijawab.

Eh, awak pekak ke apaUlang Imran. Dia mula mengetap bibir.

Saya dah buang! Anis mula geram.

Apa

Saya kata saya dah buang! Anis menaikkan suara satu oktaf lagi.

Awak ingat baju tu baju pasar malam Imran mula menyinga.

Anis diam. Dia tidak hiraukan Imran yang sudah naik angin. Buku masakan di tangannya dibelek dengan kasar. Rimas!

Imran rampas buku dari tangan Anis. Aku pantang bila aku cakap, orang buat tak tahu!

Eh kenapa dengan awak ni Anis cuba merampas balik buku itu. Imran semakin dekat dengannya. Dia mula menggelabah.

Mana baju saya Tengking Imran.

Anis jeling wajah kemerahan Imran. Iris mata birunya sudah besar. Bibir lelaki itu seperti diketap kuat.

Sayasaya..

Saya apa

Dah buang!

Awak cakap baik-baik! Mana baju saya Imran sudah hilang sabar. Tangannya terus merangkul pinggang gadis itu rapat kepadanya.

Anis tergamam. Dia beristighfar beberapa kali. Kedua tangannya mula menekup muka. Tidak sangka seberani itu Imran bertindak.

Terasa tubuhnya bersentuh pada tubuh sasa Imran. Ya Allah..selamatkanlah aku!

Saya dah buang! Anis masih tidak mahu mengalah.

Berani awak buang Awak buang ke mana

Bakul!

Apa awak ingat baju saya tu sampah Imran semakin erat memeluk Anis bila melihat Anis meronta ingin lepaskan diri. Tangan Anis yang cuba menamparnya sempat ditepis.

Saya tak akan lepaskan awak selagi awak tak beritahu hal sebenar!

Tolong..jangan apa-apakan saya. Suara Anis begitu perlahan. Ada getaran. Fikiran dah bercelaru. Semua langkah silat yang dipelajari hilang entah ke mana!

Kalau tak nak saya apa-apakan awak..mana baju saya

Dalam bakul basuh baju la. Saya dah rendam dengan sabun.. Anis tunduk. Tidak berani menatap wajah Imran yang hanya sejengkal dari wajahnya. Kedua tangannya masih menutup muka.

Imran mula melepaskan rangkulannya.

Kalau awak cakap terus terangkan bagus. Tak pasal-pasal awak dah kena peluk! Imran sengih.

Anis mengesat air mata. Dari tadi dia cuba menahannya dari jatuh ke pipi.

Esok saya nak baju tu! Imran mengingatkan lagi.

Anis masih kaku di situ.

Any way, thanks!

Anis tunduk membisu. Rasa terkejut dengan tindakan Imran tadi masih tidak hilang. Kau ingat aku rela bila kau peluk aku Terima kasih konon! Rengus Anis dalam hati. Sakit hati!

Saya tak rela awak peluk saya! Buat apa nak terima kasih bagai Fobia bila dipeluk tiba-tiba.

Wei minah kerek! Awak ingat saya nak sangat peluk awak Imran mula cekak pinggang.

Saya ucap terima kasih tu sebab somtam awak tu..kakak saya suka! Imran menyambung lagi kata-katanya. Rasa nak gelak je.

Ketawa sekuat hati. Sengaja dia tahan. Anis dah merah pipinya. Suka dapat peluk. Bukan senang mendapat peluang macam tu.

Gadis itu dipandang tidak

berkelip. Imran menggaru kepala. Ada satu rasa pelik di hati kecilnya.

Saya tahu awak pun jatuh cinta dengan saya sama seperti perempuan lain di kampus ni.Mengaku jelah! Hanya itu kata-kata yang terkeluar dari bibirnya. Egonya masih dipertahankan.

Maaf! Saya bukan perempuan macam tu! Kalau awak anggap saya ni macam perempuan di luar sana, awak silap! Awak hanya bermimpi di siang hari! Manusia macam awak tidak akan pernah putus asa selagi gadis yang awak goda tu tidak menyerah diri! Betul kan Awak tidak menghormati perempuan. Buktinya tadi tu. Dan untuk pengetahuan awak juga, saya sudah pun berpunya! Anis mengetap bibir. Buku masakan dipeluk erat rapat ke dada bimbang Imran akan memeluknya sekali lagi. Buku itu boleh jadi penyelamat nanti.

Jadi awak sudah bertunang Sudah kahwin Macam tu maksud awak Atau..awak hanya kekasih seseorang Imran sengih.

Minah somtam direnung tajam. Memang benar kata-kata Zafran, gadis tu seorang yang cantik dan berani walaupun memakai cermin mata.

Itu bukan urusan awak! Anis berundur perlahan dan cuba meninggalkan tempat itu.

Tunggu!

Pantas Anis menoleh ke arah Imran. Matanya membuntang melihat Imran hanya sejengkal dari tempatnya berdiri. Dia mula menggelabah.

Awak nak apa lagi Anis semakin geram. Dia berundur setapak.

Kenapa awak kasar sangat Kalau macam nilah sikap awak, sampai bila pun awak tak kahwin tau tak! Imran merenung tajam mata Anis yang bundar. Mata gadis itu ditenung dalam-dalam. Hatinya mula berdetik laju.

Siapa yang kasar Awak atau saya Sikap awak yang mengugut perempuan macam ni bukan tindakan gentleman!

Lagi satu, awak bukan calon suami yang baik! Kalau macam nilah sikap awak, jangan mimpi awak nak dapat isteri yang solehah! Anis juga tidak mahu mengalah. Dirasakan Imran sudah mencampuri hal peribadinya. Tenungan mata biru itu cukup membuatkan hatinya berdetak.

Dengar sini! Jangan nak tunjuk baik dengan baju kurung dan tudung awak ni! Perempuan macam awak ni ramai yang hipokrit! Cakap gah pasal agama tapi di sebalik semua ni..ada sikap busuk!Imran tepis tudung Anis sehingga terselak menampakkan leher. Puas rasanya dapat menghamburkan kata-kata begitu. Entah kenapa perasaan marahnya pada Natasha dihamburkan pada gadis somtam itu. Tak pasal-pasal gadis tu jadi mangsa kemarahannya.

Panggg!!

Pipi Imran menjadi mangsa tamparan Anis. Dia cepat-cepat menutup semula. Tudung yang terselak ditarik kembali menutupi lehernya. Matanya sudah mula bergenang. Tajam merenung Imran yang sudah naik darah dengan kata-katanya tadi. Dia segera berlari keluar dari situ. Hatinya sudah panas sepanas air menggelegak!

Air matanya mula tumpah. Sakit hatinya pada Imran sudah tidak dapat ditahan lagi. Segala macam perasaan mula menerjah hati kecilnya. Sakit hati dengan sikap Imran yang jelas membencinya selama ini. Imran dah melampau!

Anis segera mengambil buku dan beg sandangnya yang diletakkan di sebelah Izara yang sedang asyik menelaah. Segera dia beredar dari situ tanpa menghiraukan kawan sekelasnya di situ.

Anis! Tunggu! Izara cuba menghalang. Namun tidak sempat dia menarik tangan Anis yang sudah jauh dari situ.

Apa yang tak kena pulak ni Pening aku dengan minah sorang ni! Dulu macam ni jugak! Izara hanya geleng melihat sikap Anis yang tiba-tiba pergi tanpa sepatah kata.