KAK, kenapa kita datang sini
Akak bawa Anis datang sini supaya Anis da-pat bermain dan ada kawan yang ramai.
Tapi kak, Anis tak boleh berjalan. Macam mana Anis nak main hujan nanti
Ish, jangan cakap macam tu, Anis. Akak ya-kin suatu hari nanti pasti adik akak yang comel ni dapat kembali berjalan semula. Kat sini Anis jangan nakal-nakal. Selama akak tak ada, kakak-kakak yang lain akan ajar Anis latihan untuk perbetulkan tulang kaki Anis. Anis nak berjalan tak
Nak kak, tapi.... Anis merenung wajah Nurul dengan matanya yang sayu. Akak nak tinggalkan Anis Akak dah tak sayang Anis, ya Anis menyusahkan akak kan, kak....
Luruh hati Nurul mendengar kata-kata gadis kecil itu. Memang dia terpaksa meninggalkan Anis di rumah kebajikan ini selama setahun. Nurul perlu mematuhi syarat kontrak dengan tinggal di rumah Harlina sehingga melahirkan anak kelak. Nurul benar-benar berharap urusannya akan berjaya dan dia mempunyai duit yang mencukupi untuk pembedahan Anis.
Jangan cakap bukan-bukan, dik! Anis sajalah harta akak di dunia ni. Akak sayangkan Anis dan akak nak Anis tahu apa yang akak lakukan semuanya untuk Anis.
Anis faham, kak. Anis janji akan ikut cakap akak. Anis nak akak lihat Anis berdiri dan bermain dengan kawan-kawan Anis. Kak, Anis sayang akak, Anis segera memeluk Nurul dengan erat. Lalu air mata yang cuba ditahan mengalir juga membasahi wajah dan meratapi hati.
Anis, selama akak tak ada, jagalah diri dengan baik. Kita hanya menumpang, dik. Selagi Anis boleh buat cubalah belajar berdikari. Doa akak sentiasa mengiringi hidup Anis.
Petang itu, Nurul memeluk Anis sepuas hati. Hatinya berbelah bahagi untuk meninggalkan Anis di rumah itu. Malangnya dia tidak dapat membawa Anis bersama-sama ke rumah Harlina. Anis adalah rahsia Nurul. Apa yang dilakukannya sekarang juga adalah untuk Anis.
Nurul kembali ke rumah setelah selesai menguruskan kemasukan Anis di rumah kebajikan. Setelah selesai berkemas, dia menelefon Harlina seperti yang dijanjikan.
Nanti Nurul tunggu akak kat depan rumah, ya Lagi sepuluh minit akak sampai, suara Harlina kedengaran tenang di corong telefon.
Kereta Harlina datang menjemput Nurul 15 minit kemudian. Wajahnya berseri-seri. Dia sendiri keluar dari kereta dan menyambut beg kecil yang dibawa Nurul.
Ketika memasuki kereta Harlina, perasaan Nurul mula berbelah bagi. Dia tahu yang dia tidak boleh menoleh ke belakang lagi. Anis lebih penting daripada maruah dan harga dirinya. Nurul cuba menguatkan hatinya semula.
Setengah jam kemudian, kereta yang dipandu Harlina memasuki perkarangan rumah dua tingkat di sebuah taman perumahan yang eksklusif. Sebaik sahaja kaki Nurul melangkah keluar dari kereta, hatinya disentuh kagum. Rumah itu bukan sahaja besar dan cantik, malah tamannya turut dihias indah menunjukkan tuan punya rumah ini seorang yang menyukai keindahan dan kedamaian.
Mari masuk, tegur Kak Harlina.
Besarnya rumah akak ni, kata Nurul. Rasa rendah diri membuak-buak dalam dirinya.
Rumah ni memang besar. Tapi sayang hanya ada dua orang penghuni....
Nurul kembali memandang Harlina. Ayat itu memberi makna yang cukup mendalam. Nurul tersedar tujuan dan tanggungjawab dia dibawa ke rumah besar itu. Wajah sayu Harlina yang mengundang simpati itu membuatkan Nurul pasrah. Dia melangkah masuk ke dalam rumah.
Sekali lagi langkahnya terhenti memerhati setiap sudut rumah besar itu dengan perasaan yang penuh takjub. Dekorasinya sudah cukup untuk menggambarkan kemewahan yang dimiliki.
Di tengah-tengah dinding rumah terletak elok potret perkahwinan Harlina dan Khairul yang bersaiz besar. Nurul tertarik untuk melihatnya. Perlahan-lahan dia menghampirinya. Wajah Harlina di dalam potret itu kelihatan masih keanak-anakan. Berbeza dengan raut wajahnya yang kini lebih matang dan sedikit berusia walaupun masih jelita.
Kak Lina kahwin muda Nurul bertanya se patah.
Ya, akak kahwin sebelum habis belajar lagi.
Masa tahun dua di Universiti Malaya. Dah jodoh.
Mata nakal Nurul mula melirik ke arah pemuda yang bergandingan dengan Harlina di dalam potret di hadapannya. Khairul adalah seorang pemuda yang segak dan kelihatan berwibawa. Itukah bakal suaminya Bisik hati kecil Nurul. Ah, suami kontrak sahaja!
Mari, jemput minum. Akak dah sediakan kuih. Kebetulan beli di kedai sebelum balik tadi. Nak harap akak yang buat, tahun depan pun belum tentu siap, ketawa Harlina meledak keluar.
Harlina menceritakan tentang kesibukan hariannya. Dia mengaku segala urusan memasak dan mengemas rumah jarang dapat dilakukan. Dalam sebulan, boleh dikira berapa kali dia masuk ke dapur. Tapi, suami akak tak kisah. Sebelum kahwin akak dah maklumkan pada dia, akak wanita berkerjaya.
Baik sungguh suami akak, kata Nurul perlahan, hampir tidak terdengar.
Malam itu, Nurul mengemas bilik tidurnya. Harlina memberinya bilik yang paling hampir dengan dapur. Katanya bagi memudahkan Nurul kelak. Nurul langsung tidak membantah. Di mana-mana pun sama asalkan ada ruang peribadi untuk dirinya. Lebih daripada itu, bilik di rumah Harlina itu jauh lebih mewah dan besar berbanding bilik Nurul di rumahnya sendiri.
Harlina telah menyediakan bilik itu untuk menyambut kedatangan Nurul. Sejambak bunga mawar segar terletak di atas sebuah meja kecil berhampiran tingkap. Cadar katil berwarna biru muda, sedondon dengan langsir tingkap yang beropol cantik. Bilik air peribadi juga tersedia.
Selesai mengemas pakaiannya ke dalam almari, Nurul segera masuk ke bilik mandi. Asar sudah semakin panjang. Dia mandi ala kadar dan kemudian terus mengenakan pakaian yang bersih. Sepasang telekung putih dikeluarkan dan sejadah segera dihamparkan. Mujurlah Nurul mempunyai tabiat untuk membawa kompas ke mana sahaja dia pergi. Dia dapat menentukan arah kiblat dengan mudah tanpa pergi bertanya kepada tuan rumah.
Selepas memastikan arah kiblat, gadis itu mula mengasingkan dirinya daripada duniawi. Niat solat asar dipasang dan Nurul mengangkat takbir dengan tenang.
Allahuakbar...!