Complete Me - 8
Bab 8

SETELAH majlis akad nikah berakhir semalam, kini Afiqa bersiap sedia pula dengan majlis resepsi yang diadakan sebelah malam pula. Majlis resepsi yang diadakan di The Palace of Golden Horses, berlangsung dengan cukup meriah. Ramai selebriti dan orang kenamaan yang datang menghadiri majlis perkahwinan ini memandangkan Tengku Syahir adalah ahli korporat yang berjaya manakala anaknya, Tengku Airish, seorang selebriti yang tidak kurang popularnya.

Hari ini, Tengku Airish mengenakan tuxedo serba putih manakala Afiqa pula memakai gaun labuh warna sedondon. Kacaknya! Menyempat lagi, Afiqa memuji penampilan suaminya.

Airish menghulurkan tangan, menyilangkan lengan mereka berdua sebelum tersenyum memandang ke hadapan. Pengapit mereka, Katrina dan Aidil, model terkenal tanah air merangkap sahabat Airish, yang tidak kurang kacaknya berdiri di sebelah mempelai.

Sementara itu, anak-anak kecil memenuhi ruangan hadapan dengan barisan lelaki di sebelah kiri dewan manakala, barisan perempuan di sebelah kanan. Masingmasing memegang erat sebuah bakul berisi bunga melur yang ditabur di atas pentas sepanjang perjalanan mereka menuju ke arah tempat bersanding nanti.

Afiqa disapa debaran yang menggila. Tangannya dirasakan menggeletar bila paluan kompang bergema. Serentak itu, pintu dewan gergasi ini dibuka menandakan dua hati satu jiwa datang menghadap menyerikan suasana. Perasaan gugup Afiqa semakin menjadi-jadi apabila semua orang bangun menyambut kehadiran mereka. Dijeling suaminya di tepi. Airish kelihatan cukup tenang dan bersahaja. Apa nak dikisahkan, suaminya ini sudah lali dengan perhatian sebegini tapi bukan dia.

Sebaik sahaja mata Afiqa bertentang pandang dengan Dhia Anna, segera tautan antara tangannya dan Airish dieratkan. Perjalanan ke arah pelamin yang dirasakan cukup jauh itu, ternyata dekat sahaja. Setelah mereka melabuhkan punggung mereka di atas pelamin. Majlis pun bermula.

Acara dimulakan dengan bacaan doa untuk mempelai. Sejurus itu, nyanyian nasyid dan beberapa lagu berkumandang seiring dengan upacara merenjis kedua-dua mempelai. Ada juga selebriti mengadakan persembahan ketika upacara makan beradab. Afiqa sempat mengerling Airish di sebelah yang tidak lekang dengan senyuman manisnya. Pandai betul dia berlakon, umpat Afiqa di dalam hatinya sendiri.

Usai acara di pentas, Afiqa beriringan bersama suaminya bersalaman dengan para tetamu yang hadir. Tidak percaya betul dapat bertemu selebriti-selebriti yang sangat popular ini. Mahu bergambar, bimbang akan memalukan suaminya nanti.

Hai, Fiqa!

Hai, Dhia, Afiqa terkejut dengan kedatangan Dhia di majlisnya hari ini.

Timbul juga akan kemusykilan di hatinya tentang niat sebenar kedatangan Dhia di majlisnya. Namun, cepat-cepat Afiqa beristighfar agar tidak terlalu untuk memikirkan keburukan orang lain.

Mana Airish

Ada dekat sana, lambat-lambat Afiqa menunjukkan keberadaan suaminya yang berada dalam kelompok selebriti-selebriti lelaki di hujung sana.

Dhia mengangguk seraya tersenyum manis sebelum bergerak ke arah Airish. Matanya menyoroti pula akan suaminya yang bergerak ke arah tempat yang kurang orang sedikit di sana apabila Dhia menyapanya.

Fiqa, are you alright

Afiqa menoleh pada Katrina di sebelahnya.

Aku Okey aje. Kenapa

Aku tengok kau dari tadi duk intai-intai suami kau tu. Kenapa Bimbang kena kebas ke Katrina merapatkan bibirnya pada telinga Afiqa. Kau dah mula sayangkan Airish, eh

Berkerut dahi Afiqa mendengarnya. Mengarutlah kau ni.

Mengarut Alah, kalau kau jatuh hati pada Airish pun aku tak terkejut langsung. Yelah, siapa yang tak nakkan si Arish yang segak, bergaya, macho, handsome, kacak, stylo.

Sayang! Are you done

Afiqa dan Katrina kaget dengan sergahan Airish yang datang secara tiba-tiba sambil memaut pinggangnya. Mata Airish seakan mengisyaratkan tentang papa dan mamanya yang datang ke arah mereka. Afiqa mengangguk sahaja. Merelakan pelukan itu terjadi. Kalau tidak, memang dah bagi side-kick tadi. Katrina pula berlalu pergi, memberi ruangan kepada mereka.

Airish, mama dah nak balik. Take care, ya

Bahu Airish diusap Datin Fariza lembut. Mata tua itu kini beralih pada Afiqa di sebelah suaminya.

Fiqa, jaga Airish elok-elok. Jadi seorang isteri yang taatkan suami. Syurga seorang isteri ada di bawah seorang suami. Jangan ingkar cakap atau perintah suami selagi tak bertentangan dengan hukum syarak.

Tubuh Afiqa dibenamkan ke dalam pelukan Datin Fariza.

Afiqa terdiam seribu bahasa. Agak kaget dengan apa yang berlaku. Mama Airish sungguh baik padanya. Sungguh dia tidak sangka sama sekali. Sangkanya, wanita itu akan membenci dirinya.

Sudah! Lets go. Ive more important things to do.

Baik, Tengku.

Langkah Tengku Syahir dibantu Datin Fariza. Pengawal peribadinya setia di belakang dan di sisi. Afiqa seperti terperasankan sesuatu. Tapi, didiamkannya sahaja. Malas mahu menimbulkan pelbagai persoalan nanti dalam benaknya.

Lepaslah!

Afiqa menolak terus tangan Airish dari melingkari pinggangnya. Airish beriak selamba. Tangannya masih erat memeluk pinggang ramping Afiqa itu. Tubuh Afiqa semakin ditarik rapat ke pinggangnya.

Jom. Esok kita ada satu lagi majlis.

Ada lagi ke

Airish mengangguk.

Majlis apa

Banyak tanya pulak. Ikut ajelah.

Afiqa mencebik. Ceh! Baik tak payah cakap ada majlis tadi.

AFIQA menutup perlahan pintu kamarnya. Tubuhnya dihempaskan ke atas katil dengan pakaian pengantin yang masih belum tertukar. Kenapa episod ceritanya berlangsung begini Cincin yang tersarung kemas di jari manisnya ditenung. Kini, ikatannya dengan Airish sudah sah di sisi agama. Beginilah dahulu apa yang dia impikan. Untuk menjadi seorang isteri kepada seorang selebriti. Seperti beberapa tahun dahulu, ketika dirinya sedang hangat bercinta. Ingatan kisah lalu menjelma lagi dalam memorinya.

Bang, milo ais satu! Tolong panggilkan Fiqa sekali untuk saya, okey pinta Rayhan pada pelayan di warung Pak Senan itu.

Beres!

Rayhan memandang jauh ke arah bukit yang terbentang luas di hadapan matanya. Warung Pak Senan ini mempunyai pemandangan yang sangat indah. Laungan pelayan lelaki tersebut yang memanggil Afiqa memaksa Rayhan untuk memandang ke arah Afiqa yang laju berlari anak mendapatkannya.

Abang, ujar Afiqa tersengih panjang.

Wajah Afiqa kelihatan teruja benar. Tangannya yang masih ada sisa-sisa sabun dilap di apron. Matanya tertancap pada penampilan Rayhan. Wah, kacak betul teman lelakinya ini!

Duduklah, pelawa Rayhan.

Kerusi hadapan Rayhan ditarik perlahan. Punggungnya dilabuhkan di kerusi tersebut. Abang,

Fiqa tengok tau show abang semalam.

Oh, ya Dekat mana

TVlah! Mana lagi Best! Terbaik!

Rayhan tersenyum hambar. Resah gelisah disapa tubuhnya semakin menggamitkan rasa. Debaran halus ternyata dirasainya juga. Tidak mampu menidakkannya lagi.

Afiqa pula tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya. Sudah sekian lama dia menantikan kedatangan Rayhan. Sejak lelaki itu menjejakkan dirinya dalam dunia hiburan, mereka jarang sekali bersua muka. Rayhan sangat sibuk kerana sudah berjaya menempatkan dirinya dalam kalangan kelompok yang terbaik melalui program realiti di televisyen. Kelihatan lelaki itu amat bergaya kini.

Bangga sedepa Afiqa dibuatnya apabila masyarakat kampung tidak putus-putus memujinya mengatakan bahawa dialah manusia paling beruntung kerana bakal bersuamikan seorang selebriti nanti.

Rayhan tiba-tiba menggengam kelima-lima jari Afiqa kemas. Erat dalam genggamannya.

Fiqa abang ada sesuatu nak cakap dengan Fiqa!

Tegas bunyinya menyebabkan perbuatan Afiqa mati disitu. Setia matanya menatap sepasang mata bundar coklat lelaki itu.

Fiqa, abang... abang. Sebenarnya, tangannya dimasukkan ke dalam jaket. Mencari sesuatu di dalam poket jaketnya.

Afiqa menelan air liurnya. Matanya memerhatikan setiap tingkah laku Rayhan itu. Dalam benaknya kini, yang ada cuma satu. Tuhan! Dia nak melamar aku ke Hati Afiqa disapa debaran yang menggila. Tidak sangka detik-detik ini akan menjadi bersejarah. Walaupun suasana di warung ini tidak romantik tapi tak mengapa. Asal bahagia! Afiqa mengigit bibirnya. Rasa tangannya sudah menggeletar habis. Dia tidak pernah melalui saat-saat seperti ini!

Fiqa! I wanna tell you something important.

Jiwanya perlu kuat. Hatinya perlu kukuh. Jangan pengsan, Fiqa. Kau kena dengar semua ni. Jangan terlepas. Serentak, Rayhan dan Afiqa memejamkan mata. Masingmasing mencuba mencari kekuatan diri untuk berhadapan dengan situasi ini.

Kita patut berpisah...!

Mata Afiqa yang terkatup kemas, dibuka seluas mungkin. Dia salah dengarkah Matanya kembali merenung Rayhan di hadapannya. Renungan tidak berkelip Rayhan sangat meyakinkan akan apa yang didengarinya adalah tidak salah.

Abang bergurau ke

Abang serius, Fiqa.

Senyuman yang tersungging di bibir Afiqa terhapus.

Semangat yang dikumpulnya tadi, seakan rapuh sudah. Im sorry, Fiqa. But, truly I was never in love with you before.

Afiqa kaku terduduk di situ. Afiqa mengangkat mukanya. Tersentap jiwa dan raganya. Tidak percaya rasanya bahawa semua yang dilaluinya selama ini hanya dusta belaka! Apa semua ini Rayhan terus mengeluarkan duit dari jaketnya. Afiqa hanya memandang. Sangkanya, cincin tapi duit. Rasa sedih yang menggila ditahan.

Abang ganti balik semua duit abang yang pernah Fiqa pinjamkan pada abang dulu, Rayhan menghulurkan beberapa keping not 100 pada Afiqa. Afiqa masih erat mengengam tangannya sehingga memaksa Rayhan untuk menarik tangan Afiqa dan meletakkan duit itu di atas tangannya.

Seumur hidup Fiqa, Fiqa tak pernah berkira dengan abang! Sumpah abang. Fiqa ikhlas buat kerja semua ini untuk bantu abang. Bantu abang untuk sara hidup abang di KL nanti. Tak pernah terlintas pun di benak fikiran Fiqa untuk ambil balik semua duit ni.

Jadi, Fiqa tak mahukan semua duit ni

Mencerlung tajam mata Afiqa menikam pada Rayhan.

Fiqa tak nak duit. Fiqa nak abang! Susah sangat ke abang nak faham perasaan Fiqa

Rayhan terkejut dengan perubahan emosi Afiqa yang mendadak itu.

Cuba Fiqa tengok diri Fiqa sendiri. Fiqa tak ubah macam orang tua di kampung ni. Berpakaian macam ni, langsung tak ikut fesyen terkini. Fiqa ingat Fiqa mampu untuk jadi seorang isteri pada selebriti macam abang Abang tak nak karier abang hancur nanti hanya disebabkan Fiqa. Fiqa fahamkan maksud abang

Berkaca-kaca mata Afiqa. Perit di hatinya semakin menghiris. Dadanya terasa sangat sakit sekarang ini.

Dan, satu lagi.

Sudah! air mata Afiqa yang mahu mengalir ditahankan sekuat mungkin. Segera, langkahnya diarahkan ke dapur semula.

Fiqa! Tunggu! Im not done yet!

Afiqa berhenti. Namun, tubuhnya masih tidak dipalingkan menghadap Rayhan.

Jangan risau, aku takkan ganggu kau lagi. Elok kalau kau berambus je dari sini. Tempat ni tak layak untuk selebriti terkenal macam kau. Nanti jatuh pulak reputasi kau kalau wartawan nampak kau makan kat warung macam ni, dengan kata-kata itu, Afiqa menyambung kembali langkahnya.

Rayhan terdiam memandang pemergian Afiqa yang meluru masuk ke dalam bahagian dapur itu.

AFIQA merenung lama cincin estrella diamond yang tersarung kemas di jari manisnya. Cincin inilah yang selalu dinantikan Afiqa dahulu. Suatu masa di mana hubungannya dan Rayhan baik. Sayangnya. Hubungan mereka berakhir seperti itu.

Abang, setitis air matanya mengalir menuruni lekuk halus pipi gebunya. Menangisi akan nasibnya yang satu itu.