DIARI CINTA ROMEO - 8
Mendung di pagi hari. Daun-daun di Laman Karyawan berterbangan ditampar bayu pagi. Aku suka keadaan macam ni. Sejuk. Selesa untuk memulakan hari. Tapi hari ni aku tak selesa. Aku takut. Aku berdebar. Ada misi besar yang nak aku laksanakan hari ni. Misi ni yang akan menentukan masa depan hidup aku. Sama ada bahagia atau sebaliknya. Ah, aku terlampau serius memikirkan hal ni. Memang aku serius. Aku dah tak mahu bermain-main lagi tentang hal ni. Kalau boleh, biarlah ini yang terakhir. Ia adalah tentang Cinta. Aku dah sedia.

Eh korang baliklah kelas dulu. Aku ada hal kejap Aku

Kau nak pergi mana Hisham

Ada hal kejap. Nanti jumpa korang dekat kelas Aku

Ala, dia nak jumpa budak junior tu Qucai

Eh mana kau tau Takdelah. Aku nak pergi koperasi kejap Aku

Ala, macamlah kitorang tak tahu. Haa Qiu

Untunglah Amar

Mengarut. Dah-dah, korang balik kelas dulu. Aku ada hal kejap Aku

Kalau dah nama satu kampus, cepat je berita tersebar. Padahal aku takde cerita tentang CapitalM dengan siapa-siapa pun. Lagi satu aku pelik, macam mana budak-budak kelas aku boleh tahu yang aku nak jmpa CapitalM hari ni Ya, memanglah aku nak jumpa dia hari ni. Tapi aku takde cerita dekat siapa-siapa pun. Diorang mi memang pandai baca apa yang aku nak buat. Aku geleng kepala. Senyum hambar.

Semalaman aku tak tidur. Memikirkan apa yang akan terjadi esok. Adakah dia akan terima Kalau dia terima, apakah yang akan aku lakukan Tapi bagaimana pula kalau dia menolak Mampukah aku untuk menghadapi hari-hari yang mendatang Dia Sabah, aku Johor. Mampukah aku bertahan dengan cinta jarak jauh ni Argh, memang tekanan. Aku nekad. Esok hari aku akan melamar dia. Secara berhadapan. Sebab aku dah tak nak guna orang tengah. Biarlah aku hadapinya sendiri.

Aku amik sticky note. Aku tulis sesuatu.

Sudahkah dikau menjadi yang halal buatku Saya cuma mahukan yang halal dengan awak. Biarlah hubungan ini terjalin di bawah keberkatan-Nya.

Aku tampal sticky note tu dekat cover handy planner. Sebenarnya tu handy planner tahun lepas. Jadi dah tak guna. Aku bukak covernya dan guna untuk tampal sticky note tu. Sebelah lagi bahagan aku lekatkan origami berbentuk hati. Ada dua mewakili hati aku dan hati dia. Sebenarnya origami tu aku dapat masa pameran anatomi dan fisiologi hari tu. Aku dapat dari booth yang buat pameran tentang jantung sebab aku berjaya siapakn puzzle yang diorang sediakan. Kredit kepada Syazwani dan Atikah a.k.a Titaq dari kelas Seni. Terima kasih. Aku hargai.

Pagi ni aku Subuh dan aku berdoa,

Ya Allah, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, kakak dan abangku, serta semua Muslimin dan Muslimat, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, sama ada dosa-dosa yang terdahulu atau yang terkemudian. Kau permudahkanlah urusan kami di dunia dan di akhirat. Ya Rabb, aku bermohon. Kau berikanlah aku petunjuk. Aku hanya mahukan yang halal dengan dia. Aku sudah berusaha, aku sudah berikhtiar. Kini aku berdoa dan aku hanya akan bertawakkal kepada-Mu. Semoga kau sentiasa mengampunkan dosa-dosaku. Amin

Pagi ni kelas macam biasa. Lepas Subuh tadi, aku rasa lebih segar. Aku rasa lebih bersemangat. Ya, aku akan meluahkan pada dia hari ni. Aku akan melamar dia. sebab aku takkan selama-lamanya sekadar memendam rasa. Aku berniat nak jumpa dia waktu rehat nanti. Lepas aku brunch, aku akan tunggu dia dekat gazebo berhampiran Laman Karyawan. Classmate yang lain, aku suruh diorang balik kelas dulu. Aku tak nak diorang mengganggu konsentrasi aku. Ya, aku tahu mereka dah tahu yang aku nak jumpa CapitalM tapi mereka tak tahu yang aku akan melamar dia.

Aku : Mir, tolong beritahu dia. aku nak jumpa dia. waktu rehat. Dekat Laman Karyawan

Amir : La, kau beritahulah dia sendiri

Aku : Aku takde nombor dia. Dan aku tak nak nombor dia melainkan dia sendiri yang bagi dekat aku.

Amir : La, macam tu pulak. Yela, nanti aku beritahu dia

Aku : Kau kelas apa pagi ni Kalau lewat sikit pun takpe. Dalam 10.30. Sebab aku pun nak makan dulu

Amir : Pagi ni aku kelas PJ. Dekat padang. Nanti apa-apa hal, aku mesej kau.

Aku : Okay Mir. Terima kasih. Doakan aku

Amir : Jangan risau. InsyaALLAH dapat, aku doakan kau

Aku baca balik mesej tadi. Amir ni antara orang yang tahu tentang aku dengan dia. Aku usha capitalM ni pun dari si Amir ni. Tiba-tiba aku jadi rapat dengan dia. Kiranya, Amir ni jadi orang tengah akulah. Sebab tu aku nak melamar CapitalM terus. Sebab aku tak nak dah menyusahkan Amir. Aku nak berhadapan sendiri dengan dia. Lepas ni, biarlah antara aku dan CapitalM. Lagipun, kalau ramai sangat tahu tentang ni pun tak best jugak. Yela, benda belum confirm. Kalau tak jadi nanti, buat malu je.

Aku tengok jam, pukul 10.25 pagi. Semua classmate aku dah balik kelas. Ada jugak diorang kacau-kacau aku. Saja nak menambah debaran hati aku. Hakikatnya, memang aku semakin berdebar. Selagi tak lepas, aku takkan tenang. Biarlah segala-galanya berjalan lancar dan habis dengan sempurna. Apa pun keputusannya, aku redha. Aku terima dengan hati yang terbuka. Aku cuba.

Aku nampak Amir. Ah, bertambah gusar aku. Aku cuba tenang. Hakikatnya hati aku bergelora. Aku dah tak hirau keadaan sekeliling. Mata aku melilau mencari kelibat dia. Dari celah-celah pokok, aku nampak kasut dia. Warna kuning. Masanya dah tiba. Dia datang ke arah aku. Berjalan dengan penuh sopan. Aku berlagak tenang. Empat mata mula bertentang mata. Dua mulut mula berbicara. Dua hati berdebar rasa. Aku menarik nafas panjang. Cuba untuk tenang.

Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu. Dia sangat comel. Sedikit comot. Baru lepas kelas PJ. Aku lihat keringat di dahinya. Ah, bukan fizikal yang aku utamakan. Tapi hati budi yang perlu difikirkan. Tahukah dia aku pemilik mawar kuning itu

Ha, ada apa CapitalM

Amboi, kasarnya. Hee. Ada kelas lagi lepas ni Aku

Ada. Dekat library CapitalM

Hm sorry sebab menyusahkan. Patutnya Fiz yang datang jumpa awak. Ni tak, awak yang kena datang jumpa Fiz Aku

Tak apa. saya pun nak ke library. Dah terlanjur lalu sini, saya terus jumpa awak. Ni pun Amir baru beritahu. Tapi ada apa ya CapitalM

Hm nah amik ni. Awak baca nanti tau. Bukan sekarang Aku

Eh apa ni CapitalM

Nanti awak baca, awak tahulah. Aku

Hm okay CapitalM

Lepas ni kalau boleh, kalau ada apa-apa biarlah awak direct terus dengan Fiz. Tak payahlah melalui Amir. Fiz bukan apa, tak nak menyusahkan dia. Lagipun Fiz tak berapa selesa nak cerita dengan dia tentang hal ni Aku

Hm baik CapitalM

Terima kasih tau awak. Terima kasih sebab sudi kawan dengan Fiz. Terima kasih jugak sebab susah-susah datang sini Aku

Tak ada apalah. Saya pun segan sebenarnya ni CapitalM

Lepas ni, jangan segan-segan lagi okay. Kitakan kawan. Ni dah makan belum Aku

Sudah. Pagi tadi. Em, saya balik kelas dululah. Dah lambat ni, pukul 10.45. Nanti lecturer bising CapitalM

Okay-okay. Fiz pun ada kelas lagi lepas ni. Tak perasan pulak dah pukul 10.45. Cepat betul masa berlalu. Cemburu dengan kitalah tu Aku

Ish awak ni, ada-ada sajalah. Takpelah, saya pergi dulu CapitalM

Okay, terima kasih tau Aku

Sama-sama. Awak pun, terima kasih jugak CapitalM

Aku mengucap panjang. Lega. Sangat lega. Rasa lega ni macam aku dah habis jawab paper terakhir aku masa SPM dulu. Rasa lega ni macam aku baru siap kena sunat masa darjah dua dulu dan rasa lega ni macam aku baru lepas kena temuduga untuk masuk kolej ni dulu. Aku terus ke tandas. Aku cuci muka. Aku tenung lama-lama muka aku. Aku tertanya-tanya, betulkah apa yang aku buat ni Layakkah aku untuk dia kalau mak abah aku tahu, apa yang diorang akan kata Sabar, aku baru sahaja melepasi peringkat pertama iaitu melamar dia. keputusannya pun belum tahu lagi. Aku lap muka. Aku dah lambat untuk kelas. Aku harap-harap pensyarah aku tak masuk kelas lagi. Aku menarik nafas lega. Aku cuba untuk tenang. Aku tak nak fikirkannya lagi.

Balik kelas, aku tersenyum malu. Nakal betul budak kelas aku. Rupanya diorang stalk aku dari tingkat tiga kelas kami. Aku pun tak sedar yang Laman Karyawan tu hanya bersebelahan dengan blok kelas kami. Aduh, masalah betul budak-budak ni. Dekat situ banyak pokok. Aku ingat diorang tak perasan. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Lantak koranglah. Aku hanya mampu tersenyum. Nak menafikan pun, diorang dah nampak segala-galanya. Pensyarah aku pun satu, kenapa dia tak masuk lagi Kalau dia masuk awal, takdenya budak-budak ni nak stalk aku. Dalam kegembiraan tu, ada kegusaran dalam hati. Apalah respond dia nanti

Amir : Woi, apa kau buat dekat dia sampai menangis budak tu.

Aku : Kau biar betul. Aku tak buat apa-apa. Aku cuma bagi barang sikit, lepas tu adalah berbual-bual sikit. Kenapa dia nangis Aku ada buat salah ke Wey sorry, aku gelabah ni.

Amir : La rileks. Haa. Dia menangis lepas dia baca nota yang kau bagi dia tadi.

Aku : La yeka Risau aku ni. Ada pensyarah tak Habis, semua budak kelas kau nampak ke ni Aduh, tak sangka pulak bolej jadi macam ni.

Amir : Tak semua nampak. Pensyarah takde. Nasib baik. Kalau tak panjang cerita nanti. Dia terharu. Ni pertama kali ada orang buat dia macam ni. Sebelum ni, dia tak pernah alami perkara-perkara macam ni.

Aku : La yeka Fuh lega aku. Aku ingat tadi aku ada buat salah ke dengan dia. Aku buat apa yang aku rasa aku patut buat je. Aku harap dia fahamlah apa yang aku cubat sampaikan dekat dia. Aku ikhlas.

Amir : Hebatlah kau ni. Bayangkan dia pun boleh menangis. Respond positif ni. Untunglah kau.

Aku : Nasib baik aku tak melamar dia depan-depan tadi. Kalau tak, mesti dia pengsan. Haa. Alhamdulillah. Tapi aku tak nak cepat sangat buat andaian. Sekarang ni, biar aku bagi dia masa dulu.

Amir : Pandailah kau. Eh petang ni latihan hoki macam biasakan

Aku : Tu kau kena tanya Qiu. Wey, aku ada kelas ni. Kau tolong tengok-tengokkan dia okay. Thanks wey

Amir : Okay.

Untuk seorang student kolej, mesej dalam kelas ketika pensyarah sedang mengajar di hadapan adalah perkara biasa. Jadi jangan tiru.

Aku tersenyum sendiri. Qiu dah usha pelik je dekat aku. Yela, bukan ada apa-apa pun untuk disenyumkan. Aku pun tak rasa yang apa yang pensyarah cakap di hadapan menarik perhatian aku. Kau tak faham Qiu. Aku sedang bahagia. Aku rasa ni permulaan baru untuk hidup aku. Semoga ia berpanjangan. Amin.

Lepas Maghrib dekat surau, aku tengok handset. Aku dua mesej dan satu missed calls. Aku tak terus bukak. Aku bentang sejadah, aku baca Al-Quran. Baru baca sebaris dua ayat, aku tak khusyuk. Aku terfikir tentang mesej tadi. Aku tak hiraukan perasaan aku. Syaitan semata-mata. Aku teruskan bacaan Al-Quran tadi. Sampai habis, baru aku tengok handset tadi. Satu miss called daripada Emak. Mak telefon. Mungkin ada hal penting.

Assalamualaikum mak Aku

Waalaikumussalam. Pergi mana tadi Mak telefon tak berjawab Emak

La mak ni, Maghribkan tadi. Ish Aku

Oh, Maghrib dekat suralah ye Takde apa-apa. Mak saja telefon. Dah makan Emak

Dah emak. Makan nasi goreng. Macam biasalah. Orang bujang. Lainlah kalau duduk dekat rumah. Macam-macam emak masak. Tekaknya pun basah je Aku

Tahu pun. Dah tu, bila nak balik ni Emak

Ala mak, memanglah nak balik. Tapi ada banyak kerjalah dekat sini. Setiap hujung minggu je mesti ada aktiviti. Lagipun hari tu kan baru je balik. Mak buat apa ni Siapa je yang ada dekat rumah Aku

Mak tengok tv ni ha. Mak sorang dekat rumah. Abah kerja malam. Kakak dengan anak-anak dia dekat rumah dialah Emak

Tak takut ke duduk sorang-sorang Jaga-jaga bawah katil. Tengok bawah katil. Ada pocong. Dengar cerita hari tu orang belakang rumah tu baru je meninggal. Betul ke mak Haa Aku

Kau jangan mengada nak menakutkan mak. Membazir kredit mak je telefon kalau kau nak takut-takutkan mak. Cubit nanti baru tahu Emak

Ala mak ni. Bergurau je pun tak boleh. Hee. Okaylah mak, orang ada kerja ni. Nanti mak telefon lagi ye. Nanti kirim salam dekat Abah tau Aku

Ha, yelah. Okay-okay. Nanti mak sampaikan. Hati-hati dekat sana. Belajar rajin-rajin. Jangan cari gaduh dengan kawan Emak

Baik mak. Mak pun hati-hati tau Aku

Hm yela. Bye Emak

Bye Aku

Aku tersenyum nipis. Sekali sekala menyakat Mak. Tapi kesian Mak. Sejak Angah kerja dekat Parit Sulong, mak sorang-sorang dekat rumah. Kalau dulu, Angah boleh temankan Mak. Tapi sekarang, Alonglah pulak yang kena selalu ulang-alik jenguk-jenguk Mak. Rindu pulak dekat Mak.

Aku tengok inbox. Satu mesej dari Celcom. Satu lagi mesej daripada unknown number. Siapa ni agaknya. CapitalM ke Eh perasaan. Entah- entah orang lain. Nak reply ke tak nak. Aku berkira-kira.

Unknown number : Salam

Aku tak terus reply. Aku fikir. Siapa ni agaknya. Hati aku kuat mengatakan ni CapitalM tapi aku tak nak terlalu mengharap. Last-last, aku call je terus. Tanya siapa. Senang.

Assalamualaikum Aku

Waalaikumussalam Unknown number

Boleh saya tahu siapa ni Aku

Cuba tekaUnknown number

Dengar suara, aku dapat cam ni suara siapa. Aku meneka,

Maridah Aku

Hee, formal sangat tu CapitalM

Habis tu nak panggil apa Fiz mana tahu Aku

Idah CapitalM

Hm okay Idah. Terkejut. Mana dapat nombor Fiz ni Aku

Hee, adalah. Rahsia. Sorry kalau ganggu awak CapitalM

Eh tak ganggu pun. Fiz bukan buat apa-apa sekarang ni. Fiz baru nak mintak nombor awak tadi. Tapi tak terkeluar pulak. Segan sangat. Fiz ingat awak nak reply guna sticky note tu. Tiba-tiba dapat mesej dari awak. Tapi takpelah. Lagi senangkan awak Aku

Saya pun segan. Tadi pertama kali dalam hidup saya lelaki melamar tau. Terharu sangat CapitalM

Yela, terharu sampai menangiskan Haa Aku

Eh mana tahu ni mesti kerja Si Amir. Eee, geram betul. Tak boleh nak simpan rahsia CapitalM

Haa takpe awak. Sorry sebab Fiz buat awak menangis. Fiz tak sengaja. Fiz buat apa yang patut. Tapi tak sangka awak akan menangis Aku

Eh dahla, tak nak cakap lagi tentang hal ni. Seganlah. Haa CapitalM

Haa, yela-yela. Awak dah solat Dah makan Aku

Dah solat. Makan dah tadi. Saya kelas sampai petang. Terus makan malam dekat caf CapitalM

Oh yela. Eh awak, dah Isyak ni. Nanti Fiz mesej awak. Kita solat dulu. Terima kasih tau awak sebab mesej tadi. Fiz gembira sangat Aku

Tak apa-apa awak. Saya yang patut terima kasih dekat awak. Hm baiklah kita solat dulu CapitalM

Baik awak. Jaga diri okay. Assalamualaikum Aku

Waalaikumussalam CapitalM

Hati aku melonjak riang. Aku menari-nari dalam bilik. Aku gembira. Aku rasa pelangi ada depan mata. Alhamdulillah. Urusan aku dipermudahkan-Nya. Memang aku bahagia. Walaupun dia masih berteka-teki tentang lamaranku siang tadi, tapi melihat daripada reaksi dia tadi, aku dah boleh agak jawapan yang bakal aku terima. Aku bersolat. Aku mengucapkan syukur yang tak terhingga. Aku harap dialah yang terakhir. Semoga jodoh milik kami. Amin.