Hatinya tersentuh mendengar kisah hidup gadis itu yang sebatang kara namun tidak kelihatan setitik pun air mata Arissa. Kuat betul hati gadis itu. Mungkin terlalu banyak dugaan membuat hatinya kering dengan apa yang berlaku. Begitu tenang Arissa bercerita kisah sedihnya dengan senyuman yang menggambarkan ketenangan di hati gadis itu.
Mak Cik Ruhaya sudah pun masuk kerja dan terkejut melihat Arissa yang dikatakan akan menjadi isterinya minggu depan. Dia memperkenalkan kedua mereka. Dia juga meminta Arissa belajar memasak dari wanita itu terutama makanan kegemaran Puan Hanim. Dia mahu Arissa menambat hati Puan Hanim agar wanita itu terpikat dengan gadis itu.
Kan Kimi dah bertunang dengan Wafa Bila masa Kimi ada perempuan lain ni
Terkejut Mak Cik Ruhaya dengan kehadiran Arissa setelah diperkenalkan oleh Hakimi sekejap tadi. Tidak disangka yang Hakimi ada menyimpan seseorang atau ia hanya sangkaannya sahaja.
Terkedu Hakimi mendengar soalan Mak Cik Ruhaya.
Dia bukan pilihan saya, Mak Cik! Dia harap wanita itu faham dengan maksudnya.
Walaupun bukan pilihan Kimi... budak tu tak boleh tinggal dengan Kimi. Haram, berdosa, tau tak! Suara Mak Cik Ruhaya pula melengking.
Hakimi meraup dagunya beberapa kali.
Dia bakal isteri saya. Kami akan nikah tak lama lagi. Lebih baik dia berterus terang dengan wanita itu dari mendengar bebelan Mak Cik Ruhaya.
Apa! hampir tersembul biji mata Mak Cik Ruhaya.
Hakimi senyap.
Puan Hanim tau ke Bulat mata Mak Cik Ruhaya mendengar pengakuan Hakimi. Dia dapat mengagak namun tidak pasti.
Tak. Perlahan jawapan Hakimi.
Astaghfirullah al-azim, Kimi! Nikah, kahwin kena bagi tahu orang tua. Tak boleh buat sesuka hati. Nanti kecil hati Umi dan Walidnya! Semput dia mendengar rancangan Hakimi sekejap tadi.
Kalau saya bagi tahu pun, Umi tak akan setuju saya nikah dengan Arissa! tekan Hakimi. Tiba-tiba dia merasa rimas dengan bebelan Mak Cik Ruhaya dan menyesal memberitahu akan perkara itu. Tetapi kalau didiamkan pun pasti wanita itu akan mendesaknya.
Mak Cik Ruhaya senyap. Begitu juga Hakimi.
Kimi dah apa-apakan Arissa ke Tiba-tiba perkara itu melintas di fikirannya.
Kaget Hakimi dan ada rasa kecewa di hatinya dengan telahan Mak Cik Ruhaya.
Saya tahu... saya bukanlah baik sangat Mak Cik, tapi perkara itu tak terlintas di fikiran saya.
Habis kenapa terburu-buru nak kahwinnya. Tunggulah Umi dan Walidnya balik! Rasa lelah bersoal jawab dengan Hakimi. Begitu pun dia tidak puas hati. Pasti ada sebab Hakimi berbuat begitu.
Kalau Umi balik dia akan paksa saya bernikah dengan Wafa. Jadi sebelum perkara tu berlaku... lebih baik saya bernikah dengan Arissa. Tiba-tiba alasannya seperti alasan budak-budak remaja. Langsung tak matang. Pedulikan, apa yang penting bernikah dengan Wafalah yang paling ingin dielakkannya.
Ternganga mulut Mak Cik Ruhaya mendengar rancangan Hakimi yang sudah di susun rapi.
Err... siapa Arissa ni Kimi tak pernah kenalkan pun dengan Mak Cik. Cuba dicungkil siapakah Arissa yang ditemui sebentar tadi dan kerap disebut-sebut oleh Hakimi sebentar tadi.
Masakan saya nak cerita semua pada Mak Cik!
Merah padam wajah wanita itu ditempelak oleh Hakimi. Ya, masakan Hakimi mahu bercerita hal-hal peribadi kepadanya. Dia hanya tukang masak lelaki itu. Perlukah dia berkecil hati dengan kata-kata Hakimi Padahal itulah kebenarannya.
Saya minta maaf Mak Cik. Tak bermaksud nak berkasar. Perkara-perkara melibatkan perasaan ni memang segan saya nak berkongsi dengan sesiapa, akui Hakimi walaupun hakikat sebenarnya dia dan Arissa langsung tidak punya apa-apa perasaan.
Tak apa, Mak Cik faham. Mak Cik Ruhaya senyum.
Arissa tu okey Mak Cik. Bagi dia peluang. Saya pasti Mak Cik akan sukakan dia nanti. Hakimi terus memujuk wanita itu agar dapat menerima Arissa.
Budak ni tak ada mak bapak ke
Dia anak yatim piatu. Besar pun di rumah anak yatim sejak umur lapan tahun, cerita Hakimi.
Ya Bulat mata Mak Cik Ruhaya memandang wajah Hakimi.
Ya. Hakimi mengangguk. Mak Cik boleh tanya
Arissa sendiri.
Mak Cik Ruhaya menghela nafasnya.
Dia tak ada rumah ke perlahan soalannya.
Yalah, masakan anak yatim piatu sanggup menumpang di rumah Hakimi. Pasti Arissa menyewa dengan teman-teman sebelum ini.
Ada... tapi sengaja saya ajak dia tinggal dengan saya selama Mak Cik cuti. Dia jadi tukang masak kami masa Mak Cik cuti hari tu.
Hakimi ketawa yang dibuat-buat. Masakan dia hendak bercerita tentang Arissa yang diburu oleh konco-konco Along tempoh hari dan bersembunyi di rumahnya. Mahu melompat pula Mak Cik Ruhaya kelak!
Wanita itu tidak memberi reaksi.
Jangan risau Mak Cik... dia masih dara dan saya masih lagi teruna! Tak tahu apa lagi alasannya untuk menyakinkan Mak Cik Ruhaya.
Spontan tangan Mak Cik Ruhaya menampar lengan Hakimi.
Lelaki itu ketawa kuat.
Apa cakap macam tu! dengus wanita itu dengan jelingan.
Dah Mak Cik tak percaya cakap saya. Hakimi mencebik sebagai merajuk.
Mak Cik percaya dengan Kimi... tapi Mak Cik kurang percaya dengan Arissa.
Cukuplah Mak Cik percaya kan saya. Arissa tu tak perlu Mak Cik fikirkan! tekan Hakimi.
Mak Cik bimbang dia main-mainkan Kimi je. Budak-budak perempuan sekarang pandai cari orang kaya-kaya tau! Itulah yang paling dibimbangkan. Bagaimana semudah itu Arissa boleh menerima pelawaan Hakimi tinggal serumah.
Mak Cik ni dah macam Umi, tau tak, keluh Hakimi dengan gelengan kepala.
Mak Cik Ruhaya senyum.
Itulah perasaan orang tua Kimi. Kimi dah macam anak Mak Cik tentulah Mak Cik risau kalau ada benda tak betul yang Kimi buat, luahnya.
Hakimi kembali memandang Mak Cik Ruhaya. Terharu dia mendengar luahan wanita itu.
Terima kasih Mak Cik... kali ni Mak Cik tolong percaya apa yang saya buat dan tolong beri Arissa peluang. Dia bukan seperti yang Mak Cik fikirkan. Lama Mak Cik Ruhaya memandang Hakimi.
Baiklah... akhirnya wanita itu mengalah dan mengangguk.
Terima kasih Mak Cik, terima kasih, ucap Hakimi lega dan gembira mendengar akuan tidak langsung itu.
Mak Cik ke dapur dulu. Mak Cik Ruhaya mula melangkah menuju ke dapur.
Ya. Hakimi sekadar mengangguk dan menoleh memandang Arissa yang baru sahaja turun dari tingkat atas bersama bakul baju-baju kotornya.
Itu semua nak kena basuh guna tangan! Sengaja dia hendak mengusik bakal isterinya.
Saya tahu! jeling Arissa lalu melangkah menuju ke dapur.
Hakimi senyum. Tidak tahu untuk apa.
HAKIMI memarkirkan kenderaan pacuan empat rodanya di salah sebuah parkir yang kosong di kawasan pangsapuri Arissa. Selepas Mak Cik Ruhaya pulang dihantar oleh Badrul bersama kereta mewah kepunyaan Hotel Sweet Arena, Arissa meminta kebenaran darinya untuk pulang sebentar ke pangsapurinya.
Entah macam mana terdetik hatinya untuk mengikut gadis itu pulang ke situ. Tempoh hari dia hanya menghantar Arissa di hadapan lif sahaja. Keadaan tempat tinggal gadis itu seperti tidak selamat membuat dia berasa sedikit bimbang tambahan waktu sudah menjengah ke senja.
Betul ke Encik tak kisah ni soal Arissa sebaik sahaja menanggalkan tali pinggang keledar sambil memandang Hakimi yang memandangnya di sebelah.
Sebab saya kisahlah saya ikut awak! keras bunyi suara Hakimi lalu membuka pintu.
Arissa mencebik. Tanya pun nak marah, sungutnya dengan rasa bengang. Segera dia membuka pintu dan menghempasnya dengan sedikit kuat.
Pecahlah pintu tu! hampir terpekik Hakimi.
Tak apa... Encik kaya, sepuluh pintu macam tu pun Encik boleh beli kan usiknya tanpa rasa bersalah.
Ya Allah, perempuan ni, sabar jelah aku. Belum kahwin lagi, dah tunjuk sikap Madame dia, keluh Hakimi dengan senyuman sambil menuruti langkah Arissa yang laju menuju ke tempat lif.
Masuklah, rumah buruk je, pelawa Arissa sebaik pintu besi dan peti kayu di buka dengan luas. Sengaja dia tidak menutup pintu agar jiran-jiran yang lalu lalang boleh melihat mereka berdua di situ.
Hakimi menanggalkan kasutnya dan melangkah masuk. Arissa sudah pun hilang ke dalam biliknya. Lama dia memerhati ruang yang tidak seluas mana.
Susunan perabot begitu ringkas dan tidak terlalu banyak. Sebuah sofa dua tempat duduk berhadapan pintu gelangsar yang punya balkoni menghadap kabinet TV. Ruang makan dan ruang tamunya sekali. Sebuah meja makan ala-ala kopitiam yang punya empat buat kerusi diperbuat daripada kayu.
Ringkas sangat ruang itu tetapi punya citarasa yang tersendiri pemiliknya. Dindingnya bercat kuning air agar kelihatan suasana ruang yang terhad itu cerah dan ceria. Sebuah cermin yang agak besar diletak di dinding ruang makan agar kelihatan sedikit luas.
Hakimi melangkah menuju ke pintu gelangsar yang ditutupi dengan tirai jarang berwarna merah jambu dan ungu. Diselak lalu dibuka pintu gelangsar itu. Menderu-deru angin senja yang sejuk dan segar memenuhi ruang di dalam pangsapuri kecil itu.
Wah... pemandangan dari situ amat menakjubkan. Kelihatan laut luas terbentang di hadapan matanya. Cantiknya, pujinya. Terasa seperti jatuh cinta pandang pertama dia dengan tempat itu.
Encik nak minum soal Arissa sebaik keluar dari bilik dengan beg kertas berisi dua pasang kasut. Hakimi menoleh.
Hmm... boleh juga.
Panas Sejuk Arissa masih memandang Hakimi yang kembali memandang keluar. Bibir lelaki itu asyik senyum sahaja. Entah apalah yang buat Hakimi tersenyum
Milo sejuk ada Hakimi menoleh memandang Arissa sekejap.
Ada, jawab Arissa lalu melangkah ke dapur untuk membuat milo sejuk yang diinginkan oleh Hakimi. Dia tahu itulah minuman kegemaran Hakimi. Milo panas ataupun sejuk selain dari kopi panas.
Hakimi memandang sejenak Arissa yang sudah menghilang ke dapur. Dia mengekor. Dapurnya juga agak ringkas. Sebuah peti sejuk dua pintu, sebuah almari dapur yang punya kabinet atas bawah dan sebuah dapur dua tungku yang terletak di atas binaan simen dan di bawahnya terletak tong gas.
Awak tinggal seorang je
Hakimi memandang Arissa yang sedang membancuh milo sejuk. Arissa tidaklah tinggi mana, lebih kurang di paras telinganya. Tersangatlah comel, lincah dan ligat bila membuat kerja.
Ya, jawab Arissa.
Tak takut
Bacalah Ayatul Kursi banyak-banyak, InsyaAllah... Allah kan ada. Mati pun sorang-sorang juga. Arissa sengih sambil menghulur gelas berisi milo ais yang sudah diletak ketulan ais sebentar tadi.
Ada je jawapan si Arissa ni, gumamnya sendiri.
Hakimi senyum lalu melangkah kembali ke ruang tamu dan duduk di sofa berwarna merah cili. Arissa menuruti langkah Hakimi dan duduk di stool yang sama warna berhadapan pintu gelangsar. Jauh dari jalan besar ya Arissa mengangguk.
Macam mana awak pergi kerja dulu Hakimi memandang Arissa sambil meletak gelas yang sudah tinggal separuh isiannya di atas meja kopi.
Dulu kan saya ada kereta. Arissa ketawa.
Ooo... mana kereta awak
Hisy, banyak tanya pula orang tua ni.
Dah kena tariklah, sebab tak bayar!
Hakimi senyum. Aduh, macam-macam hal dengan Arissa ni. Begitu pun gadis ini boleh lagi bertenang. Kalau dia di tempat Arissa, tak tahulah bagaimana.
Berapa harga pasaran sekarang apartment ni ya mata Hakimi mengitari sekitar ruang pangsapuri itu.
Gelas milo tadi disambarnya lalu diteguk sekali lagi.
Antara RM97,000 ke RM128,00. Lebih dan kurang begitulah, jawab Arissa.
Berapa square feet
600 square feet. Kenapa Encik nak beli ke Arissa bertanya sambil menyengih.
Hakimi senyum.
Pemandangan dari sini cantik, pujinya dan kembali menuju ke pintu gelangsar yang terbuka.
Arissa memandang keluar. Ya, pemandangan dari tempat Hakimi berdiri memang cantik. Kalau dia berhijrah ke tempat lain, apa akan jadi kepada tempatnya berteduh ini. Sayangnya nak tinggalkan tempat itu. Walaupun kecil itulah syurganya.
Masa saya melabur dengan penyangak tu dulu, cita-cita pertama saya nak beli apartment ni, cerita Arissa. Jadilah, nak beli rumah macam Encik, kahwin dengan jutawanlah baru merasa. Arissa ketawa.
Eh, awak nikah dengan saya dah boleh tinggal di rumah tu tau tak! tingkah Hakimi. Entah mengapa suka pula dia menyakat Arissa.
Kita nikah untuk beberapa bulan je Encik. Bukan selama-lamanya. Lepas tu saya kena keluar dari rumah tu juga. balas Arissa.
Ada rasa bersalah pada kata-kata terakhir Arissa. Teringat kata-kata Badrul. Sebaik akad dilafazkan, Arissa sudah menyerahkan seluruh hidupnya kepada dia. Dan dia mempermainkan hidup gadis itu.
Tak apalah... ini pun dah cukup mewah untuk saya. Arissa ketawa memandang Hakimi yang tersenyum tidak sepenuh hati.
Insya-Allah, perlahan-lahan. Tentu Allah nak bagi awak sesuatu yang lebih nanti. pujuk Hakimi.
Ya, saya harap begitulah. ungkap Arissa sambil melempar pandang keluar.