gegendang telingaku.
Tengah fikir pasal Nek Timah. Memang dia tak ada saudara-mara ke kat sini Tanpa menoleh ke arahnya aku menjawab sekaligus menyoal.
Mak cik pun dah mula risaukan Nek Timah
Soalan Niel aku balas dengan anggukkan lemah. Terlupa pula yang Niel sedang memandu.
Kasihan dengan Nek Timah. Dahlah kena bekerja keras nak sara kehidupan dekat sini. KL ni semuanya perlu dibeli. Kalau dekat kampung bolehlah bercucuk tanam sendiri. Aku suarakan pendapatku.
Nek Timah pernah juga cakap yang dia teringin nak duduk kampung menghabiskan hari tuanya dengan suasana tenang dan damai. Tapi, dia tak ada kampung sendiri. Dia dan arwah suaminya memang berasal dari sini. Ditakdirkan mereka tak dapat anak dan sebab itulah Nek Timah hidup sebatang kara. Nada suara Niel agak perlahan.
Aku tahu dia jauh lebih kasihankan nasib Nek Timah berbanding dirinya sendiri. Nasib baik ada Niel selalu datang tengok-tengokkan dia. Nampak sangat dia gembira bila Niel ada, aku tersenyum sedikit.
Sebagai orang yang lebih berkemampuan, kita kenalah tolong orang yang perlukan bantuan. Berkongsi kasih-sayang walaupun tak ada pertalian darah. Kata-kata Niel buat aku terkejut.
Niel ni sebenarnya baik, pujiku sambil tersenyum.
Cup, betul ke apa saya dengar ni Kali pertama mak cik puji saya ni... Niel ketawa pendek.
Niel ni suka sangat cari gaduh dengan akak. Suaraku kendur kali ini.
Nak buat macam mana. Saya rasa seronok kacau mak cik.
Apa-apa ajelah. Nanti berhentikan akak dekat taman permainan aje. Tak perlu sampai rumah. Nada suaraku berubah tegang semula.
Kenapa pula Nak pergi main buaian ya Niel ketawa lagi. Memang suka sangat mengusik aku.
Kereta merah ni tak boleh ada depan rumah akak. Nanti orang pelik tengok. Jangan nak buat ikut kepala sendiri aje. Hidup kena ada peraturan tahu tak Kali ini suaraku cukup tegas.
Garangnya mak cik hari ni. Yalah saya hantar sampai taman permainan aje. Tapi, bukan sebab saya setuju ikut peraturan mak cik, tapi sebab saya tak nak dengar mak cik membebel. Sakitlah telinga saya ni. Niel buat-buat pegang telinga dengan tangan kirinya.
Kalau dah sakit telinga, turunkan akak dekat sini. Mukaku dimasamkan semaksima mungkin.
Okey, saya mengaku kalah. Jangan buat muka macam asam keping tu. Senyum kan sedekah.
Pandai pula dia nasihatkan aku. Aku ketuk karang baru tahu. Niel benar-benar menurut permintaanku dengan berhenti betul-betul di tepi taman permainan.
Setelah mengucapkan terima kasih aku terus beredar meninggalkannya tanpa menoleh. Ketika melalui salah sebuah rumah jiranku, aku ditegur mesra, Sha dari mana ni Kenapa jalan kaki Kak Anis yang sedang menyiram bunga menegurku.
Saja berjalan kaki. Bersenam petang-petang. Aku ketawa pendek.
Kak Anis memandangku atas bawah dengan dahi berkerut. Masakan tidak, melihatkan pakaianku memang bukan gaya orang hendak bersenam. Blaus hitam separas lutut, selendang putih dan jeans putih.
Sunyi aje rumah, anak-anak tidur ya Kak Anis Aku terus alihkan topik perbualan.
Aah tadi bawa mereka keluar, itu yang masingmasing penat. Balik aje terus terbaring semua. Kak Anis siap ketawa lagi. Seronoknya orang ada anak. Bahagia selalu hidup.
Saya minta diri dululah... Aku tersenyum manis dan melangkah kembali.
Eh Sha, siapa tu Macam tak pernah nampak pula dekat kawasan perumahan kita ni. Soalan Kak Anis membantutkan niatku untuk beredar.
Aku terus menoleh ke arah yang dilihat Kak Anis. Seperti selalunya tangan kananku terus memegang dahi. Makin lama boleh sakit jiwa aku dibuatnya dengan perangai Niel. Dia selamba berjalan ke arah yang sama denganku. Sempat lagi menghadiahkan senyuman yang cukup manis untuk Kak Anis ketika melewatiku. Nak pergi mana pula budak ni
Comel budaknya. Boleh pula Kak Anis puji Niel.
Aku hanya melemparkan senyuman paksa sebelum beredar meninggalkan hadapan rumah Kak Anis. Setelah melepasi tiga buah rumah dari rumah Kak Anis, aku terus berlari anak mengejar Niel.
Niel buat apa ni Dengan muka yang masam aku berdiri di hadapannya.
Mak cik ikut saya ya
Siapa yang ikut siapa Akak dah kata tadi suruh berhenti dekat taman permainan tu. Kenapa tak terus balik Aku mula bercekak pinggang.
Mak cik cakap kereta merah aje tak boleh ada depan rumah mak cik. Mak cik tak cakap pun saya tak boleh ada depan rumah mak cik. Niel ketawa dan meneruskan perjalanan tanpa tujuannya. Aku menghela nafas panjang sebelum kembali melangkah.
Seperlahan mungkin aku berjalan agar jauh dari Niel. Ketika Niel membelok ke persimpangan yang menghala ke rumahku, aku menarik nafas lega. Lega kerana tidak perlu melihat belakangnya lagi. Biarlah dia hendak tawaf satu taman permainan ini.
Namun, aku pula yang terasa semakin penat dan dahaga. Peluh juga semakin banyak menghuni dahi. Belakang blaus juga sudah basah lencun. Jarak taman permainan dengan rumah sewaku sudahlah lebih kurang 500 meter. Dalam keadaan cuaca panas terik pula tu. Air, air, air.
Ketika aku sudah memasuki persimpangan tadi alangkah terkejutnya aku apabila ternampak Niel sedang bahagia bersantai di pangkin di hadapan rumahku. Di situ memang sangat strategik untuk berehat dengan adanya pokok mempelam epal yang tumbuh merendang. Paling aku tidak puas hati ialah dia sedang enak meneguk segelas air sejuk.
Mak cik nak air Sempat dia menegur ketika aku sampai di hadapan rumah. Aku buat tak tahu malah menjelingnya setajam mungkin sebelum masuk ke dalam kawasan rumah. Masuk sahaja terus nampak Kak Zila dan Miza di ruang tamu.
Kasihan Niel dahaga sangat dia. Akak hantarkan air dekat dia tadi. Kak Zila terus menegurku.
Kakak sayang, adikmu ini lagi kasihan. Tengoklah peluh dah macam hujan. Kenapa pergi risau dekat budak senget tu Semuanya aku luahkan di dalam hati. Dengan langkah yang longlai aku terus berlalu ke dapur. Buka peti ais dan ambil air sendiri. Habis dua gelas aku minum sebelum kembali ke ruang tamu.
Dia kata kereta rosak. Itu yang kau orang berdua jalan kaki. Dia tunggu kawan dia datang nak baiki kereta. Dahaga sangat tu yang dia datang sini. Sha pula pergi singgah berbual dengan jiran kita. Sha pergilah mandi. Dah bau masam dah. Kak Zila ketawa sambil menutup hidung.
Aku hanya mampu mengangguk lesu sebelum menapak ke anak tangga. Kurang asam jawa betul si Niel. Boleh pula dia pergi kelentong Kak Zila. Memang nak kena bebel lagi dengan aku nanti.
RUANG tamu kosong ketika aku turun ke bawah semula. Mandi sudah, solat pun sudah. Pelik pula kerana Kak Zila dan Miza tiada di bawah. Biasanya petang-petang begini mereka akan tercongok di hadapan televisyen.
Bunyi yang agak riuh membuatku berjalan ke arah sliding door. Langsir kuselak sedikit dan mataku membulat saat melihat apa yang sedang berlaku di hadapan rumah sewa kami.
Aku terus berlari ke tingkat atas semula. Menyarung t-shirt lengan panjang dan memakai tudung sarung. Kemudian aku berlari turun semula dan keluar dari rumah.
Kak Zila dan Miza sedang rancak berbual dikelilingi oleh anak-anak jiranku yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Daripada tadika sampai ke sekolah menengah. Namun, itu tidak menjadi masalah kerana yang aku hairan ialah bagaimana Niel boleh tersesat di kalangan mereka. Bukan main sakan ketawa sambil enak makan mempelam muda bercicahkan kicap. Pasti Miza yang menyediakannya.
Kak Sha! Seorang anak jiranku memanggil sambil tersengih. Semua yang ada di pangkin menoleh ke arahku. Dalam keadaan terpaksa aku tetap senyum.
Sha marilah makan sekali. Banyak ni Niel jolokkan buah mempelam. Nasib baik ada Niel. Makan besar kita petang ni. Kak Zila mengangkat dua tangkai buah mempelam yang cukup lebat.
Sha ambilkan air dulu. Aku terus berpaling dan masuk semula ke dalam rumah.
Satu jag besar air sejuk kubawa keluar bersama beberapa biji cawan. Kemudian aku duduk di sebelah Kak Zila. Miza kelihatan sedang tekun menghiris buah mempelam. Niel pula entah apa yang dibualkan dengan anak-anak jiranku. Sesuailah dia berkawan dengan budak-budak. Dia pun masih budak.
Hampir setengah jam kemudian barulah sesi makan buah mempelam tamat. Kak Zila beria menyuruh Niel membawa pulang beberapa biji buah mempelam, namun Niel menolak. Iyalah orang kaya seperti dia mana mungkin bawa balik buah ini. Kalau mak tiri dia nampak mahu kecoh satu rumah. Tengok kami tadi pun dengan penuh berlagak. Aku yakin jika tengok buah mempelam, pandangan berlagaknya akan jadi berganda-ganda.
Niel dan kawan-kawan barunya sudah bersiap sedia di atas basikal masing-masing. Niel pinjam basikal rally anak jiranku. Anak jiranku itu membonceng basikal kawannya yang lain. Siap beratur pula tu. Niel di hadapan sekali sebagai ketua. Macam-macamlah mereka ini. Aku berjalan menghampiri Niel.
Lepas ni balik terus. Jangan merayau ke manamana lagi. Dah dekat pukul lima setengah. Kalau balik lambat tak sempat nak solat Asar nanti. Pesanan khas untuk Niel.
Okey, mak cik. Terima kasih untuk hari ni. Niel sempat kenyitkan matanya dan aku apa lagi, terus mempelam di tangan kuketuk ke belakangnya. Mainmain lagi dengan aku.
Aduh! Kenyit sikit pun tak boleh. Jangan suka marah-marah, nanti cepat tua. Saya balik dulu. Jom kawan-kawan! Niel terus mengayuh basikal dan anak-anak jiranku yang lain semua mengekorinya dari belakang. Serupa macam orang hendak berkonvoi pula.
Spontan aku tergelak kecil melihat Niel sehingga dia menghilang di sebalik simpang.