bilik I lepas periksa pesakit ni, tegur Tun Tunku Harith sambil meneliti rekod perubatan pesakit yang diberi oleh Jabatan Trauma dan Kecemasan (TED). Dia yang berada di Bilik Kecemasan (ER) mengalih pandangan ke arah pesakit yang terlantar di atas katil.
Saya belum terima keputusan ujian darah dari makmal lagi, Tun.
Ermm nanti you follow up. So, apa kes pesakit ni Tunku Harith bertanyakan soalan pada salah seorang doktor dari pasukan Diagnostic Medical Department (DMD), Dr. Azmeer.
Encik Jamil umur 51 tahun, mengadu sakit pinggang sejak semalam, beritahu Dr. Azmeer sambil meneliti rekod pesakit yang diberikan oleh Yoonaniza tadi.
Tun Tunku Harith mengangguk. Dia menoleh ke arah Tunku Hardie.
Hardie take over, arahnya pantas.
Tunku Hardie mengerut kening. Dia mengamati lelaki itu sedang mengerang kesakitan sambil memicitmicit pinggang sebelah kanan.
Encik Jamil, saya Dr. Tunku Hardie. Encik kata ada rasa sakit. Sakit yang macam mana tu
Buang air kecil rasa pedih, doktor. Rasa nak meraung pun ada.
Saya tengok rekod di sini, encik pernah datang sini buat check-up. Masalah yang sama juga ke Kidney stones Tunku Hardie menyoal sambil memeriksa denyutan jantung En. Jamil dengan steteskop. Kemudian berbisik perlahan ke telinga Dr. Azmeer menyuruh catit di atas kertas.
Doktor yang pernah saya jumpa dulu kata saya ada batu karang. Dia cuma suruh saya makan ubat aje. Itupun, 1 ke 2 tahun lepas.
1 ke 2 tahun lepas Lama juga encik bergantung pada ubat. Ermmm, tak apalah kita buat urine test dengan x-ray dulu.
Kemudian dia berbisik pada Tun Tunku Harith yang kelihatan terangguk-angguk mendengar penjelasan Tunku Hardie. Anak sulungnya ini memang berkebolehan.
Okey Yoona, inform X-Ray reception sejam lagi I nak pakai bilik. Kalau fully book, hijack. Azmeer, kamu uruskan x-ray. Hardie, kamu tahu apa yang harus dilakukan, mereka bertiga serentak mengangguk. Faham dengan arahan yang diberikan oleh Tun Tunku Harith.
Yoona, sebelum saya terlupa postpone semua mesyuarat saya petang ni. Saya ada hal, pesannya lagi.
Yoonaniza mengangguk faham. Dia meminta izin untuk beredar pergi ke Jabatan Radiologi (RD).
X-ray, dok doktor Soal En. Jamil gelisah. Tak sanggup lagi berhadapan dengan mesin imej itu setiap kali datang ke hospital. Kalau dihitung dalam masa 2 tahun adalah 3 kali dia berdating dengan mesin x-ray itu.
Kami lakukan x-ray untuk sahkan yang encik ada batu karang atau tidak. Kalau ada, saya akan sediakan surat untuk rawatan lanjut encik berjumpa dengan
doktor pakar urologi.
Saya takut sangat ni, doktor.
Tak ada apa yang hendak ditakutkan. Kita tunggu result x-ray dulu ya En. Jamil jangan risau, kami akan berikan layanan terbaik di THSC. Untuk rekod, tak semua pesakit perlu jalani pembedahan. Kita tengok dulu macam mana. Ada sesetengah batu boleh hancur dan keluar melalui saluran kencing. Ada yang rawatan secara tembakan laser atau kalau dah tak ada solusi lain terpaksa buat major surgery. Itu pun bergantung kepada saiz batu dan kedudukan.
En. Jamil mengangguk faham walhal dalam hati hanya ALLAH SWT yang tahu. Sampai bila dia harus bertahan, lama-kelamaan terpaksa juga menghadapi saat-saat genting begini. Kalau dari dulu dia menerima rawatan, taklah menderita sebegini kesakitan yang perlu ditanggung.
Elakkan makan yang bercengkerang sebagai contoh siput sedut, kerang, kupang. Bukan saya kata tak boleh makan, boleh cuma semua makanan tadi perlu dibasuh hingga betul-betul bersih. Bimbang kalau masih ada pasir yang melekat pada cengkerang tadi dan ianya merupakan salah satu punca kepada penyumbang penyakit Batu Karang ini.
Baiklah doktor, baru dia terasa lega selepas diberi berdas-das nasihat oleh doktor yang kacak bergaya itu.
Azmeer, kamu ambil alih kes. Nanti update dalam sistem. Hardie ikut saya pantau kes VIP semalam, pesan Tunku Harith dan beredar keluar selepas bersalaman dengan En. Jamil.
Sambil berjalan menuju ke pejabat mereka di tingkat 2, telefon Tunku Hardie berbunyi. Tunku Harith menjeling anak terunanya.
Excuse me, Pa...
Papa masuk dulu. Jumpa Papa dekat dalam...
Dia mengangguk. Sebaik Tun Tunku Harith menghilang di balik pintu, jari-jemarinya ligat mencari nombor telefon yang terpampang di skrin SG N5. Usai jumpa nombor yang dicari, dia menekan butang call lalu ditekap telefon selular itu rapat ke telinga.
Cayunk, I miss you. Kita jumpa okay Im going to fetch you kat Akademi, suara Tunku Hardie yang romantis kedengaran di corong telefon. Sungguh dia teramat rindukan untuk bertemu sang kekasih hatinya.
Talian telefon dimatikan. Dia menjengah pintu pejabat MD. Tun Tunku Harith menggamitnya.
Sibuk nampak
Tak adalah Pa... ujarnya menutup gugup. Jangalah Tun Tunku Harith bertanya lebih-lebih.
Apa kata esok kita dinner sama. Choose any restaurant, but make sure its marvelous!
Esok Esok tak boleh, pa. ButIm free next week. This week sibuk sikit. Ada VIP critical case nak kena review dengan Prof. Fattah dan Prof. Noah, beritahunya sambil membelek-belek calendar online yang terpampang penuh di skrin SG N5.
Pelbagai mesyuarat yang harus dihadiri sejak memangku MD minggu lepas. Disebabkan itulah, masanya jadi terlalu terhad untuk bertemu dengan Qamra Ain. Mana nak pantau VIP klien lagi, mesyuarat pasukan DMD dan mana nak layan kesongehan Jawatankuasa Pengurusan (MC) lagi. Mahu terkangkang duduk dibuatnya sebab tak cukup rehat.
No problem, son. Make sure to mark the date in your calendar. Dont forget to introduce your soulmate to me, pesan Tun Tunku Harith sambil menjungkit kening.
Soulmate Bolehlah aku kenalkan Qamra pada Papa masa dinner dan celebrate sekali birthday dia!
Thats a brilliant idea!
Macam mana kes jantung YM Raja Izuddin tu
Itulah yang nak kena bincang dengan Prof. Fatah tu. Semalam masa perbincangan, Prof. Fatah ada perkenalkan kaedah baru. Tapi, successful rate sangat rendah.
Terangguk-angguk kepala Tun Tunku Harith, Okeylah kalau macam tu. Apa-apa hal update Papa segera.
Dia mengangguk, Kalau tak ada apa-apa lagi, Hardie keluar dululah ya
BARU hendak disimpan SG N5 ke dalam poket seluarnya, tiba-tiba deringan telefon berbunyi sekali lagi. Pintu lif yang ditunggu tadi terbuka dibiarkan tertutup. Keningnya serta-merta berkerut selepas membaca nama yang terpampang penuh di skrin.
Kenapa betina ni tak habis-habis nak kacau hidup aku! Tunku Hardie mendengus kegeraman.
Kau lagi! Kau nak apa hah! Berapa kali aku nak cakap, masa aku kerja jangan telefon! Faham! jerit Tunku Hardie perlahan di suatu sudut yang sunyi sambil menekup mulut.
Dia diam sejenak mendengar apa yang hendak diberitahu oleh si pemanggil di talian.
Apa! Aku tak percaya! Jangan ganggu aku lagi!
Aku dah muak dengan kau! Talian terus dimatikan.
Tak habis-habis menyusahkan hidup aku! rengusnya sambil berjalan menuju semula ke pintu lif yang kebetulan terbuka. Tanpa berlengah, dia melangkah masuk dan lif meluncur laju membawa terus ke tingkat 2.