TUHAN, JAGAKAN DIA UNTUKKU - 8
Ustazah Nora sudah pun masuk ke dalam keretanya. Lalu dihidupkan enjin dan dan mengundur sedikit. Kemudian membuat lencongan dan betul-betul pintu sisinya itu berada di lorong ke asrama.

Kemudian nampak elok tiga susuk tubuh berjalan laju dan kemudiannya memasuki kereta Ustazah. Jaja duduk di hadapan, manakala Nurul dan La duduk di belakang kereta Daihatsu Charade tersebut. Kereta kecil namun sentiasa berjasa kepada penduduk Aspuri.

Kereta tersebut hadiah dari ayah Ustazah Nora selepas beliau menghabiskan pelajaran di Universiti Malaya waktu itu yang mana beliau perlu posting di sekolah ini. Beliau berasal dari Kajang, Selangor. Dan kerap kali pulang sendirian ke sana menaiki si comel tersebut. Sudah terbiasa.

Oleh kerana sudah terbiasa hidup di bandar, Ustazah Nora akan keluar membeli barangan lebih kurang dua minggu sekali. Jika ada sesiapa yang perasan, maka dapatlah ikuti beliau. Syaratnya perlu telefon ibu bapa terlebih dahulu. Jika sudah mendapat kebenaran, barulah beliau akan bawa.

Dan bandar yang biasa dituju ialah Bandar Ikan Patin, Temerloh. Sejak dari dulu lagi Ustazah Nora akan membeli barang kering di sana. Ada sahaja yang beliau bawa balik. Makan-makan juga

Tuhan, Jaga Dia Untukku

di tepi Sungai Pahang yang masih dipenuhi dengan rumah rakit bersusun di situ. Sudah semestinya menikmati ikan patin masak tempoyak. Fuh. Memang sedap.

Pagi itu mereka berempat menuju ke Temerloh. Membeli barang-barang kelengkapan Ustazah Nora kemudiannya terus ke Hospital Mentakab untuk menziarahi Imah.

Kereta kecil Ustazah mencari parking di sekitar hospital. Hospital besar yang dibina di atas bukit ini memang menjadi tumpuan penduduk dari Temerloh, Mentakab, hinggalah ke Lanchang sana. Malah orang Karak juga ada datang ke sini. Ia menjadi mercu untuk mereka datang berubat dan dirawat oleh doktor-doktor. Inilah satu-satunya hospital besar yang ada dalam daerah ini.

Selesai dapat parking, Nurul laju sahaja keluar dan meninggalkan Ustazah serta kawan-kawannya. Masuk sahaja ke dalam wad wanita, Nurul terpinga-pinga. Katil Imah sudah pun kosong. Lalu dia bertanya kepada jururawat yang ada di kaunter.

Setelah disemak. Rupanya Imah baru sahaja keluar dari hospital. Ustazah Nora memberi idea untuk menziarahi Imah di rumahnya sahaja. Nurul gembira. Berdebar takut-takut Ustazah akan memarahinya kerana tidak bertanya Ibu Imah terlebih dahulu sebelum ziarah.

Lantas semua kembali masuk ke dalam perut kereta. Lalu keluar dari kawasan hospital dan menuju ke Kampung Pasir Rawa. Nurul terpandang sebuah kereta putih yang ada ada seorang lelaki berdiri di sebelahnya. Takkan Leman Sampai berpusing badannya mahu lihat betul-betul. Namun kereta yang dinaiki agak laju dan berlalu begitu sahaja. Nurul seakan terpinga-pinga. Apa yang Leman buat di situ Kenapa dia boleh ada di Mentakab

Assalamualaikum. Nurul, Ustazah Nora dan dua lagi sahabatnya menaiki tangga. Pintu dibuka dan Ibu Imah pun keluar menyambut salam dan menghulur tangan. Mereka dijemput naik ke rumah Imah.

Rumah kayu binaan lama dengan tangga yang diletakkan di sisi itu nampak seperti rumah tinggalan. Cat hijau mudanya sudah betul-betul lusuh hingga nampak warna sebenar kayu. Apabila sudah naik ke atas, ada sedikit ruang yang menempatkan dua set sofa kayu. Kusyennya ya Tuhan sudah tak sanggup untuk diduduki, bimbang pecah terus. Kemudian barulah ada pintu yang boleh dibuka dua bilah serentak. Kecil, namun ada ciri kemelayuannya. Mana Imah, makcik

Ada di bawah. Mak kamu tahu kamu balik ni Nurul

Tahu, tahu, nanti Nurul lari sekejap ke sana ya makcik, jawab Nurul.

Imah!

Nurul berlari menuruni tangga dari ruang tamu ke ruang dapur rumah emak Imah. Ada sebuah katil untuk seorang sahaja berbaring disitu dan Imah sudah pun boleh duduk. Memberi senyuman paling manis kepada Nurul dan kawan-kawannya.

Mereka berpelukan. Lama masa diambil untuk berputus badan apabila dua-duanya melekap antara satu sama lain. Ada sinar kasih sayang antara dua orang sahabat ini.

Makin sihat dah kau ni! Syukur!

Mestilah! Kau tengok badan aku ni, makan makan makan, makin berisi. Lalu pecah keheningan tengah hari itu, mereka ketawa sekuat-kuatnya.

Hoh, lupa! Ini Jaja, Ini La, ini pula ustazah kegemaran semua orang, Ustazah Nora, ujar Nurul. Laju sahaja ustazah menepis dan menghulur salam kepada Imah.

Emak Imah menyiapkan air panas dan sedikit biskut dan mereka bersembang beria-ia. Dari kisah kaset Siti Nurhaliza sampailah ke dilanggar kereta, habis semuanya dikorek kembali dan diceritakan dengan lebih yakin kepada semua yang hadir. Nurul mengangguk sahaja setuju.

Assalamualaikum. Semua terdiam. Nurul mengenali suara itu.

Mak! Waalaikumussalam!

Mak dah agak kau mesti ke sini, bertuahnya! Mak dah jumpa Mak Imah tadi beritahu Imah dah balik. Ini mak ada masak sikit. Kita makan dekat sinilah. Emak Nurul mengeluarkan mangkuk tingkatnya.

Ada empat. Yang di atas sekali ada telur masin yang belum dibelah. Ada 4 biji. Kemudian di bawahnya pula ada sayur pucuk paku yang dimasak dengan santan bersama ikan bilis dan sedikit petai.

Di bawahnya lagi ada ikan puyu yang dimasak taucu. Ya Tuhan, ikan ini pasti digoreng garing terlebih dahulu kemudiannya dimasukkan taucu dan cili hijau.

Dan di bawah sekali ada ayam yang dimasak dengan kicap manis. Nasinya pula dalam bekas yang berlainan. Nurul terus bangun dan mengambil pinggan serta sudu-sudu yang ada. Emak Imah pula menyediakan air masak dengan gelas-gelas yang lain.

Tengah hari itu, tujuh tubuh makan bersama-sama di rumah Imah. Imah memandang seorang demi seorang. Mungkin sebab doa mereka inilah aku hidup hari ini. Yang aku gembira kerana adanya mereka. Dan mereka juga suka dengan kehadiran aku dalam hidup mereka.

Segalanya dan seluruhnya kasih sayang yang aku terima, tak pernah sedikit walau aku tak pernah dapat kasih sayang seorang bapa. Tak pernah.

Terima kasih Tuhan, bisik Imah.