BINTANG AL-NILAM DI LANGIT MENTAKAB - 8
Pagi itu, Tok Penghulu bertandang ke rumah Cikgu Muhammad. Bersembang atau bahasa jelasnya mahu mengucap jutaan terima kasih kerana anak Cikgu Muhammad berjaya menangkap orang minyak yang sering mengganggu seantero penduduk kampung.

Ada bersama ibu Nurul dan Nurul sendiri. Saling bersembang dengan pasangan berdua masing-masing. Sedang Leman bermain dengan ikan puyu yang diletakkan di dalam balang kecil di atas para dapur, konon-konon berlakon tidak peduli tentang Nurul, Nurul pun datang dan menyapa. Ibu bapa mereka bersembang dan leka dengan penceritaan masingmasing, Nurul dan Leman pula sudah pun berada di luar rumah.

Kau selalu main kat mana Leman

Aku selalu dengan Faduli dan Baha, kami main kat padang sana saja, kadang-kadang main joran belakang rumah Mak Lang. Kau tanya Leman kembali.

Aku tak ke mana, selalu kat rumah. Mak aku baru nak cubacuba ambil upah menjahit, kena cari duit. Bapak aku sambung belajar, ada adik aku lagi. Susah juga, kadang-kadang kena jaga adik masa mak aku menjahit. Kan atuk kau penghulu

Nurul! Nurul! Ibu Nurul memanggil. Soalan tadi terputus begitu sahaja. Nurul kembali masuk ke dalam rumah dan Leman mengekori dari belakang. Leman masih tidak berpuas hati beberapa soalan dibenaknya tidak dapat ditanya dan dijawab oleh Nurul. Sedang mereka bersalaman mahu pulang ke rumah, sempat Leman mengikrar janji kepada Nurul untuk berjumpa di laman rumahnya pagi Sabtu nanti. Nurul mengangguk perlahan sambil mencebik bibir. Leman ketawa gembira dan terus berlari mendapatkan Faduli lalu mengajak menjoran di jambatan gantung.

Jambatan ini telah dibina sejak mereka di dalam perut ibu masing-masing. Menghubungkan dua tanah yang berada dalam satu kampung. Kadang-kadang orang kampung menyebut Pasir Rawa Seberang, itu menandakan kawasan kampung di seberang sungai. Juga tanah yang sama rumahnya Bahari. Yang menghubungkan mereka ialah jambatan gantung.

Dari jambatan ini, joran-joran tidak perlu dibuat panjang talinya. Cukup empat lima meter sudah sampai ke dalam sungai. Dan ikan-ikan yang ada sudah lama menanti di bawahnya.

Hari ini kita joran puas-puas Duli! Ada dua perkara aku gembira. Satu, kaki kau dah baik! Satu lagi aku nak jumpa Nurul Sabtu ini!

Faduli ketawa dan mereka saling merangkul bahu masingmasing. Joran dilempar sambil tangan masing-masing memegang erat hulunya. Sudah terbiasa meletakkan joran kecil yang dibuat sendiri dari kayu-kayu jalanan yang diambil dan kemudiannya diasah di bahagian hadapan dan dijadikan joran setelah diletakkan tali pancing dan beberapa aksesori lain.

Sudah lelaki, kerja lelaki jugalah lagaknya. Leman dan Faduli diam bersama. Serentak mengamati liuk air yang sedang menyusuri perlahan. Sekejap-sekejap ada ikan yang bermain di gigi air menyebabkan mereka saling menunjukkan dengan jari masing-masing di sana sini. Muncung keduanya juga saling menuju ke sana sini, konon joran bergerak ke kanan kiri.

Joran Faduli ditarik. Lekas Faduli memegang erat. Leman lekas ikut berdiri. Cepat Faduli mengangkat kail, busssss seekor ikan patin bersaiz kecil berjaya ditangkap. Faduli perlahan-lahan membuang mata kail di mulut ikan. Berhati-hati risau terkena jari sendiri. Leman menggeleng kepala, jorannya masih belum mengena. Beliau kembali duduk dan berharap hari itu ada tuah untuk dirinya sendiri.

Sepanjang dua jam di pesisir Sungai Semantan, Faduli sudah pun berjaya menangkap empat ekor ikan. Dua ekor ikan patin, seekor ikan botak dan seekor lampam. Sedang Leman masih mendagu seribu bahasa. Tiada tuah akhirnya!

Sudah kebiasaan di tanah Pahang, ikan patin sentiasa menjuarai mana-mana joran yang dilempar. Adakala mendapat patin emas atau patin buah, maka berkendurilah sekeluarga menjamu Patin Masak Asam Tempoyak. Masakan ini menggunakan bahanbahan asas di tepi rumah-rumah kampung. Hanya guna bunga kantan, cili padi dan daun kesum. Tempoyak yang sudah lama diperam diperlukan, wajib masam. Jika guna yang manis, tidak berapa menjadi. Dah nama anak jati Pahang, jika makan masakan ini perlu ada siap semangkuk jeluk di sisi nasi. Boleh terus dijadikan sup dan dihirup sepuasnya.

Faduli menghadiahkan Leman seekor ikan patin dan seekor ikan botak. Masing-masing pulang ke rumah dan mahu memasak juadah ikan segar dari Sungai Semantan. Langit sudah pun semakin gelap. Sedang mereka berpisah, tiba-tiba Faduli menjerit. Leman melepaskan ikan-ikan di tangannya dan berlari ke arah Faduli.

Arrrghhhhh!! Tolong! Tolong Leman! Pacat!

Ah kau ni! Bikin gempar senja begini! Terus Leman menarik pacat di celah jari kaki Faduli dan membuangnya ke tanah. Terus mencebik bibir Leman dan berlalu kembali mengambil ikan yang dihempaskannya tadi dan kembali pulang ke rumah.

Harap saja muka jantan, tapi takut sama pacat. Cis! Faduli ketawa. Leman juga ceria pulang.