Makhluk Gelap Bersayap terbang dengan kelajuan sederhana. Sebelah tangannya mengendong bayi perempuan manakala sebelah lagi menutup kepala bayi tersebut daripada terkena ranting-ranting pokok. Belahan sayapnya sibuk mematahkan ranting-ranting halus yang menghalang laluan. Sayapnya yang megah perlahan-lahan diturunkan. Ia mendarat di permukaan tanah berhampiran pokok yang berbuah kekuningan. Sebiji buah dipetik lantas dimasukkan ke dalam rahang mulut yang lebar dan dipenuhi barisan gigi-gigi yang tajam.
Makhluk Gelap Bersayap meludah kembali buah yang dimakan. Air liurnya menceceh. Bayi perempuan di dalam kendongan ketawa kecil melihat perilakunya. Makhluk Gelap Bersayap turut tersenyum. Ia berjalan perlahan-lahan kerana khuatir bentuk fizikalnya yang besar bakal mengejutkankan manusia yang mungkin berada di kawasan berhampiran. Ia ternampak satu pohon rendang yang berbuah lebat. Ia mencapai sebiji buah dan mula mengunyah.
Sebiji lagi buah dipetik lalu dihulurkan kepada bayi perempuan yang dikendong. Bayi tersebut menggigit sedikit isi buah dan tersenyum. Pipinya diusap Makhluk Gelap berulang kali. Badannya diletakkan di atas tanah dan dibiarkan berguling-guling dan bertatih. Bayi itu ketawa mengekek. Seronok barangkali. Sini! Sini! Aku nampak dia terbang masuk dalam kebun ni. Kedengaran suara kasar seorang pemuda. Makhluk Gelap Bersayap mendiamkan diri.
Bunyi derapan kaki manusia menghampiri. Makhluk Gelap Bersayap merangkul bayi tersebut untuk mencari perlindungan. Cepat-cepat ia terbang dan berlindung di balik batu besar yang kebetulan terletak tidak jauh dari pohon tersebut. Bayi naif itu hanya ketawa. Ia menutup mulut bayi perempuan itu rapat-rapat menggunakan tangan kirinya.
Sumpah! Aku nampak benda tu terbang masuk sini.
Lelaki yang mengepalai kumpulan manusia itu mencaricari jejak di permukaan tanah. Dia kelihatan seperti tidak berpuas hati. Wajahnya garang dan penuh perasaan benci. Dia terus berjalan dan ternampak kesan ludah.
Kau tengok ni. Kesan ludah benda tu. Dia mesti ada kat sini. Kamu berdua pergi ke seberang sana. Kau ikut aku. Kita mara ke hadapan. Pemuda tersebut memberi arahan kepada kumpulannya.
Dua orang manusia lengkap bersenjatakan parang berlalu ke arah bertentangan manakala dua orang lagi menuju betul-betul ke arah batu besar tempat perlindungan Makhluk Gelap Bersayap dan bayi tersebut. Bayi itu mula meronta kerana rimas dengan tangan bersisik dan besar yang menutup separuh wajahnya. Dua lelaki bersenjatakan parang semakin menghampiri mereka. Jangan risau. Kamu selamat. Tidak perlu berbunuhan. Satu suara lembut menyapa Makhluk Gelap Bersayap.
Makhluk Gelap Bersayap yang bersedia untuk menyerang dua lelaki bersenjata tersebut terkejut. Hampir sahaja ia melompat. Seorang perempuan manis berbaju kurung dan berkain batik berdiri di hadapannya. Rambutnya dibiar lepas.
Biar aku uruskan. Kamu tunggu di sini.
Perempuan itu berjalan ke arah pemuda tadi. Dua orang lelaki yang berada di situ merendahkan senjata di genggaman masing-masing. Mereka tersenyum melihat perempuan cantik di hadapan mereka. Nona manis, buat apa sendirian di hutan belantara begini Pemuda tadi menegur perempuan tersebut. Dia cuba bersikap ramah.
Tidak takut dengan binatang buas Rakannya turut menyampuk.
Nanti dimakan, dicederakan binatang buas atau lelaki
ganas bagaimana
Perempuan itu cuma tersenyum. Dia tunduk ke bawah dan mengorek sedikit tanah. Tanah itu digenggam erat.
Mari ikut kami pulang. Tidak selamat di sini. Kami baru
saja nampak ada benda besar mendarat di sini. Khuatir ada kliwon yang mencari mangsa buat tegukan darah.
Tidak mengapa abang berdua. Saya boleh jaga diri. Lihat ini, ada tanah.
Kedua lelaki tersebut ketawa besar. Seorang daripada mereka menekan perut mendengar kata-kata perempuan itu.
Fuh!
Perempuan itu meniupkan tanah digenggamannya ke arah pemuda di hadapannya. Tubuh mereka tiba-tiba menjadi kaku. Ingat, tidak ada apa-apa di sini. Terus pulang dan jangan datang lagi! Keras suara perempuan tersebut memberi amaran. Terkocoh-kocoh kedua lelaki tersebut meninggalkan kawasan itu. Mereka seolah-olah dipukau. Makhluk Gelap Bersayap keluar dari tempat persembunyian sambil memandang perempuan yang telah menyelamatkannya.
Namaku Patimae. Jangan risau. Aku tidak akan mengapaapakan kamu dan bayi comel ini. Apa tujuan kamu ke mari Patimae memandang tepat ke arah Makhluk Gelap Bersayap.
Makhluk Gelap Bersayap cuma memandang bayi perempuan dalam pelukannya sambil mengeluarkan bunyi. Kamu lapar Patimae cuba meneka.
Anak yang comel ini anak kamu
Makhluk Gelap Bersayap menggelengkan kepala. Budak perempuan yang dipeluk mula merengek.
Ayuh, sini. Biar aku yang kendong. Berapa lama sudah dia tidak diberikan susu Patimae menghulurkan tangannya untuk menyambut bayi perempuan itu. Makhluk Gelap Bersayap mendiamkan diri.
Yang kamu sembunyikan cengkerang di balik telinga kamu itu mengapa Jangan risau, aku tahu itu amanah daripada seseorang. Tapi, kamu harus hati-hati. Amanah itu juga boleh membuatkan kamu dan budak ini dalam celaka musibah.
Makhluk Gelap Bersayap memegang cengkerang siput di balik telinganya. Ia mengangguk-angguk perlahan.
Pondok aku tidak jauh dari sini. Ada sedikit susu kambing lebihan daripada perahan awal pagi tadi. Mungkin boleh dibuat alas perut anak comel ini. Ada juga daging lembu segar yang aku sembelih tadi. Lebihannya aku simpan untuk disalai. Kamu boleh ambil sedikit untuk dibuat bekal perjalanan kamu.
Makhluk Gelap Bersayap membuntuti Patimae. Mereka menghampiri sebuah pondok yang dikelilingi bulatan pagar yang diperbuat daripada pohon kayu berduri. Makhluk Gelap Bersayap berhenti. Patimae yang sudah melintasi bulatan tersebut seakan mengerti dan berpaling.
Kamu tidak akan cedera. Kalau kamu berniat jahat, kamu akan mati disini juga dibelit dengan bisa daripada pohon kayu berduri ini. Tapi, aku yakin kamu tidak begitu. Cuma salah dimengerti. Ayuh, masuk. Patimae menyuruh Makhluk Gelap Bersayap untuk masuk ke dalam bulatan itu.
Makhluk Gelap Bersayap teragak-agak. Perlahan-lahan ia melangkah masuk ke dalam bulatan pohon kayu berduri. Sebelah kakinya sudah berada di dalam bulatan pohon kayu berduri namun tiada sebarang kecederaan yang dialami.
Nah, lihat. Ternyata kamu bukan berniat buruk. Anak comel ini sudah lapar. Abaikan saja ya apa yang tersidai di kiri dan
kanan pondok. Itu semua sebagai peringatan.
Makhluk Gelap Bersayap melihat kiri dan kanan pondok. Pelbagai jenis bangkai hidupan dan mayat manusia yang berulat bersepah di sekelilingnya. Darah mayat tersebut meleleh membasahi tanah. Kesemua mayat dan bangkai itu dililit-lilit oleh pohon kayu berduri.
Sudah aku bilang abaikan saja. Ayuh masuk ke dalam. Rehat dan esok kamu teruskan perjalanan. Patimae tersenyum melihat gelagat Makhluk Gelap Bersayap.
Makhluk Gelap Bersayap berjalan dengan penuh berhatihati menaiki tangga pondok. Sekali lagi ia terkejut apabila melihat mayat dua lelaki bogel tidak berkepala. Kaki mereka dipotong manakala jasad mereka digantung dengan cangkuk besi menembusi bahagian dada.
Maaf. Aku lupa asingkan dua mayat perogol kampung ni. Tadi aku sedang menguruskan perogol perogol celaka ini sebelum aku rasa bahang panas daripada leherku. Itu tandanya sesuatu bukan manusia sedang melintas masuk ke dalam kawasan kampung. Bukannya senang untuk aku berjumpa Makhluk Gelap Bersayap yang masih hidup. Kamu yang terakhir daripada jenis kamu di dunia ini, Jelas Patimae sambil memandang wajah Makhluk Gelap Bersayap.