Tiada Tajuk - 8
Bab 8

"Nak peduli apa Biarlah dia orang nak cakap apa pun. Lagipun perkara tu dah lama la berlaku. Dah tiga tahun pun. Aku pun dah berjaya lupakan Azim. Kenapa orang lain tak boleh"

"Betul ke kau dah lupakan Azim"

"Betul la."

"Kalau betul kau dah lupakan Azim, kenapa kucing hodoh kau ni kau namakan Azim jugak Maksudnya kau masih belum lupakan dia la bongok!" cela Nisa sambil mengusap kasar kepala kucing kesayangan Elmira yang dari tadi menyendengnya.

Elmira mengangkat kucing hitamnya. Lalu dipeluk lama sambil mengucup kepala kucing itu beberapa kali. Soalan-soalan Nisa dibiarkan saja tidak berjawab. Sebab dia malas nak layan. Kalau dia rajin nak layan pun, tak ada apa yang boleh diperkatakannya.

Bagaimana dia hendak menerangkan tentang apa yang berlaku Sebab dia pun tidak memahaminya. Yang dia tau, semasa majis harijadinya yang ketujuh belas tiga tahun yang lepas, Azim tak semena-mena berupah rupa menjadi satu makhluk yang menakutkan. Berbulu hitam lebat, bermata hijau dan bertaring. Tak ubah seperti... kucing. Sebab tulah bila ada seekor kucing hitam yang masuk ke biliknya tidak lama selepas kejadian itu, Elmira terus mengambilnya untuk dipelihara. Dan dinamakannya dengan nama Azim juga. Nama yang ingin dia panggil setiap hari. Tapi tak mungkin lagi. Hanya mampu merindui dalam hati. Namun masih dalam diam.... Elmira yakin, Azim akan kembali.

Telefon bimbit bertatah berlian tiruan milik Elmira berbunyi.

"Private number..." bisik Elmira sebelum menjawab panggilan tidak bernama itu.

"Hello Cik Elmira..."

"Hai... siapa ni"

"Nama saya Han."

"Han"

"Ya."

"Kita..."

"Kita tak kenal."

"Habis tu mana awak dapat nombor telefon saya ni"

"Saya difahamkan Cik Elmira ada bela seekor kucing," soal lelaki itu tanpa menghiraukan pertanyaan Elmira.

"Betul. Kenapa..." Dahi Elmira mengerut.

"Macam mana kalau saya kata bahawa kucing yang Cik Elmira bela itu, sebenarnya milik seseorang."

"Saya tak tau. Masa dia datang pada saya dulu pun dia tak pakai collar.... Encik Han..."

"Panggil saya Han je."

"Fine... Han. Mana awak tau semua ni Pasal saya, kucing saya."

"Heheh.... Cik Elmira tak sedar ke yang Cik Elmira ni famous"

"Saya tak faham."

"Peristiwa tiga tahun lepas. Masa majlis harijadi..."

Tuuuuutttttttt.......

Elmira mencampakkan telefon ke atas katil sehingga melantun beberapa kali.

"Siapa tu Kenapa kau letak" soal Nisa.

"Macam biasalah. Orang sewel yang kacau aku pasal insiden tu."

"Selalu ke kau dapat panggilan dari orang asing"

"Selalu jugak..."

"Patut la kau selalu tukar nombor phone eh"

"But they always seem to find a way to track me."

"Ignore je..."

"Tapi kali ni lain sikit la."

"Lain macam mana"

"Selalu kalau orang telefon aku, dia orang tanya pasal Azim. Tapi lelaki tadi, dia tanya pasal kucing aku..."

"Azim jugak la tu..." gurau Nisa yang pada telinga Elmira lebih kedengaran seperti kenyataan loyar buruk.

"Tapi kan... kau tak rasa pelik ke" sambung Nisa lagi.

"Pelik apa lagi... Kau ni tak habis-habis pelik pelik pelik..."

"Yalah.... Kejadian kat rumah kau tu. Kau tak hairan ke kenapa tak ada langsung liputan akhbar ataupun berita Tak ada pulak siasatan. Saksi-saksi yang nampak malam tu pun, semua senyap je. Tak nak tampil. Cuma duk cakap belakang-belakang je..."

"Habis tu kenapa tak kau je yang tampil ke hadapan Pergi la cakap kat dalam tv tu. Kau kan gila glamour..." perli Elmira.

"Sebab aku tak ada di tempat kejadian malam tu! Eh... kau nasib baik tau aku kena demam campak masa tu. Kalau tak mesti aku dah snap gambar pakai semak fon aku!"

"Ramai je yang ambil gambar Azim malam tu..."

"Mana pergi gambar-gambar tu semua Dalam internet tak ada pun. Padahal zaman sekarang ni kan mana ada rahsia lagi dah. Lagi-lagilah benda besar macam ni. Selalunya confirm dah masuk dalam Facebook or blogs and stuff..."

Lagi sekali Nisa menimbulkan persoalan yang sudah muak bermain dalam fikiran Elmira. Bukan Elmira tak pernah mempersoalkan semua yang terjadi. Dah tentu ya. Malah barangkali dialah yang paling terdesak sekali untuk mengetahui kebenaran di sebalik semua ini.

Kenapa Azim berubah rupa begitu. Kenapa dia menghilangkan diri. Kenapa pihak polis seakan-akan cuba menyembunyikan sesuatu, dan mengabaikan setiap soalan Elmira berkenaan dengan kejadian malam tu. Malah mereka juga berkelakuan seperti tak ada apa-apa yang pernah berlaku. Setiap kali Elmira ke balai polis, mereka mengatakan bahawa kes itu sudah ditutup. Semuanya berkelakuan aneh. Sehingga ke tahap ada antara pegawai polis yang hadir pada malam itu menafikan kejadian tersebut pernah berlaku pun.

bersambung

Bab akan datang:

Mengapakah kes mengenai Azim ditutup Apakah yang telah berlaku sehinggakan pihak polis juga menafikan kejadian itu pernah berlaku