Segala apa yang kita rasakan, sebenarnya adalah rahmat Allah SWT. Bayangkan jika hati ni keras macam batu dan tidak boleh rasa apa-apa emosi Tentu bosan kan
Jika kehilangan mana-mana bahagian badan seperti tangan, kaki, telinga atau buah pinggang, kita masih boleh berfungsi walaupun dalam tidak sempurna. Tetapi sekiranya tidak mempunyai hati, kita akan terus mati.
Hati kita mempunyai dua jenis fungsi iaitu fizikal dan spiritual. Hati yang sihat tidak semestinya hati yang bersih. Wise Owl pernah berkata bahawa hati kita ini seperti cermin. Jika cermin itu kotor, maka apa yang kita akan terlihat adalah an ugly reflection of ourselves. Jika kita sinarkan cahaya pun, ia tidak akan terpantul dengan betul malah akan terpesong ke arah lain.
Sama juga keadaannya bila hati kita kotor. Ia tidak akan dapat menerima sebarang cahaya atau nur dari Tuhan. Hati yang bersih boleh menerima nur dengan senang tanpa dihalangi atau terpesong.
Tiada siapa yang ingin melihat bayangan sendiri melalui cermin yang kotor kerana imej yang terlihat adalah bayangan hodoh diri sendiri.
Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati.
Riwayat Bukhari
Soalannya, macam mana hati kita boleh kotor Ia terjadi apabila kita melakukan dosa dan perkaraperkara buruk. Setiap kali melakukan dosa, satu bintik hitam akan muncul di hati. Apabila terlalu banyak bintik hitam yang wujud, ia akan menyeliputi keseluruhan hati kita dan kemudian menjadi hitam. Hati yang hitam tidak akan rasa bersalah dan akan terus terjerumus dalam dosa.
Bagaimana kita hendak hilangkan bintik hitam itu Apabila kita membuat kebaikan, ia akan memadam bintik hitam tersebut. Lagi banyak kita buat baik, makin bersihlah hati kita.
Sesungguhnya jika seseorang hamba melakukan suatu perbuatan dosa, maka akan muncul dalam hatinya satu noda hitam. Jika dia bertaubat dari perbuatan itu maka hatinya akan menjadi jernih, tetapi jika dia menambah perbuatan itu, maka akan
bertambah pula noda itu.
Riwayat Tirmizi
Jika kita lebih banyak melakukan dosa, memang takkan bersihlah hati kita. Ia umpama menambah air yang kotor ke dalam kolam yang yang tertutup.
Dahulu, saya pernah membaca buku motivasi bertajuk chicken soup for the soul. Buku tersebut adalah himpunan kisah-kisah benar berkaitan dengan motivasi dan roh. Pada mulanya, memanglah seronok membaca dan very enlightening tetapi saya masih rasa sesuatu yang tidak lengkap di dalam buku tersebut.
Semasa mula menghadiri kelas tafsir Quran, saya sedar benda tak lengkap itu sebenarnya adalah Quran. Terjemahan Quran saya yang pertama diberi oleh Wise Old Man. Bila mula membacanya, MasyaAllah! Saya sedar bahawa saya tidak memerlukan buku motivasi untuk menggembirakan hati, hanya perlukan Quran.
Al-Quran mengajar kita perkara-perkara yang tidak terbayangkan. Quran juga mengubat hati yang resah dan duka. Quran juga boleh membersihkan rohani kita. Kalau tak percaya, cuba dengar bacaan Quran oleh Sheikh Misyari Rashid. Adakah hati tidak bergetar mendengarnya Tidakkah hati kita cair apabila mendengar ayat-ayat Quran dibacakan Kalau hati tidak langsung menunjukkan sebarang reaksi semasa ayat-ayat dibaca dengan penuh asyik dan lunak, maka besar kemungkinan hati kita telah mati. Ia memerlukan CPR untuk dihidupkan kembali sebelum terlambat.
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Surah Al-Isra 17:82
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
Surah Al-Anfal 8:2
Selain membaca Quran, salah satu cara menyucikan hati ialah melalui sedekah. Ramai yang menganggap bahawa sedekah memerlukan duit yang banyak. Sebenarnya tidak. Kadangkala, tak perlu duit sesen pun.
Jika kita tak ada duit, sedekahkan tenaga dan masa menolong orang lain. Kita juga boleh sedekahkan ilmu. Ilmu yang disedekahkan itu akan menjadi amal jariah jika dimanfaatkan oleh orang lain. Maksud amal jariah ialah perbuatan atau amalan baik yang dilakukan dan mendatangkan pahala sehingga akhirat. Pahala ini berterusan walaupun kita sudah mati. Tapi kalau kita nak sedekahkan ilmu, pastikanlah ia ilmu yang baik. Jika mengajar ilmu kejahatan, kita juga akan mendapat dosa setiap kali mereka amalkan ilmu tersebut.
Tiap muslim wajib bersedekah. Para sahabat bertanya,
Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu Nabi SAW menjawab, Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu bersedekah. Mereka bertanya lagi, Bagaimana kalau dia tidak mampu Nabi menjawab, Menolong orang yang memerlukan yang sedang teraniaya. Mereka bertanya,Bagaimana kalau dia tidak melakukannya Nabi menjawab, Menyuruh berbuat makruf. Mereka bertanya, Bagaimana kalau dia tidak melakukannya Nabi SAW menjawab, Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah.
Riwayat Bukhari dan Muslim
Diriwayatkan hadith dari Munziri Bin Jariri RA, daripada bapanya berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Barangsiapa membuat kelakuan (yakni, mengajarkan sesuatu ilmu atau amalan yang baik) maka diamalkannya (yakni, orang yang mendapat ilmu itu) dan diajarkannya (orang lain) dengan kebaikan itu baginya pahala, seperti orang yang mengamalkan dari amalan yang dia beramal dengannya tidak mengurangi dari pahala mereka (yang mengamalkannya) sedikit pun. Dan barangsiapa membuat kelakuan yang buruk (i.e. jelek) (yakni, mengajarkan kejahatan atau sesuatu ilmu yang tidak baik) maka beramal dengannya ada atasnya dan mengajarkan orang lain (diberatkan atasnya) dosa dan dosa barangsiapa yang mengamalkannya dengan kelakuan tidak baik itu tidak mengurangi dari dosa (orang lain yang beramal) tersebut sedikit pun.
Riwayat Ibnu Majah
Dari Abu Hurairah RA katanya: sabda Rasulullah SAW:
Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.
Riwayat Muslim
Selain dari itu, kita harus menjauhi diri daripada perkara-perkara yang boleh mengotorkan hati.
Jangan biarkan hati mati. Hati yang mati tak ada guna. Hidupkan hati dengan zikir dan juga membaca Quran. Lakukan sebanyak mana solat sunat yang kita mampu. Tambahkan ilmu yang bermanfaat. Penyucian hati adalah proses yang berterusan sehinggalah kita menghembuskan nafas terakhir.
Saya pernah terbaca bagaimana malaikat menyucikan hati Nabi Muhammad SAW dengan air zam zam.
Bahawasanya Rasulullah SAW didatangi malaikat Jibril ketika baginda sedang bermain dengan beberapa rakan. Jibril kemudian menangkap, menelentangkannya, lalu Jibril membelah dada. Jibril mengeluarkan hatinya, dan mengeluarkan dari hati beliau segumpal darah beku sambil mengatakan Ini adalah bahagian syaitan darimu. Jibril kemudian mencucinya dalam wadah yang terbuat dari emas dengan air zam-zam, lalu ditumpuk, kemudian dikembalikan ke tempatnya. Sementara temantemannya menjumpai ibunya (maksudnya orang yang menyusuinya) dengan berlari-lari sambil berkata: Sesungguhnya Muhammad telah dibunuh. Kemudian mereka bersama-bersama menjumpainya, sedangkan dia dalam keadaan berubah rona kulitnya (pucat). Anas mengatakan: Saya pernah diperlihatkan bekas jahitan di dadanya.
Riwayat Muslim
Riwayat Anas Bin Malik, pada malam dijalankannya Rasulullah SAW dari Masjid Al-Haram datanglah kepadanya 3 orang pada saat sebelum turunnya wahyu, sedangkan Rasul pada waktu itu sedang tidur di Masjid Al-Haram. Kemudian berkatalah orang yang pertama, Siapakah ini Kemudian orang kedua menjawab, Dia adalah orang yang terbaik di antara mereka (kamunya). Setelah itu berkatalah orang ketiga, Ambillah orang terbaik itu. Pada malam itu Nabi tidak mengetahui siapa mereka itu, sehingga mereka datang kepada Nabi di alam yang lain dalam keadaan matanya tidur sedang hatinya tidak tidur. Demikianlah para Nabi, meskipun mata mereka terpejam, namun hati mereka tidaklah tidur. Sesudah itu, rombongan tadi tidak berbicara sedikit pun kepada Nabi sehingga saatnya mereka membawa Nabi dan meletakkannya di sekitar sumur zam zam. Kemudian Jibril-lah di antara mereka yang menguasai diri Nabi, lalu Jibril membelah bagian tubuh, antara leher sampai hatinya, sehingga kosonglah dadanya. Sesudah itu Jibril mencuci hati Nabi dengan air zam-zam dengan menggunakan tangannya, sehingga bersihlah hati beliau. Kemudian Jibril membawa talam yang terdapat di dalamnya bejana emas yang berisi iman dan hikmah. Kemudian dituangkanlah isi bejana itu membubuhi dada beliau dan uraturat tenggorokannya. Kemudian naik menuju ke langit dunia.
Riwayat Bukhari
Akhir sekali, salah satu cara yang paling mudah untuk menyerikan hati yang gundah gulana dan buat ia bersinar adalah dengan senyum dan bergembira selalu. Bersyukurlah dengan apa yang Tuhan kurniakan kepada kita. Doakan yang terbaik untuk orang lain. Berbuat baik kepada ibu bapa. Jaga lidah supaya hanya berkata perkara-perkara yang baik sahaja. Maafkan semua orang dan selalu memohon ampun dari Tuhan setiap malam sebelum tidur.
Jaga hati kita dengan baik dan rohani kita akan bersinar, insya-Allah.