Tersebutlah pula Panglima Simirlain yang telah berjanji dengan Baginda Yazid untuk menangkap ketiga orang anak Ali yang gagah perkasa itu. Berangkatlah Panglima Simirlain menuju ke kota Madinah. Di pertengahan jalan bertemulah ma itu dengan satu angkatan sedang berkhemah. Panglima Simirlain segera ditegur oleh ketua angkatan yang berkhemah itu.
Hai, pengembara. Kenapakah terlalu cepat sekali tuan hamba, siapa nama tuan hamba dan hendak ke mana
Hamba Panglima Simirlain, pahlawan terbilang Baginda Yazid. Tujuan sebenarnya hendak ke kota Madinah kerana perintah Baginda Yazid untuk menangkap hidup-hidup anak Baginda Ali tiga bersaudara.
Oh begitu.
Raja Umar Ali berpaling kepada saudaranya berdua sambil tersenyum.
Tapi sebelum itu hamba rasa lebih baiklah tuan hamba berehat sahaja di sini seketika untuk menghilangkan lelah.
Simirlain dan angkatannya bersetuju untuk berhenti. Setelah semuanya berehat, dihidangkan pula oleh Baginda Umar Ali dengan makanan yang lazat.
Tuan hamba, baliklah kepada kaum tuan hamba, kerana kerja saudara ini akan menjadi sia-sia sahaja, titah Raja Umar Ali setelah selesai makan.
Apabila didengar oleh Panglima Simirlain akan nasihat tersebut, dia pun pulang ke khemah. Kemudian dengan segera dia menceritakan hal itu kepada ketuanya.
Apa, ada tiga orang yang menjadi ketua rombongan itu tanya ketuanya.
Memang benar, hamba sendiri melihatnya.
Ketiganya telah melayan hamba begitu baik sekali. Panglima Simirlain menatap wajah ketuanya.
Sebenarnya kau telah ditipu oleh anak Baginda Ali tiga beradik.
Hamba ditipu Ah, takkanlah orang bertiga itu anak Ali, hamba lihat terlalu lembut sahaja orangnya, bukan lawan hamba.
Semasa mereka bercakap-cakap itu masuklah pengawal yang bertugas di luar.
Ketua Panglima, hamba lihat satu angkatan sedang berkhemah bertentangan dengan khemah kita. Mereka baru sahaja sampai ke sini. Hamba mulanya tidak berasa curiga, tetapi apabila hamba lihat mereka amat berlainan sekali hamba pun terus datang.
Pengawal, segera perintahkan askar kita agar bersiap sedia kerana hamba tahu itu adalah angkatan anak Baginda Ali tiga bersaudara.
Jangan lupa palukan gendang perang.
Baiklah Panglima, hamba akan jalankan segera.
Keluarlah pengawal itu mengerahkan askar-askar agar bersiap sedia untuk berperang. Kemudian dipalunya gendang perang. Terlalu kuat bunyinya.
Setelah siap, kedua-dua belah pihak pun masuklah ke tengah medan. Begitu lama berperang akhirnya banyaklah tentera dari pihak Simirlain yang mati. Apabila dilihat oleh Simirlain begitu ramai askarnya telah gugur dengan segera dia memerintahkan agar dipalu gendang berhenti perang. Dia berkata-kata dalam hatinya.
Kalau sekiranya aku terus menentang anak Ali tiga saudara ini dengan kekuatan pasti akan habislah askarku. Lebih baik aku mencari jalan dengan tipu helah pula.
Simirlain pun segera menulis sepucuk surat kepada salah seorang askar Umar Ali. Ditawarkannya dengan hadiah yang besar dari emas dan perak serta sebuah negeri sekiranya dia dapat menangkap anak raja tiga saudara itu.
Apabila surat itu siap ditulis lalu dihantarnya kepada askar Umar Ali. Memandangkan hadiah yang begitu besar bermesyuaratlah mereka sesama sendiri.
Bagaimana saudara, pada fikiran hamba terlalu besar sekali tawaran ini. Seumur hidup kita tidak dapat mengecapinya. Hamba fikir, kita lebih baik bersetuju sahaja.
Tuan hamba jangan begitu, nanti apa pula kata raja kita.
Tuan hamba, kita akan kaya, apa yang lebih baik daripada kaya dan hidup mewah. Cuba tuan hamba katakan pada hamba, hamba akan menerima tawaran itu. Malah semua rakan-rakan kita telah bersetuju untuk menerimanya.
Bagi hamba kalau semua rakan-rakan telah bersetuju hamba ikut
sahaja, tapi kalau rancangan kita gagal bagaimana
Kita jangan sebut pasal gagal atau tidaknya. Apa yang perlu sekarang kita lakukan dulu.
Ingat saudaraku, tengah malam ini kita akan mulakan rancangan kita. Kita mesti menyerbu khemah baginda tiga bersaudara itu. Kita tangkap mereka hidup-hidup semasa mereka sedang tidur.
Ha, rancangan itu hamba setuju kerana cuma yang ada hanyalah pengawal peribadi baginda saja. Hamba rasa kita akan berjaya.
Apabila semuanya telah lena dengan segera mereka mendekati khemah baginda dan terus menangkapnya. Disebabkan terlalu ramai sekali askar baginda sendiri yang mengerumuni terpaksalah baginda menyerah diri.
Baginda bertiga diikat dan kemudiannya terus dibawa ke hadapan Panglima Simirlain. Apabila melihat anak Ali tiga bersaudara telah dapat ditawan oleh askarnya sendiri yang berpaling tadah, Panglima Simirlain tertawa. Mukanya berkerut-kerut memikirkan sesuatu. Akhirnya dia mengeluh sendirian. Hatinya terus berkata-kata.
Sedangkan askar baginda sendiri sanggup berpaling tadah pada baginda, inikan pula aku yang hanya sebagai panglima sahaja.
Tentulah lebih lagi.
Pengawal, kiranya ada di antara askar anak raja ini yang ingin untuk menangkap rajanya, bunuhlah orang itu kerana dia telah mengkhianati rajanya sendiri. Setelah pengawal berlalu, masuklah Simirlain ke dalam khemahnya dan terus bersukaria kerana menyambut kejayaan yang telah dicapai.
Baginda Masib Kaka pun menghantar beberapa orang perisiknya ke kota Madinah. Di pertengahan jalan bertemulah perisik itu dengan tentera Yazid di bawah pimpinan Panglima Simirlain. Segeralah perisik itu bertanya kepada askar Yazid.
Wahai saudara hamba semua, ke manakah tuan hamba hendak pergi
Kita semua hendak balik ke Damsyik untuk menghantar tawanan. Siapa yang telah ditawan, hamba ni sebenarnya orang mengembara, jadi hamba tak berapa tahu sangat tentang orang-orang di sini.
Oh, pengembara. Orang yang ditawan itu ialah anak Baginda Ali tiga bersaudara. Saudara pada Maharaja Muhammad Hanafiah yang kini sedang berperang dengan Baginda Yazid.
Kalau begitu barulah hamba mengetahuinya. Baiklah saudara, izinkan hamba meneruskan perjalanan.
Silakan saudaraku, semoga saudara selamat di perjalanan.
Perisik Masib Kaka itu pun segeralah kembali ke benua Iraq dengan tergopoh-gapah untuk memberitahu rajanya. Setelah sampai segera diberitahu tentang saudaranya tiga bersaudara itu telah ditawan oleh Panglima Simirlain. Baginda Masib Kaka segera memerintahkan tenteranya bersiap untuk berangkat dengan segera bagi melepaskan saudaranya yang telah ditawan. Berangkatlah angkatan itu dengan tergesa-gesa.
Setelah berjalan begitu lama tibalah mereka di tempat tentera Baginda Yazid sedang berkhemah. Lalu diserbunya khemah itu pada saat askar Baginda Yazid sedang berehat. Manakala Panglima Simirlain pula cuba melarikan diri dengan menunggang seekor kuda. Tetapi askar-askar Raja Masib Kaka telah pun bersedia. Dicampaknya jerat kepada Panglima Simirlain. Dia pun tertangkap. Semua askar Baginda Yazid yang Iain akhirnya terpaksa juga melarikan diri dan mana yang tidak sempat telah dibunuh oleh askar-askar Raja Masib Kaka.
Apabila keadaan kembali tenang, masuklah Raja Masib Kaka ke khemah tawanan dan berjumpalah baginda dengan saudaranya. Ketiga saudara itu pun dilepaskan dari rantai yang mengikatinya.
Setelah berehat seketika bertolaklah Raja Masib Kaka ke kota Madinah bersama saudaranya itu. Berangkat untuk menggabungkan tenteranya dengan Baginda Muhammad Hanafiah.
Setelah sampai ke kota Madinah segeralah kelima anak raja itu menghadap Baginda Muhammad Hanafiah sambil menyerah tawanannya.
Ini, Panglima Simirlain namanya. Panglima yang telah memancung leher saudara kita Baginda Husin. Hamba serahkan dia kepada pengadilan tuan hamba kerana tuan hamba lebih berhak menghukumnya dari hamba, kata Raja Masib Kaka.
Saudaraku Masib Kaka, apakah orang yang seburuk ini telah membunuh saudara hamba Husin Terlalu sekali buruk rupanya pada penglihatan hamba, kata Muhammad Hanafiah sambil menggelengkan kepala.
Kemudian mereka pun bermesyuarat. Kata putus telah diambil, untuk menyerahkan hukuman kepada Baginda Muhammad Hanafiah saja. Suasana hening seketika menunggu apakah hukuman yang akan dijatuhkan.
Saudara sekalian dengarlah, inilah hukurnan yang paling baik buatnya. Hamba jadikan dia sebagai tempat berlatih memanah. Jadikanlah tubuhnya sebagai sasarannya, kata Muhammad Hanafiah.
Jangan, tuan hamba. Kasihanilah hamba, Hamba bertaubat, kata Simirlain sambil merayu dan meminta ampun.
Tidak, beta rasa itulah hukuman paling baik buat kamu, Panglima Simirlain yang gagah perkasa.
Panglima Simirlain pun diheret keluar dan diikat pada batang kayu.