Bebas gila, tiada siapa yang kacau kehidupan kau. Selepas kejayaan aku dalam bisnes grafik dan printing di Pusat Matrikulasi UIA, PJ selama dua tahun, aku ada modal sikit untuk buat bisnes lain di Main Campus, Gombak.
Dalam minggu Taaruf Week di UIA, kepala otak aku yang bergeliga ini mula sibuk berfikir bisnes apa aku hendak buat. Sebenarnya aku berniaga dulu di Uptown Danau Kota, kemudian aku buat kereta sewa dan barulah sampai cerita carwash ini.
Satu perkara paling best pasal UIA ialah, semua pelajar mesti duduk di dalam kampus. Jadi, kepadatan penduduk dalam kampus dan jumlah kereta yang keluar masuk setiap hari itu kau boleh baca jumlahnya. Masalah paling besar pemilik kereta di dalam UIA ialah perlu mencari carwash di luar kawasan kampus setiap kali mahu cuci kereta.
Setiap masalah adalah peluang. Aku bersama beberapa orang rakan cuba untuk membangunkan carwash di kampus.
Walaupun perkara ini sangat sukar tapi kami yakin pasti ada cara untuk menjadikan idea ini kepada realiti. Waktu itu ada satu tapak strategik berhampiran tapak Convest Hill, lokasinya betul-betul di tepi jalan utama kampus. UIA ini macam bulatan, semua orang wajib memandu satu hala sahaja. Itulah kelebihan lokasi ini, orang mesti nampak punya.
Aku, Mijea dan Nookie tak mahu buang masa lagi. Kami terus mohon utuk menyewa tapak berkenaan di bawah kelolaan Kuliyyah of Engineering. Selepas barang-barang kelengkapan perang siap, kami mulakan operasi. Sebuah kereta basuh luar dan dalam kami kenakan harga RM10 sahaja. Pergh, punyalah bagai nak gila, kerja macam Bangla. Waktu itu, si Mijea dengan Nookie ada kerja lain, akulah yang bertanggungjawab membanting tulang pagi sampai ke petang.
Disebabkan permintaan terlalu tinggi sampai tak menang tangan dibuatnya, aku terpaksa berfikir untuk menambah pasukan membasuh kereta. Jadi, aku jemputlah kawan-kawan yang perlukan pendapatan untuk sama-sama mengimarahkan carwash kecil kami di tepi jalan ini. Masa itu, aku berikan gaji mengikut jam, satu jam RM5 sebagai upah. Makan dan minum ditanggung beres, elaun hiburan juga diberikan.
Kau bayangkan, kadar kemasukan kereta ke carwash ada waktu-waktu tertentu. Tengah hari rembang itu memang jangan haraplah ada pelanggan. Biasanya dak-dak UIA akan datang masuk untuk mencuci kereta sebelah pagi dan petang sahaja. Pagi biasanya semua sisters dan petang sudah tentu berlambak muka brothers. Sekali sampai waktu puncak, berderet-deret kereta menunggu giliran. Sebenarnya inilah yang kami mahu, dak-dak ini semua malas hendak keluar dari kampus sebenarnya.
Namun, di sebalik semua keserabutan kereta yang banyak ini, ada satu hal yang membuatkan kami senang hati dan tak berapa stress membasuh. Kau tahu apa Saiz kereta. Di kampus ini biasanya jarang dak-dak memandu kereta sedan, SUV atau MPV. Jenis paling banyak sekali ialah kereta dalam ketegori kompak. Perodua Kancil, Kenari, Viva, Kelisa dan Myvi, inilah kumpulan model kereta yang paling banyak masuk ke carwash kami. Saiz kereta ini telah menyelamatkan tenaga dan masa kami.
Oh ya, aku dan kawan-kawan setup carwash ini biasa-biasa sahaja. Ada dua buah khemah 20x20, sebuah pondok kecil untuk simpan barang dan satu paip air. Signboard dan banner apapun tak ada, bukan tak mahu buat. Tapi buat apa hendak membazir Kami satu-satunya carwash dalam kampus di tepi jalan utama, semua orang pun tahu. Kampus UIA bukannya besar sangat, tak sampai seminggu pun berita tentang pembukaan carwash kami sudah tersebar luas.
Mengusahakan carwash adalah salah satu bisnes yang cukup menguntungkan. Sebab itu kalau kita perasan, di mana banyak penduduk dan perumahan, mesti ada beberapa carwash dibuka serentak. Satu carwash tidak akan mampu mencuci banyak kereta serentak. Pelanggan boleh ada pilihan untuk masuk carwash mana yang dia suka. Carwash adalah salah satu bisnes yang baik untuk diusahakan. Tapi kau orang kenalah cari lokasi yang betul dan mempunyai pasukan cucian yang mantap. Selepas zaman aku dan kawan-kawan buat carwash, kami tak jumpa lagi anak tempatan yang mencuci kereta. Aku rasa kamilah golongan terakhir yang mahu dan berani buat macam itu.
Sehari mesti kena dapatkan minimum 40 buah kereta untuk dibasuh. Buatlah apa saja cara sekalipun kerja pemasaran dan jualan. Dulu, kami siap buat khidmat ambil dan hantar. Kau ingat senang hendak menangi hati pelanggan Itu belum lagi masuk bab menepis persepsi kawan-kawan dan lecturer yang singgah di carwash kami.
Kau kerja sini ke Ini soalan paling femes ditanya. Nak lempang je rasanya. Takkan dia tak nampak kami dah macam Bangla dok sibuk bekerja di situ Saja cari pasal, kan
You student, kan Rajinnya you bekerja ya Ini biasanya statement puji-pujian daripada pensyarah. Sebenarnya segan juga, tapi lantaklah.
Tapi itulah, langit tak selalunya cerah dan hidup tak selalunya indah. Pada saat kebahagiaan aku dan kawan-kawan tengah menikmati hasil carwash yang tak seberapa itu, kami diuji dengan hebat sekali. Kami dapat perintah supaya carwash ini ditutup selama-lamanya. Alasan pihak pengurusan ketika itu ialah, ada sebuah persatuan pelajar yang mahu mengambil alih tapak itu dan keutamaan diberi kepada dak-dak ni. Hampeh betul. Dalam kampus pun ada penggunaan kabel dan kuasa.
Disebabkan aku ini jenis malas hendak berperang, aku akur sahajalah dengan keputusan pihak pengurusan. Sampai sekarang, saat aku menulis cerita ini, aku masih lagi mengenangkan carwash ini.