UNTUK HUJAN DAN ANGIN YANG MEMELUK TIAP MALAM YANG PANJANG - 8
Yang sebenarnya aku tak mahu pergi. Tapi dunia penuh dengan dendam. Di sebelah kiriku, lelaki gemuk beenafas kuat. Di sebelah kananku perempuan kerinting berkaca mata. Tepat 3 pagi pramugari berambut perang menyuruhku bangun dan berkata, perempuan dengan busur dan anak panah sedang menungguku di luar pintu.