MY PRETTY BOY - 80
QAMRA AIN membaca dengan teliti fail kes yang diberikan oleh Yoonaniza pagi tadi. Sesekali dia menghirup fresh orange yang sempat dibeli di kaf THSC. Rumit sungguh kes kali ini. Qamra Ain dipertemukan semula dengan Rudy Armani dan Azmeer dalam pasukan DMD sekali lagi. Lagipun, sejak kebelakangan ini Tunku Raffzul sudah mula menonjol sikap positif.

Akhirnya saya dapat jejak kamu, Qamra! Bisik Tunku Raffzul ke telinga. Terkejut dengan sergahan tadi terus kepalanya mendongak mencari empunya suara tadi.

Jom ikut saya! Tunku Raffzul menarik lengan Qamra Ain. Terkial-kial dia bangun dari kerusi. Fail kes tadi sempat dicapai sekali.

Ki kita nak ke mana Saya kena bertugas di ER pagi ni, Tuan Raffzul.

Tak apa, nanti saya paging for Rudy gantikan kamu sekejap.

Kita nak ke mana

Ikut aje. Saya nak bawa kamu ke suatu tempat rahsia.

T

UNKU HUSSEIN meluaskan pandangan ke langit. Dari atas bumbung bangunan THSC pandangan dihala seluas-luas di sekitar kawasan bandaraya KL. Dari lensa matanya nampak jelas bangunan Menara KL, Lot 10 dan kawasankawasan yang berdekatan.

Bila teringat pada Qamra Ain, tumpuannya terganggu. Marah dan geram dengan tindakan Tunku Raffzul yang berani membawa Qamra Ain keluar semasa bertugas. Bukan dia tak tahu di pagi ini Qamra Ain perlu berada di ER. Apatah lagi bila mendapat tahu yang Qamra Ain adalah doktor yang paling dikehendaki oleh pesakit di sana. Tunku Hussein akui gadis itu semakin disayangi oleh jururawat malah doktor berpengalaman juga kadangkala meminta pendapat Qamra Ain tentang diagnosis jika berkaitan dengan kes yang mereka uruskan.

Pagi tadi bila pergi menjenguk di ER, Rudy Armani yang ada di situ. Menurut katanya, Tunku Raffzul mengarah gantikan Qamra Ain buat sementara. Yang lebih menjeruk hati bila terlihat sepupunya beriringan dengan Qamra Ain menuju ke arah kereta yang diparkir berhadapan dengan THSC. Dari cara mereka keluar tadi, dia tahu Qamra Ain terpaksa mengikut kehendak Tunku Raffzul. Bila ditanya Rudy Armani, Tunku Raffzul merahsiakan lokasi ke mana mereka berdua pergi.

Kau masih fikirkan tentang Qamra Tegur Rudy Armani yang mengatur langkah merapati Tunku Hussein yang berdiri di tepi tembok. Masih memaku pandangan ke depan. Angin sepoi-sepoi bahasa sesekali mengibas-ngibas kot putih mereka.

Kau kat sini, siapa yang ganti di ER

Azmeer ganti kejap. Sebenarnya aku risau tengok keadaan kau. Macam hilang arah. Macam anak panah cabang 5.

Tunku Hussein mengatur langkah ke ruang tengah. Dia duduk berlabuh di atas kerusi yang disediakan untuk sesiapa yang datang di sini. Kot putih ditanggalkan lalu disidai atas peha. Rudy Armani akui, apa saja yang dipakai oleh Tunku Hussein tetap tampak segak dan kacak meskipun hanya sekadar menyarung T-shirt.

Aku okay. Kau jangan risau, kata Tunku Hussein seraya mengukir senyum kelat. Hanya terlihat sedikit lekuk terbentuk di pipi.

Okey kau kata Kau tak okey sebenarnya, bro. Kau fikirkan hubungan intim Raff dengan Qamra, kan

Qamra kan pernah satu team dengan Raff.

Bukan sebab kau rasa Raff mula terpaut hati kat

Qamra

Aku doakan yang terbaik.

Cakap mulut memanglah senang, bro. Takkan kau nak lepaskan macam tu aje orang yang kau cinta ke tangan orang lain Sepupu kau pula tu. Kau dah cukup derita sudah-sudahlah. Aku kesian tengok kau.

Kau tahu, kan mustahil bagi aku untuk miliki Qamra.

Kalau kau tau mustahil, adalah lebih baik aku nasihatkan kau berhenti sekarang sebelum hati kau jadi semakin parah. Kau pilih kata dua, berhenti atau teruskan.

Kalau Hardie tau, bertambah parah nanti. Ah! Serabut kepala aku, Rudy!

Lambat laun Hardie tau juga, TH. Raff juga akan tau hubungan kau dan Qamra. Look kalau Hardie tau sekali pun, apa Hardie boleh buat Nak tebus dosa sebab khianati cinta Qamra Sejarah tak boleh diubah, bro. Sampai bila kau nak tanggung derita seorang diri dengan berterusan memikirkan tentang perasaan Hardie Kau harus fikirkan diri kau juga. Bukan asyik fikirkan tentang Hardie yang sememangnya sudah ditakdirkan hidup begitu. Fikirlah tentang perasaan hati kau, TH, berdas-das nasihat dilemparkan oleh Rudy Armani di pagi ini sambil menepuk perlahan bahu Tunku Hussein. Walaupun masih membujang, dia juga merasai keperitan yang dialami oleh Tunku Hussein sejak di CA lagi.

Alangkah bagusnya kalau ada Aizal Fahmi, yang pakar dalam hal nasihat menasihati. Sejak mereka berdua balik ke tahah air langsung tak mendengar khabar berita dari jejaka itu. Entah masih di CA atau sudah berangkat balik Malaysia mereka tak pasti.

Aku akan cuba bertahan selama mana yang boleh demi Qamra. Jika di suatu masa aku tak mampu bertahan lagi. Aku akan pergi keluhnya perlahan.

Seboleh-boleh ditahan air mata dari jatuh ke pipi di hadapan Rudy Armani. Cukuplah sekali Rudy Armani berkongsi kesedihan yang tak tertanggung di CA disebabkan kecurangan Elmina. Hanya Rudy Armani dan Reza Rizman yang tahu betapa dalam cintanya pada Qamra Ain.

Hello, YM Tunku Hussein Tun Tunku Harith! Kau nak lari Tinggalkan aku Reza Takkan kau terus menyerah tanpa berjuang Kau nak biarkan cinta kau berkubur Tentang Hardie dan Qamra, itu kisah silam mereka. Yang ada sekarang adalah kisah kau dan Qamra, full stop! Rudy Armani menyuntik semangat.

Tunku Hussein melepaskan keluhan berat. Betul juga kata Rudy Armani. Kerana menjaga hati Hardie, hatinya sendiri yang terluka pedih.

Kau tak payah nak tahan air mata depan aku. Kalau menangis itu melegakan hati kau kau menangislah puas-puas. Aku dah tak kuasa nak perbincangan mereka tiba-tiba tergendala bila kedengaran pengumuman tergempar di setiap corong pembesar suara.

Paging to DMD team, paging to DMD team. Please come immediately to TED.

Aku rasa baik kau pergi. Aku jamin Raff tak balik lagi.

Kau inform Yoona suruh call diorang balik atas arahan MD!

Tunku Hussein bangun dari kerusi. Sambil berjalan dia menyarungkan kot putih ke badan. Stetoskop dilingkarkan di leher. Rudy Armani pula mengekori langkah pantas Tunku Hussein dari belakang. Sampai di pintu lif mereka menaiki lif yang berasingan mengikut haluan yang berbeza.