Tunku Raffzul rupanya sepupu Tunku Hussein. Patutlah dari bentuk paras rupa mereka berdua tampak serupa. Tunku Hussein pula, sejak pertama kali dia terpandang ke wajah jejaka itu seperti jelmaan Tunku Hardie. Tak mustahil dalam dunia ini wujud pelanduk dua serupa.
Ni ke tempatnya, Tuan Cantik ya! Siap ada trek basikal lagi. Qamra Ain meluaskan pandangan sebelum mereka berdua duduk singgah di bangku batu di tepi tasik.
Saya teringin ke sini sejak saya balik dari Volgograd, Rusia. Orang kata tempat ini mendamaikan jiwa. Orang katalah, bukan saya sejak datang ke sini bersama Qamra Ain, dia lebih suka tersenyum dari berbual. Berjalan berduaan lebih terasa bahagia di hati meskipun tanpa perbualan.
Dia tak teruja langsung dengan pelantikan Tunku Hussein menerajui THSC. Yang menjadi dia lebih teruja adalah keintiman sepupunya dengan Qamra Ain. Seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain. Dia perlu memperbaiki hubungan dengan gadis ini makan masa berbulan-bulan. Tunku Hussein pula hanya perlu sesingkat waktu mengenali Qamra Ain.
Apa impian kamu, Qamra
Impian Saya Soal Qamra Ain sambil telunjuk jari kanan lurus menunjuk ke hidungnya yang mancung.
Tunku Raffzul menggangguk. Dia yang duduk bersebelahan dengan Qamra Ain tak berganjak langsung renungan sejak tadi. Qamra Ain yang berada di sisi memaling ke arah lain bila jejaka itu merenungnya. Canggung dan segan. Apatah lagi yang berada di sebelahnya merupakan penyandang jawatan kedua tertinggi di THSC. Sudah tentu terasa lebih janggal.
Saya punyai satu impian. Impian di mana bila saya berjaya menyarung whitecoat saya nak rawat penyakit yang dideritai oleh Babah saya. Tapi, tu dulu. Semasa Babah masih ada. Demi pesanan arwah Babah yang mahukan saya memberi rawatan kepada pesakit yang derita penyakit sepertinya jelas Qamra Ain memaku pandangan ke arah hamparan tasik yang terbentang luas.
Tunku Raffzul mendengar dengan tenang.
Terima kasih Tuan Raffzul terima kasih sebab bagi saya peluang realisasikan impian saya di THSC.
Setiap orang ada peluang kedua, Qamra. Saya minta maaf jika perlakuan saya di waktu temuduga tempoh menyakiti hati kamu. Saya terbawa-bawa sejarah silam dan tanggapan saya terhadap doktor intern seperti kamu semuanya adalah sama. Saya akui kamu lain dari mereka yang pernah kerja di bawah penilaian saya.
Qamra Ain bingkas dari kerusi lalu menghayun langkah berjalan menyaingi Tunku Raffzul. Tunku Raffzu melonggarkan tali lehernya sedikit ke bawah. Rambutnya yang ringan pula beralun-alun mengikut rentak kaki berjalan. Sambil menikmati keluasan taman terjongol kepala seekor kura-kura dari celahan daun-daun bunga teratai.
Dilukai dan dikhianati dua perkara biasa untuk insan bercinta, Tuan. Tuan harus melangkah setapak demi setapak ke hadapan. Bukan semakin berundur ke belakang. Kadang-kadang kita akan temui cinta yang dikhianati sekadar mengajar kita untuk belajar menghargai.
Tunku Raffzul berhenti melangkah lalu berdiri mengadap di depan gadis yang petah bicara menasihati tentang hati dan perasaan. Langkah Qamra Ain juga turut sama terhenti.
Bicara kamu, bahasa kamu malah cara kamu seperti kamu pernah dikhianati cinta Soal Tunku Raffzul semakin ingin tahu. Qamra Ain menukar posisi berdiri mengadap ke arah tasik yang luas.
Mustahil kalau saya katakan yang saya tak pernah bercinta, Tuan. Cinta yang khianati saya. Malah cinta juga buat saya seperti orang bodoh. Berdiri teguh saya di sini pun kerana semangat arwah Babah dan doktor senior di THSC yang sudi bimbing saya.
Tunku Raffzul berdiri di sisi. Angin yang semakin kencang mengibai-ngibai rambutnya dan tudung Qamra Ain.
Qamra, sebenarnya ada sesuatu yang saya nak katakan pada kamu tentang perasaan saya terhadap kamu Tunku Raffzul memegang lembut keduadua belah bahu Qamra Ain untuk mengubah posisi berdepan dengannya.
Qamra Ain tersentak. Degupan jantung mula berdebar-debar.
Sebenarnya saya deringan SG N5 Tunku Raffzul berkumandang dari dalam poket blazer. Telefon pintar dikeluarkan dan dengan pantas dia menekan butang answer.
Yes, Yoona Im still outside what! Okay I balik sekarang! Talian dimatikan.
Kenapa, Tuan Raff soal Qamra Ain cuak. Nampak riak kerisauan di wajah Tunku Raffzul.
Kita ada kes kecemasan di TED. Jom! Tunku Raffzul tangkas mencapai tangan Qamra Ain dan mengenggam dengan kemas. Dia pula terhoyanghayang mengikut langkah tergesa-gesa lelaki itu hingga ke parkir kereta.
T
UNKU HUSSEIN tiba di TED. Sejurus itu muncul pula Rudy Armani. Di sebalik pintu kaca, mereka berdua mencari pesakit yang diumumkan sebentar tadi. Sedang ralat mencari, kebetulan Maya yang kelam-kelibut keluar dari ER Resus melewati mereka di luar bilik.
Maya! Mana pesakit yang saya dengar pengumuman tadi
Ada di Resus, Tuan Hussein.
Lets go, Rudy!
Mereka berdua bergegas pergi ke ER Resus. Di katil terletak di hujung bilik kelihatan seorang remaja belasan tahun sedang mengerang kesakitan. Dia bersama Rudy Armani mempercepatkan langkah merapati pesakit tersebut.
Apa cerita, Azmeer tanya Tunku Hussein sambil mengambil stetoskop yang melingkari leher dan mula memeriksa denyutan jantung remaja perempuan sedang merengkot menahan sakit.
Dari tadi dia mengadu sakit perut. Aku belum diagnosis lagi.
Saya Dr. T Hussein. Bagaimana kondisi kamu Tunku Hussein beralih memeriksa denyutan nadi di pergelangan tangan pula.
Perut saya sakit sangat, doktor. Dah masuk 4 hari saya macam ni,beritahunya dengan nada suara tersekat-sekat. Wajahnya juga tampak pucat.
Denyutan nadi 120/140. Mana Dr. Qamra! Takkan tak sampai lagi! Kau dah inform Yoona ke belum, Rudy! Sambil memeriksa bebola matanya melilau mencari kelibat Qamra Ain. Sejam telah berlalu namun bayang mereka berdua masih lagi tak kelihatan.
Itu pun diorang sampai Rudy Armani memuncungkan bibir menghala ke arah pintu masuk ER. Tunku Hussein turut berpaling muka dengan renungan tajam.
Apa kes, TH Sampai saja terus Tunku Raffzul bertanyakan pada Tunku Hussein.
Qamra Ain pula mengeluarkan steteskop dari dalam kocek lalu meletakkan di atas dada remaja tadi untuk memeriksa dengupan jantung. Kemudian, mengambil fail rekod perubatan dari tangan Azmeer. Senggugut
Awak period ke, sekarang soal Qamra Ain membuatkan mereka berempat di situ terkedu sekejap. Nasib baik Qamra Ain muncul tepat pada masanya.
Rudy Armani buat-buat mengurut dahi manakala mereka yang lain mengalih pandang ke arah lain.
Ya, doc doktor. Se sebenarnya, dah dekat dua bulan saya tak period. Minggu lepas period balik, tak berhenti. Sakit sangat pula tu. Rasa menyucuk-nyucuk perut ni.
Mungkin dysmenorrhea, Rudy Armani menyatakan diagnosisnya memandangkan gadis itu menekan-nekan di bahagian ari-ari.
I dont think so Tunku Hussein menyangkal serius.
Qamra Ain pula baru selesai menyucuk branula di atas permukaan tangan gadis itu. Tiub disambungkan bersama cecair IV.
Aku rasa miscarriage, giliran Tunku Hussein pula memberi pendapat diagnosisnya pula.
Budak sekolah lagi. Miscarriage apa ke jadahnya. Agak-agaklah, bro bisik Rudy Armani ke telinga Tunku Hussein perlahan.
Habis kau ingat budak sekolah tak ada nafsu! Jerkah Tunku Hussein. Terdiam terus Rudy Armani. Faham benar kalau begitu sentap jawapan Tunku Hussein nampak benar yang jejaka itu sedang menyindir seseorang.
Biar aku yang tanya dia kata Tunku Raffzul, tapi dihalang keras oleh Azmeer sambil menggeleng kepala berserta kerutan kening. Kemudian dia memuncung bibir ke arah Qamra Ain dan biarlah doktor itu yang lebih sesuai bertanya.
Kau gila ke apa Biar Qamra yang tanya. Ini hal dalaman wanita, Raff. Cadang Rudy Armani. Dia yang masih menyelaraskan titisan cecair IV terkejut bila ada sesatu suara sedang berbisik perlahan ke telinganya.
You pasti ke, Rudy Qamra Ain berpaling wajah ke arah mereka bertiga.
Tunku Hussein memberi isyarat kebenaran untuk bertanya pada remaja yang masih berpakaian sekolah itu.
Aawak dah kahwin Qamra Ain terpaksa memberanikan diri bertanyakan soalan itu biarpun hakikatnya dia tahu remaja itu masih bersekolah.
Doktor tanya soalan apa ni! Doktor buta ke apa Tak nampak saya pakai baju sekolah! Terangterang saya belum kahwin lagi! Jerkahnya hinggakan terkulat-kulat Qamra Ain di situ.
Kasar sungguh bahasanya. Sudahlah sedang mengerang kesakitan ada hati pula hendak menempelak doktor.
Dr. Qamra, ke tepi biar saya yang tanya! Keras suara Tunku Hussein mengarah.
Qamra Ain berganjak ke belakang bagi menukar posisi dengan Tunku Hussein.
Doktor nak tanya satu soalan dan kamu harus jawab dengan jujur. Kalau tak doktor yang ada di sini tak dapat nak bantu kamu nanti. Kamu sepatutnya rasa bertuah sebab kami semua berada di sini disebabkan kes kamu. Cuba kamu tengok pesakit sebelah sana ada seorang doktor dan seorang jururawat sahaja yang uruskan dia, panjang lebar seorang MD brainwash budak sekolah menengah.
Bukan dia tak pernah kendalikan kes-kes begini semasa di CHLA malah lebih dari kes ini pun ada. Ketagihan dadah, pil khayal dan pelbagai lagi gejala remaja di sana. Remaja tadi memandang tepat ke arah Tunku Hussein dengan riak wajah serba-salah. Lebih lagi malu bila doktor lelaki yang menegur sinis padanya.
Dr. Qamra tanya kamu ada sebab. Bukan kerana dia buta tak nampak uniform kamu. Kamu nak saya laporkan pada pengetua sekolah yang kamu ada di hospital sekarang! Ugut Tunku Hussein sekilas memandang ke arah lencana sekolah remaja tadi.
Renungan tajamnya juga mengecutkan mereka yang berdiri di situ.
Jangan doktor!! Tolong, malu saya kalau satu sekolah tau! Rayunya sehingga berlinangan air mata jatuh ke pipi.
Kalau tak nak, berkelakuan baik sikit. Saya nak tanya kamu ada teman lelaki
Remaja itu terdiam tanpa kata. Malu untuk berterus-terang.
Saya terpaksa tanya sebab kamu bersikap biadab dengan doktor saya! Intonasi Tunku Hussein meninggi sedikit. Marah sebab berani sungguh remaja yang terlantar di katil masih ada hati hendak menengking orang.
A ada, doktor, dia menggangguk lemah.
Pernah buat hubungan terlarang Tanya Tunku Hussein semakin berani.
Makin malu dibuatnya budak sekolah itu. Ditambah pula 4 pasang mata memerhatikan remaja itu bersoal jawab dengan Tunku Hussein.
Tuan Hussein, biar saya yang. Qamra Ain menawarkan diri namun Tunku Hussein mengisyaratkan jari telunjuk kanan menyuruhnya diam sehingga sesi soal menyoal selesai.
A ada, dok... doktor, mengakunya jujur, terpaksa.
Ditto! Dr. Rudy, buat ultrasound test untuk sahkan sama ada miscarriage atau tak. Jika sah, uruskan prosedur dilation & currettage (D&C) secepat mungkin. Dan kau Dr. Azmeer bantu Dr. Rudy. Dr. Raff, aku nak jumpa kau di bilik lepas lunch and you too, Dr. Qamra!
Selepas usai memberi arahan seorang demi seorang, Tunku Hussein beredar pergi meninggalkan mereka berempat di ER Resus. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Pelik bin ajaib dengan perangai Tunku Hussein sejak akhir-akhir ini.
Aku Aku yang kena buat ultrasound test! Gila kentang ke apa, TH. Rungut Rudy Armani tak puas hati. Sudahlah bab-bab ultrabunyi yang paling tak digemari apatah lagi terpaksa melihat pada aurat terlarang seorang perempuan.
Awat meroyan semacam aje aku tengok TH sejak dua menjak ni. Tak pernah dia panggil kita semua dengan pangkal doktor, kata Azmeer sambil menguak anak rambut yang terjuntai jatuh di dahi ke belakang.
Rudy Armani mengungkit bahu dan sekilas memandang ke arah Tunku Raffzul dan Qamra Ain. Alat kelui Tunku Raffzul berbunyi. Pantas dia menyeluk dari dalam poket seluar. Disebabkan tulisan di skrin terlalu kecil terpaksa dia mengecilkan sedikit mata untuk membaca apa yang tertulis di situ.
I need to go now, ada special case di wad VIP. Meer, nanti update status kat aku pasal budak ni. Qamra, I catch up with you later, pesan Tunku Raffzul satu persatu sambil menyimpan semula alat kelui ke dalam poket. Dia bergegas pergi keluar dari ER Resus diiringi dengan ekoran mata mereka bertiga.
Siapa yang hantar kamu ke sini Doktor nak minta tandatangan atas borang ni, soal Rudy Armani. Jari-jemarinya ligat menulis maklumat di dalam borang Perakuan Kebenaran Bius dan Pembedahan.
Ibu saya, doktor. Saya takut nak bagitau dia, gementar seluruh badan jika ibu tahu tentang hal yang memalukan seluruh keluarganya nanti.
Ini melibatkan nyawa kamu. Kalau tak, kami tak boleh lakukan apa-apa selagi surat kebenaran tak ditandatangani, pujuk Rudy Armani.
Mahu atau tak terpaksa diturut kata-kata doktor bertubuh maskulin itu. Azmeer memanggil ibunya masuk.
Tak apa ke kalau I tak bantu you berdua I kena jumpa Tuan Hussein lepas lunch nanti. Ada dua orang pesakit tengah tunggu I di Zon Hijau.
Its okay, Qamra. MDs command is high priority.
Apa-apa nanti update dalam sistem. Nanti I view dari PC Yoona. Pergi dulu ya selesai menulis sesuatu di atas rekod perubatan diberikan semula ke tangan Azmeer. Kemudian dia berlalu pergi menuju ke arah pintu.
Ketika menunggu pintu automatik terbuka, Qamra Ain terdengar sesuatu. Serta-merta dia menoleh dan memerhati dari jauh kedua-dua doktor tampan bergaya itu sedang menerangkan tentang apa yang terjadi kepada anak wanita tadi.
Ya Allah!
Itu saja yang dapat disebut oleh wanita itu. Sempat lagi ibu kepada remaja tadi mengangkat tangan mahu menampar pipi anaknya tapi sempat ditenangkan oleh Rudy Armani.
Sabar ya, makcik. Yang penting, kita selamatkan anak makcik dulu. Lepas selesai makcik bincang elokelok, sehalus-halus bahasa Rudy Armani memujuk wanita separuh umur itu.
Tampak jelas riak kekecewaan di wajah wanita itu. Iyalah, ibu mana yang dapat terima hakikat anak yang disangka baik di depan mata tergamak melakukan perbuatan terlarang di belakang mereka.
Usai menurunkan tandatangan di borang, Qamra Ain memerhati wanita tadi melangkah keluar dari ER Resus melintasi sebelahnya dengan pandangan simpati. Dan, dia pula mengikut keluar menghala ke arah yang berlainan.
K
ENAPA sesuka hati kau bawa Qamra keluar Kau tau tak sekarang waktu bekerja! Berdesing telinga Tunku Raffzul
mendengar suara petir Tunku Hussein.
Amarahnya tak dapat dibendung lagi. Sebagai MD di THSC, dia harus mengambil tindakan tatatertib walaupun kesalahan itu berpunca dari VP atau sesiapa saja yang bekerja di THSC termasuk doktor pelatih sekali pun.
Yang kau panggil aku nak sound aku sebab bawa Qamra keluar. Aku nak tanya Qamra couple dengan kau ke Tak kan So kau tak ada hak atas dia.
Kau tau yang Qamra baru lepas tempoh percubaankan Kalau MC nampak, karier dia hancur kau faham tak Jangan sebab kuasa yang kau ada kau nak guna sesuka hati kau!
Pasal Qamra kau jangan risau. Lagipun, MC tak boleh nak buat apa. Qamra doktor kesayangan Papa. Aku rasa tak salah kalau aku bawa Qamra keluar sekali sekala dari terperap dalam THSC aje, kan Tuan Presiden
Tunku Hussein terdiam tanpa kata. Ada betulnya kata-kata Tunku Raffzul. Qamra Ain adalah doktor yang direkrut oleh Tun Tunku Harith. Oleh itu, tiada siapa yang berani sentuh Qamra Ain malahan MC sekali pun.
Kau ingat aku tak tau tujuan kau bawa dia Kau jangan nak buat perangai lama kau dengan doktor intern yang pernah buat onar dalam THSC. Punca dari kau sendiri! Tunku Hussein yang berdiri di sebalik jendela lurus telunjuknya menuding ke arah Tunku Raffzul yang duduk di sofa.
Ayat kau biar cantik sikit, TH! Jangan libatkan Qamra dalam hal aku yang dulu. Aku tak suka! Sangkal Tunku Raffzul. Pantang sungguh kisah lama diungkit setiap kali berhubung kait tentang doktor pelatih bernama Yuhaniz itu.
Bukan itu yang dia takutkan sebenarnya. Yang ditakutkan sekira sepupunya ini mula terpaut hati pada Qamra Ain. Ini bererti, Qamra Ain bakal menjadi rebutan. Tak! Dia takkan benarkan Tunku Raffzul ada sekelumit perasaan pun pada Qamra Ain. Takkan dibiarkan ianya berlaku. Dari pandangan mata kasarnya ketika mengamati mereka berdua melangkah masuk dalam Resus tampak benar kemesraan. Kemesraan yang sama semasa mereka bekerjasama di Mels E.
Kedengaran pintu bilik diketuk. Tanpa disuruh, Qamra Ain memulas tombol dan menolak pintu ke dalam. Dia melangkah masuk. Terus merapati mereka. Kelihatan Tunku Hussein berdiri di belakang sofa manakala Tunku Raffzul duduk bersilang kaki di sofa panjang.
Ada apa Tuan nak jumpa saya
Duduk dulu, Qamra. Ada sesuatu yang ketukan pintu dari arah luar menghentikan perbincangan mereka sebentar. Terjongol kepala Yoonaniza di celahan pintu.
Ya, Yoona. Ada apa
Maaf, Tuan Hussein. Ada panggilan untuk Dr.
Qamra. Saya dah divert line ke bilik Tuan.
Dari siapa
Tak pasti, Tuan Raff. Katanya hal mustahak. Line
2.
Nanti saya jawab. Terima kasih, Yoona ucap Qamra Ain seraya mengukir senyum tanda terima kasih.
Yoonaniza menutup semula pintu dan dia meminta izin Tunku Hussein menjawab panggilan dari telefon di atas meja. Mereka berdua memerhatikan saja gelagat Qamra Ain menjawab panggilan tadi.
B a i k l a h , s a y a d a t a n g s e k a r a n g .
Assalamualaikum talian dimatikan. Qamra Ain meletakkan gagang telefon ke tempat asal. Dia berjalan menuju ke arah mereka berdua di ruang tengah.
Maaf, saya tak boleh nak sertai perbincangan dengan Tuan berdua. Ada hal peribadi. Saya minta diri dulu.
Kamu nak ke mana, Qamra Biar saya hantarkan. Tunku Raffzul menawarkan diri.
Tak perlu, Tuan Raffzul. Saya boleh pergi sendiri. Qamra Ain memberi tunduk hormat pada mereka berdua sebelum melangkah keluar dari bilik Tunku Hussein.
Persoalan demi persoalan yang sama muncul di benak mereka berdua di kala ini. Hal peribadi Siapa yang telefon tadi
V
S impan jejak langkah kita, di mana pernah kita tinggalkan sepanjang tempoh itu.
- Tun Tunku Harith -