Bekas air berbentuk telefon bimbit menjadi bekas air yang paling hip pada satu masa. Semua kanak-kanak ketika itu sangat mendambakan bekas air telefon bimbit untuk dibawa ke tadika. Kepopularitian bekas telefon bimbit ini sehinggakan yang tidak pernah-pernah bawa bekal air turut membawa bekal air.
Terdapat dalam warna merah, biru, hijau dan kuning, bekas air ini diperbuat daripada plastik dan berbentuk rekaan kontemporari telefon bimbit pada era itu; yakni telefon bimbit dengan antena panjang, mempunyai punat untuk nombor sahaja, tidak mempunyai skrin dan bersaiz gergasi.
Ianya mempunyai tali panjang untuk menyangkut bekas air telefon bimbit pada bahu. Terdapat lubang pada hujung antenna yang boleh dibuka untuk menyedut keluar air. Bekas perlu ditunggang ketika hendak minum. Sesetengah ibu-bapa akan melekatkan kertas dan menulis nama anak masing-masing di atasnya supaya tidak berlaku pertukaran bekas air.
Selain digunakan untuk membawa air, bekas air telefon bimbit ini juga turut dijadikan alat permainan dengan mengolok-olok seperti sedang bercakap di dalam telefon bimbit antara satu sama lain. Seorang buat-buat telefon, berebut-rebut yang lain nak jawab panggilan pakai bekas air telefon dia. Punyalah aneh.
Hari ini, bekas air telefon bimbit tidak lagi praktikal kerana rekaan kontemporari telefon bimbit masa kini dengan saiz sekecil tapak tangan. Nak isi air macam mana kalau bekas air pun sebesar tapak tangan