Semua ibu ke pasar pagi ini tapi tak ramai yang pergi dengan wajah yang rela
Begitulah hidup ini, kawan memang tak ramai dari kita yang benar-benar mencintai hidupnya
Setiap dari kita terlalu mengejar sesuatu yang mereka cintakan hingga lupa untuk meraikan kehidupan
Tidak ada siapa pun yang mencintai sebuah perjalanan yang panjang melainkan setibanya pada tujuan
Kerana kita semua tak mengerti bahawa cinta bukanlah satu tujuan tapi sesungguhnya sebuah perjalanan.