Disebabkan suara lantang itu, Qamra Ain tersedar dari tidur ayamnya. Dia yang bersandar santai terus menegakkan badan. Dia bangkit dari kerusi dan menunggu sebentar pintu LRT terbuka. Kemudian dia meluru keluar mengikut barisan penumpang lain menuju terus menaiki eskalator.
Dome Caf, yang terletak di aras G dalam bangunan Suria KLCC ditenung dari jauh. Di situ, ada seseorang yang menanti. Hati Qamra Ain berbelah bagi. Hampir setahun lebih dia tak bertemu dengan lelaki itu dan tertanya-tanya mengapa lelaki itu beria-ia hendak berjumpa.
Dari terus terpacak menunggu, Qamra Ain mengambil keputusan untuk bertemu dengan lelaki itu di dalam Dome Caf. Pintu kaca ditolak perlahan-lahan serta anak matanya melilau mencari kelibat lelaki itu di sekitar kaf. Akhirnya, dia ternampak lelaki tersebut sedang duduk di bangku yang terletak di lokasi paling belakang. Qamra Ain mengumpul kekuatan yang ada. Dia harus menghadapi dengan apa yang bakal terjadi selepas ini.
Assalamualaikum, Tuan Harith sapa Qamra Ain dari belakang.
Tun Tunku Harith yang baru saja hendak menghirup air kopi terhenti di depan bibir. Terus dia mendongak kepala ke arah gadis yang berdiri tercegat di sebelah.
Waalaikumussalam. Akhirnya kamu datang juga, Dr. Qamra. Come, have a seat, ajaknya lalu menyambung semula menghirup air kopi yang tergendala tadi.
Qamra Ain mengangguk seraya menarik kerusi duduk berdepan dengan Tun Tunku Harith. Mungkin juga seusia arwah Babahnya. Meskipun menjangkau umur lewat setengah abad, ketampanan yang merias wajah Tun Tunku Harith masih lagi terserlah. Tak hairanlah jika beliau memiliki keturanan yang kacak dan bergaya apatah lagi Tunku Hussein.
You look gorgeous in person, Dr. Qamra. Tun Tunku Harith memuji.
Saya ada tugas di pagi ni, Tuan Harith jadi saya tak boleh lama.
Panggil saja Pak Tunku, lebih mesra. Saya tak nak ada jurang perbualan di antara kita pagi ni.
Saya perlu hormati Tuan Harith sebagai bekas presiden di tempat saya bekerja. Tak manis rasanya kalau saya menamai selain dari tu, teratur sungguh kata-kata Qamra Ain.
Terbit rasa kagum dalam diri Tun Tunku Harith. Tak hairanlah jika dia terdengar khabar angin gosip tentang doktor muda ini disayangi oleh pesakitpesakit di THSC. Malahan, pendapatan tahunan juga memberangsangkan jika dibandingkan dengan tahuntahun sebelum ini.
Tapi kamu perlu ingat kita bukan di THSC. Kita di kaf, Qamra. So, the protocol is not allowed in here, ucap Tun Tunku Harith berserta segaris senyuman di wajahnya.
Qamra Ain menghela nafas panjang. Susah benar untuk dia mematahkan setiap perkataan yang terpacul dari bibir ceri lelaki yang segak bersuit hitam itu.
Apa yang boleh saya bantu, Tuan
Just a minute, Qamra ermmm waiter! panggil Tun Tunku Harith. Serta-merta pelayan itu menghayunkan langkah mendekati mereka berdua.
Do you want to order something, Miss Today, we have special lunch set comes with Lemon Juice.
No, thank you. Im already full beritahu Qamra Ain serta mengukir senyuman pada pelayan berbangsa cina itu. Dia mengangguk faham lalu beralih ke arah Tun Tunku Harith.
Miss, please prepare whatever you said just now for this gorgeous lady... pesan Tun Tunku Harith. Pelayan itu terus mencatat di kertas dan kemudian beredar meninggalkan mereka berdua. Qamra Ain hanya mampu menurut saja.
Saya tau kamu belum makan lagi. For your info, this is my first time having lunch with my staff. You should feel lucky, Qamra.
Nampak sama kata Qamra Ain perlahan setiap kali melihat senyuman yang kelihatan lekuk di keduadua belah pipi Tun Tunku Harith.
Apa yang sama
Tak tak ada apa-apa jawabnya ringkas sambil menggeleng pantas.
Dah lama sebenarnya saya nak berjumpa dengan kamu. Tak sangka pula yang kamu berkawan dengan anak saya, Sein. Lama dah kamu kenal satu sama lain
Lama juga, Tuan. Sejak saya bekerja di Mels E sebelum saya bekerja di THSC. Saya tak pernah tau yang Tunku Hussein, CEO Mels E. Maafkan saya kalau Tuan menganggap saya
It okay, Qamra. Saya tak melarang kamu berkawan dengan anak saya. Dan, saya tak mahu kamu merendah-rendahkan diri kamu disebabkan gelaran yang kami ada. Saya sebenarnya nak ucapkan terima kasih pada kamu kerana menjernihkan hubungan saya dengan anak-anak saya. Sebelum ni hubungan kami hambar. Malahan hubungan kami tak seperti hubungan keluarga yang ada. Kami rasa begitu jauh. Terasa lagi jauh bila Sein pindah duduk berasing dengan saya.
Saya dengar Tuan yang rekrut saya sertai THSC. Terima kasih sebab bagi peluang pada saya. You have the talent, Qamra and you deserve it. Kamu satu-satunya doktor intern yang direkrut oleh saya. Seharusnya kamu berasa bertuah tau! Raff tak jemu-jemu bercerita tentang kamu bila singgah balik ke Villa.
Tuan, boleh tak saya buat satu permintaan
Kalau kamu minta resign, saya tak izinkan, sangkal Tun Tunku Harith awal-awal. Walau apa pun terjadi dia nekad Qamra Ain takkan dilepaskan begitu saja.
Resign Kalau saya minta resign, hancurlah impian arwah Babah saya. Saya berjaya ke tahap ni pun atas semangat arwah Babah menemani hidup saya. Cuma, hanya rasa terkilan kerana tak dapat menyelamat nyawanya ketika menderita penyakit pneumonia.
Patutlah kamu beria-ia nak selesaikan kes Salina.
Qamra Ain mengangguk perlahan tanda setuju dengan kata-kata lelaki itu. Tun Tunku Harith tersenyum lagi. Tak pernah tercatat dalam sejarah perubatan di THSC, doktor yang masih pelatih mengendalikan kes setaraf dengan doktor pakar dalam pasukan DMD. Alhamdulillah, akhirnya kes itu selesai kerana kecekalan seorang doktor seperti Qamra Ain.
Sikap ego Tunku Raffzul tak menjadi penghalang untuk Qamra Ain melaksanakan tugas harian. Lama kelamaan, anak saudaranya mula berubah sikap. Ternyata, Qamra Ain bukanlah doktor pelatih biasa. Dia seperti insan terpilih yang diberi anugerah istimewa untuk bekerja di hospitalnya.
Alunan lagu True nyanyian Spandau Ballet mengambil alih perbualan mereka yang terhenti sejenak. Hidangan yang dipesan sampai ke meja. Qamra Ain memandang sepi pada hidangan yang tak pernah disentuh sepanjang hidupnya. Tun Tunku Harith enak menjamu selera. Pada suapan kedua, dia terhenti di belahan bibir bila melihat Qamra Ain tak menjamah lagi hidangan tadi. Tun Tunku Harith meletak semula sudu di tepi pinggan.
Biarlah saya berterus-terang. Sebenarnya saya jumpa kamu bukan kerana Tunku Hussein. Saya perlukan khidmat kamu untuk bantu saya.
Khidmat Selama inikan saya berkerja di hospital, Tuan
Kedua-dua belah keningnya berkerut rapat. Dia mengagak seperti ada sesuatu tujuan yang lain sebenar Tun Tunku Harith beria-ia benar menyuruhnya datang ke sini.
Saya bercadang melantik kamu sebagai doktor peribadi anak lelaki saya di Villa. Jangan ditanya kenapa kamu yang dipilih dan bukannya doktor yang sedia ada. Hanya kamu saja calon yang paling layak, Qamra.
Saya masih newbie di hospital, Tuan. Saya tak rasa yang saya calon sesuai untuk terima tawaran yang Tuan bagi pada saya. Apa kata doktor-doktor yang telah sekian lama berkhidmat di THSC. Nanti, timbul spekulasi yang tak elok tentang Tuan dan saya. Dahlah sekarang ni mereka kata saya blue eyes, Tuan.
Itu semua jangan kamu risaukan. Keputusan di tangan saya walaupun saya bukan lagi MD di THSC. Tentang tu biar saya sendiri yang selesaikan dengan Raff dan Sein. Saya yakin ada doktor pakar yang cerdik pandai layak gantikan kamu sepanjang berkhidmat di
Villa saya.
Boleh saya tau kenapa dengan anak lelaki, Tuan
Ermm panjang cerita. Cukuplah sekadar saya katakan pada kamu, hanya kamu yang layak menjaga anak saya. Saya nak kamu buat sesuatu untuk saya demi anak saya, abang pada Sein.
Saya tak tau yang selama ni Sein ada abang. Yang saya tau Sein ada kembar, terkejut Qamra Ain mendengar rupanya ada lagi perkara yang dirahsiakan oleh Tunku Hussein.
Sejak dari awal perkenalan, dia sudah menjangka ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Tunku Hussein. Ternyata sungguh ketat rahsia itu disimpan hingga ke saat ini. Seperti yang dikatakan oleh Tunku Hussein yang dia tahu kebenaran dari mulut orang lain.
Dia melirik ke arah jam di pergelangan tangan. Petang ini dia perlu kembali ke THSC secepat yang mungkin untuk gantikan masa Azmeer yang diambil kerana berada di sini.
Saya kena balik sekarang, Tuan. Saya minta diri dulu dan terima kasih. Qamra Ain bangun dari kerusi. Setelah memberi tunduk hormat pada Tun Tunku Harith, terus dia melangkah tergesa-gesa keluar dari Dome Caf.
Tun Tunku Harith mengekori langkah gadis itu dengan ekoran mata sehingga hilang dari pandangan. Dia pula menyambung semula menikmati menu sambil melempar pandangan ke arah tasik buatan di luar Dome Caf.
T
UNKU HUSSEIN kembali semula ke bilik selepas menyemak daftar masuk-keluar Qamra
Ain di TTS dari skrin monitor Yoonaniza. Resah dia menanti selagi tak mendengar penjelasan dari Qamra Ain mengapa terburu-buru keluar selepas menjawab panggilan telefon tadi. Menurut Rudy Armani, sepatutnya Qamra Ain bertugas di Zon Hijau waktu puncak begini. Sekejap tadi dia turun ke TED, Azmeer pula yang bertugas di situ.
Ke mana dia pergi Siapa yang nak sangat jumpa dia Mustahak sangat ke Puas berdiri, dia berlabuh duduk di kerusi namun hatinya semakin dilanda resah gelisah. Dia perlu temui Qamra Ain. Firasatnya kuat mengatakan ada sesuatu yang bakal berlaku di atas hubungan mereka. Sesuatu yang bakal memisahkan mereka berdua.
Tuk! Tuk! Kedengaran pintu bilik diketuk. Pintu bilik dibuka dan terpacul seseorang yang melangkah masuk sambil menutup pintu semula.
Papa
Tun Tunku Harith duduk menyilang kaki di sofa. Tunku Hussein bangun dari kerusi lalu menghala langkah ke ruang tengah. Dia duduk di sofa berdepan dengan Papanya.
Mimpi apa Papa datang sini Soal Tunku Hussein kehairanan. Sejak dia mengambil alih jawatan MD baru hari ini Papanya datang tunjuk muka.
Kebetulan Papa lalu depan THSC. Tak salah kalau Papa datang jenguk sekali-sekala kamu berdua. Raff mana Papa lalu tadi depan bilik pintunya berkunci.
Raff ada PDC discussion. Back to my question, Papa takkan datang kalau tak ada apa-apa, kan
Sebab kamu dah tanya Papa nak kamu release
Dr. Qamra dari bertugas di THSC untuk setahun dua.
Ke... kenapa Papa tiba-tiba tanya pasal Dr. Qamra Tergagap-gagap dia bertanya.
Papa nak dia bekerja sebagai doktor peribadi di Villa untuk Hardie. Hanya dia yang layak untuk jaga abang kamu.
Tunku Hussein menghala nafas panjang. Jantungnya seperti mahu luruh selepas mendengar permintaan mengarut Tun Tunku Harith. Kenapa secara tiba-tiba Papanya berfikir tentang hal ini sedangkan mereka berdua baru sekali bertemu di meja mesyuarat tempoh hari.
Papa tahu, kan kita kekurangan doktor yang berdedikasi seperti Dr. Qamra di sini. Ramai lagi doktor lain yang boleh jaga Hardie kalau Pa nak. Sein boleh senaraikan tapi jangan sentuh Dr. Qamra. Dia doktor yang paling dikehendaki oleh pesakit di Zon Hijau, bantah Tunku Hussein keras.
Pantang sungguh jika ada sesiapa yang berani mengganggu Qamra Ain meskipun Papanya sendiri. Bukan dia tak tahu yang sepupunya juga sedang berusaha untuk memikat hati Qamra Ain. Kalaulah Tunku Raffzul tahu, sudah tentu turut menyokong pendapat bapa saudaranya.
Apa taknya, setiap hari boleh berjumpa Qamra Ain di Villa. Ataupun, kalau dia tahu tujuan sebenar Tun Tunku Harith membawa masuk Qamra Ain tinggal di Villa sudah pasti bermati-matian dia menghalang sama sepertinya. Tak rela melihat Qamra Ain kembali bersama lelaki yang pernah dicintai Qamra Ain.
Kamu tau sebabnya, kan Atau kamu nak Papa perincikan lagi kenapa Papa memilih Dr. Qamra Tun Tunku Harith memerangkap soalan sambil tersenyum nakal.
Tunku Hussein tak mampu berkata apa-apa lagi selain dari terpaksa setuju dengan titah Tun Tunku Harith. Tambah lagi, senyuman nakal Papanya sengaja mencari kemarahannya.
Kita tak boleh buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan Dr. Qamra. sangkal Tunku Hussein keras.
Dont worry, Sein. Dr. Qamra dah bersetuju dengan tawaran Papa. Hanya tunggu pelepasan dari kamu aje.
That seems ridiculous! Takkan secepat itu Dr. Qamra setuju dengan cadangan Papa Atau Papa tak terus-terang apa tujuan Papa sebenarnya!
Sein, kamu tahukan selama ni Hardie derita deep depression. Hanya Dr. Qamra yang fahami jiwa Hardie, Sein. Papa tau amat sukar untuk kamu, tapi fikirkanlah sebelum perasaan kamu terlajak jauh. Lepaskanlah dia demi Hardie. Tun Tunku Harith menukar topik perbualan. Kalau berlanjutan anak terunanya bertanyakan yang bukan-bukan adalah lebih baik dialih perhatian Tunku Hussein.
Apa maksud Papa soal Tunku Hussein tidak puas hati.
Dia tahu yang Tun Tunku Harith sengaja membiarkan soalannya tanpa jawapan. Yang pasti, Qamra Ain tak tahu agenda yang diatur Tun Tunku Harith. Jika Qamra Ain tahu bahawa pesakit yang bakal dijaga itu adalah Tunku Hardie sudah tentu Qamra Ain menolak permintaan itu semahu-mahunya. Ini tak, setuju tanpa bantahan.
Papa tau kamu cintakan Dr. Qamra. Lepaskan dia demi Hardie, Sein.
Tunku Hussein bangkit pantas dari sofa. Langkah dihayunkan terus ke arah jendela. Dilepaskan tumbukan kuat di atas meja kerja bagi melepaskan geram pada Tun Tunku Harith.
Selama ni pun Papa tak pernah fikirkan apa yang Sein nak! Papa hanya tau Hardie. Hardie tu, Hardie ni, dan entah apa-apa lagi! Papa lebihkan Hardie dari Sein dan Rein! Sekarang, Sein hanya ada Qamra aje lepas Sein balik ke sini! Pa, pernah ke tanya khabar Sein, mati ke hidup ke di CA, ada Pa ambil tau Sudah lama dia menanti saat ini. Ternyata tiba juga akhirnya.
Belasan tahun dipendam rasa dendam dan hari ini terluah juga pada Tun Tunku Harith yang hanya terlalu menjaga perasaan Tunku Hardie berbandingnya dan Tunku Hazreen.
Tun Tunku Harith malas untuk bertekak lagi dengan anaknya. Cukuplah bertahun Tunku Hussein memandang benci padanya. Sejak ada Qamra Ain yang membuatkan Tunku Hussein berubah sikap. Itupun, setelah diselidik dari sahabat baiknya yang seuniversiti di CA, Rudy Armani.
Dia bangun dari sofa seraya membutangkan semula kot blazer hitam. Tunku Hussein menghala pandangan ke arah lain, takut membuak-buak lagi kemarahan bila memandang ke wajah Tun Tunku Harith.
Bagitahu Raff tentang Dr. Qamra. Apa pun alasan, Papa tak mahu ambil tau faham! You need to release her by next week, thats my order!
Tun Tunku Harith beredar pergi meninggalkannya di saat hati yang panas membara. Majalah yang tersusun di atas meja diambil dengan rakus lalu dilempar ke dinding. Bertaburan majalah di atas lantai. Dia menguak rambut yang terjuntai di dahi ke belakang. Tunku Hussein merasakan tindakan Papanya melampaui batas.
Apa hebatnya Tunku Hardie yang lumpuh itu sampai perlu menyatukan kembali Qamra Ain yang pernah dikhianati dulu. Butang interkom ditekan. Sementara menanti interkom berjawab, dia menampal handyplast di permukaan tangan yang melecet akibat tumbukan kuat di atas meja tadi.
Yoona, paging for Dr. Qamra, I need to see her now!
Efarmasi. Makan ikut aturan ke tak ni Soal NCIK ALI, ubat yang encik ambil kat
Qamra Ain sambil meneliti senarai ubat yang ditulis dalam sistem komputer.
Mestilah pakcik makan, Dr. Qamra sayang balasnya sambil tersengih. Qamra Ain yang mengelenggeleng kepala tersenyum kecil. Minggu ini saja masuk 4 kali Encik Ali bertandang ke klinik di Zon Hijau.
Encik Ali.
Ala sebutlah abang. Nampak muda sikit, pintanya mengada-ngada. Matanya pula dikenyitkan sesekali pada Qamra Ain. Lagi dilayan, lagi bertambah menggeletis orang tua itu.
Iyalah Abang Ali. Cuba abang tengok, farmasi bagi ubat Budesonide. Kenapa abang tak makan Saya dah check pernafasan abang dah semakin sempit. Abang kena
Oooooh kat sini rupanya awak ye! Patutlah saya cari awak tak ada! Meh sini, balik! Tiba-tiba ada suara nyaring yang kedengaran dalam bilik.
Mereka berdua terus mendongak ke arah pintu yang terbuka. Seorang wanita yang sedang mencekak pinggang dan merenung tajam ke arah pesakitnya. Encik Ali pula menyorokkan kepala di dalam baju.
Jom balik! Saya kata balik! Minta maaf ya, doktor. Suami saya ni memang miang sikit. Tak boleh tengok doktor dahi licin. Menggatal aje kerjanya, sempat isteri Encik Ali meminta maaf.
Wanita itu menarik cuping telinga dan memaksa suaminya keluar dari dalam klinik. Qamra Ain menyembunyikan ketawa melihat telatah suami isteri itu.
Sayang, nanti kita jumpa minggu depan, ya! Tunggu abang tau! Laung Encik Ali yang sempat berpaling ke belakang serta menghadiahkan flying kiss padanya.
Amboi, awak ni memang nak kena gari kat ekzos motor agaknya! Jerit isteri Encik Ali hinggakan pesakit yang duduk di ruang legar yang menanti giliran rawatan masing-masing tertawa melihat gelagat mereka berdua.
Si isteri masih memiat telinga suami. Kelakar sungguh bila mendengar leteran tanpa henti isteri Encik Ali di sepanjang jalan. Kasihan pula dia melihat lelaki tadi yang terkial-kial mengikut langkah isterinya yang pantas.
Qamra Ain menutup pintu. Dia duduk semula di kerusi sambil mengadap ke skrin monitor. Rekod perubatan Encik Ali di dalam sistem ditutup. Dia merenung ke arah siling dan teringat semula kata-kata Tun Tunku Harith tadi.
Anak sulung saya disahkan lumpuh beberapa tahun yang lalu. Sejak dari insiden tu, dia mula mengurungkan diri dalam bilik. Hanya keluar bila temujanji di hospital. Itu pun, puas juga nak memujuknya datang. Sepanjang fisioterapi, tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Semakin hari saya nampak semakin teruk.
Kadangkala, dia mengamuk tak tentu hala. Puas orang gaji di Villa terpaksa mengemas bilik yang bersepah. Saya tau, hanya kamu yang layak menjaga dia disebabkan prestasi kamu merawat pesakit di hospital saya. Kini, dia hanya mampu duduk di atas kerusi roda meratap nasib tanpa kesudahan.
Qamra seseorang memanggil namanya di sebalik pintu sekaligus menyentak lamunannya yang panjang.
Ada apa, Rudy
I terserempak dengan Yoona tadi kat tingkat 2. Dia suruh I sampaikan pesanan kat you. Katanya you tak bawa pager. Thats why I turun jumpa you. TH nak jumpa you di pejabat sekarang.
Klinik I ada 2-3 pesakit lagi kat luar.
I ganti you kejap.
Tadi Azmeer dah gantikan I
Tak apa. Pergilah biar I gantikan you. Pergi lekas sebelum TH mengamuk lagi!
Qamra Ain bangun dari kerusi dan keluar dari bilik. Langkah dihayunkan sepantas yang mungkin menuju ke bilik MD di tingkat 2.
Q
AMRA AIN tiba di hadapan pintu bilik Tunku Hussein. Selalunya, jejaka itu yang akan mencarinya di serata hospital namun kenapa pula dipanggil berjumpa di pejabat Ada sesuatu ke yang berlaku Atau sengaja mengganggu waktu kerjanya
Dia memulas tombol pintu perlahan-lahan. Pintu dibuka separuh seraya melangkah masuk ke dalam.
Di kejauhan dia ternampak Tunku Hussein sedang menulis sesuatu di atas meja. Di sofa pula kelihatan Tunku Raffzul sedang duduk termenung seperti memikirkan sesuatu. Sesekali jejaka itu mengoyanggoyangkan kakinya yang disilangkan.
Qamra Apa kamu buat di sini Soal Tunku Raffzul bila terpandang Qamra Ain sedang menutup pintu. Tunku Hussein juga turut mendongak.
Tuan Hussein yang.
Aku yang panggil dia ke sini, Tunku Hussein berhenti menulis. Dia mencapai blazer hitam yang terampai di belakang kerusi dan sambil berjalan disarung blazer ke badan.
Duduk dulu, Dr. Qamra suruh Tunku Hussein.
Dia memilih duduk bersebelahan dengan Tunku Raffzul. Dijarak sedikit kedudukannya. Tunku Hussein pula duduk berdepan.
Dr. Raff, saya nak sampai amanat Tuan Harith. Beliau mohon kelulusan dari kamu untuk lepaskan Dr. Qamra bertugas sebagai doktor peribadi di Villa.
What Kenapa tak Dr. Elle atau Yoona Kenapa mesti Dr. Qamra TH, kau tahu, kan yang aku tak cukup doktor dalam team aku.
Kita masih di waktu bekerja, Dr. Raff. Seharusnya kau harus hormati aku sebagai Presiden THSC. Tuan Hussein, bukan TH! Tegasnya serius dengan suara yang meninggi sedikit. Tunku Raffzul tersentap bila ditegur begitu keras di depan Qamra Ain.
Whats wrong with you, TH Ahhh whateverlah. Im so sorry. Kenapa mesti Dr. Qamra Kau tahukan yang aku kekurangan doktor dalam team aku.
Itu kau tanya Tuan Harith sendiri. Kamu Dr. Qamra mulai minggu depan kamu perlu lapor diri di Villa Tuan Harith. Lagi satu kemas barang-barang kamu dan pindah terus ke sana. Tuan Harith dah sediakan sekali alamat.
I totally disagree! Its unfair to me, TH! Bantah Tunku Raffzul sekeras-kerasnya.
Ini perintah dari Tuan Harith! You agree or not, Tun Harith already made the decision! Jerkah Tunku Hussein sambil melepaskan tumbukan kuat di meja kopi.
Aku Atau kau yang kena buat keputusan Youre MD now not Tun Harith! soalan Tunku Hussein dibalas dengan soalan.
Dr. Qamra bawah team kau, Dr. Raff! Kau berhak tau. Hanya tu aje aku nak sampaikan. Kalau tak ada apa-apa lagi. Kita bersurai.
Berapa lama saya perlu berkhidmat di sana, Tuan Hussein Qamra Ain memberanikan diri bersuara setelah mereka berdua habis bertengkar.
You asked me Dr. Qamra Kamu lebih tau jawapan dari saya. Saya pasti yang Tun Harith dah bincang dengan kamu, kan soalnya sinis. Keningnya juga kelihatan bertaut rapat.
Tunku Raffzul memandang wajah mereka silih berganti. Ada kelainan dalam renungan Tunku Hussein pada Qamra Ain. Renungan tak ubah seperti menyampai suara hati yang diluahkan dari pandangan mata. Ah! Kenapa Qamra tak pernah pandang aku seperti mana cara dia pandang TH yang buat aku cemburu!
Baiklah kalau itu sudah keputusannya. Saya menurut perintah, Tuan Hussein, hanya itu ungkapan ringkas yang terpacul. Buat apa lagi perlu mukadimah panjang menjela depan mereka. Sekurang-kurangnya takkan diganggu lagi oleh Elmina yang kekwat dan sekaligus memberi laluan pada mereka berdua menjalinkan hubungan cinta semula.
Qamra Ain bangun dari sofa dan melangkah ke arah pintu. Dia menarik perlahan pintu dan menutup semula dari luar Mereka berdua yang berada di dalam bilik memerhatikan gadis itu beredar pergi melalui dinding kaca pemisah.
Kenapa Papa harus memilih Qamra rintih Tunku Raffzul perlahan. Tunku Hussein hanya mendengar sepi.
Maaf, Raff. Aku perlu rahsiakan jawapannya buat masa ni untuk kebaikan Qamra dan kau. Biarlah rahsia ni kau tau dari mulut orang lain tapi bukan dari aku.