MY PRETTY BOY - 83
WAH! Kalau macam ni setiap hari bahagianya hidup! Rudy Armani yang masih memakai kot putih mendepakan tangan sambil mengadap ke arah bangunan dari bumbung THSC. Seharian dia menjaga Zon Hijau dengan ditambah pula karenah pelbagai pesakit yang datang sudah tentu menyerabutkan segenap benak.

Pelik! Macam mana Qamra Ain boleh mengawal pesakit di Zon Hijau sedangkan dia yang sudah bertahun bekerja di hospital ini masih belum berjaya membaca karenah pesakit.

Jauh di sudut hati, dia kagum dengan ketabahan Qamra Ain melayan pesakit setiap hari. Tak kira siapa pun mereka, apa latar belakang mereka dan juga kesakitan mereka. Padanya, mereka semua perlu dirawat dengan penuh kasih sayang. Patutlah, Encik Ali suka sangat bertandang ke klinik sampai kena piat telinga dan dipaksa balik.

Aku nak tanya kau sesuatu, soal Tunku Hussein tanpa berpaling muka ke arah Rudy Armani yang berdiri sebelah.

Kau nak tanya pasal Qamra atau pasal Raff Rudy Armani mengubah posisi berdiri. Mengalih badan bertentangan kedudukan di sebelah Tunku Hussein.

Walaupun mereka bersahabat namun ketika bertugas di THSC dia perlu tunjuk hormat pada Tunku Hussein sebagai MD yang paling muda di hospital ini. Hanya waktu rehat sebegini, mereka lupakan kedudukan status masing-masing.

Berapa lama dah kau kerja dengan Raff

Lama juga. Sejak kita balik dari CA dan aku terus diletakkan dalam team dia. Masa mula aku kenal dulu dia bukan jenis lelaki yang aku tengok sekarang ni. Terlebih mesra. Kalau kau nak tau dulu dia arrogant, egois dan kekwat sungguh. Dia jadi begitu pun ada sebab. Doktor intern yang dicintai main cinta dengan doktor senior. Sejak tragedi tu dia benci sungguh dengan doktor intern. Dia berubah pun sebab Qamra.

Aku rasa dia cintakan Qamra... Tunku Hussein membuat andaian dan yang pasti hatinya kuat mengiyakan.

Habis tu, apa masalahnya Aku tak fikir yang Qamra cintakan dia. Suka Mungkin tapi kalau cinta aku rasa tak. Qamra cintakan kau, kan So, whats the problem Soalan Rudy Armani bertalu-talu sambil menggaru belakang bahunya yang terasa gatal.

Aku tak rasa yang Qamra cintakan aku. Kau nampak aje Qamra dekat dengan aku tapi sebenarnya aku rasa dia seakan makin jauh. Penat aku nak tunggu ungkapan cinta dari mulutnya, Rudy. Next week, Qamra dilantik sebagai doktor peribadi Hardie. So, kau nak kata apa

What Kau lepaskan macam tu aje Qamra jadi doktor peribadi Hardie Kes parah ni, bro! Kau tak takut ke Cuba kau bayangkan kalau tiba-tiba Hardie sembuh dari lumpuh. Kau tau apa maksud aku, kan Aku tak tau nak buat apa lagi! Sakit kepala aku fikirkan, Rudy. Memang dah ditakdirkan Qamra bukan milik aku sejak awal lagi! Jeritnya nada perlahan. Benaknya semakin serabut. Dia seolah-olah hilang arah apatah lagi jika apa yang dikatakan oleh Rudy Armani benar-benar berlaku. Apa kesudahan kisah mereka jika ditakdirkan Tunku Hardie sembuh sediakala

Hei! Itu hanya andaian aku aje, bro. Jangan ambil serius sangat. Cepat sangat kau nak kibar bendera putih. Kalau dah jodoh tak ke mana bak kata Datuk Ustaz Kazim Elias, sempat lagi Rudy Armani berseloroh sekadar meredakan perasaan Tunku Hussein yang bercelaru.

Susah aku nak jumpa Qamra lepas ni.

The best solution kau pindah masuk ke Villa balik. Habis cerita. Dapat kau jumpa selalu, cadang Rudy Armani tersenyum nakal sambil mengangkat kening.

Pindah masuk Kau nak tambahkan lagi serabut yang sedia ada dalam Villa tu Mahu kena serangan asma berlipat ganda Papa aku nanti.

Kau silap sebenarnya. Umur dah lanjut macam Tuan Harith dah tentu dia nak semua anak-anaknya berada dekat. Mana tahu, kan ajal maut di tangan ALLAH SWT. Sekejam-kejam Tuan Harith dia tetap Papa kau. Lupakan kisah-kisah lalu. Kau patut bersyukur ALLAH SWT dah tetapkan umur Papa kau panjang sebab ada orang selamatkan dia. Bukankah tu dinamakan takdir Takdir yang tertulis di mana ALLAH SWT nak satukan semula jurang keluarga kau yang sekian lama terlerai

Bila kau sebut tentang guardian yang selamatkan Papa, dia masih yakin gadis yang selamatkannya masih wujud. Dah bertahun lalu, entah hidup entahkan mati, semakin kusut bila difikirkan pula tentang gadis misteri itu.

Balik-balik cerita yang sama berulang kali mereka dengar setiap kali berkumpul di Villa. Hakikatnya, hanya sekadar cerita kosong kerana gadis misteri yang disebut-sebut itu masih lagi kekal misteri.

Hati remaja purba ni kau kena faham, TH. Hati mereka kekadang sensitive meskipun perkara kecil seperti apa yang terjadi pada Tuan Harith. Aku yakin satu hari kau pasti jumpa apa yang dicari. Rajinrajinlah solat dan berdoa agar ALLAH SWT makbulkan permintaan kau. Percayalah. Apa-apa pun yang penting, berilah kemaafan pada Papa kau sementara umurnya masih ada pujuk Rudy Armani sambil menepuk perlahan belakang bahunya.

Tunku Hussein melirik jam di pergelangan tangan. Pukul 10 malam. Dia kena balik sekarang. Bukan! Dia harus temui Qamra Ain malam ini. Lantas disarung semula jaket hitam ke badan. Kunci dikeluarkan dari poket seluar jeans. Alarm kereta ditekan.

Patutlah kau bawa kereta naik sampai atas bumbung! Kau nak ke mana

Aku rindukan Qamra! Whitecoat nanti kau letak dalam bilik aku! Laung Tunku Hussein dari dalam kereta.

Habis tu aku

Kau tidur kat bilik on call malam ni!

Enjin kereta dihidupkan dan kemudian Nissan GT-R menderum laju memecah kesunyian malam.

T

UNKU HUSSEIN berdiri di hadapan bangunan kedai 2 tingkat sambil mendongak ke tingkat atas. Lampu di dalam bilik gadis yang dirindui itu masih disirami cahaya. Dia berkira-kira untuk memanggil Qamra Ain turun menemui di bawah bila difikirkan seharian gadis itu berkejaran-kejaran di Zon Hijau dibiarkan saja rindunya terpendam.

Dia masih memikirkan kisah tadi. Beria-ia sungguh Tun Tunku Harith mahukan Qamra Ain menjadi doktor peribadi Tunku Hardie. Bukan tiada doktor lain yang bekerja di hospital ini. Rata-ratanya ada yang berpengalaman dalam menjalankan rawatan fisioterapi seperti yang selalu dilakukan oleh Tunku Hardie setiap kali temujanjinya di THSC.

Hah! Kenapa tak, dihantar saja ke sana doktor yang selama ni merawat Tunku Hardie Itu lebih baik dari Qamra Ain yang bukan doktor pakar dalam bidang itu! Kerisauan mula melanda sejak titah Tun Tunku Harith siang tadi.

Andai kata Tunku Hardie pulih seperti sediakala bak kata Rudy Armani tentu putih mata hazelnya terpaksa melihat Qamra Ain menjalin cinta semula bersama Tunku Hardie. Dan dia meratap pilu cinta yang tak kesampaian. Dia yakin, Tunku Raffzul juga akan merasa kekecewaan yang sama sepertinya.

Mengapa ni semua harus berlaku pada kita, Qamra Rintihnya perlahan.

D

ISEBABKAN bahang panas, Qamra Ain merenggangkan sedikit jendela memberi ruang angin luar masuk ke dalam bilik. Dia berdiri di sebalik jendela sambil dihalakan pandangan ke bawah. Di waktu itu dia ternampak seseorang yang sedang bersandar di tepi pokok di mana kelihatan jari-jemarinya sedang ligat menaip sesuatu di telefon selular.

Lagak gaya macam Sein! Apa dia buat kat sini Jejaka tadi yang mengubah posisi duduk bersendirian di anak tangga. Qamra Ain mengerut dahi. Dia mencapai sweater yang tersidai di belakang kerusi lalu disarungkan ke badan sambil berjalan menuju ke pintu. Selepas memastikan pintu bilik sewa dikunci, Qamra Ain menuruni anak tangga menuju keluar ke arah di mana jejaka itu berada.

Dia terhenti di tepi tangga atas. Dari atas dia memerhatikan saja gelagat Tunku Hussein yang tunduk memandang ke bawah. Hatinya tiba-tiba dirundung sayu. Entah mengapa di malam ini, dirasakan satu perasaan yang lain dari yang lain. Adakah disebabkan kesetiaan Tunku Hussein di masa susah senangnya atau disebabkan mereka bakal dipisahkan jarak jauh.

Sein panggilnya lembut ketika berada di posisi membelakangi jejaka itu. Tunku Hussein berpaling ke belakang. Terkejut dengan kehadiran Qamra Ain yang memang di luar Jangkaannya.

How you know

Saya nampak awak dari atas tadi. Bukan awak sibuk ke tadi di THSC

Tak larat nak berjaga sampai lewat malam. Saya sekadar singgah aje nak lepas rindu kat awak. Tak terfikir pula saya yang awak nampak saya kat sini, Tunku Hussein mengoyak senyuman. Sungguh pun hatinya terasa pedih dan kecewa namun dicuba sedaya menyembunyikan perasaan itu dari Qamra Ain.

Oh begitu.

Awak juga rindu kat sayakan Tunku Hussein memerangkap soalan. Suka benar bila ditanya begitu.

Qamra Ain teragak-agak mengaku yang juga turut merindui jejaka itu.

Sein, setiap kali saya rindukan awak setiap kali tulah awak muncul. Sebenarnya saya rindukan kita yang dulu... jawab Qamra Ain tanpa selindung.

Pengakuan jujur itu membuatkan jantung Tunku Hussein berdegup kencang.

Awak awak juga rindukan saya Tapi, lepas ni kita takkan jumpa begini lagi, Qamra. Kita akan terpisah jauh.

Ek eleh, macamlah duduk jauh benar. Tak baik tau kalau tak datang jenguk sesekali Tuan Harith walaupun duduk berasingan, nasihat Qamra Ain. Belum lagi menjejak kaki ke sana, sudah terbayang tahap kebosanan yang bakal dilalui di Villa itu.

Tak sampai hati pula saya nak tinggalkan awak, ucap Tunku Hussein romantis. Redup mata Qamra Ain membuai hatinya. Rasa berat kakinya melangkah pergi. Dia sanggup berembun malam asalkan Qamra Ain berada dekat dengannya.

Kenapa awak setuju dengan cadangan Papa saya, Qamra Awak tau tak yang tak sampai hati untuk dia berterus-terang tujuan sebenarnya Tun Tunku Harith menitahkan Qamra Ain berkhidmat di Villa mereka.

Tak pernah pun cerita kat saya yang awak ada abang paralysis. Awak ada simpan rahsia dengan saya lagi ke, Sein

Aku terpaksa, Qamra. Aku takut apa yang bakal berlaku akan mengugat hubungan kita berdua. Aku takut sangat! Aku takut tiba saatnya nanti kau tau kebenarannya!

Disebabkan Tuan Harith saya diterima bekerja di THSC, Sein. Oh ya lepas saya berjaya buat abang awak berjalan, saya dibenarkan kembali berkhidmat di THSC tau!

Saya tau ni bukan masa yang sesuai untuk saya

Sein, berapa kali saya bagitau awak Saya lebih selesa kita berterusan begini. Cukuplah saya tak nak terluka lagi, Sein. Please, Sein hormati keputusan saya.

Qamra please

Tak manis dipandang jiran nanti hanya kita berdua di sini. Saya balik dulu, mohon Qamra Ain. Rimas dan lemas bila acapkali diasak pertanyaan yang sama oleh Tunku Hussein. Tentang hati dan perasaan. Dia mendaki anak tangga tanpa berpaling lagi hingga hilang dari pandangan mata Tunku Hussein.

Sampai bila aku harus menanti kau buka jendela hati kau, Qamra Sampai bila