Walaupun semua orang akhirnya sedar bahawa pantang larang diterbitkan untuk memberi peringatan dan larangan secara lembut dan sinis, ianya masih meninggalkan kesan kepada kepercayaan kita semua.
Antara pantang larang yang popular adalah:
Angkat kaki ketika meniarap
Kesan: Ibu akan mati
Sebab sebenar: Perbuatan nampak tidak sopan
Menuding jari pada pelangi
Kesan: Jari akan kudung
Sebab sebenar: Tidak mahu kanak-kanak terbiasa angkuh menjadi orang pertama
Bersumpah
Kesan: Dimakan sumpah
Sebab sebenar: Tidak mahu membiasakan kanak-kanak bercakap bohong
Jelir lidah
Kesan: Masuk neraka atau dipotong lidah
Sebab sebenar: Perbuatan yang tidak sopan
Kepala terhentuk pada objek lain
Kesan: Menjadi bodoh
Penawar: Mengetuk bawah dagu dengan tangan
Sebab sebenar: Peringatan supaya berhati-hati
Kepala terhentuk pada kepala orang lain
Kesan: Ilmu akan bertukar antara satu sama lain
Penawar: Menghentukkan kembali dengan kepala yang terhentuk
Sebab sebenar: Mahu mengelakkan perbalahan
Lukisan atas tanah
Kesan: Lukisan akan hidup dan datang menghantui
Penawar: Memadam lukisan setelah selesai main
Sebab sebenar: Tidak mahu mencacatkan halaman rumah
Mengasah pensel pada kedua-dua hujung
Kesan: Mak mati
Sebab sebenar: Merbahaya boleh tercucuk
Telan biji buah
Kesan: Pokok buah tersebut akan tumbuh di dalam perut
Sebab sebenar: Merbahaya pada sistem badan
Duduk atas bantal
Kesan: Punggung naik bisul
Sebab sebenar: Perbuatan tidak sopan