Sebenarnya saya yang patut tanya, apa yang Danira nak cakap dengan saya Balas Filman tenang.
Danira tercengang. Dahinya berkerut mendengar kata-kata lelaki itu.
Dalam telefon dua hari lepas, Danira kata nak jumpa saya. Dah lupa Filman memperingatkan. Mendengar kata-kata lelaki itu, wajah Danira terus berubah. Dia mengigit bawah bibirnya berulangkali. Memang dia mahu bertemu Filman ketika itu. Soal adiknya ingin segera dibincangkan dengan lelaki itu.
Maaf, saya yang lupa. Ungkapnya serba-salah.
Filman sekadar tersenyum. Wajah Danira yang berkerut resah menjadi santapan matanya sedari tadi. Manis sungguh gadis itu bila bertudung begitu. Dia teringat kata-kata nenda di sebelah ibunya suatu ketika dahulu. Kata nendanya, rambut itu mahkota wanita, aurat bagi seorang wanita muslim yang beragama Islam. Haram bagi seorang lelaki melihat aurat seorang wanita kecuali jika ia sah menjadi isterinya.
Dahulu dia tidak pernah kisah dengan kata-kata itu. Malah dia tidak kisah bergaul dengan mana-mana wanita kenalannya yang tidak tahu menutup aurat sendiri. Tapi entah kenapa kali ini dia jadi tertarik dengan Danira. Malah wajah manis bertudung itu lebih anggun dirasakannya dari mana-mana wanita yang pernah dikenalinya.
Filman, ersaya cakap kemudian ajelah. Tiba-tiba Danira bersuara. Wajah itu kelihatan serba tidak kena.
Filman terdiam. Ada sesuatu yang aneh dirasakan pada anak gadis itu kali ini. Apakah kehadiran Lynn yang sedang asyik memandang ke arah mereka yang membuatkan Danira enggan meneruskan perbualan dengannya
Melihat Danira mahu beredar, tanpa disedari lengan gadis itu dipautnya. Danira segera berpaling. Wajah anak gadis itu nampak gusar. Menyedari kesilapannya, Filman cepat-cepat melepaskan tangannya.
Maaf.. tutur Filman menyedari kealpaannya.
Filman, lain kali saja ya. Balas Danira. Entah kenapa dia benar-benar gelisah melihat Lynn memandangnya satu macam seolah-olah dia sedang melakukan dosa besar.
Malam ni kita keluar makan ya Pinta Filman.
Danira terkedu. Ikutkan hatinya memang dia mahu bertemu Filman, tapi dia segan mahu keluar pada malam-malam hari. Bimbang terserempak dengan Kamila atau dintip diam-diam oleh jiran-jiran di situ. Lagipun tidak mustahil berita yang kurang enak boleh sampai ke telinga Kamila. Itu yang dia tidak mahu sebenarnya! Nama baik Kamila harus dijaga, lagi-lagi dia hanya menumpang tinggal di situ.
Perlu saya minta izin Kak Mila dulu Tanya Filman seolah memahami apa yang sedang Danira bimbangi. Danira tersenyum hambar. Filman seolah-olah boleh membaca semua perasaan yang terbuku di hatinya. Itu yang membuatkan dia kadangkala selesa berada di samping lelaki itu, walau adakala perasaan malu dan segan lebih menguasai dirinya.
Macamana Saya jemput Danira malam ni, lepas Maghrib
Danira menggeleng. Wajah Filman sedikit berubah. Ada rasa hampa menjeruk tangkai hatinya. Penolakan Danira membuatkan dia sengsara.
Saya pergi sendiri. Sambung gadis itu akhirnya.
Filman tergaman. Wajah anak gadis itu ditatap lama. Sejurus senyumannya terserlah mewarnai hati yang gembira kerana pelawaannya tidak ditolak mentah-mentah kali ini.
Puas sudah dia menilik jam Cartier yang tersarung di pergelangan tangannya. Belum pukul 8.30 malam, tapi entah kenapa dia terasa lambat benar masa berputar. Aneh! Lima belas minit menanti di situ, seolah-olah sudah berjam-jam lamanya. Inikah yang dinamakan mabuk asmara Filman tersenyum sendiri.
Dalam dia leka melayan perasaan, matanya tiba-tiba tertarik ke suatu arah. Di pintu masuk restoran, sesusuk tubuh sedang melangkah masuk. Melihat wajah bingung si gadis mencari-cari sesuatu, bibirnya segera menguntum senyuman. Dia tahu benar siapa yang dicari gadis itu. Danira pasti sedang mencari dirinya.
Belum sempat dia mahu memanggil gadis itu, tiba-tiba perhatiannya beralih arah. Tidak jauh dari gadis itu, dia melihat kelibat dua lelaki dengan lagak mencurigakan sedang menghendap Danira.
Dahi Filman segera berkerut. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan kereta berwarna hitam gelap yang dilihatnya di luar taska Kamila tempohari. Ketika itu Danira juga diintip lelaki di dalam kereta tersebut. Apakah mereka orang yang sama Risau dengan segala kemungkinan buruk, Filman nekad bertindak. Dia segera melangkah pantas ke arah Danira.
******
Danira yang terpandang kelibat Filman menghampirinya, segera menarik nafas panjang. Dia benar-benar lega menemui Filman di situ. Berdiri hampir lima minit di situ, membuatkan malunya menebal. Dengan penampilannya yang selekeh, dia perasan banyak mata sedang mencuri pandang ke arahnya. Menyesal pula dia meminta Filman memilih tempat pertemuan mereka. Tak sepatutnya dia melakukannya jika dia tahu Filman akan memilih restoran esklusif begini. Kalau dia yang memilih, jangan-jangan mereka sekarang sudah bertemu di gerai mamak.
Filman, saya
Syy Lelaki itu mengisyaratkan agar dia berdiam diri.
bersambung
Bab akan datang:
Apa yang Filman ingin luahkan pada Danira Siapa yang mengekori Danira