MY PRETTY BOY - 84
DIA sudah berdiri tercegat di depan pagar besi tempawan berukiran bunga yang setinggi 2 kali ganda dari ketinggiannya. Di celahan pagar itu, dia nampak jelas kegahan Villa setinggi 5 tingkat jika dikira dari aras bawah tanah. Qamra Ain menghela nafas lega. Akhirnya sampai juga di kediaman elit Tun Tunku Harith.

Tujuh hari, sesingkat masa yang ada untuk diberi kata putus tentang tawaran itu. Dia tak terdaya untuk menolak permintaan Tun Tunku Harith dek kesungguhan yang terpampang di wajah lelaki berusia itu memujuk. Hakikatnya, dia belum bersedia menjalankan tugas yang ditawarkan oleh bekas presiden THSC itu. Sedangkan Tunku Hussein juga tak mampu menyangkal arahan Tun Tunku Harith, inikan pula dia hanya seorang doktor yang baru setahun jagung.

Tertanya-tanya juga di hati, mengapa dia yang menjadi doktor pilihan Tun Tunku Harith padahal beratus lagi doktor yang lebih pakar dalam bidang masing-masing sememangnya layak menjaga anaknya.

Jawapan hanya pada Tun Tunku Harith. Bila ditanya Tunku Hussein, jejaka itu lebih selesa menikus. Terdetik juga di hati seperti ada sesuatu rahsia yang tersembunyi di sebalik Villa yang tersergam ini.

Bunyi pagar terbuka secara automatik menyentak Qamra Ain dari lamunan. Dari kejauhan dia terpandang seorang lelaki yang berseluar jeans berserta T-Shirt Polo menghayun langkah menyambut kedatangannya yang masih tercegat di luar.

Finally, youre here. Come, lets go inside. Langit nampak gelap aje, nak hujan agaknya malam ni, ajak Tun Tunku Harith sambil menarik bagasi beroda Qamra Ain. Tak sempat dia mencapai bagasi tersebut dek tangkas betul tangan lelaki maskulin itu mencapai bagasi terlebih dahulu.

Sesat juga tadi, Tuan. Mujur driver teksi tu tau selok-belok masuk ke simpang sini. Maklumlah, kawasan elit. Macam-macam soalan guard depan tu tanya. Bila kata nak ke Villa Tuan, terus dia bagi masuk, cerita Qamra Ain sambil menyaingi langkah Tun Tunku Harith menuju ke pintu masuk utama.

Qamra Ain memerhati keadaan sekeliling. Anak matanya terpaku ke arah sebuah kandang yang menempatkan beberapa ekor arnab di situ. Qamra Ain menghala langkah ke situ. Seekor demi seekor arnab datang menghampiri pintu kandang. Qamra Ain tersenyum sendiri sambil mengusap-usap perlahan.

Mbak Dewi! Laung Tun Tunku Harith dari luar.

Qamra Ain terdengar sahutan dari dalam. Kelihatan seorang wanita keluar dari arah dapur dan terkocoh-kocoh berjalan menuju ke arah mereka.

Ya, Pak Tunku.

Kenalkan, Dr. Qamra Ain.

Oh, ni ke doktor yang Tuan cerita semalam pada saya Manis sungguh orangnya, Tuan. Sesuai untuk Tuan H

Nah, bawa masuk beg-beg ni semua ke bilik tetamu, pantas Tun Tunku Harith memintas sambil menjegil mata.

Terkedu terus Mbak Dewi yang hampir terlupa pesan Tun Tunku Harith semalam supaya tak tersasul menyebut nama Tunku Hardie buat sementara waktu. Mbak Dewi menarik bagasi beroda dan terus berlalu masuk semula ke dapur.

Kamu juga suka arnab Baik-baik digigit jari kamu nanti. Yang warna taik cicak tu garang sikit. Hanya tuannya aje yang berani pegang. Sejak tuannya sakit, tak ada siapa yang manjakannya lagi.

Arwah Babah saya pernah ternak arnab di Brinchang. Lepas Babah meninggal, saya bagi semua arnab kat jiran terdekat. Tak ada masa nak bela. Sibuk belajar di KL.

Pandangan Qamra Ain terhenti ke arah salah seekor arnab yang tak semena-mena menjilat jari telunjuknya. Tun Tunku Harith terkejut. Sejak Tunku Hardie tak ambil tahu langsung tentang arnab kesayangannya, inilah pertama kali arnab itu tampak mesra dengan orang selain tuanya sendiri. Sedangkan dia juga tak berani menjulurkan jari, inikan pula Qamra Ain.

Jinak pula arnab tu dengan kamu. Sein yang selalu datang sini pun asyik kena gigit, kamu tak pula digigitnya. Pelik

Saya dah biasa dengan arnab, Tuan. Lagipun, saya pernah ada arnab serupa warna arnab ni, jelas Qamra Ain sambil mengusap-gusap lembut bulu lebat arnab tersebut. Kemudian dilepaskan semula ke dalam kandang. Nasib baik ada sesuatu yang menghiburkan hati di kala tinggal di sini. Taklah berasa kesunyian nanti.

Aku namakan kau Turbo, okey

Memang namanya Turbo, Qamra. Sejak pertama kali tuannya bawa ke sini.

Qamra Ain tersentak seketika. Turbo Kenapa nama dan arnab ni sama dengan tak mungkin! Kenapa, Qamra Jari kamu kena gigit ke Tak tak, Tuan. Hanya teringat arnab saya. Nama pun sama dengan arnab Tuan ni.

Oooo Ingatkan apa tadi. Tak apalah, biar saya masuk ke dalam dulu. Nak minta Mbak Dewi siapkan makan malam awal. Jangan lama duduk di luar. Sini waktu malam cuacanya sejuk. Senang kena selsema nanti, pesan Tun Tunku Harith sebelum melangkah masuk dan meninggalkan Qamra Ain bersendirian di luar.

Qamra Ain mengangguk perlahan. Dia menoleh semula ke arah arnab tadi yang masih duduk membatu. Arnab itu seperti mengenalinya. Dia mencapai Turbo lalu diletakkan di atas pangkuan. Sambil mengusapgusap penuh kasih, Qamra Ain meluaskan pandangan ke hadapan sambil memikirkan sesuatu.

Tanpa disedari Qamra Ain, ada sepasang anak mata yang sedang memerhatikan telatahnya di sebalik jendela dalam bilik di tingkat 1.

S

YUKURLAH kamu selamat sampai ke sini, Qamra. Kenapa tak call saya, boleh saya suruh Saiful ambil kamu di THSC.

Saya tak nak susahkan, Tuan perlahan-lahan dia menyuapkan nasi menggunakan sudu ke dalam mulut.

Usai solat Maghrib di bilik tetamu, dia terus bersiap turun ke ruang makan utama. Di situ, sudah duduk menanti Tun Tunku Harith bersama Tunku Hussein dan Tunku Raffzul di meja makan.

Susah apanya, Qamra. Kamukan doktor di hospital saya. Mulai sekarang kamu dah jadi tanggungjawab saya. Kamu boleh aje minta Sein hantar kamu tadi ke sini.

Baru saja Qamra Ain hendak membuka mulut pantas Tunku Hussein memintas.

Sein ada mesyuarat dengan MC tadi, pa. Maaf, sebab Sein tak dapat hantar Dr. Qamra ke Villa, jawabnya bersaja.

Tunku Raffzul hanya menjadi pemerhati. Dalam fikiran masih menanti sebuah jawapan kenapa Qamra Ain perlu berada di sini berkhidmat untuk Tunku Hardie. Apa yang mampu doktor ini lakukan. Fisioterapi bukanlah kepakaran Qamra Ain namun mengapa dia yang menjadi mangsa pilihan Tun Tunku

Harith

Berlainan pula dengan Tunku Hussein. Dia tahu tujuan sebenar Tun Tunku Harith memilih Qamra Ain menjadi doktor peribadi Tunku Hardie. Papanya juga tahu Qamra Ain adalah kekasih hati Tunku Hardie yang dicari selama ini. Malangnya, Qamra Ain tak menahu langsung tentang perkara ini.

Tunku Hussein lambat-lambat menyuap nasi ke dalam mulut. Bgitu juga dengan Tunku Raffzul. Masingmasing memandang gadis yang sedang menguis-guis nasi di pinggan silih berganti. Qamra Ain hanya mampu tunduk ke bawah bagi mengelak dari bertentang mata dengan mereka. Tun Tunku Harith terhenti suapan. Baru dia sedar 2 orang anaknya lagi tak turut serta makan di malam ini.

Bibik, Har

Pertanyaan Tun Tunku Harith terhenti terus bila Tunku Hussein tiba-tiba mencelah. Takut Qamra Ain tiba-tiba dilanda migrain bila mendengar nama yang sekian lama telah mati dalam ingatan gadis itu.

Qamra, tadi Rudy pesan pada saya yang kamu tak maklumkan keputusan darah pesakit di Zon Hijau.

Aduhai, saya terlupa. Nanti saya call Rudy. Laporan tu ada dalam beg. Qamra Ain menepuk dahi perlahan. Dek kelam kelibut tugas di ER hingga terlupa menghantar fail laporan ke Yoonaniza.

Tak apa, nanti serah kat saya. Esok saya sendiri send kat Rudy.

Pa, maaf lambat! Kaf ramai pelanggan tadi, laung Tunku Hazreen dari muka pintu sambil menanggalkan kasut tumit tinggi.

Semua mereka yang berada di meja makan serentak menoleh ke arah empunya suara yang bergema tadi. Rein

Tunku Hazreen berjalan masuk ke dalam Villa dan sambil lalu diletak tas tangan atas sofa. Kemudian menyambung langkah mendekati ke arah Tun Tunku Harith. Selepas menyalami dan memberi ciuman di pipi, dia memerhatikan seorang demi seorang yang berada di meja makan sambil tersenyum. Dan di akhir pandangan, senyuman Tunku Hazreen terus terpadam bila pemilik sepasang mata bundar sedang berbalas renungan tajam padanya.

Apa khabar, Dr. Qamra Soal Tunku Hazreen.

Tunku Raffzul tercengang, tak menyangka sama sekali yang Tunku Hazreen juga mengenali Qamra Ain.

Saya tau kamu tentu kenal Tunku Hazreen Anak perempuan saya, kembar Sein

Teragak-agak untuk Qamra Ain mengangguk. Terpaksa juga diakui yang mengenali Tunku Hazreen sebelum ini. Sudu dan garpu terus diletakkan cermat di tepi pinggan. Seleranya mati terus. Lepas satu, satu perkara yang di luar jangkaan didedahkan tak sampai sehari dia menjadi penghuni di Villa ini.

You kenal Dr. Qamra, Rein

Lebih dari kenal, Raff. Lebih kenal dari kau dan Sein kenal dia.

Tunku Raffzul bangun dari kerusi. Sejak awal lagi dia keliru tentang agenda yang diatur oleh Tun Tunku Harith pada Qamra Ain. Dari menambah lagi kekusutan yang sedia ada adalah lebih baik angkat kaki bertukar duduk di ruang tamu.

Raff! Panggil Tun Tunku Harith namun panggilan itu tak dipedulinya malahan Tunku Hussein juga melangkah pergi ke ruang tamu.

Di sofa, Tunku Raffzul duduk membatu berserta tangan silang rapat ke dada. Tunku Hussein pula berdiri di sebalik jendela sambil menghala pandang ke luar.

Apa sebenar yang berlaku dalam Villa ni! Qamra Ain memberanikan diri bersuara. Intonasi turut berubah. Satu demi satu rahsia terbongkar di malam ini. Hanya satu lagi yang masih ditunggu sebuah jawapan dari Tun Tunku Harith. Tujuan sebenar dia diheret masuk ke dalam konflik keluarga ini.

Tun Tunku Harith menghela nafas panjang. Disebabkan kesemua mereka ada di malam ini sudah tiba masa didedahkan segala-galanya.

Kamu kenal Tunku Hardie Lambat-lambat Tun Tunku Harith menyebut.

Tersentak hatinya tiba-tiba. Tergamam dia sebentar. Sekian lama nama itu luput dalam ingatan dan di malam ini nama itu disebut kembali.

Tun... Tunku Har Hardie Tergagap-gagap dia menyebut nama yang sekian lama luput dalam ingatannya.

Tunku Hardie adalah anak saya yang disahkan paralysis 9 tahun yang lalu dan saya tau kamu pernah menjalin hubungan cinta dengan Hardie, kan Saya tau ini bukan masa yang sesuai untuk saya ceritakan semua, tapi saya merayu. Please Dr. Qamra. Hanya kamu yang dapat kembalikan semangat Hardie untuk teruskan hidup. Please. jangan tinggalkan Hardie lagi beritahu Tun Tunku Harith satu persatu agar Qamra Ain tak terasa dirinya dipergunakan olehnya.

Tuan pergunakan saya untuk kepentingan anak Tuan yang pernah hancurkan kehidupan saya! Ya ALLAH kenapa saya boleh terjebak dalam keluarga lelaki yang musnahkan hidup saya keluh Qamra Ain perlahan.

Qamra tak terlintas di hati saya pergunakan kamu. Demi

What!! Qamra kekasih Hardie! You know about that, TH! Soal Tunku Raffzul di kala mencuri dengar perbualan mereka di ruang makan.

Dia merenung tajam ke arah Tunku Hussein yang tunduk memandang ke permaidani. Terhenti terus kata-kata Tun Tunku Harith disebabkan Tunku Raffzul tiba-tiba melenting.

Dia juga turut terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Tun Tunku Harith. Jadi, selama ini dipendam perasaan cinta pada bekas kekasih Tunku Hardie. Tapi, kenapa pula Tunku Hardie begitu mudah lepaskan gadis sebaik Qamra Ain

Ia tak semudah yang kau sangkakan Raff. aku pujuk Tunku Hussein. Dia juga turut rasa kecewa dan terluka.

Whatever! Tunku Raffzul bangkit dari sofa lalu melangkah keluar dari Villa.

Dari dalam Villa, kedengaran enjin BMW M7 GT-R menderum kuat dan kemudian meluncur pergi hinggakan deruan enjin terus menghilang ditelan langit yang kelam.

Its all because of you, Pa! giliran Tunku Hussein pula melenting. Dia juga turut melangkah keluar meluru ke arah Nissan GT-R. Sela beberapa minit, kereta itu menderum laju mengekori kereta Tunku Raffzul.

M

AAFKAN aku sebab rahsiakan semua ni dari kau, Qamra. Aku terpaksa semuanya kerana Tunku Hardie.

Jadi, selama ni kau tau siapa aku tanya Qamra Ain suara mendatar.

Tunku Hazreen mengangguk perlahan. Satu keluhan berat dilepaskan.

Sekian lama aku cuba jejak kau lepas dari kau tinggalkan kondo pada malam yang sama Hardie ditimpa kemalangan. Dan, di waktu tu juga aku baru tau yang kau rupanya kekasih abang aku, Tunku Hazreen mulakan bicara.

Aku tau berat untuk kau tanggung semua ni, Qamra. Aku minta maaf juga sebab sembunyikan status aku selama ni. Bukan niat lain, hanya aku tak nak kau pergi tinggalkan aku lagi. Aku teramat rindukan kau waktu tu aku terpaksa minta bantuan Reza supaya pujuk kau sambung semula pengajian. Aku tak nak kau sia-sia impian kau

Qamra Ain menghela nafas panjang. Angin malam yang menderu perlahan menyapu pipinya sekaligus mengibai-ngibai hujung selendang pemberian Tunku Hussein sempena hari pertama bekerja di THSC.

Hardie sejak kehilangan kau, dia hilang arah. Tambahan pula, dengan kondisi sekarang. Doktor sahkan Hardie paralysis. Tahun demi tahun berlalu, masih lagi tak ada perubahan walaupun berkali-kali pergi ke fisioterapi di THSC. Dia benar-benar patah hati, Qamra. Lepas berminggu-minggu terlantar koma bila sedar kau orang pertama yang dicari Hardie.

Tunku Hazreen menikus sejenak. Dia mengatur langkah menuju ke kandang yang menempatkan arnab kesayangan Tunku Hardie. Berhati-hati dia menangkap Turbo. Takut digigit seperti selalu. Selepas puas memujuk akhirnya arnab itu berjaya berada dalam dakapannya.

Ini arnab kesayangan Hardie, beritahu Tunku Hazreen sambil mengusap lembut bulu Turbo yang semakin gebu.

Qamra Ain hanya memandang sepi. Tak berminat langsung sejak mengetahui tentang arnab itu milik seseorang pengkhianat cintanya. Patutlah nama arnab sama! Sebenci-bencinya pada Tunku Hardie akhirnya dipertemukan semula dengan jejaka itu.

Kenapa Hardie perlu cari aku lagi Diakan ada Avon!

Maria Hardie terpaksa bernikah dengan perempuan tak guna tu demi menjaga maruah keluarga kami. Tapi, hubungan mereka mampu bertahan 2 tahun aje, Qamra. Rupa-rupanya, Maria tu mistress Datuk Zackry.

Datuk Zackry Soal Qamra Ain dengan kening berkerut.

Aku tau kau kenal buaya jantan tak guna tu, kan Mereka berdua terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan nyawa mereka sendiri. Semuanya terjadi di depan Villa ni, Qamra. Kami semua saksi kejadian tu. Tentang Hardie pula, sudah tertulis Qada dan Qadar yang harus diterima. Tunku Hazreen menghela nafas panjang sebelum menyambung semula cerita.

Aku siasat, mengapa ni semua berlaku pada kau dan Hardie. Rupa-rupanya apa yang berlaku pada malam tu adalah punca dari Maria yang dendam dengan kau kerana Hardie memilih untuk terus menyintai kau, Qamra. Tunku Hazreen meletakkan semula Turbo ke dalam kandang. Kemudian dia berjalan mendekati Qamra Ain di bangku taman.

Aku mohon kau maafkanlah Hardie. Dia dah cukup derita di atas kehilangan kau pinta Tunku Hazreen separuh merayu sambil mengenggam seeratnya jari jemari Qamra Ain.

Maaf Tak semudah tu, Rein. Kerana dia, aku tanggung derita sendirian. Aku tak sempat tatap wajah Babah yang aku sayang! Aku hilang segalanya! Aku yatim piatu, Rein!

Kau tak sederita Hardie, Qamra. Dia masih harapkan kau kembali padanya seperti dulu. Aku tak minta kau hulurkan kemaafan di waktu ni. Cukuplah sekadar kau sinari kembali hidup Hardie yang dah lama hidup dalam kegelapan.

Qamra Ain melepaskan keluhan dalam.

Aku harap kau bagi peluang pada Hardie untuk tebus kesalahannya pada kau, Qamra. Sembilan tahun dia menanti untuk bertemu kau semula. Selama ni, kami semua mengawasi dan menjaga kau tanpa pengetahuan kau, Qamra. Hanya Raff aje yang tak menahu tentang rahsia ni.

Qamra Ain mengeluh lagi. Untuk apa lagi dia perlu tahu Semua yang berlaku, takkan boleh berubah apaapa meskipun berkoyan-koyan kemarahan sekali pun.

Aku tau sukar untuk kau maafkan kami semua tapi demi Hardie, Qamra Ain aku merayu pada kau

Aku keliru, Rein. Aku aku tiba-tiba Qamra Ain terasa kepalanya berdenyut perlahan. Pandangannya semakin kabur. Dia mendongak memandang ke langit hitam. Semakin lama matanya semakin layu dan akhirnya jatuh terduduk di tepi bangku.

Qamra! Qamra! Papa! Qamra pengsan! Jerit Tunku Hazreen berkali-kali di taman mini sambil mengerak-gerakan bahu gadis itu.

Tiada respon.

Kenapa, Rein soal Tun Tunku Harith cuak yang tiba merapati mereka.

Biar Papa bawa Qamra masuk ke bilik tetamu. Kamu Rein, ambil kit kecemasan di bilik Papa! arah Tun Tunku Harith.

Baiklah, Pa!

T

UN TUNKU HARITH memandang redup ke arah Qamra Ain yang lena di atas katil. Kemudian dia beralih pandang ke arah Tunku Hazreen yang duduk di sisi katil. Tunku Hussein berdiri bersebelahan dengan jendela menghala pandang ke arah luar. Entah bila masanya muncul di dalam bilik.

Hardie tau soal Tunku Hussein serius. Sejak awal lagi dia tak setuju langsung dengan rancangan Tun Tunku Harith mengambil Qamra Ain sebagai doktor peribadi abangnya.

Apa maksud kamu

Tunku Hazreen berpandangan dengan Tunku Hussein. Dari raut wajah adiknya di bawah samarsamar lampu neon malap itu, dia dapat baca yang Tunku Hussein takut Qamra Ain berbalik semula ke pangkuan Tunku Hardie jika ditakdirkan derita lumpuhnya berakhir.

Pa tahu, kan Qamra dan Hardie pernah bercinta sebelum ni. Hardie juga yang musnahkan kehidupan Qamra. Kenapa Pa tak terus-terang aje perkara ni Sekarang, apa dah jadi Kesian Sein tengok dia terpaksa terima sesuatu yang pernah bertahun-tahun melukai hatinya. Papa tak fikir ke tindakan Pa tu terlalu kejam terhadap Qamra! Youre so selfish, Pa!

Hanya Qamra yang mampu bahagiakan Hardie... hanya itu jawapan yang tepat untuk segala persoalan yang timbul sejak di meja makan tadi.

Bertahun sudah dia cuba menjejaki gadis ini selepas dimaklumkan oleh Tunku Hazreen pada malam Tunku Hardie terlantar koma di hospital. Walaupun anaknya tak mampu berkata-kata namun dari raut wajah Tunku Hardie faham benar yang anaknya terlalu rindukan Qamra Ain.

Sein nak balik!

Malas dia hendak menunggu lebih lama lagi. Lagi lama dia di sini, lagi parah bernanah di hati. Empat tahun dia cuba memiliki cinta Qamra Ain hanya siasia belaka. Terpaksa dia dipendamkan saja perasaan cintanya demi agenda gila Papanya.

Baru sampai dah nak balik Bila kamu nak pindah balik ke sini

Langkahnya terhenti di muka pintu. Dia berpaling semula ke belakang dengan raut wajah yang serius berserta renungan yang tajam.

Raff kan ada. Lagipun, selama ni Sein memang disisihkan oleh Pa, kan Untuk apa Sein balik ke Villa ni

Jika Papa pernah lukakan hati kamu tanpa sengaja Papa minta maaf, Sein. Hanya satu yang Papa minta dari kamu dan Rein. Pindah semula ke sini dan kita jadi satu keluarga semula, pujuk Tun Tunku Harith seraya memandang dengan penuh kasih ke arah mereka silih berganti.

Tunku Hazreen menunggu jawapan dari Tunku Hussein.

Nanti Sein fikirkan. Rein, kau nak tumpang balik atau tidur sini

Kakak ikut Sein. Papa, esok Rein jenguk Qamra. Rein balik dulu, Tunku Hazreen bangkit dari katil dan terus mendapatkan Tun Tunku Harith. Selepas bersalaman dengan Papanya, dia bergegas keluar mencari Tunku Hussein di parkir kereta luar.

Mbak Dewi yang kebetulan berselisihan hanya dipandang sepi.

Pak Tunku, ni ada air kopi yang Tuan minta tadi. Saya letak di sini aje, ya tegur Mbak Dewi serta meletakkan secangkir kopi yang masih hangat di meja sisi.

Tun Tunku Harith menjawab dengan anggukan kepala. Mbak Dewi beredar keluar dari bilik. Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu kerana akhirnya Kau perkenankan doaku selama ini. Dan, aku memohon juga kepada-Mu, Kau sembuhkanlah penyakit yang menimpa anakku, Tunku Hardie supaya aku dapat jodohkan semula mereka berdua yang sekian lama terpisah ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Dia berdoa di dalam hati sambil memerhatikan begitu lena sekali Qamra Ain tidur. Mungkin terlalu penat di waktu siang tadi menghabiskan waktu kerja di TED. Selesai syif, terus Qamra Ain ke sini. Menunaikan janji yang terikat antara mereka berdua.

Dia sudah menjangkakan pasti perkara ini berlaku setelah Qamra Ain tahu tentang Tunku Hardie. Dia tiada pilihan lain dari membawa Qamra Ain ke Villa dengan cara begini. Jika dia berterus-terang di kaf tempoh hari sudah pasti Qamra Ain menolak keras tawarannya. Ataupun menghilangkan diri entah ke mana. Sama seperti tahun-tahun yang lalu.

Tun Tunku Harith mengeluarkan seutas Pandora yang sekian lama di dalam simpanan. Gadis misteri itu masih lagi terlepas bebas di luar sana. Entah bila dipertemukan dengan guardiannya semula. Sembilan tahun berlalu, peristiwa di malam itu masih lagi berlegar segar dalam ingatannya.

Where are you Ive been waiting for you for so long.

Tun Tunku Harith menyimpan semula Pandora ke dalam poket blazer yang tergantung itu. Tak pernah Pandora itu tak pernah bercenggang dari simpanannya. Dia berkalih muka semula ke arah Qamra Ain. Perlahan-lahan dia menarik selimut hingga ke paras bahu. Dia bingkas dari katil dan melangkah merapati dinding. Cahaya lampu dimalapkan sedikit. Dia menarik tombol dan menutup pintu perlahanlahan.