Saya tak tahu apa sebenarnya yang dah berlaku. Tapi saya benar-benar pasti Danira sedang diekori. Bisik Filman tiba-tiba.
Kata-kata Filman membuatkan dia terpanar. Wajah serius Filman ditatap bingung. Apa maksud lelaki itu Aku diekori Siapa
Ada dua orang lelaki kat belakang Danira. Mereka asyik memerhatikan Danira sejak tadi. Danira kenal mereka Soal Filman lagi.
Danira mengetap bibir. Didorong perasaan ingin tahu, dia memberanikan diri berpaling. Matanya mencari-cari sesuatu, lalu terpandang dua kelibat lelaki yang sedang berdiri di suatu sudut sambil memandang ke arahnya. Salah seorang lelaki itu bertubuh kurus dan berjaket kemas, manakala yang seorang lagi berbadan agak besar dan berpakaian selekeh.
Menyedari gadis itu berpaling ke arah mereka, kedua-dua lelaki itu mula tidak keruan. Lelaki yang bertubuh besar cepat-cepat mencapai akhbar yang asalnya dijepit sahaja di bawah ketiaknya. Manakala lelaki yang seorang lagi buat-buat memandang ke arah lain. Namun kelakuan kedua-duanya terlalu ketara.
Kenal Soal Filman lagi.
Danira menggelengkan kepala. Wajahnya berkerut menatap kedua-dua lelaki itu yang tidak pernah ditemuinya sebelum ini.
Melihat reaksi Danira, Filman menarik nafas panjang. Tanpa bertangguh dia segera menyusun langkah ke arah lelaki-lelaki itu. Seolah tahu apa yang bakal Filman lakukan, Danira cepat-cepat menghalang.
Jangan Filman. Mungkin kita yang salah sangka. Tutur Danira.
Filman sekadar tersenyum mendengar kata-kata gadis itu. Danira tunggu kat sini, jangan ke mana-mana. Saya cuma nak tahu betul atau tidak mereka ekori Danira. Itu aje. Filman tetap berkeras ingin pergi. Namun belum sempat lelaki itu mengatur langkah, dua lelaki itu cepat-cepat menghilangkan diri dari situ dengan sekelip mata.
Filman berpaling ke arah Danira. Wajah gadis itu nampak resah. Dia sendiri bingung dibuatnya. Lagak dua lelaki yang baru sahaja melarikan diri itu memang menimbulkan syak wasangka. Siapa mereka sebenarnya
Filman diam-diam menoleh ke arah Danira yang kelihatan agak senyap malam itu. Makanan di pinggan gadis itu belum disentuh, hanya jus oren sahaja yang sudah luak separuh. Dia tahu benar apa yang sedang dilamunkan gadis itu. Seperti Danira, moodnya juga dikikis oleh insiden sebentar tadi.
Betul Danira tak kenal lelaki-lelaki tu Sekali lagi dia menyoal perkara yang sama. Danira menoleh memandangnya. Pandangan mata gadis itu redup, memberikan isyarat yang sukar untuk ditafsir.
Pernah nampak mereka sebelum ni Soal Filman lagi.
Danira menggeleng. Memang dia tidak kenal kedua-dua lelaki itu. Tapi malam ini, niat kedua-dua lelaki itu jelas kelihatan. Kedua-dua lelaki yang tidak dikenali itu memang mengekorinya. Itu dia pasti! Malah Filman mengatakan hal yang sama. Hal yang membuatkan nafasnya jadi tidak keruan dan hatinya diulit resah yang berpanjangan.
Boleh saya tanya sesuatu Itu pun kalau Danira sudi menjawabnya. Filman menarik nafas panjang. Mungkin sudah tiba masanya dia bertanyakan sesuatu pada gadis itu.
Danira ada musuh
Pertanyaan spontan itu membuatkan Danira terkedu. Terpisat-pisat dia menatap Filman yang kelihatan tenang melontarkan pertanyaan itu.
Maaf, saya tak bermaksud apa-apa. Cuma kejadian malam ini bukan kali pertama berlaku. Malam sebelum saya berangkat ke Kuching, saya ada nampak sebuah kereta berada berhampiran dengan taska. Saya juga nampak ada seorang lelaki dalam kereta tersebut sedang menghendap Danira. Itu sebabnya saya tanya. Jelas Filman berterus-terang.
Danira tersentak. Kata-kata Filman membuatkan tubuhnya semakin gementar.
Awak salah sangka agaknya. Saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa Filman. Mungkin awak salah nampak masa kat taska tu. Lagipun kita belum pasti samaada betul ke dua orang tadi mengekori saya. Mungkin juga mereka ke sini hanya kebetulan. Ujarnya cuba menidakkan kata-kata Filman.
Danira, percayalah. Saya tahu apa yang saya nampak. Lelaki di dalam kereta itu memang sedang memerhatikan Danira. Saya benar-benar bimbang waktu itu. Hati saya risau bila saya fikirkan Danira tinggal seorang diri di rumah tu. Keluh Filman mengatakan kegusaran hatinya.
Danira terdiam. Kata-kata Filman ditelan dengan wajah merah padam. Filman risaukan aku
Saya rasa baik saya bincangkan hal ni dengan Kak Mila. Mungkin dia boleh buat sesuatu agar Danira tak payah tinggal seorang diri di taska tu. Sambung Filman lagi.
******
Danira terkedu. Cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya. Tak tak payahlah Filman, saya tak apa-apa. Tolong jangan beritahu hal ni pada Kak Mila. Saya tak nak Kak Mila risaukan saya. Larang Danira. Dia tidak mahu Filman bercerita yang bukan-bukan pada Kamila nanti. Dia juga tidak ingin menambahkan beban Kamila dengan masalahnya yang tak sudah-sudah.
bersambung
Bab akan datang:
Adakah Danira tahu siapa yang mengekorinya