MY PRETTY BOY - 85
QAMRA AIN membuka perlahan-lahan kelopak mata. Air matanya menitis jatuh dari celahan hujung mata. Ya Allah, apa yang harus aku lakukan Hardie, Hussein, Raff bagaimana harus aku hadapi semua ni Kenapa di waktu aku sudah mengikis ingatan pada Hardie, Kau pertemukan aku semula dengannya di saat aku mula belajar menyayangi orang lain

Dia mengesot sedikit ke belakang untuk duduk bersandar di kepala katil. Qamra Ain melemparkan pandangan ke luar jendela. Langit malam yang hitam pekat itu ditenung sepi. Ada sisa-sisa hujan yang masih belum berhenti. Disebabkan suhu terlampau dingin dia menarik selimut hingga ke paras leher. Tak tahan dengan kesejukan di dalam bilik.

Bila terkenang kembali rahsia yang diceritakan oleh Tunku Hazreen, hatinya kembali sebak. Tak semena-mena air mata jatuh deras mengalir ke pipi.

Kenapa ini semua harus berlaku!! Kenapa Kenapa! Jerit Qamra Ain sehingga kedengaran suara memantul di dalam bilik seluas 2 kali ganda bilik yang pernah disewanya. Makin lama semakin deras air mata membasahi pipi.

Qamra Ain memeluk kedua-dua belah lutut rapat ke dada. Dia menangis semahu-mahunya di malam ini. Menjelang fajar esok, dia pastikan ini adalah air mata terakhir yang ditumpahkan untuk jejaka bernama Tunku Hardie!

T

UNKU HARDIE terjaga dari tidur. Sayup dia terdengar suara di sebalik dinding pemisah biliknya dengan bilik tetamu. Dia mengagahkan diri untuk bangun dan mengesot sedikit hingga kepala katil. Telinganya pula dilekapkan ke dinding. Ya! Memang ada suara halus menangis di bilik sebelah.

Kenapa Rein menangis malam ni Monolognya di dalam hati.

Pintu bilik diketuk. Terjongol kepala Mbak Dewi di sebalik pintu, Tuan tak tidur lagi

Sa sa ya dengar su suara di bi bilik se sebe lah.

Suara Oh tu suara doktor peribadi yang bakal menjaga Tuan mulai esok. Kecil comel orangnya, Tuan. Pak Tunku yang bawanya ke sini. Alaaa yang Tuan nampak petang tadi kat taman mini.

Dok doktor pe peri badi

Mulai esok doktor peribadi yang ganti Mbak uruskan, Tuan. Hari dah jauh malam Tuan tidur dulu, Mbak Dewi membantu Tunku Hardie beralih baring semula di atas katil.

Selepas membetulkan kedua-dua kaki, dia menarik selimut tebal hingga ke paras dada. Rambut yang terjuntai di dahi diraut ke belakang. Tunku

Hardie memandang redup ke wajah lusuh yang pernah mengasuhnya lebih 20 tahun itu.

Mbak tak sang sanggup ja jaga saya la lagi

Mbak Dewi berlabuh duduk di kerusi bersebelahan katil. Wajah Tunku Hardie ditenung penuh kasih. Dari sinaran anak mata lelaki kacak ini tersembunyi penderitaan yang hanya Qamra Ain saja yang boleh mengubati penderitaan itu.

Dah tiba masa untuk Mbak serahkan Tuan ke insan yang selayaknya menjaga Tuan.

Sa saya ban yak menyu sahkan ke luar ga sa ya. Kena pa sa ya tak ma mati aje ma lam tu

Pantas Mbak Dewi meletak jari telunjuk di mulut Tunku Hardie bagi mengelak dari berkata yang bukanbukan.

Tuan tak baik Tuan kata begitu! ALLAH SWT melarang hamba-Nya berputus asa. Mbak yakin satu hari nanti, Tuan pasti pulih sediakala. Mbak pasti tentang tu, pujuk Mbak Dewi sambil mengusap penuh kasih rambut Tunku Hardie.

Ada air mata jernih mengalir perlahan di hujung mata Tunku Hardie diseka dengan hujung jari.

Jangan menangis lagi. Tuan tidur dulu ya. Mbak nak masuk ke bilik. Mbak Dewi bangkit dari kerusi dan menghala langkah ke arah pintu.