LELAKI-LELAKI MERBAHAYA - 85
Katamu, kita bisa mengawal rindu asalkan rindu tak berumah di mata tapi bila tiba waktu malam kau akan diam-diam mengunjungi rindu

Rindu dengan senang hati menjemputmu ke dalam di tanganmu kau tak membawa apa-apa tapi di wajahmu mengalir sejumlah air mata

Ternyata kau sendiri tak mampu mengawal rindu kerana saban malam rindu berumah di matamu

Kelak kau akan mengerti bahawa rindu akan sentiasa mengikutimu seperti bayang-bayangmu sendiri.