Sebenarnya saya nak cakap satu hal yang penting dengan awak. Tutur Danira sebaik mengingatkan tujuan utama dia bertemu dengan Filman malam ini. Seboleh-bolehnya, dia mahu lari dari topik yang sedang mereka bincangkan sekarang. Entah kenapa hatinya gelisah bila Filman banyak bertanya. Dia bimbang jika pertanyaan demi pertanyaan yang dihamburkan Filman, bakal menjurus kepada terbongkar rahsianya yang belum diketahui lelaki itu.
Hal apa tu Filman kelihatan tertarik.
Fasal adik saya. Tempoh hari, awak cakap awak boleh bantu carikan adik saya. Tolong saya Filman. Tolong cari dia untuk saya. Saya akan bayar berapa sahaja yang awak mahukan, tapi tolong cari dia. Rayu Danira sebak.
Filman termenung seketika. Ya dia masih ingat kata-katanya tempoh hari. Selepas dia mengetahui perihal Danira yang kehilangan adiknya dari Umaira, tanpa berfikir panjang dia terus menawarkan bantuan. Dan dia tidak main-main ketika berkata demikian. Hatinya benar-benar ikhlas ingin membantu gadis itu!
Saya akan bantu, percayalah. Tapi Danira kena janji sesuatu dengan saya. Ujar Filman.
Danira terpanar. Janji
Janji dengan saya, call saya kalau ada apa-apa yang tak kena. Maksud saya kalau Danira rasa diri Danira dalam bahaya. Saya takkan maafkan diri saya kalau ada apa-apa yang buruk menimpa Danira.
Filman, saya..
Janji dulu! getus Filman seraya merenung gadis itu. Wajah yang semakin bertahta di hatinya sedikit demi sedikit.
Danira terdiam. Dia tunduk merenung jus yang masih berbaki di gelasnya. Pinggan yang masih berisi nasi goreng juga masih belum bersentuh. Entah kenapa seleranya benar-benar tumpul ketika ini. Permintaan Filman bukanlah melampau, namun entah kenapa dia seakan berat hati mahu memberikan janjinya. Terasa seolah-olah dia menjadi tanggungjawab lelaki itu sedangkan dia tidak inginkan begitu.
Danira selalu begini. Filman tiba-tiba mengeluh.
Danira mengerutkan dahinya Kata-kata Filman meskipun perlahan, namun sampai ke telinganya. Bebola mata lelaki itu menghala tepat ke wajahnya. Namun pandangan lelaki itu kelihatan serius kali ini.
Benda yang paling senang dibuat, tapi Danira terlalu dalam berfikir seolah-olah ia benda yang paling susah dilakukan. Kenapa begini Tutur Filman seperti kesal.
Bukan macam tu Filman, saya cuma
Saya nak Danira yakin dengan saya. Saya memang ikhlas sukakan Danira. Saya mahu jadi tempat Danira bergantung harap. Tegas Filman.
Saya tahu Filman. Demi Allah, saya gembira dengan perhatian yang awak berikan. Tapi saya tak mampu untuk terus bergembira sedangkan saya tahu, saya tak layak untuk awak.
Siapa kata Tak cukup ke kalau saya katakan saya sukakan Danira Atau Danira akan lebih yakin kalau saya katakan yang saya Tengku Filman Adrian benar-benar mencintai gadis di hadapan saya ini Getus Filman. Rantai yang dibelinya di Kuching tempoh hari kini dikeluarkan dari poket seluar lalu diletakkan di hadapan gadis itu.
Danira terkedu. Wajah Filman menukas ke arahnya. Dia menelan liur. Gugup hatinya dipanah renungan lelaki itu. Aduh! Kenapa Filman seberani ini meluahkan perasaan terhadapnya Pandangannya menjalar pada utas rantai yang bertatahkan kelopak sakura di hadapannya. Cantik! Hati kecilnya berkata begitu. Nalurinya begitu mengidami rantai tersebut. Namun hatinya masih ragu-ragu!
Selepas pulang dari menghantar Danira, Filman langsung pulang ke rumah. Dia perasan kereta ayahnya masih belum kelihatan di dalam garaj. Pasti lelaki itu belum pulang. Boleh dikatakan hampir setiap malam ayahnya pulang lambat. Lelaki itu juga kurang bercakap sejak akhir-akhir ini.
Ayah tengah sibuk dengan kes dia. Begitulah selalunya ibunya beralasan. Namun Filman tahu, bukan itu sebabnya. Jelas di matanya ibunya sedang cuba mengelakkan diri dari berbual tentang itu, namun dia bukan bodoh. Dia tahu ada sesuatu yang sedang berladung di fikiran ayahnya.
Di ruang tamu, kelibat Aliff menjamah pandangannya. Bunyi pintu berkeriut, membuatkan Aliff berpaling. Menyedari kehadiran Filman di muka pintu, anak muda itu terkesima seketika.
Eh, awal abang balik hari ni Kata ada dinner Tegur Aliff hairan. Selalunya kalau Filman keluar, paling-paling awal pun lelaki itu akan sampai ke rumah pukul 11 malam hingga pukul 12 malam. Tapi jarum jam di dinding ruang tamu baru sahaja menginjak pukul 10.15 malam.
Dah selesai. Balas Filman ringkas lalu melabuh diri ke atas sofa di samping Aliff. Kepalanya disandar ke belakang dengan mata terpejam rapat. Gerak-geri Filman mengundang perhatian Aliff.
Abang dinner dengan siapa Soal Aliff.
Kawan. Ujar Filman ringkas.
Kawan perempuan
bersambung
Bab akan datang:
Apa yang difikirkan Aliff Mengapa dia ingin tahu perihal Filman