TORA DATANG LAGI - 86
Tamar Jalis merupakan nama pena seorang penulis yang terkenal dengan buku-buku di dalam genre seram. Nama sebenarnya adalah Ahmad Mahmud. Nama Tamar Jalis diambil dari nama anak jin kafir di dalam Hikayat Inderaputera. Antara sirinya yang paling popular sudah tentu-tentulah Siri Bercakap Dengan Jin.

Siri Bercakap Dengan Jin mula ditulis dan disiarkan di dalam majalah Variasari. Variasari adalah majalah dengan gambar muka depan wanita-wanita seksi. Majalah ini banyak menghimpunkan kisah-kisah seram, mistik dan temubual sebenar setiap orang yang pernah melalui pengalaman ngeri. Kemunculan Siri Bercakap Dengan Jin di dalam majalah ini telah menaikkan jumlah pembaca sehinggakan dapat mengalahkan majalah Mastika, yang pada zaman itu adalah sebuah majalah yang membosankan kerana tidak mempunyai cerita seram atau mistik.

Siri tersebut merupakan merupakan siri yang paling panjang pernah wujud di Malaysia. Ianya juga dipercayai pernah melakukan rekod antara siri yang terpanjang sekali pernah ditulis di mananegara. Tamar Jalis menghasilkan siri tersebut daripada April 1985 hingga Januari 2005 dan sebanyak 221 siri telah dibukukan dengan

paparan muka hadapan yang amat menyeramkan.

Siri Bercakap Dengan Jin pada dasarnya merupakan kisah hantu, jin makhluk halus di dalam kehidupan seharian Melayu. Ia dikatakan merupakan kisah benar yang dilalui Ahmad Mahmud sendiri bersama-sama dengan datuknya. Penulisannya adalah bersifat memoir dan antobiografi.

Selain Tamar Jalis, Tok Awang Ngah adalah seorang lagi penulis yang menulis cerita dalam genre yang sama. Sama seperti mana Tamar Jalis, Tok Awang Ngah juga tidak pernah mendedahkan wajahnya yang sebenar. Muncul cerita-cerita yang mengatakan Tamar Jalis dan Tok Awang Ngah pernah berguru pada seorang guru yang sama.

Tok Awang Ngah dikatakan telah pun meninggal dunia sementara Tamar Jalis dipercayai masih hidup. Jika Tamar Jalis masih hidup, berapakah agaknya umur beliau sekarang